September 2, 2010

Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati? (Bahagian 3)

Sanggup turun Watsons petang tadi, walaupun tengah berpuasa.. :D

Setelah memahami apa yang dimaksudkan dengan Vitamin, Minerals, dan Multivitamin (MV): masing-masing diceritakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2, kini tiba masanya pula kita mempelajari tip-tip dalam memilih produk MV yang sesuai untuk keperluan kita. Untuk itu, apa kata kita ikut Susu Sejat ke Watsons untuk mempelajari tip-tip berkenaan:

1 - Kategori anda
Adakah anda tergolong dalam kelompok kanak-kanak? Remaja? Dewasa, atau Veteren? Setiap golongan ini memerlukan jumlah micronutrient yang berbeza, dan kebiasaanya keperluan (jumlah sukatan) vitamin-vitamin ini bertambah mengikut umur. Individu yang berumur 60 tahun memerlukan lebih Vitamin D berbanding individu berumur 20 tahun memandangkan kadar penyerapan nutrient yang menurun ketika usia semakin meningkat. Produk-produk multivitamin telah direka unik, dan khas untuk satu-satu golongan.

Perbezaan di antara 2 produk Appeton Essentials. Perhatikan bahawa MsTeen mengandungi lebih kandungan iron nya berbanding Teengrow. Produk Appeton Essentials MsTeen diformulakan khas untuk gadis remaja yang banyak kehilangan zat besi (iron) menerusi haid.

2 - Jenis MV (pil/caplet/tablet/capsul/liquid)
Terdapat pelbagai jenis/bentuk multivitamin. Ada yang berbentuk pil, caplet, tablet, capsul dan liquid (cecair, selalunya untuk kanak-kanak). Antara banyak-banyak jenis ini, aku rasa yang paling menyenangkan dan mudah dibawa kemana sahaja ialah MV berbentuk pil, caplet, atau tablet. Berbanding dengan bentuk cecair, anda memerlukan sudu untuk setiap ambilan, dan amat melecehkan jika dibawa untuk tujuan bercuti atau bekerja luar. Buat yang muslim, capsul mungkin bukan pilihan terbaik kerana selaputnya diperbuat daripada gelatin, yang mana proses pembuatannya mungkin meragukan terutama jika MV (capsul) itu diimpot dari negara bukan Islam.

Caplet Centrum MV (kiri) dan caplet Appeton Essentials MV21 (kanan), kedua-duanya mudah dibawa kemana sahaja, dan yang lebih penting, bebas gelatin.

3 - Bekas penyimpanan
Bekas penyimpanan juga memainkan peranan yang penting, terutamanya jika anda ingin membeli stok MV untuk tempoh lebih daripada sebulan. Kebiasaannya MV adalah dalam bentuk botol, namun ini bukanlah cara penyimpanan yang baik untuk jangka masa panjang. Memandangkan kita kerap membuka penutup botol, ada kemungkinan pil-pil MV didalamnya akan teroksida. Jika boleh, pilih MV yang pilnya dipekkan sebiji-sebiji, atau asing (seperti Appeton Essentials MV21) kerana pek seperti ini akan memastikan pil-pil yang lain tidak terdedah kepada udara, sekaligus menurangkan risiko untuk teroksida. Selain itu, pek seperti ini juga kedap cahaya (Ingat, MV juga mudah 'rosak' jika terdedah kepada cahaya untuk tempoh yang terlalu lama!).

Setiap caplet Appeton Essentials MV21 dipek secara berasingan, dan cara ini memastikan bahawa caplet yang belum digunakan bebas daripada pendedahan udara dan cahaya. Berbeza dengan Centrum, yang dipekkan secara botol.

4 - Harga
Harga sesebuah produk MV bergantung kepada 3 faktor, iaitu tempat/negara ia dikeluarkan, kandungan nutrien, dan jumlah pil yang dibekalkan. Sila hayati fakta-fakta berikut:

i) MV yang diimpot, kemudian dipekkan semula dinegara kita (seperti Appeton Essentials MV21) adalah lebih murah harganya berbanding yang diimpot sepenuhnya (seperti Redoxon).
ii) Centrum Silver (30 tablets) harganya lebih mahal berbanding Centrum 'biasa' (30 tablets). Ini kerana kandungan beberapa nutrien dalam Centrum Silver adalah sedikit tinggi berbanding Centrum yang 'biasa', memandangkan Centrum Silver ini diformulakan khas untuk golongan veteran (tahap penyerapan nutrien rendah).
iii) Secara purata, harga sebiji "Blackmores MV (60 tablets)" adalah lebih murah berbanding sebiji "Blackmores MV (30 tablets)".

Berikut adalah harga-harga MV yang dipantau di Watson Pharmacy pada tarikh 2 Sept 2010:

*Seven Seas (30 capsules) RM21.90 (discount RM17.20)
Appeton Essentials MV21 (30 caplets) RM22.50 (discount RM18 @ Guardian)
Supradyn (Bayer) (30 tablets) RM27.88
Centrum (30 tablets) RM31.90
Blackmores MV (30 tablets) RM33.00 (discount RM26.40)
Pharmaton (30 tablets) RM35.80
Centrum Silver (30 tablets) RM36.80
Bion 3 (Merck) + 3 Probiotics (30 tablets) RM45.50
Redoxon (Bayer) (30 tablets) RM49.90
Blackmores MV (60 tablets) RM60.00 (discount RM48)

*Capsules Seven Seas MV mungkin diperbuat daripada unsur gelatin memandangkan ia rasa kenyal.


5 - Pilih yang ada %DV (Daily Value)/ % US RDA
Terdapat juga produk MV yang tidak menyertakan maklumat %DV ini. Berbeza dengan maklumat pemakanan untuk kalori, di mana %DV mungkin tidak berapa penting, produk MV harus ada info ini untuk memastikan pengguna tidak tertipu. Sila teliti label dan pastikan vitamin-vitamin berikut nilai %DV nya adalah 100: thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), vitamins B-6, B-12, D, E, dan folic acid (semua ni vitamin penting untuk metabolisma).

Appeton Essentials MV21 hampir menepati ciri-ciri ke-5 ini.

6 - Pastikan MV tersebut mengandungi minerals
Kebanyakan produk MV masa kini disertakan dengan minerals, namun terdapat juga produk yang hanya membekalkan Vitamin semata-mata, sedangkan harganya lebih kurang sama. Pastikan pilih produk MV yang disertakan dengan mineral agar anda boleh mengoptimumkan pembelanjaan wang anda. Sila teliti label dan pastikan MV tersebut mengandungi mineral-mineral penting ini: chromium, copper, magnesium, zinc, dan iron.

Sama ada ini...

...atau ini...

...kedua-duanya Susu Sejat pernah cuba. Walaubagaimanapun, yang menjadi pilihan hati Susu Sejat hanyalah satu. Rasa-rasanya yang mana satu ya? Cuba anda teka.


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

9 comments:

Farah-Izzaty said...

good info.. tapi bila dah byk2 ni pening pulak kepala.. macam nak bawak kamu pergi pharmacy pulak rasanya.. hehehehe..

Nur -al- Ain said...

info best ni ;) oo ss beli century kot ;p

Joy Kalonas said...

Farah: nak bawak saya gi pharmacy? boleh je, :p Basically, promoter sesebuah produk MV akan menggunakan salah satu point yg saya nyatakan di atas dalam mempromosikan produk mereka.

Ain: bukan century ler.. tak sebut langsung produk century kat atas tu :p

attiesya said...

err.. appeton kot.. hahaha.. (masih blur + pening nk pilih MV ni) selalu mkn yg 21st century atau herbalife punya je..

Joy Kalonas said...

attiesya, u punya jawapan macam betul jer :p Lepas ni, dah tahu tips asas memlilih MV, boleh lah diaplikasikan yea, bak kata Sheila Majid dalam iklan Nesprey tu, "Semak Label dulu.."

toffee said...

Mungkin Joy pilih Appeton sebab kandungan Vit Bcompleks dan Vit Cnya 100% RDA berbanding Folic Acid dan Iron yg RDA rendah( normally wanita mengandung/orang sakit lebih perlukan ini )..siap ada lipotropics lagi ( apa tu?)

List MV di atas utk 30 serving ya? - bermakna sebiji sehari?

Just nak share kalau MV brand Shaklee, Vita-Lea ( Iron Fortified) yg Dr M ambik tu, harganya RM71 untuk 120 biji. Tapi ia utk 60 serving/2 bulan - bermakna kena ambik 2 kali sehari.Kalau malas makan - 1 biji sehari je atau terlupa...memang jimat dan tahan lamalah hehe

Osteomatrix ( Calcium Magnesium etc ) supplement, RM49/120 caplets. servingnya 4 kali sehari baru cukup 100% RDA.. kena diambil bersama makanan..

LaiLaMaJNuN said...

Kalau x silap..sebelum ni pun Joy selalu jek mention pasal MV Appeton ni dlm entri2 yg terdahulu..so secara yakinnyer.. mesti Joy amik Appeton kot.. huhuh..saya makan Pharmaton with selenium + ginseng extract .. lepas makan rasa mcm badan panas lak.. kenapa ek? hump.. pas ni nak try Appeton lak ler..

joetiefa said...

susu...

saya dalam proses turun berat badan, dan saya amik MV proviton sebab harga pun ok. OK tak MV nih?? Setakat ni saya mkn ok je.

Joy Kalonas said...

ok la tu :)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails