Namun, entri kali ini aku cuma nak fokus kepada satu jenama susu kacang soya, jenama yang tidak asing lagi di Malaysia, iaitu 'Drinho'.

Perhatikan info makanan ketiga-tiga jenis susu kacang soya Drinho ini, di bawah.

Susu soya di atas disusun dari kiri ke kanan, dari yang paling rendah kalori dan paling rendah kandungan karbohidrat/gula, hinggalah kepada yang paling tinggi kalori dan paling tinggi kandungan karbohidrat/gula.
Bagi aku, yang mana satu paling berbaloi dan sesuai untuk diminum, adalah sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada matlamat/gol masing-masing. Sekiranya korang begitu menjaga pengambilan kalori (jika TIADA spesifik gol sama ada untuk turun atau naik berat badan), pilihlah jenis yang paling kiri sekali, Drinho Soya Bean Milk. Disamping rendah kalori, harganya juga sedikit murah.
Sekiranya paras gula dalam badan korang sememangnya rendah, mungkin atas faktor penyakit mahupun faktor gaya hidup, boleh pilih antara Homesoy original atau pun Homesoy brown sugar, kerana kandungan gula kedua-duanya sedikit tinggi berbanding yang pertama tadi (rujuk 'Carbohydrate' dan 'Total Sugars'). Tambahan, kedua-dua jenis susu soya ini juga rendah kandungan sodium berbanding yang pertama tadi, sekaligus sesuai buat mereka yang mengawal pengambilan sodium dalam sehari.
Buat mereka yang ingin menurunkan berat badan pula, aku sarankan cari jenama produk yang lain selain yang dinyatakan di atas, yang lebih rendah gula dan rendah kalori seperti Soyfresh atau Soyrich.
En. Susu pilih yang mana? Aku akan pilih yang berada di tengah-tengah (Homesoy original) atas faktor keseimbangan yang ia miliki - tinggi protein, seimbang kandungan gula, dan rendah sodium, dan amat sesuai untuk diminum ketika bersarapan pagi di pejabat, tatkala badan memerlukan sedikit sumber glucose untuk bekerja.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
8 comments:
sy xsuke minum soya.
soya buat saya muntah! weeeeekkk3!!
cik wahida, mengapakah begitu? bukankah susu kacang soya itu sedap? =)
en susu,
ada effect ke klu amek terlebih sodium?
cik xxx, untuk jangka masa pendek, tak berapa nampak. Tapi untuk jangka masa panjang, mungkin akan dapat 'hypertension' (darah tinggi). Pastikan ambil tak melebihi 2000mg sehari, (meskipun had yg dibenarkan di UK ialah tak melebihi 1500-1800mg).
Buat mereka yang ada penyakit darah tinggi, sodium harus dielakkan sehabis boleh. Ini kerana sodium hampir wujud dalam setiap makanan yang kita ambil, terutama makanan proses, yang membezakannya ialah yang mana tinggi sodium dan yang mana satu rendah sodium.
ramai org ckp soya sedap.
tapi memang xlepas la di tekak sy. =.="
memang soya sedap! Isk.. isk.. mungkin sebab angin kot.. orang-orang tua cakap soya ni 'berangin' sikit.
ha'ah soya mmg berangin.bg yg byk angin dlm badan, baik x yah lah minum.saya pon suka soya, blh minum 1.5 liter soya sehari.
dulu saya pun kerap minum soya, tapi sekarang dah beransur2 tukar kepada susu lembu (skim)..
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.