October 28, 2010

My "BFF"

Entri santai lagi. Mesti ramai yang sibuk nak tahu aku kini keluar date dengan siapa setelah semalam aku mendedahkan siapa ex-girlfriends yang pernah mencuri hati aku suatu ketika dahulu. Meskipun soalan tersebut berbaur sedikit kepo ala-ala minah murai, secara terus terang aku memberitahu hati aku ini masih belum dimiliki sepenuhnya oleh sesiapa lagi.

Walaubagaimanapun aku punya ramai BFF. Jangan pula salah anggap ya, BFF bukanlah membawa maksud "BoyFriend Forever" (aku bukan seorang yang gay) atau "Bapok Fernando Forever" (lagi sekali, aku bukan seorang yang gay). BFF membawa maksud "Best Friends Forever", atau lebih dikenali remaja-remaja zaman sekarang sebagai "Beshties".

Maka dengan itu sukacita aku ingin perkenalkan dengan anda semua 10 BFF aku, manalah tahu ada yang berkenaan untuk jadikan mereka sebagai BF pula selepas ni. Tak gitu Senah? Eleh, aku tau kau suka 'dia' kan.

1 - Susu Skim
Pertemuan pertama kali aku dan Susu Skim ialah di I-Setan, Lot 10, Kuala Lumpur. Masa tu aku tengah menunggu Pn. Anlene, tapi entah macam mana terserempak pula dengan dia ni. Kesian dia, tak ramai yang nak berkawan dengan dia, dah lah duduk tersorok di belakang rakan-rakan yang lain. Memang dah jodoh Tuhan nak mempertemukan kami pada hari tu.


2 - Susu Segar
Dulu aku takut juga nak berkawan dengan abang si Susu Skim ni, sebab dia "banyak lemak". Tapi selepas aku terbaca sebuah artikel berkenaan Diet GOMAD (Gallon Of Milk a Day) yang banyak diikuti kebanyakan ahli bina badan yang nak bina otot, aku pun mulalah rapat-rapatkan diri dengan dia. Mula-mula tu memanglah segan, tapi sekarang kami dah kamcing.


3 - Nasi Putih
Dia ni, kalau ada yang suka, memang suka betul, sampai berpinggan-pinggan. Tapi kalau ada yang fobia (tengah diet la konon-kononnya), takut betul dengan dia sampai kalau boleh tak nak berjumpa langsung. Itulah BFF aku yang seorang ni, Nasi Putih. Dia banyak memberi aku sumber inspirasi dan tenaga tatkala aku betul-betul lemah dan memerlukan. Ini barulah dinamakan kawan. Tapi aku tak berapa suka dengan abang-abangnya, terutamanya yang bernama Nasi Briyani dan Nasi Goreng. Cuma kalau dah terserempak di mana-mana tu takkan nak menyombong kan, adalah "tegur" sikit-sikit.

4 - Multivitamin
BFF yang ini banyak memberikan aku sumber inspirasi dan tenaga. Kalau beberapa hari aku tak jumpa dia, mesti aku takkan secergas ni. Maka dengan itu, setiap pagi, kami akan bertemu untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar salam.


5 - Dumbells
Ada orang panggil dia "Loceng yang dungu", sebab dia ni tak pandai bercakap. Tapi aku tak kisah semua tu kerana yang penting ialah keikhlasan ketika bersahabat. Aku akan berdating dengan BFF aku yang seorang ni 2-3 kali seminggu. Macam-macam yang kami buat!

Antara aktiviti yang kami lakukan bersama ketika berdating. Tak main la pegang-pegang sana sini, cium "chup chap chup chap" tak tentu hala.
Itu bukan dating!


6 - Dada Ayam
Terus-terang aku cakap, dulu aku cukup benci dia. Dan aku rasa ramai lagi yang tak suka dia ni sebab dia ni keras dan "kasar" sangat. Tapi masa tu aku masih jahil lagi, aku tak berapa kenal isi hati dia betul-betul. Kini barulah aku sedar, dialah kawan sejati yang aku cari-cari selama ini. Tak kisahlah jika dia cucu datuk berjanggut putih atau "India mari".

7 - Buah-buahan
Aku memang suka dengan buah-buahan sedari kecil, kira dia ni teman akrab aku dari dulu lagi. Tapi aku lebih berminat pada pisang dan betik, kerana kedua-duanya cepat cerna dan baik untuk pembaikan tisu-tisu otot.

8 - Whey Protein
Ni antara BFF aku yang paling mahal. Anak orang kaya dia ni, kalau nak jumpa dia kena bayar paling kurang RM200 untuk 2 bulan, baru boleh jumpa setiap hari. Mungkin RM200 itu bunyinya seperti mahal tetapi percayalah, dari segi kualiti hubungan persahabatan, RM200 itu adalah yang termurah. Dan satu lagi, dia ni jujur. Bila dia membahaskan diri dia sebagai "Whey Protein", maksudnya dia memang adalah dari golongan protein. Tiada sifat hipokrit di situ.


9 - Kekacang Campur (buat sendiri)
Aku akan berkawan dengan kekacang campur hanya jika mereka tidak memakai "minyak wangi" di badan. Kalau mereka pakai juga "minyak wangi" seperti cucur si ex-girlfriend aku yang seorang tu, pasti aku akan memulaukan mereka. Bukan apa, dah cukuplah wangi (minyak) yang ada pada badan mereka, tak perlulah nak membazir pakai minyak yang belum tentu lagi menyihatkan.


10 - Whole meal bread
Aku pernah "couple" dengan anak dia dulu, tapi sekarang dah pun putus. Tak dapat anak, aku pilih emak. Tua-tua pun masih bergetah lagi, lagi puas, lagi tahan lama. Memilih? Fuhh..


Itulah sahaja 10 BFF aku setakat ini. Sebenarnya ada seorang lagi, nama dia "Air Masak" atau nama timangannya "Air Kosong" (kosong kalori). Tetapi oleh kerana dia ni low-profile, maka dia tak mahulah nama dia tersenarai di kalangan 10 BFF aku di atas. Zuhud hati si Air Masak ni.

Harap-harap selepas ni tak perlulah bergosip-gosip lagi ye tentang siapa yang berada di hati aku. Bagaimana pula dengan anda? Siapa BFF anda? Adakah Susu Sejat salah seorang daripada BFF anda?

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

8 comments:

BAMyarns said...

love your entri..

Azfa said...

kembang tekak nak telan susu... kalo susu coklet aci tak?

larradanish said...

larra amek anlene..ok ka?..sekang dlm proses diet n ari2 buat kardio.baru semalam dok search.ramai yg kata anlene menggemukkan..mula la rasa fobia.harap dapat membantu.larra selalu ambik anlene sebelum berjoging.dan masih ambik nasik dlm sehari suku dari biasa.anlene sama tak dengan susu skim.agak konpius kt situ.larra dah consume anlene dekat 2 bulan.

Joy Kalonas said...

comelcrochet: thank you :)

Azfa: tak aci!! banyak gula tu.. hehe

larradanish: Anlene bukan menggemukkan. penyebab kegemukan adalah disebabkan ambilan kalori yang berlebihan.. tetapi bg saya Anlene tak berbaloi dibeli sebab harganya yang mahal, tetapi 'kurang berkualiti' berbanding susu skim (kosong kandungan lemak, tinggi protein).

Anonymous said...

anlene menggemukkan kerana dia manis dan banyak gula..

K Yana said...

Hahahaha!! Sgt comel enty ni..Enjoy it..(Anyway bole ke kita consume anelene as long as we watch out our calorie intake?)

Joy Kalonas said...

anonymous, K Yana: betul, boleh consume Analene, tak menggemukkan selagi kita jaga ambilan kalori.. tetapi dari untung dan jimat, Anlene ni tak berapa berbaloi, mahal (hanya kerana jenamanya). Go for Skim Milk, seperti jenama Tesco.

K Yana said...

Ha ah ok..tp kena abiskn yg dh beli ni dulu.byk gak beli dulu sbb buat stok..Skim milk kat sini mahal gak SS,insya Allah balik nanti bole cuba TESCO Skimmed milk.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails