July 9, 2010

Susu Skim kini terdapat di Tesco!

Buat mereka yang bersusah payah mencari susu skim sebelum ini, mungkin anda sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada masalah ini. Ini kerana, sebentar tadi aku sudah meninjau ke pasaraya Tesco di Taiping, dan hasilnya...

Ya, Tesco sudah mempunyai produk mereka sendiri untuk susu tepung skim (menerusi jenama 'Tesco Light Choice'). Terdapat dalam pek 300g dan 700g, ternyata harganya juga jauh lebih murah berbanding susu tepung rendah lemak yang lain (tidak sampai RM 15 untuk satu pek 700g, penjimatan hampir RM 5).

Apa itu susu skim? Susu skim ialah sejenis susu (lembu) yang mempunyai kurang 1% kandungan lemak di dalamnya, atau dalam bahasa mudahnya, "Susu Tepung Tanpa Lemak". Susu skim merupakan antara susu yang sukar untuk dicari di Malaysia sebelum ini kerana permintaannya yang kurang menggalakkan.

Antara jenama produk yang terdapat di Malaysia sebelum ini ialah jenama Sunlac, namun amat sukar untuk dicari kerana ia hanya terdapat di pasaraya tertentu (seperti I-Setan market) dan sebilangan kecil kedai runcit. Malah atas faktor kurangnya pengedar/penjual susu skim ini jugalah, syarikat yang mengeluarkan Sunlac ini (Bun Guan Brothers) memperkenalkan servis pembelian secara online (dan penghantaran terus hingga ke rumah). Untuk mempelajari jenis-jenis susu yang terdapat di pasaran, sila rujuk entri ini.

Tesco Light Choice Skim Milk Powder, sama seperti susu skim yang lain mempunyai kalori dibawah 90kcal untuk satu hidangan. Gambar di bawah merupakan ringkasan maklumat pemakanan yang terkandung dalam satu hidangan Tesco Light Choice Skim Milk Powder ini (25g), iaitu kira-kira bersamaan dengan 4 sudu besar.


Antara khasiat lain yang terkandung ialah:

1) Mengandungi Vitamin B1 (Tiamina) yang diperlukan untuk membantu pelepasan tenaga daripada karbohidrat.
2) Mengandungi Vitamin B2 (Riboflavin) yang diperlukan untuk membantu pelepasan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.
3) Mengandungi Vitamin B12 (Sianokobalamin) yang diperlukan untuk penghasilan sel darah merah.
4) Mengandungi Vitamin C yang menyokong penyerapan zat besi daripada makanan.
5) dan juga mengandungi Kalsium untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi.

Tip untuk membancuh susu skim (atau susu tepung yang lain) ialah, jangan sesekali bancuh menggunakan air yang masih panas (mendidih) kerana itu akan menguraikan sifat dan struktur protein yang terkandung dalam susu tepung tersebut (protein akan terurai pada suhu 60 darjah celcius dan ke atas). Gunakan sama ada air yang sejuk atau air yang suam sahaja.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

4 comments:

eijam said...

ejoy, pendapat hang, mana lg ok antara Sunlac ngan Tesco brand nih? in term of harga mmg tesco no 1 lah

Joy Kalonas said...

eijam: Tesco brand tinggi carb, kurang protein. Harga murah. Sunlac pula rendah carb, tinggi protein. Tapi harga mahal. Mana paling elok itu bergantung kepada tujuan kita ambil susu skim ni. kalau matlamat kita untuk ambil lebih protein, boleh pilih Sunlac.

Tapi ini bukan satu isu sebab yang utama di sini ialah, kedua-duanya mengandungi kurang dari 1% fat. Dan kedua-duanya rendah kalori. Tambahan pula susu skim susah nak cari di Malaysia. Jadi, aku simpulkan dua-dua pun ok.

Anonymous said...

tapi kandungan gula dia tinggi.. Gula pun boleh menyebabkan kegemukkan..

Joy Kalonas said...

Anonymous, memang susu skim mengandungi gula, tetapi gula itu bukannya glukosa, atau seperti gula halus yang kita ambil dalam minuman tu. salah satu gula yang wujud dalam susu skim adalah Laktosa. Malah, G.I untuk susu skim adalah jauh lebih rendah berbanding makanan berunsur karbohidrat yang lain, malah susu skim antara makanan rendah G.I. Saya berani jamin Susu Skim takkan menggemukkan, walaupun diambil 2-3 gelas dalam sahari. Dan satu lagi, punca kegemukan yang sebenar adalah kalori, dan bukannya KARBOHIDRAT. Karbohidrat akan menjadi punca kegemukan jika 'Kalori daripada karbohidrat' diambil melebihi daripada apa yang diperlukan.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails