August 23, 2010

Cerita Tentang "Tahi"..

Amaran: Untuk entri kali ini sahaja, SS nak menulis sebagai individu yang lebih santai, terbuka dan kurang skema. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.

Mungkin ada yang akan cakap, "Eee.. pengotor nya Susu Sejat!" atau "Tak suke! Tak suke! Menci!". Tak kurang juga yang akan berkata, "Tak senunuh la abang Susu ni, huhuhuhu", haaa, panjang 'huhu-huhu' nya gitu, kan. Tapi itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi. Tapi tahukah anda, tahi itu mencerminkan sebagus mana diet yang anda praktikkan?

Teringat kisah masa kecik-kecik dahulu, lama dah, tatkala otak masih belum berapa matang lagi, seorang kawan ini memberitahu saya satu rahsia yang tak patut diceritakan pada orang lain. Kawan itu berkata, "Weh, pagi tadi aku berak kan, nak tahu keluar apa? Keluar jagung beb, banyak pulak tu, magik tak? magik tak?", maka seorang kawan lagi mencelah, "Oooo, semalam ko makan jagung ek. Tak ajak!". Kan? Bukankah tahi itu mencerminkan apa yang anda makan? (Namun masih ada juga seorang kawan ini bertanya, "Tapi kan semalam aku makan nasi, kenapa pagi tadi tak keluar putih-putih nasi? kenapa warna coklat?" Haaaa, siapa boleh tolong jawabkan?)

Tak kisah la apa anda nak kata kat SS lepas ni, SS terima seadanya. Tak senunuh pun, tak senunuhlah. Tanpa membuang masa, mari mulakan kelas 'tahi' kita pada hari ini. (Siapa yang belum masuk tandas lagi hari ini untuk "u'uk", sila angkat tangan!)

Berdasarkan "Bristol Stool Scale", "Meyers Scale" atau dalam bahasa melayunya "Skala Tahi Bristol", Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Terlebih dahulu, skala ini dinamakan "Skala Tahi Bristol" kerana skala ini telah dibangunkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK. Lepas ni bila SS cakap "Skala Tahi Bristol", jangan la ada yang salah anggap. Bristol bukan nama orang ye! Hahaha.

Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:

Type 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu (kalau berak memang sakit sedikit).
Type 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Type 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Type 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Type 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas (berak lancar, tak sakit).
Type 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Type 7: Sangat cair, tiada pepejal. Ingat tu, tiada pepejal!

Ok, sekarang dah tahu 7 jenis tu, jangan setakat tahu baca dan tersengih sorang-sorang ye, kena fahamkan maksud ketujuh-tujuh kelas tu.

Sekiranya tahi berada pada jenis 1 dan 2, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak 'teran' sebab tahi tu dah sedia keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Alang-alang dah tahu ni, lepas ni jangan malas-malas ke tandas (berak) lagi ye? Hahaha.

Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal (normal), dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari. Haa, dengar tu? Maka sekali lagi, jangan malas-malas "u'uk" ye? Hahaha.

Bagaimana pula dengan kategori ke-5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5 tu, kira bernasib baik lagi kerana itu mungkin disebabkan angin/gas yang terlalu banyak dalam usus, atau ambil sesuatu yang 'menciritkan' seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud 'diarrhea' - masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!

Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan ye? Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Lepas ni, rajin-rajin lah berak, jangan malas-malas lagi, OK?!

P/S: Jangan belek mangkuk tandas anda esok pagi ye! ;D

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

14 comments:

zulaikha said...

baru belajar pasal stool chart ni last week...x sangka akan berjumpe lagi dengan chart ni kat cni...heheh...

miss ziziey said...

sedikit geli,tp info yg sgt penting untuk digestive kita

Joy Kalonas said...

zulaikha ni mesti student medic, tak pun dietetic ;)

miss ziziey, penting ni. Kadang-kadang ramai yang pandang hal ni sebelah mata, remeh =)

Aghni said...

Saya tiap malam minum tea herba orang kampong untuk lancar buang air esoknya. tak tahu plak adakah jenis 5 atau 6. Adakah minum tea herba tu disarankan? Makasih

Joy Kalonas said...

Aghni, teh herba bagus untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan (seperti melancarkan peredaran darah) since ia mengandungi pelbagai bahan2 seperti Flavanoid, Triterpenoids, Proanthocyanins, Phenols, dan Tannis, bergantung kepada jenis herba yang dipakai. Teh herba boleh meningkatkan metabolisma, which means membantu untuk weight loss. But after all, calorie still the subject matter.

Terdapat juga teh herba untuk detox, iaitu diformulasikan untuk menyingkarkan toksin dari tubuh badan. Bila sebut soal detox, tak lari juga istilah 'pembersihan usus' atau 'colon cleansing', dan selalunya lawas untuk proses ni adalah dari kategori 5 dan 6.

Berbalik pada soalan Aghni, adakah ia disarankan, pada hemat saya, itu bergantung pada jenis teh yang diambil. Kalau setakat untuk tujuan yang pertama (meningkatkan kesihatan tubuh badan), bolehlah diambil secara berterusan. Tetapi kalau diambil untuk tujuan kedua, saya sarankan ambillah ia dalam tempoh yang jarang. Detox memang bagus diamalkan sekali sekala, namun kita tidak pasti lagi risiko atau kesan jangka masa panjangnya jika diamalkan terlalu kerap, terutamanya jika ia mengganggu ekosistem normal flora dalam usus anda.

attiesya said...

thanks for the info.. but msg tu yg x tahan tuh.. hahaha

Unknown said...

betul saya setuju dgn SS. kelakar. bayangkan jika Univ Malaya yang buat kajian. Kesian nama Universiti.

hm. segan jugak nak cerita. akak pernah try nona-rougay slimming capsules masa zaman sibuk nak turunkan berat, padahal nak turun setakat 4,5 kg. ( masa tu SS belum ada kat alam cyber )

herba tu mengandungi senna,(inai) memang laxative betul. tak tahan, terus type 6 berkali2 sehari. i got sick. kat luar botol dah ada warning, boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit bila diambil dalam jangka masa berterusan. For me it's a crap.. RM 88 Sebotol/ 60? capsule...kalau utk detox sekali sekala oklah, tapi utk slimming - bukan itu caranya-.

Rohani Hashim said...

hurmm tengkiu susu for da info. hurmm saya nye badan kena banyak minom air masak...kalau sy kurang minom sehari kan, esok pg mesti dpt kesan, xleh nak "panggilan pulau".

Anonymous said...

Cakap pasal tahi, teringat N tentang satu cerita yg pernah diceritakan oleh suami. Kisahnya mengenai seorang miskin lagi low IQ. Pendekkan cerita, dia berhijrah ke Medan tanpa wang, dia berjalan di landasan keretapi lalu berkata didalam hati, "Kenapa org Medan bodoh, buang pisang salai merata2. Baik aku pungutm boleh aku jual nanti." Maka dia pun kutip semua 'pisang salai' kering yg merata-rata. Tiba satu tempat tu, dia hairan kenapa kutipan dia kali ni lembik pulak??? Berkata dia dlm hati, "Baik aku coba cium bau nya. Pisang salai ke tahi ke?" Dia pun cium baunya. Hmm! Busok! Sah ini tahi tupanya. Jadi yg kering2 ni semua tahi, bukan pisang salai. Lalu dia pun buang semu tahi2 yg telah dia pungut.
BODOH BETOI! HAHAHAHA

Unknown said...

teringat cerita The Bucket List - jack Nicholson suka Kopi Luwak ... heee!! geliii

http://en.wikipedia.org/wiki/Kopi_Luwak

Joy Kalonas said...

attiesya: sama2.. msg tu sebahagian daripada arahan kerajaan Malaysia ;p

toffee: mcm pernah dgr nama "nona-rougay", memang product detox ek? Kopi Luwak tu dah diisytiharkan Halal oleh ulama di Indonesia, orang kita panggil "Kopi Taik Musang" :D

suamihanyaisterizuki: betul tu, drink more water = avoid constipation (sembelit). Jangan lupa sumber serat ok!

Anonymous: Hahahaha.. lawak cerita tu, tahi yang sudah kering disangka pisang salai, alang2 dah kutip tu, bolehlah jual buat baja (hidupke pokoknya) ;p

Anonymous said...

the best info for this month... hehehe
mekaseh

zulaikha said...

xdelah...sy student farmasi :)

Joy Kalonas said...

jalanjatuh: terima kaseh kemabli, hehehe..

zulaikha: oh! hehe :)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails