October 4, 2010

10 cara mudah untuk menjadi lebih bertenaga dan 0% lesu (Bahagian 1)

Semua orang ingin menjadi lebih bertenaga dan kurang lesu setiap hari, minda 100% bersedia, dan mampu berlari ke sana ke mari tanpa perlu berasa mengah, semput, atau lesu selepasnya. Pendek kata semua mahu kesihatan fizikal mereka berada pada tahap optimum, namun mungkin tak ramai juga yang mengetahui cara-caranya. Berikut aku kongsikan 10 cara bagaimana aku mengekalkan kecergasan dan menjadi lebih bertenaga setiap hari.

1 - Kurangkan pengambilan gula
Ada tiga ketika sahaja dalam hidup yang dibolehkan makan/minum makanan/minuman yang mengandungi gula, iaitu ketika awal pagi, selepas bersenam, dan juga ketika berbuka puasa. Lain daripada tiga ketika ini, katakanlah tidak kepada gula. Ini kerana pengambilan gula yang berlebihan (G.I tinggi) akan menggalakkan insulin dirembes oleh sel-sel beta pankreas secara mendadak, proses yang dikenali sebagai insulin spike. Tugas insulin ialah untuk membawa gula ringkas tadi masuk ke dalam sel-sel untuk ditukarkan kepada glycogen, dan ini mengakibatkan para gula dalam darah jatuh dengan mendadak sekaligus diikuti dengan rasa mengantuk.


2 - Minum lebih banyak air
Air lebih mudah terhidrat dari badan, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang panas seperti Malaysia ini. Kekurangan air akan menyebabkan diri keletihan (kes paling mudah dapat dilihat ketika kita berpuasa). Justeru itu banyakkan meminum air setiap hari, disamping kurangkan juga pengambilan kopi dan apa sahaja minuman yang berasaskan caffein kerana caffein ini bersifat diuretic; badan akan lebih kerap menyingkirkan air menerusi air kencing. (Tahukah anda: Aku sudah lama berhenti dari minum kopi sejak beberapa bulan yang lalu. Mengantuk ketika awal pagi? Tak pernah pun..)


3 - Jangan sesekali mengelak makan
Dan ini amat penting, terutamanya sarapan pagi. Sarapan pagi merupakan mukadimah dan kunci metabolisma anda supaya tubuh lebih bertenaga untuk menempuh hari yang baru. Kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil sarapan setiap pagi lebih mudah untuk turun berat badan berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan pagi.

4 - Bernafas dengan betul
Kebanyakan individu bernafas dengan cara 'pendek' (chest/shallow breathing), dan cara ini sebenarnya kurang tepat meskipun hal ini (bernafas) dilakukan tanpa kita sedari dan di luar kawalan kita. Bernafas secara 'mendalam' (Diaphragmatic breathing) seperti yang kita belajar dalam kelas pendidikan jasmani masa di sekolah dahulu adalah cara bernafas yang betul, kerana dengan cara ini kita dapat memaksimumkan kemasukan oksigen ke dalam badan, sekaligus memastikan sel-sel badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi untuk menjalankan tugas masing-masing.

5 - Dapatkan tidur yang mencukupi
Bunyinya seperti mudah, tetapi berapa ramai di antara kita yang mempraktikan tidur (malam) 8 jam sehari? Tidur yang mencukupi dan berterusan ini penting untuk memastikan otak mendapat 'makanan' dan rehat yang mencukupi, yakni menerusi tidur. Bila waktunya kita masuk tidur juga penting kerana HGH (Human Growth Hormone) yang mana penting untuk pertumbuhan otot dan fungsi imun lebih banyak dirembeskan sekitar jam 11pm dan 1am (berdasarkan jam biologi anda). Justeru itu, masuk tidur sebelum jam 11pm adalah amat digalakkan.


bersambung...


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

4 comments:

dakwah said...

kalau minum kopi radix secawan selepas berjogging ok tak? sebab dalam nya ada 16gm gula.. and one more katakan pagi nak pergi jogging better sarapan selepas jogging or sebelum? biasanya saya minum air kosong jer sebelum jogging? fyi saya sedang turunkan berat badan skrg..

* sorry terpost kat bahagian lain tadi

Anonymous said...

saya ada problem terlalu sukakan gula
hinggakan tak tahu bagaimana nak kawal pengambilan gula

toffee said...

Anonymous,Sugar craving biasanya disebabkan kekurangan serotonin, sejenis neurotransmitter dalam otak.

antara cara nak kurangkan sugar craving ni adalah kurangkan makanan karbo terproses 'fine carbs'... sebaliknya makan mknnn yg tinggi GInya. banyakkan aktiviti luar di bawah cahaya matahari, bukan duduk sahaja di bawah lampu fluoresen sepanjang siang dan malam, lampu ni tak bagus utk hormon kita, kurangkan stress, cukupkan tidur,ambil vitamin B complex,tambahkan calcium dan Magnesium,kurangkan gula2 substitute juga, kopi dan segala jenis jajan-jajan...Lebih banyak makan gula semakin bertambah lagi keinginan makan gula lagi...satu lagi jangan skip meals..
---- yang lain2 tanyalah sususejat... okay :)

kelhome said...

aku, klu minum manis2 cepat je letih. mmg betul agaknya tip suruh kurangkan gula tu

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails