June 19, 2010

Tip 4: KFC pilihan hati?


Korang suka KFC? Aku sangat menyukai KFC, sebab di KFC aku boleh makan ayam, dan ayam itu adalah protein. Dan bagi aku, antara banyak-banyak fast food outlet kategori murah di Malaysia, KFC adalah antara restoran yang OK berbanding MacDonald, Pizza Hut, atau yang seangkatan dengannya, walaupun terletak sebagai pilihan kedua selepas Subway yang jauh lebih menyihatkan.

Namun menyukai KFC tidak bererti aku akan makan di sana setiap hari. Itu bukan diet yang seimbang. Aku cuma berkunjung ke KFC seminggu sekali, jika tidak bersama keluarga, bersama teman-teman (bukan teman wanita, kerana aku masih single).

Memandangkan aku masih belum jumpa mana-mana entri berkenaan 'makan di KFC dengan cara yang sihat' oleh mana-mana blogger di Malaysia, biarlah aku menjadi orang yang pertama melakukannya. Berikut aku rungkaikan rahsia, beberapa tips untuk mengubah diet di KFC daripada 'tidak sihat' kepada 'lebih sihat'.

1 - Pilih Bahagian Dada
Bahagian dada ayam adalah yang paling kurang lemak dan paling tinggi protein. Malah kalori per gramnya juga lebih rendah berbanding bahagian-bahagian yang lain. Bahagian yang paling tinggi lemak dan kalori? Thigh (aku tak pasti istilahnya dalam bahasa Melayu, tapi bahagian yang dekat-dekat bontot ayam tu, ada sesiapa nak bantu?).

2 - Buang kulit dan kerak tepung
Kulit dan kerak tepung mengandungi kandungan lemak/minyak yang sangat tinggi. Dan tinggi lemak itu bererti tinggi kalori. Seketul *betis ayam goreng berserta kulit/kerak tepung mengandungi 10g lemak (179kcal) - kandungan lemak bersamaan kira-kira satu sudu besar minyak masak, manakala seketul betis ayam goreng tanpa kulit/kerak tepung mengandungi 4g lemak (92kcal). Lihat, dengan sedikit 'modifikasi' sahaja dah boleh mengurangkan 87kcal!

3 - Pilih perisa 'spicy', bukannya 'original'
En. Susu Sejat, kenapa mesti spicy (sekarang dikenali sebagai Hot Black Pepper) dan bukannya original? Sebabnya mudah, makanan yang berempah ni boleh meningkatkan metabolism, dan tinggi metabolism bererti kita boleh 'membakar' kalori lebih pantas berbanding biasa, seterusnya membantu mereka yang 'terlebih berat' untuk turun berat badan dengan pantas.

4 - Minta air kosong (atau mineral)
Pepsi? Mirinda? 7 up? Tolak ketepi semua tu. Disamping harganya yang mahal (memandangkan ia adalah minuman 'gula' tanpa sebarang khasiat, maka RM1.80 per cup itu bagi Susu Sejat adalah mahal) minuman sebegini langsung tidak menyihatkan. Segelas Pepsi yang dijual di KFC hanya mengandungi kira-kira 7 sudu teh gula berserta beberapa mol gas karbonat dan sedikit perasa. Berbaloikah kita membayar RM1.80 hanya untuk 7 sudu teh gula, sedangkan sekampit gula 1kg gula cuma berharga RM1.60? Fikir-fikirkanlah..

5 - Hindari 'French Fries' atau 'Wedges'
Ambil sehelai tisu, lipat, dan picit sama ada sebatang wedges mahupun sebatang french fries di antara dua lipatan tadi. Sekarang anda faham maksud Susu Sejat? Sebatang dua adalah OKAY, tetapi kalau makanan sebegini, mampukah kita untuk makan hanya sebatang dua, sedangkan kita sudah membayar kira-kira RM3 untuk sehidangan wedges? Dipendekkan cerita, hindari terus makanan ni lebih elok, malah menjimatkan wang.

6 - Lapkan minyak yang berlebihan
Selepas membuang kulit ayam dan kerak tepung, korang mesti perasan akan kilaun-kilauan minyak pada permukaan isi ayam tersebut. Lapkan minyak-minyak tersebut dengan tisu yang telah dibekalkan oleh pelayan KFC. Korang boleh menyingkirkan beberapa puluh kalori jika mempraktikkan teknik ini.

Jadi, siapa cakap kalau nak kuruskan badan kita kena 'mengharamkan' KFC? Secara asasnya, tip-tip yang dinyatakan di atas adalah bertujuan untuk mengurangkan pengambilan kalori, terutamanya kalori dari minyak dan gula. Cubalah!

Oh ya, buat mereka yang ingin menaikkan berat badan, KFC is also a good weight gainer, along with proper weight training and of course, your daily calorie intake must slightly exceeds your DCR. It loads your nutrition with plenty amount of protein along with sufficient amount of fat (based on the tips given).

Untuk senarai maklumat pemakanan hidangan di KFC, sila rujuk di sini.

*Betis = Drumstick

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

25 comments:

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

macam mana dgn bahagian thight?
memang perisa original tak sehat ke?
huhuh memang kite pun suka kfc kerana ayam gorengnya.

tapi nak mkn sebulan sekali pun tak mampu huhu.

f_hamid said...

thigh = paha
byk org confuse: peha = drumstick
actually drumstick tu betis...!!!

so altogether now, thigh = paha, drumstick = betis..!

heh... anyways, thighs la sedappppppp....!!!!

Joy Kalonas said...

notso_violet: a'ah, thigh itu adalah betis. Saya sendiri pun tersilap tadi, tapi dah betulkan. Perisa original bukan tak sihat, boleh dimakan. Cuma perisa 'spicy' tu ada kelebihan sket, extra spices berbanding original.

Kalau dari segi kalori, yang spicy tu sebenarnya lebih tinggi kalori berbanding original, hanya disebabkan 'saiz kerak tepung' spicy lebih besar berbanding original. Tapi kalau dah dibuang kulit dan kerak tepung, kalori kedua-duanya (perbandingan antara 2 bahagian yang setara, sebagai contoh paha spicy dengan paha original) adalah sama sahaja.

f_hamid: Thanks bro sebab betulkan, hampir ter'kompius' gak tadi, so dah betulkan =) thighs memang sedap, sebab banyak lemaknya, hehe. Tapi bahagian dada (KFC) pun not bad, lebih lembut berbanding ayam goreng biasa yang dibeli di luar.

Unknown said...

aahh...chessy wedges,kfc original bhgian dada..n air pepsi...sedap oo..cemana nk elakkan ni..haha..

xpernah lagi makan subway..berkhasiat ek?..huhu

Joy Kalonas said...

nana, bawa duit cukup2 untuk beli snek plate atau dinner plate, itu salah satu cara.. subway tu, ingredients dia semua fresh, daripada isi ayam (rebus) dan tuna hinggalah ke sayurnya. Tiada melibatkan goreng-goreng atau bakar, dan rasanya memang seperti makan sandwich, cuma roti dia sedikit panjang seperti roti john ;)

semut lelabah said...

thanks utk info.. :)

Kie-yu said...

saye suke menan KFC
yeay!
hehe

tak lupa juga kpd toasted twister nye
wah, da lame tak mkn
esok mau cari ;)

eijam said...

yes btol susu sejat..aku sebagai org lama kfc ( keje kfc hampir sethn jika dikumpul jumlah bln aku keje time cuti sem ) , mmg thigh adalah bahagian yg paling berlemak+berminyak, lepas goreng tu mmg ketara sgt lemak dia, melekat2 dekat jaring tempat goreng tu...ish2...sungguh xsehat....mmg byk lama.. yes thigh is peha dalam bahasa, tp di kfc org jarang ckp thigh is peha. peha is drumstick in kfc...kfc ada breast = dada, rib=rusuk, drumstick=peha, thigh = yg paling byk lemak ( xtau dlm BM apa )..hehe..

Anyway, another good tips and info from sususejat..keep it up ejoy! aku sapot hang

Encik aMin said...

wah, bagus tips ni... p/s: i follow u.. :)

Joy Kalonas said...

Hapiz Rahman: You are welcome.. ;)

Kie-yu: Ada ke orang yang tak suka KFC? Susah nak jumpa.. hehe. Ok. Kalau terserempak saya nanti tegur tau ;)

eijam: Bro, thanks for the info. Pengalaman tu. Kalau dipicit kulit bahagian thigh tu, memang menitik-nitik minyaknya.. uishh..

Encik aMin: Blogger taiping juga ni.. sudah follow blog kamu kembali..

Wahida Jumaat said...

sy suke subway....lame sudah xmkn subway....
kfc sudah muak!!

Joy Kalonas said...

wahida, saya pun suka subway.. belanja saya nak? ;p

cik xxx said...

kalau saya, pi KFC pilih garden salad.

masih boleh masuk KFC,
Masih boleh sembang ngan kawan2,
masih boleh celebrate bday,
tapi masih kekalkan diet.

anda tentukan apa anda makan

Joy Kalonas said...

cik xxx: betul, anda tentukan apa yang anda makan, dan anda adalah apa yang anda makan =)

Aisyah Sharif said...

Kalau macam inilah, gamaknya, lebih baik tak payah makan KFC. Buang semua benda, membazir duit je. ahah.

Joy Kalonas said...

Betul tu i-SYA! Hehehe. Tips di atas apply utk mereka yg hardcore makan di KFC, yang kalau boleh seminggu sekali pun kena pergi KFC. Tapi kalau makan sekali sekala (2 bulan sekali), tak salah kalau nak makan dengan kulit-kulitnya sekali. A few grams of fat won't bite your health =). Btw, thanks for commenting.

Aisyah Sharif said...

haha. wujud rupanya pemakan 'hardcore' KFC. ahah.

oh, dan sama2. ^^

Joy Kalonas said...

i-SYA: wujud.. me myself =)

Aisyah Sharif said...

Haha. Wow. Serius. Macam mana awak boleh tahan nak buang kulit ayam 2? Aduh~ Bagusnya~ Sungguh berdisplin. Saya tabik!

Joy Kalonas said...

i-SYA, mungkin sebab fobia. saya dah pernah obese sekali dulu. dan saya tak mahu mengulanginya lagi, serik. Adalah lebih baik mencegah daripada merawat.. oh ya, isi dada ayam KFC tak seperti isi dada ayam goreng biasa. lebih lembut dan berbau KFC. =p

Aisyah Sharif said...

Haha. Tapi saya lebih gemar bahagian peha. (bukan betis)

OH! dan terima kasih kerana singgah blog saya. ^^

Joy Kalonas said...

i-SYA, stick to the English term, would you? kamu buat saya semakin confuse.. drumstick! sama-sama =p

MamaQistina said...

mcmana dgn Whipped Potato dan Coleslaw...blh mkn ke x?

Joy Kalonas said...

MamaQistina, mestilah boleh.. :)

adieha said...

kalo ikutkan nutritional chart dr website KFC, bhgn drumstick paling low in calorie dan low in fat. yg protein tu betul, paling byk kat bhgn dada/breast.so mcm mane wak? KFC salah letak info ke? :-s

sy ade blog kat sini..
http://myh3rbalif3.blogspot.com/2010/10/dining-out-what-to-eat-at-kfc.html

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails