October 6, 2010

10 cara mudah untuk menjadi lebih bertenaga dan 0% lesu (Bahagian 2)

Entri ini merupakan entri sambungan 10 cara mudah untuk menjadi lebih bertenaga dan 0% lesu (Bahagian 1).

6 - Ambil sebiji pil multivitamin setiap hari
Kebanyakan pil multivitamin mengandungi komponen B-vitamins (atau B-complex). Komponen B-vitamins ini penting dalam meningkatkan metabolisma sel dalam menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga (meningkatkan lagi kadar pembebasan tenaga).


7 - Rajin-rajinlah berjalan
Jika anda merasakan kejatuhan tenaga dan menghampiri lesu ketika di rumah mahupun di pejabat, berhentilah daripada tugas yang anda lakukan buat sementara waktu dan berjalanlah seketika. Berjalan-jalan selama 10 minit mampu meningkatkan kembali tenaga anda (memastikan darah kembali beredar dan mengangkut oksigen keserata sel-sel tubuh dengan lebih teratur) dan kecergasan dalam diri anda akan berkekalan sehingga 2 jam yang seterusnya.

8 - Bersenam
Selain daripada meningkatkan pengeluaran tenaga dan metabolisma, tahukah anda bahawa senaman juga merupakan anti-depressant yang berkesan dalam menangani stress? Ya, anda tidak perlukan coklat untuk menangani stress sebenarnya, kerana badan juga akan merembeskan serotonin (anti-depressant) menerusi senaman. Seimbangkan di antara senaman berasaskan kardio dan senaman berasaskan kekuatan. Selain lebih menyihatkan, anda juga akan berasa lebih ceria dan gembira selepas bersenam. Coklat? Tak perlu dah.

9 - Konstruk plan/perancangan
Bekerja sehari suntuk memang memenatkan, tambahan kerja-kerja yang bertimbun di pejabat mampu membuatkan anda stress (stress adalah amat sinonim dengan kelesuan). Maka dengan itu rancanglah sesuatu yang menghiburkan yang boleh dilakukan ketika pulang dari kerja atau ketika hujung minggu. Jadikanlah ia sebagai masa gembira anda. Sebagai contoh, aku jadikan blogging ini sebagai aktiviti yang menghiburkan untuk melepaskan tekanan selepas bekerja disamping menyampaikan sesuatu yang aku tahu berkenaan dieting, kesihatan dan gaya hidup.


10 - Power nap
Tahukah anda bahawa tidur sebentar ketika penat bekerja mampu mengembalikan tenaga yang diperlukan untuk menghabiskan saki baki kerja untuk hari tersebut? Ini kerana keletihan menghadap komputer sepanjang hari bukan sahaja memberi kesan kepada mata, tetapi juga kepada otak. Dengan power nap, anda sebenarnya merehatkan mata anda buat seketika disamping memastikan bekalan oksigen sampai ke otak. Waktu power nap yang sesuai adalah ketika selepas makan (waktu tengahari), dan dilakukan dalam tempoh tidak lebih dari 30 minit.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

4 comments:

Rin said...

Vit B complex? setahunya ia akan tambahkan tenaga tetapi at the same time sebabkan kita lapar? tang lapar yg tak tahan tu...huhuhu

Unknown said...

Aktiviti senaman spt berjogging, cycling, bermain bolasepak dll sangat bagus sebab badan akan merembeskan 'morfin dalaman' ie 'endogenous morphin' yang dinamakan endorphin.
Ia bertindak secara pharmakology sebagai penenang, tahan sakit, meningkatkan rasa teruja..

Sebab tu pernah tak dengar budak2 muda cakap -' aku kalau tak main bola harini boleh jadi gila/sewel " - adik lelaki saya pernah cakap mcm tu.. haha
atau " I need to jog every morning to keep my head levelled"

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

multivitamin jenama ape yg ok eh?

Joy Kalonas said...

Cute baby, boleh refer entri ni untuk tips ketika membeli MV kat farmasi.. nak ambil jenama Appeton MV21 pun boleh sebenarnya :)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails