December 9, 2010

PERTANDINGAN 'Snap', 'Upload', dan 'like'! (Revised)

Bersempena dengan kemunculan weblog susu sejat yang baru tidak lama lagi, aku dengan sukacitanya ingin menganjurkan sebuah pertandingan. Pertandingan ini cukup mudah dan sesiapa pun boleh menyertainya.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

- Terbuka kepada SEMUA pembaca-pembaca blog susu sejat dot com, tidak kira yang berada di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei (ada ke?), US, Jepun, Timur tengah, Afrika, Eropah, atau di mana sahaja anda berada.

- Harus mempunyai akaun Facebook.


Cara-cara menyertainya pula adalah seperti berikut:

1 - Ambil apa sahaja gambar (harus gambar kepunyaan sendiri, bukan di copycat dari google image atau internet) berkaitan diet, senaman atau gaya hidup.


2 - Hantarkan gambar ke alamat emel berikut: sususejat[at]gmail.com

3 - Bersama-sama emel tersebut, lampirkan juga perkara-perkara berikut:
  • Nama yang diguna untuk akaun Facebook - (contoh "Susu Sejat")
  • "caption" (penerangan) berkenaan gambar tersebut
  • satu slogan yang anda fikir mantap untuk dijadikan slogan blog susu sejat yang baru

4
- Semua gambar-gambar yang bertanding akan diletakkan dalam satu album yang boleh diakses di sini.

5 - Dapatkan jumlah 'like' sebanyak yang mungkin untuk gambar tersebut. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah 'like' yang terbanyak. Bagaimana untuk mendapat 'like' terbanyak? Berbagai-bagai cara yang boleh anda lakukan dan itu bergantung kepada strategi masing-masing.

"Eh, ada butang share?"

6 - Setiap peserta boleh 'upload' sebanyak mana gambar yang mereka mahu untuk meningkatkan lagi peluang untuk menang, tetapi perlu diingatkan bahawa pemenang hanya akan ditentukan berdasarkan jumlah 'like' untuk satu-satu gambar sahaja, dan bukannya jumlah kesemua 'like' untuk semua gambar-gambar yang di upload.

7 - Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 31 Disember 2010. Pemenang akan diumumkan kemudian di blog susu sejat yang baru.

Mudah bukan? Mungkin ada yang berkira-kira soal hadiah buat pemenang. Ya, pertandingan mana yang tiada hadiah kan. Hadiah berupa barangan kesihatan 'misteri' bernilai RM50++ khas pilihan hati susu sejat. Nilai hadiah mungkin akan ditambah bergantung kepada populariti pertandingan ini kelak. Teruja habis? Apa ditunggu lagi, cepat-cepatlah 'snap', 'upload', dan 'like' sekarang!


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

9 comments:

Unknown said...

nak join~!!!

Unknown said...

Menarik nih~

CJ Housewife said...

nak letak pic apa ekk...hmmm...

Joy Kalonas said...

ikhwan, cik zana: jom lah join :)

iza: letak je apa2 pun.. asalkan ada kaitan dgn diet, senaman dan gaya hidup.. cthnya

Diet - gambar makanan, produk yg dibeli dari pasaraya, whey protein, gambar tgh memasak (memasak dgn cara sihat), gambar org tgh melantak nasi lemak, dsbgainya..

Senaman - ambil gambar tgh bersenam kat taman, gmbar candid kat taman, alat2 senaman, dsbagainya...

Gaya Hidup - ambil gambar tgh pijak kotak rokok, gambar tgh shopping, atau apa2 je lah..

norazziah said...

menarik...!

Maz said...

SS...ngape tak extend lagi tarikh tutup pertandingan ni.Mcm kami yg baru start tak berpeluang la..hihihi..lum kurus lagik...

Joy Kalonas said...

norazziah, kalau menarik, joinlah.. :)

Maz, jangan salah faham, tak semestinya kena upload gambar sendiri/gambar transformasi.. cuba tengok balik terma dan syarat.. apa2 gambar pun boleh asalkan berkaitan dengan diet, senama, atau gaya hidup. Ikutkan kalau u nak letak gambar resepi masakan u pun boleh.. hehehe.

Ramai yang salah anggap ni sebagai pertandingan TRANSFORMASI, sedangkan pertandingan ni lebih bertemakan bebas... untuk pertandingan TRANSFORMASI, itu tahun depan kita buat yea.. ;)

Anonymous said...

sya dah email gambar saya sebelim dan selepas..tlg bg feedback yek sama ada terima atau tidak

Rahsia Buah Pinggang Sihat said...

Oh,nak pindah ke blog baru dah ye.Siap ada pertandingan lagi.Baguslah.Tapi saya minat tema blog ni.Simple tapi padat dengan maklumat.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails