August 2, 2010

Kalori Tersembunyi: Fakta atau Auta?

1 - Sup

Kepercayaan dulu-dulu: Makanan berasaskan sup ini bagus untuk kesihatan, malah mampu menurunkan berat badan. Alah, nama pun sup, apalah yang ada dalam sesebuah sup?

Fakta: Bukan semua sup mengandungi rendah kalori. Sup berasaskan binatang empat kaki (sup daging, sup kambing, sup ekor) mengandungi kalori yang tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini tidak menyihatkan, meskipun kamu berniat untuk menaikkan berat badan.


2 - Burger

Kepercayaan dulu-dulu: Jangan makan nasi, kerana nasi menggemukkan. Beralihlah kepada benda lain untuk makan malam, seperti burger ke. Tak pe, jangan risau, asalkan bukan nasi, awak tak gemuk punya!

Fakta: Tak nak sentuh jauh-jauh, cukuplah fokus kepada daging burger itu sahaja, ok? Sekeping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini datang daripada lemak tepu (lemak sapi), iaitu kira-kira sebanyak 14g untuk sekeping patty. Kebiasaannya daging burger ini digoreng menggunakan mentega/planta (mentega yang murah juga mengandungi lemak tepu), sekiranya dibeli di luar. Itu belum dicampur dengan mayonis, sos, keju, dan bun burger tu lagi, yang sesetengahnya juga dimasak dan disapu mentega.



3 - Yong Tau Foo

Kepercayaan dulu-dulu: (Sekali lagi) Asalkan awak tak makan nasi untuk makan malam, awak boleh kurus punya. Makan sesuatu yang rebus-rebus seperti Yong Tau Foo ke, dah cukup...

Fakta: Kalori tersembunyi Yong Tau Foo terletak pada kuahnya; tinggi kandungan gula, dan juga mengandungi minyak (namun ini bergantung kepada resepi yang digunakan si penjual). Bayangkan anda menuang sebotol sos cili keatas sehidangan tauhu rebus, rasa-rasanya berani tak nak menghirup kuah Yong Tau Foo tu? Aku pernah lihat ada individu yang menghirup kuah Yong Tau Foo apabila tauhu-tauhu dan bebola yang lain sudah habis (ini kes Yong Tau Foo kuah banjir).


4 - Twisties (Snek ringan)

Kepercayaan dulu-dulu: Berapa la sangat, setakat satu pek besar Twisties. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tonton TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan!

Fakta: Sebungkus pek besar Twisties mengandungi kira-kira 490kcal (suku daripada jumlah kalori purata yang kita perlukan dalam sehari). Dan siapa sangka, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak! Oh ya, perumpamaan mudah, disebabkan satu pek besar Twisties mengandungi kira-kira 20g lemak, jumlah tersebut sebenarnya bersamaan dengan kira-kira 2 sudu besar minyak masak. Maka secara teorinya menghabiskan sebungkus besar pek Twisties adalah bersamaan dengan menghirup 2 sudu besar minyak masak. Tak percaya? Terpulanglah.


5 - Capati

Kepercayaan dulu-dulu: Kalau nak sihat ketika makan di kedai mamak, silalah makan capati, kerana capati ni kurang berminyak. Jangan makan roti canai, kerana roti canai banyak minyak. Tak percaya? Tengoklah yang kilau-kilau pada permukaan roti canai tu.

Fakta: Mesti ramai yang tak tahu. Tapi capati sebenarnya adalah 'pembohongan' paling berjaya oleh pemilik kedai mamak kepada mereka yang meluahkan kata-kata di atas. Ya, capati sememangnya mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah capati menggunakan minyak sapi (lemak tepu) disamping mentega, dan di situlah terletaknya kalori tersembunyi yang ramai mungkin tidak mengetahuinya. Untuk pengetahuan semua, sekeping capati (100g) mengandungi jumlah kalori yang hampir sama sahaja dengan sekeping roti canai (100g), iaitu 300kcal.


Nota Kaki: Pendedahan ini tidak bermaksud makanan-makanan di atas tidak boleh dinikmati langsung. Tujuan penulisan ini hanyalah sekadar untuk menyedarkan kita bersama akan 'helah' yang terdapat dalam makanan-makanan yang popular di negara kita, agar kita lebih berwaspada dalam memilih makanan, dan juga menentukan berapa banyak dan berapa kerap makanan tersebut harus diambil.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

12 comments:

♥cutebabygirl♥ said...

i amalkan sup waktu diet..
wuaaaaa!! :(

Joy Kalonas said...

cutebabygirl, kalau sup rendah minyak tapi tinggi fiber seperti sup sayur, ditambah dengan beberapa ketul isi dada ayam, adalah ok. Kalau makan dengan sedikit nasi, lagi ok.. Itu baru cara menjaga diet dengan betul =)

saya_arief said...

nak burgerr...

Sky8Men said...

huhu..nice sharing!!

Joy Kalonas said...

saya_arief: not a chance... ;p

Sky8Men: Thanks bro..

aqmar said...

huhu..kutertipu rupanya...
sobsobsob..

Anonymous said...

thank you so much for the info.. say NO to capati!! ehehehe..

Joy Kalonas said...

aqmar, sekarang dah tahu kan? Tipah pun takkan tertipu lagi.. ;)

anonymous, sama-sama.. terpulang sama ada nak avoid capati terus, atau makan half of the piece sahaja untuk sekali hidangan.. or eating the whole piece (but make sure your calorie per day doesn't exceed yang sepatutnya).

iM said...

joy...
kalau tosay?bukan tokey.

Joy Kalonas said...

tosay rendah sikit daripada capati dan roti canai..

Amirah Razak said...

encik susu

nak tau pemakanan jenis berkuah ni, samada sup, tomyam, menggemukkan tak?

kalo kuah yg lauk2 standard mcm kuah asam pedas, msk kicap,?
kalo kari, msk lemak tu kompem la tgi kalori kan...

Joy Kalonas said...

Amirah, bergantung kepada berapa banyak minyak yang digunakan, dan adakah kuah dia manis.. tengok dan rasa, kalau macam tinggi semacam tebal minyak dia tu, kalori dia memang tinggi.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails