December 16, 2010

Diari SS: Siri Joy Belajar Berenang (Minggu 4)

Sambungan Diari SS: Siri Joy Belajar Berenang (Minggu 3)

Salam 1 swimming pool!

Jaguh renang dunia, Michael Phelps sedang melakukan rutin kuak dada.
Sumber dari Flickr.

Tiada banyak benda baru yang aku belajar untuk minggu ke-4 ni. Seperti juga minggu sebelumnya, coach Mas lebih fokus untuk memperbaiki skill renangan kuak katak (kuak dada) aku yang berterabur seperti gigi Pak Hamid Gurkha.

Jika koordinasi lower body penting kerana ia merupakan enjin utama yang menggerakkan kita ke hadapan (rujuk diari minggu 3), koordinasi upper body kuak dada tidak kurang pentingnya juga. Ia menentukan selancar mana kita bertukar-tukar nafas di atas permukaan air. Tanpa pertukaran nafas yang sempurna, sudah pasti renang tersebut akan menjadi hancur-sehancurnya. Bayangkan jika karburetor enjin kereta anda tersumbat, lalu enjin tidak mendapat oksigen yang mencukupi untuk tujuan pembakaran, rasa-rasanya kereta anda boleh bergerak ke hadapan?

Apabila kita mengangkat kepala (sebenarnya mengangkat dada ke atas), tangan secara refleksnya akan 'membuka' sedikit lalu memukul air kebelakang - tindakan yang saling tak tumpah seperti dayung sesebuah sampan. Perlu diingatkan bahawa kepala kita berada di atas permukaan air tidak sampai 1 saat, maka dengan itu masa yang ada haruslah digunakan sebaiknya untuk menyedut udara (oksigen) sebanyak yang mungkin. Udara (karbon dioksida) pula tidak dilepaskan terus ketika itu, tetapi dilepaskan apabila kepala berada di bawah permukaan air (blow bubble). Kesimpulannya di sini:

Kepala di atas permukaan air = Tarik nafas
Kepala di bawah permukaan air = Lepas nafas

Bagaimana pula rupa koordinasi upper dan lower body ini apabila digabungkan? Sungguh aku mati akal untuk menceritakannya dengan perkataan kerana ia merupakan suatu gerakan yang sungguh kompleks. Terima kasih kepada wikipedia kerana membekalkan imej-imej yang aku rasa sangat membantu ini.

"Pandangan Hadapan"


"Pandangan Sisi"


"Pandangan Atas"

Secara jujurnya, aku rasa kuak dada merupakan gaya renangan yang paling susah untuk dipelajari. Aku sungguh tak faham mengapa ramai coach renang di luar sana (termasuk coach Mas) mengajar gaya renangan ini kepada si amatur terlebih dahulu berbanding gaya renangan yang lain. Mungkin coach Mas ada jawapannya barangkali?

Berikut adalah beberapa 'kesukaran' yang bakal dialami ketika mempelajari kuak dada buat kali pertama, berdasarkan pemerhatian aku sebagai seorang perenang amatur:

1 - Bernafas ketika kepala di atas permukaan air. Bunyinya mungkin mudah seperti memakan kacang, tetapi percayalah, ia sesuatu yang amat sukar dilakukan. Tidak percaya? Tanyalah coach Mas berapa kali aku tersedut air (masuk sampai kepala, memang menyakitkan).

2 - Mengapungkan badan supaya tidak tenggelam. Tidak dapat dinafikan lagi, kaki aku berat, memang sentiasa jatuh ke bawah lalu mencecah lantai kolam. Lutut saya menjadi sangat lebam kerana terhantuk pada dasar kolam beberapa kali.

3 - Koordinasi kaki, tangan dan kepala. Untuk permulaan, memang sukar untuk memastikan ketiga-tiga ini berkerja mengikut turutan yang betul, mesti ada sahaja kesilapan yang dilakukan. Macam badut.

Putera katak tengah berenang. Sikit lagi cecah lantailah kaki tu!


Bersambung...

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

3 comments:

Eta said...

Encik ijoy...
saya pun tgh belajar berenang.. akan tatapi trainer saya kata koordinasi/teknik saya masih tak betul...badan dah lembut.. tapi still saya suka kick before kepala masuk air.. sooo bila swim ditmpt dalam saya akan jadi lebih tenggelam... rasa mcm dah putus asa rasanya... dah lah dgn pressure dari trainer yg asikkkla nak habiskan kelas cepat.. huhu... rasa mcm dah takmo gi kelas....

attiesya said...

sy belajar hanya dgn tgk cikgu ajar anak murid dlm kolam yg sama.. masa tu, kewangan tidak mengizinkan utk ambik lessons.. mula2 tu, asyik tertelan air sampai bengang kepala.. pastu, dah hampir2 putus asa.. bila dah nak putus asa je, terus dapat rentak yg betul.. sbb masa tu x tension dah.. badan dah relaks.. jd, nasihat sy.. ingatkan koordinasi dalam kepala dan relax.. the rest will come naturally.. (marah kang coach mas sy bg nasihat mcm ni)

Joy Kalonas said...

Eta: Saya pun menghadapi masalah yang sama. Mujurlah coach Mas ni bertimbang rasa orangnya, kesian pula bila dengar trainer u beri u terlalu banyak tekanan, tak patut dia buat macam tu, tengok sekarang u pun dah hilang motivasi nak pergi belajar berenang dengan dia... betul tak coach Mas?

attiesya: Saya mula-mula belajar weight training pun dengan cara yang sama; tengok seorang trainer di gym ajar client mereka. Dari situ saya tengoklah senaman-senaman apa yang mereka buat :)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails