October 3, 2010

Mampukah Kellogg's K Special Baru menurunkan berat badan?

Mesti anda menyedari kehadiran iklan baru Kellogg's K yang ditayangkan di kaca TV sejak akhir-akhir ini, berkenaan seorang wanita yang sukar untuk mengancing seluarnya kerana saiz pinggang yang bertambah, dan konon-kononnya dengan mengambil Kellogg's K ini untuk beberapa minggu, barulah beliau boleh mengancing butang seluar tersebut.

Maaf kerana aku tak dapat sertakan video iklan tersebut di sini. Aku cuba untuk search iklan tersebut di Youtube, namun sayangnya tidak ketemu. Harap anda semua ada menonton iklan tersebut di TV supaya apa yang aku bakal ceritakan ini mudah difahami. (Harap juga sesiapa yang ada terjumpa/simpan video tersebut supaya dapat kongsikannya di ruangan komen entri ini).

Berbalik pada tajuk entri ini, mampukah Kellogg's K Special Baru menurunkan berat badan mereka yang mengambilnya? Sebelum aku memberikan jawapan, sila fahami dulu situasi ini.

Info pemakanan ini dicedok di sini.

Secawan Kellogg's K Special (31g) mempunyai nilai kalori kira-kira 110kcal. Segelas susu rendah lemak, sebagai contoh Susu Nesvita Omega Plus pula mempunyai nilai kalori kira-kira 122kcal. Apabila digabungkan kedua-dua ini, terbentuklah suatu hidangan Kellogg's K (kira-kira semangkuk) yang nilai kalorinya ialah 110kcal + 122kcal = 232kcal.

Katakan Wan Halimah Jongang (nak kurus) cuba berdiet dengan menidakkan nasi dan hanya mengambil kira-kira 4 hidangan Kellogg's K Special ini: Sebelah pagi, tengahari, petang, dan malam. Maka jumlah pengambilan kalori harian Wan Halimah Jongang ini ialah 4 x 232kcal = 928kcal, yakni jauh lebih rendah daripada kuota kalori harian beliau (DCR) yang mungkin sekitar 1500kcal.

Dengan defisit kalori sebanyak 500kcal sehari, dalam masa seminggu, Wan Halimah Jongang telah membakar lemak badannya sebanyak 3500kcal dan ini bersamaan kira-kira 0.5kg - dalam erti kata lain, berat badan Wan Halimah Jongang akan turun paling kurang sebanyak 2kg sebulan!

Namun, sekiranya Wan Halimah Jongang melantak seperti puaka dan dalam masa yang sama mengambil beberapa hidangan Kellogg's K Special, agak-agak beliau akan mengalami penurunan berat badan kah? Jawapannya tentulah tidak!

Kesimpulannya di sini, kalori adalah kalori, tidak kiralah apa jenis makanan yang anda ambil sekalipun, ia tetap wujud di mana-mana. Asalkan anda mampu mengawal pengambilan kalori harian (untuk mencapai matlamat berat badan), anda pasti berjaya. Ingat, bukan perkataan 'K' yang tertera pada kotak Kellogg's K Special yang menentukan anda turun berat badan atau tidak, tetapi perkataan 'K' pada pangkal perkataan keramat ini yang akan menjawab kepada segala permasalahan berat banda anda: KALORI.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

11 comments:

halawatul iman said...

salam
saya setuju...

bagaimana pula dengan penggunaan halia?
sekarang ni mcm2 produk halia telah dikeluarkan..
yang famousnya losyen dan pil...

mungkin susu sejat boleh bagi pendapat..
terima kasih..

aqmar said...

btoi..nilai kalori yg kita amik tiap2 hr
adalah yg plng penting..~
=)

LaiLaMajNuN said...

Bukan setakat halia jer sekarang ni..mcm2 produk ada.. limau nipis la.. minyak kelapa dara la.. dan lelain lagi ar yg boleh membuang lemak dan selulit. hump betul ker... any komen??

Unknown said...

Salam..

thanks dengan artikel ni, cuma nak tanya sikit .. , saya tgk kat pic tu kandungan gula dia 10g untuk sekali makan kan.. so kalau 4 kali makan termasuk dengan gula dalam susu lagi, bukan ker dah lebih kadar pengambilan gula? bukan ker sehari 40gm gula jer dibenarkan?

Unknown said...

betul jugak ya joy, semua tu gimmik semata2..

dakwah, berkenaan losyen halia, dan segala slimming krim tu yg saya pernah baca, ia meningkatkan pengaliran darah ke kulit yang berlemak tu, serta melancarkan saluran sistem limfatik yang lembab, dengan secara tak langsung ia increase mobilisation of fat and adipose tissue underneath the connective tissue area yg banyak lemak tu..
as for limau nipis, mungkin dalam sistem penghadaman ia bertindak sebagai emusifier lemak dan minyak2 yang dimakan..

fit3ri said...

http://www.youtube.com/watch?v=MWxPw8f64e8

Joy Kalonas said...

dakwah: 4 hidangan Kellogg's special K yang saya ceritakan ini cuma contoh untuk menunjukkan tak mustahil utk turun berat badan dgn hanya makan bijirin sarapan ni.. tapi saya tak pernah mengesyorkan pun untuk makan hidangan ini semata-mata. Lebih baik pelbagaikan sumber makanan dan pantau jumlah kalori utk turun berat badan..

toffee: thanks sebab tolong beri penjelasan. good sharing :)

fit3ri: thanks sebab kongsikan linknya ;)

Unknown said...

Sorrylah, saya ni nak cepat je, statement tu sebenarnya utk pertanyaan LaiLa MajNuN (bukan dakwah...)... minyak kelapa dara tu, ia meningkatkan keefisienan badan.. bukan secara direct.. apa2pun senaman masih yang terbaik.. losyen halia dan krim2 tu kesannya sedikit

Anonymous said...

aku pun tengsh diet..bila nampak iklan tu terus pergi carefour
tapi aku ni cerewet bab kalori...
bila tengaik kalori dia...
tk jadi..
aku amik biskut oat.. lebih kurang 87 kalori je
sekli makan keping utk breakfast

~aina~ said...

salam..
i baru jer beli this product.. tp bukan la tuk mkn benda alah ni jer semata2.. but, just as morning & afternoon snack, mkn about 1-2 genggam without milk.. as for other meals, breakfast usually roti bakar with chinese/green tea, lunch mkn food yg bwh 300kcal and 12g fat (my ofc is next to one utama, takde cafe, nk dpt nasi campur susah sgt) and dinner i'll eat grilled fish/chicken with loads of steamed vege (no oil involved in the meal). ok tak kalau mkn kellogs ni in btwn meal mcm i mkn ya?

Shelly said...

i'm here just nak share my experienced. i dah lose weight 5kg dalam masa 2minggu. because i try SSHAPEUP. maybe ramai orang xkenal kowt. sebab nie produk baru. sebab nie produk baru i pun xnak try tapi my friends force me to try. i trust them, so i try. memang puas hati la i told you.so, you all pegi la kat www.sshapeup.co.uk. sebab i beli online jerk...hehe

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails