November 22, 2010

5 rahsia kekal sihat cara Tun Dr. Mahathir

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.

Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?


5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir

1 - Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan "sahih" dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 - Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 - Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi "berhenti makan sebelum kenyang"? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 - Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama "Shaklee" setiap hari.

5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

"Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu.." - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan "Segar" yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.

Aku sama sekali bersetuju dengan 5 amalan tersebut. Cuma yang menjadi persoalan di sini ialah, mengapa Tun tidak menyelitkan "bersenam secara berterusan" ke dalam 5 amalan tersebut? Adakah ia membawa maksud Tun tidak/jarang sekali bersenam ketika zaman kerjayanya? Hmm. SS tidak berfikir begitu. Apa pula pendapat anda?

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

4 comments:

iza said...

diorg ada ckp Tun ada buat masukkan darah lain ke dalam tubuh dia untuk menggantikan darah yg sedia ada di dalam badan...atau dlm cara lain memasukkan oksigen O3 (ozone) di dalam darah.cara cmtu mmg bagus utk kesihatan.wallahualam...

jazlin said...

aku rasa Tun memang bersukan regularly jugak dulu, for quite some times, mungkin sekarang dah tak lagi. ingat dlu pernah tunjuk dalam TV Tun suka sukan berkuda. so think that's how he keeps his fitness level tip top as well.

Panduan Buah Pinggang Sihat said...

Mungkin Tun tak menyelitkan faktor senaman berdasarkan situasi Tun sendiri yang memang sibuk dari usia muda.

namun tiada salahnya kita comparekan senaman tu bersama dengan tip-tip dari Tun.

Apa pun kalau dilihatkan tip-tip di atas semuanya sesuai dengan ajaran Islam.

Panduan Buah Pinggang Sihat said...

Iza,memang betul pun apa yang diaorang cakapkan.Adik saya sendiri bekerja di pusat ozone di Ipoh.memang antara sebab Tun sihat ialah melakukan rawatan ozone ni dengan cara buat pencucian darah disamping dimasukkan vitamin-vitamin ke dalam darah yang dicuci tu.

Tapi kosnya agak tinggi akalu nak dibuat secara kera.Mencecah ribuan ringgit jugalah.Bagi kita yang kerja biasa ni memang fikir seribu kali lah kalau nak buat rawatan cara ni.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails