July 5, 2010

Terjah Obesiti #1: Susu Pekat Manis

Mulai hari ini, aku nak memperkenalkan sebuah segmen baru dalam Susu Sejat, yang dikenali sebagai 'Terjah Obesiti'. Apa tu? Melalui segmen ini, Susu Sejat akan membongkar satu persatu makanan/produk di Malaysia yang menjadi punca kepada kegemukan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Memanglah kegemukan itu disebabkan amalan pengambilan lebih kalori daripada yang sepatutnya, di samping gaya hidup yang kurang berkualiti (membawa kepada penurunan kadar metabolisma), namun mesti ramai juga yang nak tahu kan, dalam banyak-banyak makanan/produk di Malaysia, yang mana satukah penyebab kegemukan yang paling ketara.

Untuk episod pertama ini, apa kata kita mulakan dengan sejenis 'penyedap' masakan/minuman yang tidak asing lagi, iaitu susu sejat susu pekat manis. Errr.. Pernah dengar?


Apa itu susu pekat manis?

Kalau ada yang tak tahu apa itu susu pekat manis, bagi aku memang tak layak dipanggil Malaysian. Ini merupakan 'penambah baik rasa' yang kita kenal sejak zaman kita-dah-mula-boleh-minum-Milo lagi (lebih kurang umur 2 tahun). Setelah umur kita meningkat sedikit, ibu mula membenarkan kita minum kopi dan teh, yang juga disedapkan dengan kehadiran susu pekat manis. Masuk alam remaja, dah pandai pula melepak di restoran mamak (mapley), dan memang tak sah kalau tak pesan teh tarik. Oh, teh tarik pun pakai susu pekat ye En. Susu?


Mengapa susu pekat manis dikatakan punca obesiti?

Perhatikan info pemakanan susu pekat manis F&N di bawah.

Tercatat bahawa satu sajian susu pekat manis ini adalah bersamaan dengan 20g (2 sudu teh) dan mengandungi 69kcal. Bayangkan, secara purata, setiap rakyat Malaysia membancuh minuman panas (Milo atau kopi) sebanyak 3 kali sehari, iaitu ketika awal pagi, minum petang, dan sebelum tidur (cicah dengan biskut segi empat). Dan katakan, setiap bancuhan juga melibatkan 2 sudu teh, bererti dalam sehari mungkin mengambil sekurang-kurangnya 6 sudu teh susu pekat manis.

69kcal x 3 = 207kcal (sehari)

Sekiranya diamalkan setiap hari, dalam setahun...

207kcal x 365 = 75555kcal

Dan apabila ditukarkan ke kilogram,

75555kcal/ 7700 = 9.8kg!!!

9.8kg, itulah berat lemak yang mungkin bertambah dalam diri anda dalam setahun, jika anda mengamalkan gaya hidup yang 'lemah' dan kurang aktif. Itu baru setahun, katakan jikalau kita dah amalkan pengambilan susu pekat manis ni sejak 10 tahun yang lalu...

9.8kg x 10 = 90.8kg

90.8kg?!! Itulah angka yang mungkin anda dapat jika anda sentiasa mengambil lebih kalori daripada yang sepatutnya, terutamanya daripada susu pekat manis (namun besar kemungkinan ini tidak mungkin berlaku kerana terdapat juga hari/tempoh di mana pengambilan kalori kita lebih rendah daripada yang sepatutnya, terutama melalui senaman ataupun puasa. Namun angka ini cuma teori atas kertas berdasarkan kiraan matematik. Hakikatnya, ini yang akan berlaku jika anda langsung tidak bersenam, ambil lebih kalori daripada yang sepatutnya, setiap hari, dalam tempoh 10 tahun).


Susu Sejat ada penyelesaian untuk masalah ini?

1 - Jika anda seorang yang kuat pendirian, seelok-eloknya berhenti terus dari mengambil susu pekat manis. Anda mungkin akan kehilangan berat sebanyak 9.8kg selama setahun jika mengamalkannya. Mulakan tabiat minum minuman secara 'O' seperti Kopi O, Milo O, Teh O (kurang manis, atau 'kosong').

2 - Jika No.1 adalah membebankan bagi anda, gantikan 2 sudu teh susu pekat manis tadi dengan 2 sudu teh sumber tenusu yang lebih berkualiti seperti susu rendah lemak, atau susu skim.

3 - Jika No.1 dan No.2 juga membebankan bagi anda, selemah-lemah iman, kurangkan pengambilan susu pekat manis, iaitu hadkan pengambilannya hanya ketika sebelah pagi, hanya 1 sudu teh sehari.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

8 comments:

Sang Gabriel said...

xminum teh tarik la aku...

Unknown said...

gabanMorka: boleh minum, teh tarik kurang manis, separuh gelas, sebelah pagi.. hehe.

Joy Kalonas said...

gabanMorka: boleh diminum.. teh tarik kurang manis, separuh gelas, sebelah pagi.. hehe.

LINDA said...

DA LAMA BERENTI MINUM AIR MANIS... KAWAN2 PUN HERAN BILA SAYA ORDER MILO KOSONG, TEH O TANAK GULE.. HEHEHE..

contengconteng said...

huhuhu.

Joy Kalonas said...

gabanMorka: boleh minum, tapi pastikan pesan yang kurang manis, separuh gelas, sebelah pagi.

Linda: Tahniah.. kalau boleh persuade them to follow your way.. ;)

Anonymous said...

Dah berhenti minum susu pekat sejak 15 hari lps...and still is!TQ..

Joy Kalonas said...

Tahniah Anonymous. Teruskan..

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails