October 19, 2010

Alkaline versus Acidic

Dalam Sains, sesuatu yang meningkatkan nilai pH sesuatu bahan lain (seringkali pH 7/neutral pada air dijadikan sebagai ukuran) adalah dikenali sebagai "Alkali", manakala sesuatu yang merendahkan nilai pH sesuatu bahan lain adalah dikenali sebagai "Asid".

Secara umum, makanan/minuman juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu acidic forming food (bersifat "asid" selepas melalui proses metabolisma) dan alkaline forming food (bersifat "alkali" selepas melalui proses metabolisma).

Namun sifat ini bukanlah membawa maksud apabila anda membawa sekeping kertas litmus dan sentuhkan ia pada makanan tertentu untuk mengenal pasti sama ada makanan itu acidic atau alkaline, namun lebih kepada bagaimana rupanya sifat makanan tersebut apabila memasuki darah, seterusnya 'dicuci' oleh buah pinggang. Dalam erti kata lain, sekiranya anda makan makanan A, dan selepas itu air kencing (urine) bersifat acid (pH lebih rendah dari sepatutnya), maka makanan A bersifat acidic, atau dikenali sebagai "Acidic Food". Sekiranya anda makan makanan B, dan selepas itu air kencing bersifat alkali (pH lebih tinggi dari yang sepatutnya), maka makanan B bersifat alkaline, atau dikenali sebagai "Alkaline Food".

Sebagai contoh, meskipun air limau nipis (tanpa gula) mempunyai nilai pH acidic (pH mesti bawah 7 kalau diletakkan kertas pH) dek kerana kandungan asid citriknya, namun apabila air limau nipis memasuki badan, melalui proses metabolisma, memasuki darah, seterusnya destinasi terakhirnya sebagai air kencing, pH air kencing itu sebenarnya akan menjadi sedikit "beralkali" daripada biasa. Maka dengan itu, air limau nipis dikategorikan sebagai "alkaline food".

Konsep pemakanan yang seimbang harus ada ini: makanan anda haruslah terdiri daripada kedua-dua komponen ini, agar kesimbangan pH dapat dicapai.

Acidic + Alkaline = Neutral

Namun, pemerhatian rambang aku mendapati rata-rata makanan Malaysia bersifat acidic, dan kurang elemen alkaline dalam makanan tersebut. Antara makanan-makanan di Malaysia yang bersifat acidic ialah makanan bergoreng (lemak), protein (ayam, ikan, daging), nasi, roti (segala jenis roti), dan oat. Perhatikan beberapa situasi berikut:

Situasi 1

"Dey mamak! Kasi Mee Goreng satu sama telur mata, sayur tak mau, daging kasi lebih ok. Lepas tu kasi teh tarik satu"

Komen SS: Situasi pemakanan individu dalam situasi 1 ini sangat tidak seimbang. Diet sebegini sangat acidic. Tiada sumber alkaline langsung!!


Situasi 2

Seorang lelaki yang berbadan gempal yang menetap di kolej ingin menikmati makanan tengahari. Beliau berkunjung ke kedai makan di bawah (cafe) dan memilih nasi dalam kuantiti yang banyak, seketul ayam, dan beberapa senduk kuah (banjir), dengan alasan berjimat cermat (nasi akan di caj sekali, tidak kira berapa banyak yang anda ambil. Sayur pula tidak diambil sebab nak kurangkan kos belanja tengahari tersebut).

Komen SS: Diet ini juga sangat lemah. Tiada sumber alkaline!!


Situasi 3

Amir ingin mengamalkan High Protein diet untuk menurunkan berat badan. Apa yang beliau makan sepanjang hari ialah ayam, ikan, daging, telur dan juga sedikit nasi.

Komen SS: Diet ini juga sangat lemah, dan amat merbahaya. Bebanan sifat acid yang terlalu banyak akan mengakibatkan ginjal terpaksa berkerja keras untuk mencuci darah yang bersifat acidic. Sekiranya sejarah keturunan anda menunjukkan ada ahli keluarga anda yang mengidap penyakit berkaitan ginjal, maka anda juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang sama.

Oleh yang demikian, bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah-masalah di atas? Jawapannya mudah. Sekiranya anda banyak mengambil makanan bersifat acidic, maka anda juga harus memilih makanan bersifat alkaline dengan banyak, supaya diet anda kelihatan lebih "neutral". Apakah contoh-contoh makanan bersifat alkaline? Berikut adalah serba sedikit jenis-jenis makanan yang bersifat acidic dan alkaline yang boleh dipertimbangkan dalam diet anda:


Contoh-contoh makanan acidic




contoh-contoh makanan alkaline


Align CenterSumber senarai ini diambil dari energiseforlife.com.


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

4 comments:

Unknown said...

salam,,if u don mind,,,may i noe where u got diz info..?means,,i wan d reference,,k,,thnx

Joy Kalonas said...

aminuriza, saya pun dah tak ingat mana saya dapat info di atas, tu semua secara sepontan yang keluar dari buah fikiran saya berdasarkan pembacaan yang lalu (kecuali senarai makanan yg acidic dan alkaline tu, saya ambil dari energiseforlife.com) Mungkin awak boleh merujuk pada link yg saya sertakan bawah jadual tersebut, sebab ia juga membincangkan hal yang sama, ok?

Unknown said...

thanx for sharing, rupanya kategori ni selepas proses metabolisme...limau nipis tu masuk kategori alkaline, baru tau....
sebab tu selalu digunakan sbg 'peneutral' selain emulsifier dlm masakan melayu contoh dlm sambal/pencicah yg dimakan bersama masakan ikan/daging, kalau masakan barat mrk banyak guna lemon bila makan steak ke..
mee goreng mamak pun mesti dihidang dengan hirisan limau terbelah dua... best...! :)

Joy Kalonas said...

haah kak toffee, nanti saya akan elaborate lagi topik berkenaan alkaline vs acidic food ni, dan untuk tu saya start dgn topik ayam tandoori dulu :)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails