October 27, 2010

My "Ex-Girlfriends"

Entri santai. Ye la, dah seminggu berbicara soal fakta, nak juga berbicara perkara yang lebih sempoi dan peribadi. Maka untuk entri kali ni, aku nak buka pekung di dada aku sedikit agar boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat mereka yang mula berjinak-jinak dengan cinta.

Mesti ramai pembaca SS ni yang ada ex-boyfriends atau ex-girlfriends bukan? Dan mesti ramai juga yang membenci cukup-cukup ex mereka dan kalau boleh, tak mahu bertegur atau berjumpa langsung. Bukan itu sahaja, nak pandang gambar dia pun rasa menyampah!

Jangan tak tahu, aku pun punya ramai ex-girlfriends (Playboy ke?). Tapi aku tak lah sekejam tu sampai nak membenci mereka habis-habisan. Kami masih lagi berkawan, cuma tak lah seakrab dahulu. Tak boleh juga nak berjumpa selalu, bahaya, kalau sebulan sekali tu mungkin bolehlah. Lagipun semua ex-girlfriends aku sangat menarik dipandang mata - silap haribulan, boleh terliur insan yang memandangnya! Nak ke berkenalan dengan mereka?

1 - Rojak Buah
Yang ni ex aku yang bersifat juicy lagi menggiurkan. Rupanya hitam manis, betul aku tak tipu, sangat manis. Tapi siapa sangka, manis-manis pun pandai juga nak kikis harta kesihatan aku. Itu perkara yang aku paling tak suka. Bakal isteri aku kena catat perkara ni dalam diari mereka.

Foto kepunyaan keropok.com

2 - Susu Pekat manis
Susu Pekat? Nama pun nak dekat-dekat dengan nama Susu Sejat, padanlah ramai yang cakap kami berdua ni sweet couple dulu. Ni antara awek yang paling lama juga aku kenal. Sejak dari kecil couple, memang agak susah juga untuk tinggal dan melupakannya dulu. Mana taknya, sebelum pergi sekolah dulu, kami akan dating dulu, bukan sehari, tetapi tiap-tiap hari! Tak seperti rojak, yang ni memang putih manis, memang pilihan hati semua warga Malaya.

3 - Mee Segera
Tak kisahlah yang jenis berkuah mahupun yang jenis goreng, semuanya sama. Dahlah berambut kerinting, dengan mengambil bau nya saja dah cukup membuatkan hati tertambat. Pernah suatu ketika, aku memang kemaruk dengan dia ni sampai habis sekotak besar (30 bungkus) aku habiskan hanya dalam masa 5 hari! Gila? Memang aku kemaruk cinta masa tu. Benarlah kata pujangga, cinta itu buta!


4 - Makanan/keropok Ringan
Ex-girlfriend aku yang ni berbadan pipih, tetapi sedap. Nak dating dengan dia ni pun tak memerlukan modal yang banyak, 20 sen je (orang Taiping cakap 2 kupang, entah mana datang kupangnya aku pun tak tahu). Boleh ke nak keluar date dengan hanya 20 sen zaman-zaman sekarang ni? Nak bayar tambang LRT pun paling tidak RM1.20. Hmm..

5 - Minuman Ringan (Soda)
Minuman ringan? Mungkin masih ramai diluar sana yang "in relationship" dengan minah yang satu ni. Dressing dia tak perlu nak cakaplah, bukan kemain lagi, memanjang nak melawa. Bentuk badan pun ramping, dan selalunya badan dia aku akan simpan buat kenangan atau beri pada mak supaya boleh disimpan air masak (kosong) di dalamnya kelak.

Rampingkan dia ni? Macam Elizabeth Taylor.

6 - Kek Berkrim
Boleh dikatakan seminggu sekali juga aku berdating dengan dia ni, terutamanya sekitar zaman sekolah rendah. Sekolah rendah dah pandai berdating? Biasalah, baligh awal..

7 - Daging Burger (anak pakcik Ramly)
Sama seperti ex yang nombor 6, dengan yang nombor 7 ni pun selalu juga aku berdating terutamanya masa belajar di Seratas dulu (sekolah berasrama penuh). Biasalah, lumrah duduk dalam asrama, nafsu nak berdating tu bukan kemain lagi memuncaknya. Sangap. Nasib tak kantoi dengan warden, kalau tidak...


8 - Gula-gula
Ni juga antara ex yang aku kenal sejak zaman kanak-kanak Rebina lagi. Sayangnya, nama dia bukan Rebina tetapi "Nano-Nano" (mati-mati aku ingat nama dia Nona Manis), "M&M" (boleh jadi Mimi Maisarah), atau "Nini Cokelat Celup" (yang ni aku sangat pasti nama dia Nini).

9 - Roti Putih
Lelaki mana yang tahan kalau awek dia berbadan putih dan gebu. Pakej tu. Tetapi tak ramai yang tahu rupa yang putih dan gebu tu tak semestinya bermaksud isinya baik atau bagus. Tips nak pilih girlfriend/boyfriend ni, jangan pilih yang putih, gebu atau lembut sangat. Jangan terhegeh-hegeh nak cari macam anak mat salleh, nanti tak puas! Pilihlah yang hodoh sikit, tak mengapa, asalkan rasa puas (kenyang) tu kekal lama, macam Mak Cik Wholemeal kita ni (walaupun agak tua dan keras, tetapi puas, tahan lama!).

Gambar raya 2010 keluarga Pak Cik Gardenia. Eh, Mak Cik Wholemeal pun ada dalam gambar ni?

10 - Cucur (tak kisahlah apa jenis cucur pun)
Mereka ni memang tak boleh dipercaya langsung. Aku dah cakap, jangan pakai "minyak wangi" banyak-banyak, tetapi mereka degil. Berkilo-kilo jugalah minyak yang mereka pakai, sampai lama-lama aku pun berasa tekanan. Tanpa berfikir panjang, aku pun terus cakap, "Ok sayang, mulai hari ini, kita jangan text (sms) lagi dah. I tak suka girlfriend yang hipokrit. Tapi kalau nak jumpa I sebulan sekali bolehlah kot. Itupun kalau U yang rindu I. Selain daripada tu, kirim salam!"

Itulah dia 10 ex-girlfriends aku yang pernah kerap hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu. Namun, seperti yang aku kata tadi, aku ni bukanlah seorang yang kejam. Sebulan sekali tu adalah aku jumpa mereka, itu pun kalau terserempak di mana-mana. Kalau tak terserempak, jangan haraplah aku yang pergi cari mereka. Namun diharapkan anda janganlah pilih mereka sebagai teman sehidup, ok?

Bagaimana pula dengan anda? Punya ex-girlfriends/boyfriends sengal yang ingin dikongsi?

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

18 comments:

Dill said...

aiiii.... sama pulak ex girlfriend ss nie dgn saya... kita serupa le ye.
sekarang ex gf saya semua nie saya dah tak jumpa lagi... hanya sekali sekala sahaja.
sebabkan diaorang nie lah racun(lemak) diaorang kasi kat saya.. nasib baik sekarang saya dah sedar, tak lah mereka kikis harta(kesihatan) saya lagi.

wannurfazrini said...

ewah2 samakan ex gf dgn makanan pulak . hahaha best best :D

Azah Skaliskala said...

Wah! teringin kek plak..:D
sy selalu diet terus, tp kdg2 'menipu' ceket dlm diet...mkn makann yg diidamkan seminggu skali...esoknya kembali
on diet n exercise more...;)

schaze zainn said...

nice entry :P
mula2 ingatkan memang betul banyak ex-gf..haha
rupanya2 makanan.. :)
me new follower..;)

Anonymous said...

haha, lawak doh, siyes!
pandai mengayat SS ni :D

Anonymous said...

terbaik...bestnya kalo dapat habiskan semuanya sekali gus..

LisaEdora said...

Siot tau .. excited nak tau citer dipekung dada ss .. tgk2 cover jugak citer dipekung dada ..
nasib best entry ni .. hehehe

myoliza said...

hehe..hari2 saya sekarang bahagia bertemankan green tea ;D

ex-gf or ex bf, tu semua penipu kan,..buat kita kumpul lemak. tapi klau i rindu,,makan jugak,sikit2. tapi bila dah tau kesan dia...dh tawar hati..huhu ;)

ct dKota said...

yeah...dlu tym stdy blh d katakan tetiap ari melantak maggi n burger...

p/s : SS klu blh watla entry tuk org yg low blood pressure dr segi pMknnye..tQ

Azfa said...

joy d best!!!! hahaha... skali skala jumpa gak x-bf tak salah kan?? bila dh jumpa nyesal... rasa nk muntah balik!!!

HaRE said...

joy, hang tak letak yong tau fu bomba yg smpai RM25 kena tu! hahahaha

Joy Kalonas said...

Dill: Saya rasa ex-girlfriends kita ni main kayu tiga.. ingatkan mereka setia pada saya seorang saja!

Wannurfazrini: Sekali sekala faz, bukan selalu :p

Azah Skaliskala: ok apa your diet.. memang kena ada "cheat day" seminggu atau 2 minggu sekali (better 2 minggu sekali), untuk mengelakkan craving. Untuk hari cheat day ni you boleh makan apa jer yang u nak..

schaze zainn: welcome to the club bro.. thank you :)

2 Anonymous: Thanks! :)

LisaEdora: Tipah tertipu.. eh, Lisa tertipu :p

Myoliza: Tak cakap ada BF baru!! :'(

ct dKota: InsyaAllah, kalau saya ada masa saya akan cuba buat reserach tentang tu. :)

Azfa: Jangan jumpa langsung lagi bagus, nanti merajuk BF baru :p

Hare: Tu la, ingat nak letak jugak yang tu, tapi fikir2 balik setiap 2 minggu sekali aku dok makan lagi Yong Tau Foo ni (ambil tauhu je, sumber protein tu), cuma kuah aku taruh sikit2 jer.. huhu

iza said...

hmm....ex sy hanya susu pekat n roti putih...lain2 jarang amik...alhamdulillah leh tahan tp bab susu pekat tu kalo kuar kedai, amik neskepe susu...hahhaa...tak bole tahannnnn...

larradanish said...

huhuhuhu..samela ngan larra.itulah yg jadi friend.harap boleh juga jadi xgf...

K Yana said...

Hahahahaha!!!sempoi,kelakar,nakal tp message nya mmg sampai..=)) SS,K Yana suka sgt diet PEPSI yg 1 calorie tu.boleh ke akak terus minum tu?

Joy Kalonas said...

K Yana: boleh minum tapi jangan selalu, sebab tak salah saya ada "benda2" lain yg kalau diambil secara berterusan, boleh mendatangkan kesan untuk jangka masa panjang - i.e osteoporosis.

iza, larradanish: thanks for sharing your Ex ;D

Anonymous said...

fast foods! dan segala yang ada ajinomoto..

tapi kekadang makan jugak. hehe.
walaupun ex- tak semestinya bergaduh dan terus tak berhubung kan? ;)

-faizah-

K Yana said...

Okeh.TQ..get it.kena jd ex la nmpknya Encik PEPSI saya tp takpelah sesekali jumpa pun boleyla..sesekali ajak minum dgn Encik Hubby=))

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails