August 17, 2010

Kek lapis mak

Mak pernah memberitahu rakan-rakan aku, bahawa aku kini tidak lagi seperti aku tahun-tahun sebelumnya. Mak menambah yang aku kini merupakan 'pengkritik' masakan beliau yang nombor satu, mengatasi abah aku yang memegang 'title' tersebut sejak beliau (abah) disahkan mengidap penyakit Diabetes tahap 2 dan Darah tinggi.

Jika abah sering komen masakan mak adakalnya terlalu manis, atau terlalu masin, aku pula selalu menegur masakan beliau yang kadang-kadang terlalu berminyak. Selera kemelayuan yang dimiliki keluarga membuatkan aku hanya patuh dengan menu masakan mak, namun dengan sedikit tips dan ilmu, risiko kegemukan mungkin dapat diatasi. Takkah begitu?

Korang pernah rasa kek lapis Sarawak? Buat yang pernah rasa, mesti sedia mengetahui kek lapis Sarawak rasanya sangat manis, semanis rupanya juga.

Ini kek lapis Sarawak 'masam-masam manis' yang mak buat sendiri. 20% reduced sugar daripada resepi asal. Siapa yang tegur? He he he..

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails