October 12, 2010

Persediaan bersenam: Kit (Bahagian 1)

Aku pernah mendengar seseorang mengeluh di facebook (dalam sebuah page). Bunyi keluhan beliau lebih kurang begini:

"Nak kurus pun susah, kena pakai duit.. Kalau pakai produk kena pakai duit, nak masuk gym pun mahu kena beratus jugak sebulan. Sama je dua-dua, semua pun kena pakai duit! Lebih baik stay macam ni, lagi bagus.. ada aku kesah aku gemuk?"

Bagi aku, ini ayat orang yang cetek berfikir dan cepat berputus asa. Orang begini, kalau kita campak dalam pulau ceruk dunia, pasti tak boleh hidup. Survival skill dia kosong. Maaf kalau ungkapan aku ini sedikit kasar, tapi itulah pandangan aku.

Bersenam itu tak semestinya harus dilakukan di gym. Senaman juga boleh dilakukan di rumah atau di taman rekreasi yang berdekatan. Suatu ketika dahulu, aku pernah meninjau beberapa buah gym di Taiping dan KL, mahal memang mahal. Tapi mahalnya bersebab, kerana untuk memastikan semua peralatan di gym ini yang majoritinya mempunyai nilai mantainance tinggi sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk dipakai.

Seingat aku, di Taiping sahaja perlu bayar sekurang-kurangnya RM100 untuk keahlian tahunan, dan perlu bayar lagi beberapa yuran tambahan. Mahal, memang mahal. Aku perhatikan apa yang ada di gym tersebut hanyalah 3 bench, berserta satu set dumbell (disusun dalam rak) berserta satu set barbell. Tiada thredmill, stairmaster, static bike, atau isolation machine untuk workout bahagian-bahagian badan tertentu. Lalu aku fikir, tidaklah berbaloi jika aku membelanjakan RM100 semata-mata untuk menggunakan servis gym yang tak seberapa seperti ini. Di KL juga, majoriti yuran keahlian tahunan gym berharga ratusan ringgit.

Lalu aku bercadang untuk melabur sedikit wang untuk membeli peralatan senaman, dan pelaburan ini berasas kerana ia boleh diguna pakai bukan sahaja untuk setahun, tapi mungkin juga bertahun-tahun lamanya. Oleh yang demikian, jom lihat dulu apakah kelengkapan asas bersenam si Susu Sejat ni.


A - Pemberat Lengan/Kaki (1kg setiap satu)
B - Tali 'skipping'
C - Push up bar
D - Dumbell 10kg
E - Dumbell 5kg (X2)
F - Kasut

Bagaimana pula dengan kos belian untuk peralatan senaman ini? Berikut adalah komentar aku.

A - Yang ni aku beli dengan harga RM13 di Tesco, dan memang hadir dalam sepasang. Harga untuk pemberat ini adalah mengikut berat pemberat tersebut (semakin berat maka semakin mahallah harganya) dan kualiti material yang digunakan. Harga pemberat Lengan/Kaki paling mahal di Tesco ialah RM35, yang mana setiap satu berat pemberat adalah kira-kira 2.5kg.

B - Aku sebenarnya tidak berapa pandai untuk 'skipping', tapi aku simpan juga satu set tali skipping ni untuk kegunaan di masa akan datang. Harganya? Kalau beli di pasar malam atau kedai runcit, RM3 pun dah boleh dapat.

C - Mungkin tak ramai yang tahu, melakukan 'push up' (tekan tubi) dengan cara melekapkan tapak tangan pada lantai adalah merupakan cara yang tak berapa digalakkan, kerana cara ini akan memberikan impak/stress kepada pergelangan tangan (pergelangan tangan kita bengkok kalau guna cara ini, dan ini amat merbahaya sebenarnya). Cara yang paling selamat ialah dengan cara tidak membiarkan pergelangan tangan membengkok - kena lurus, dan ini dapat dicapai menerusi 'knuckle push up' (push up ala-ala tentera, dengan melekapkan buku lima pada lantai, tapi ini akan menyakitkan tulang-temulang jari), atau menggunakan 'push up bar' ini (yang ini paling selamat dan tidak menyakitkan). Harganya pula dalam RM10 sahaja jika dibeli di Tesco.

Dengan 'push up bar' posisi seperti 'knuckle push up' boleh dicapai tanpa perlu menyakitkan buku lima anda.

D - Dumbell ini boleh diubahsuai beratnya dengan cara menambah/membuang piring pemberatnya. Harganya? Apa yang membuatkan dumbell jenis ini mahal ialah kebolehan untuk mengubahsuai beratnya. Dan tahukah juga anda bahawa komponen paling mahal dalam dumbell ini bukanlah terletak pada piring pemberatnya, tetapi pada batangnya (hampir RM50, hanya untuk batangnya sahaja!). Dumbell ini juga aku beli di Tesco, berharga dalam RM85 untuk satu set.

E - Komponen luaran dumbell ini diperbuat daripada vinyl, dan kelebihannya ialah ia tidak mudah berkarat seperti dumbell yang aku ceritakan di ruangan "D". Keburukannya? Beratnya tidak boleh diubahsuai. Yang ini harganya dalam RM35 untuk satu set (2 dumbell, 5kg setiap satu).

F - Kasut ni perkara subjektif. Tapi kasut aku yang satu ini merupakan kasut paling mahal yang pernah aku beli dalam hidup aku - jenama Asics. Harganya di antara RM300-400 juga. Kenapa mesti yang mahal? Kerana aku percaya yang kasut untuk berjogging mestilah selesa dipakai dan tahan lasak, terutamanya kalau hari-hari ditekan dengan berat badan aku yang pada ketika itu 100kg. Dan kasut ini telah menjadi saksi kepada proses penurunan berat badan oleh tuannya..


Berbalik pada persoalan utama, perlukah kita ke gym untuk bersenam? Jawapannya, itu terpulang kepada kemampuan masing-masing. Jika anda mampu, anda boleh menjadikan amalan ke gym sebagai salah satu gaya hidup yang sihat. Namun jika anda tidak berapa mampu, maka anda boleh mencuba cara yang aku praktikkan ini, iaitu dengan melaburkan sedikit wang (dalam RM500) untuk membeli kelengkapan bersenam yang basic ini yang mungkin boleh dipakai untuk bertahun-tahun lamanya. Selamat mencuba!

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

4 comments:

Reenda said...

dah beli gak tali skipping tu.. tapi masuk 20 kali lompat je dah mengah..area shah alam gym murah kat concorde shah alam-byr RM600 for 6 month, siap ada sauna lagi...

attiesya said...

pasal gym tu, kalau ada duit lebih, boleh melabur.. at least kita terasa sayang bayar membership tapi x pegi pun (speaking through experience).. at least menjadi motivation utk pegi sbb syg x nmpk hasil dengan pelaburan beribu-ribu ringgit.. cuma kadang2 facilities tak ditambah malah berkurang.. tu yg demotivate balik.. last2, berhenti..

nowadays, sy lebih suka bersenam di kawasan2 yg boleh bersenam secara percuma.. mula2 memang malu.. apatah lagi keliling tempat tu majoritinya lelaki.. and kalau nak jogging tu, rasanya x sampai satu round dah mengah gile.. so, opt for walking.. tapi once bila dah dapat confidence level yang tak hirau dah orang keliling, jadi macam satu 'ketagihan' dengan aktiviti sihat tu..

dah melalut la pulak komen ni.. but the bottom point is that tak kira bersenam di mana, but the will power tu yang penting.. kalau ada duit lebih, x salah ke gym.. but make sure make full use of it.. kalau tak, di sekeliling kita yang percuma ni pun dah memadai.. :D

eijam said...

ejoy,

pa habaq? lama xbukak blog hang...bz sket 2-3 menjak ni...

ejoy, aku nak tambah info sket...pasal gym tu, geng2 susu sejat boleh try survey gym rakyat yang ada di kawasan anda..sekali masuk rm3....kalo nk jadi ahli, sebln rm20...unlimited nk mutterworth Penang ni lah..tempat lain xtay, tp average lbh kurang camtu je.bagi aku, peralatan dia boleh tahan la. ada treadmill, bicycle, smith n mcm2 lg. tapi bak kata en sususejat, kalo ada dumbell kt umah pun dh ok. tapi kalo dapat barbell and bench kt umah lg terbaek..

hanya sekadar info..

toffee said...

sedey....

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails