Foto-foto juga tidak pernah berbohong.
Tanggal Februari 2009, bermulalah transformasi tubuh yang aku cari sejak sekian lama. Aku mempelajari hal berkaitan kalori, mula mengira kalori makanan yang diambil, dan berkunjung ke gym secara berterusan. Namun ilmu berkenaan pemakanan dan senaman yang ada pada aku ketika ini adalah sangat cetek.
Secara jujur, aku tidak pernah menumpukan langsung akan jenis, dan jumlah/nisbah karbohidrat mahupun protein yang diambil. Malah, pada ketika ini aku masih mengambil makanan berlemak disamping makanan ringan dalam jumlah yang terkawal. Apa yang aku lakukan ketika ini hanyalah 2 perkara, iaitu pantau jumlah kalori yang diambil dan bersenam secara berterusan TANPA aturan atau teknik yang betul.
Setelah hampir 10 bulan menjalani program weight loss, akhirnya aku berjaya menurunkan 40kg berat badan, penurunan secara purata hampir 1kg setiap minggu. Namun, seperti yang aku ceritakan sebentar tadi, aku sebenarnya telah terlupa akan beberapa perkara penting. Aku perhatikan tubuh aku di cermin, ternyata sudah kurus. Namun apabila disukat Body Fat %, aku agak kecewa kerana julatnya masih pada sekitar 17%, sedangkan matlamat aku adalah untuk memiliki peratusan lemak badan pada sekitar 10%.
Aku teliti pada beberapa bahagian tubuh aku, dan tenyata masih terdapat sisa 'lemak' yang masih terkumpul di beberapa tempat, atau bahasa popularnya 'flabby'. Rupa aku kini tak ubah seperti seorang "skinny-fat". Sisa-sisa lemak ini harus disingkirkan, namun apa yang harus aku lakukan? Bukankah aku sudah kurus? Bukankah aku sudah mencapai BMI normal 23?
Maka pada bulan April 2010, bermulalah fasa transformasi tubuhku yang kedua. Aku perlu menaikkan kembali berat badan aku kepada beberapa kilogram. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa rasionalnya aku menaikkan kembali berat badan? Bukankah aku patut meneruskan sahaja program weight loss yang aku lakukan sebelum ini?
Ini jawapan aku. Untuk membakar lebih lemak, kita memerlukan otot, kerana dengan otot sahajalah, kesemua sisa lemak badan yang terkumpul dapat dimetaboliskan (metabolized). Secara teorinya, lebih banyak otot yang kita miliki, lebih tinggi kadar metabolik yang alami, maka lebih pantas dan lebih mudah untuk kita membakar lemak. Dan untuk mendapat lebih jisim otot (muscle mass), apa yang kita perlukan hanya satu iaitu menambah berat badan kepada beberapa Kg, namun haruslah pada kadar yang betul (dalam 1-2kg sahaja sebulan) supaya dapat meminimakan pertambahan lemak, disamping senaman yang berterusan, diet yang betul, dan rehat yang mencukupi.
Hasilnya, pada Ogos 2010, aku akhirnya berjaya menambah berat badanku sebanyak 6.5kg. Lebih menggembirakan, apabila diperhatikan diriku di cermin, tidak banyak definisi otot yang lari, menunjukkan aku berada pada landasan yang betul (jika definisi otot 'hilang', itu menunjukkan otot sedia ada sudah diselaputi lemak, dan kenaikan berat badan seperti ini adalah disebabkan oleh lemak).
Sehingga saat ini, aku masih meneruskan usaha aku untuk menurunkan lagi paras lemak dalam badan aku, dan usaha ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun lagi, berdasarkan faktor diet dan tempo senaman yang aku jalani kini.
Mungkin ada yang fikir 2 tahun itu suatu jangka masa yang lama, sedangkan ada segelintir individu yang mampu melakukan tranformasi tubuh hanya dalam 8 bulan sahaja. Namun aku berpegang pada satu prinsip: "biar lambat, asalkan selamat dan konsisten". Aku fikir semua yang aku lakukan ini adalah untuk jangka masa panjang, kerana aku ingin kekal sihat dan cergas bukan sahaja untuk tempoh 2 tahun, tetapi biarlah berkekalan sehingga ke anak cucu.
Aku percaya, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Gaya hidup, diet, dan kadar metabolisma, semuanya terletak di tangan anda. Ilmu itu ada di mana-mana, tidak semestinya di Susu Sejat sahaja. Apa yang diperlukan kini hanyalah keazaman, disipilin dan sedikit sokongan moral dan tunjuk ajar daripada mereka yang memahami.
... dan Susu Sejat sentiasa memahami anda semua, kini, dan selamanya.
Maka apa yang ditunggu lagi? Ayuh berubah bersama SS!!
Maka apa yang ditunggu lagi? Ayuh berubah bersama SS!!
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
38 comments:
terharu...
kisah ini mmg benar... :)
mr SS,kamu tetap kamu..walau ape pun terjadi..hehe
Wawa, tq tq.. Terharu juga dengar komen kamu.. =')
encik sususejat sudah kacak! ;)
Tahniah SS!!
(,")
wah, nafas baru. saya pun nak turunkan berat sebab saya dh masul pre obessed zone. wawawa nak kena kurang makan ke, senam lebih skit??
i-SYA: kacak yea aisyah? nakal aisyah ni, hehe..
aqmar: belum lagi.. still a long long journey, ;p
Live.Love.Laugh: obviously, but sometimes dieting and weight loss can be depressing without proper guidance and support.. teruskan membaca Susu Sejat untuk mengelakkan 'tekanan' ketika menurunkan berat badan ok? =)
Aunty doakan transformasi ni berkekalan supaya joy bole menjadi contoh kpd mereka yg stuck with yo-yo dieting & mudah give up :D
I'm still hoping for my son to start changing.
Terharu jugaklah..bila difikir2, transformasi Mr Joy sebenarnya besar dan dalam, indepth, hanya Mr Joy yg faham : umpama tagline The Transformers - 'More than Meets The Eyes' !
Pastinya ia satu inspirasi kpd sesiapa yg mahu belajar.. Selamat Menyambut Entri ke 100 - banyak tu!, utk dibaca, kpd pengunjung baru spt saya.
Aunty Justiffa: Thank you for your prayer aunty, let's hope that your son will do the same too ;)
Anonymous: Betul tu, ada terlalu banyak kisah suka duka disebaliknya, yang tak dapat saya ceritakan, biarlah semua kenangan itu terabadi bersama memori.. selamat membaca SS!
Kalau Joy menjadi senarai yang dikehendaki FBI, mereka pun boleh confuse sesangat untuk menangkapnya kalau sekadar melihat foto 'before' sahaja.
Anonymous, betul sesangat tu, hahaha ;D Dan identiti boleh terus bertukar kalau ibujari ni dihapuskan (dibakar)
macam pelem ( filem ) je haha
tabik same lu bro
Anonymous: Filem dokumentari ke? ;p
ichi: Tq bro.. but still long way to go =)
bro.
sofa dalam 1st image tu sebijon macam sofa kat rumah aku bro.
^_^
Sama? Anonymous ni orang Taiping jugak ke? ;D
erkk...idak le...teman lahir di telok ensen.
kikiki.
baguih websaid kamu ni bro.
tapi teman tak sampey seru lagi nak ngira kalori.
tinggi teman 173km berat 73 kilo
ok ke idak ni yop?
Anonymous, 173km? bior bebenor yop itu tinggi kamu? dah ghupe tepeng ke telok ensen bunyinyer.. hihihi Aku tak reti nak guna bahase perak tengah ni, hahaha.. tapi pada hemat aku, BMI tu dah ok jer, cuma kena mantain.. namun tak bererti boleh mengabaikan senaman dan melantak sesuka hati, ok? ;)
beri pujian = nakal?
eh? ini sudah salah. haha.
i-SYA, ye la, saya tak hensem pun, tu mesti nak ngusik saya la tu, kan aisyah kan? :P
en ijoy masa dulu amat comey..sekarang dah ensem... ditambah lagi dgn kebaikannyer berkongsi pengalaman yang amat berharga..kepada semua yang selama ini buntu mencari jalan penyelesaian memerangi obes.. hump..diriku amat rasa kagum.. hehehehe... <-- ikhlas puji nih :p
LailaMajNuN, terima kasih :) Tapi perjalanan kisah di atas berlaku dalam masa setahun, sedangkan hidup kita di dunia ni bukan untuk setahun. Kesimpulannya, kisah transformasi ini tidak berhenti di situ sahaja. Harus teruskan jika boleh sampai ke cucu :)
eh, mana ada.
betullah tu.
Encik sususejat dah bertukar ala2 transformers gitu.
sudah tough. :D
Alahai, boleh merah muka kalau kena puji camni.. Tq Aisyah ^.^
173km? bior bebenor yop itu tinggi kamu? dah ghupe tepeng ke telok ensen bunyinyer.. hihihi Aku tak reti nak guna bahase perak tengah ni, hahaha.. tapi pada hemat aku, BMI tu dah ok jer, cuma kena mantain.. namun tak bererti boleh mengabaikan senaman dan melantak sesuka hati, ok? ;)
----
ish silap penanda wacana la plak teman buboh.
173km klcc pun kalah...yang sebenornya 173cm
ate itu lah..
hobi teman ialah makan.
tapi mujor juga teman ada keje berat skit2.
kalau tidak mau teman tershortlisted dalam rancangan the biggest looser asia.
teman dulu jaman skoloh2 aktip sukan.
dah masuk alam rumaja pula teman rajin ke gym.
tapi skg dah totally brenti. napsu makan mencanak2. mujor bulan posa ni siang tak buleh makan. teman cuma makan angin je le.
teman ingat nak mula semula membina ohtot2 teman ni ala kadar. tp tu lah ingat nnt nak mintak le petua dan nasihat dari kamu bila masanya tiba nanti ye.
harap tidak keberatan. ( ye le ssb kamu dah ringan)
hahahaha.. mike memang kelakar! teman nak ceghite pun belum sampai seru.. nanti teman cerita pasal naik muskel kat susu sejat ye?
sgt la baguih... huhu.. bdan den ni.. cepat je naik.. ari2 pose,turun 5kg.. dlm 2minggu je,4kg naek smule.. fuh~~ ikut joynye care...leh tahankah ku ini?
nice story!!!!
baru ari nie sy timbang berat...75kg for 158cm..
bmi count menunjukkan very overweigth...
nk mintak advice cam nak motivate diri utk cuba kuruskan bdn???
lady fafa, boleh.. semua org boleh melakukannya ;)
Makiqa, motivasi boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Saya jadikan peristiwa silam dan perempuan sebagai pendorong..
besnyaaaaaaaaaaaaa;) dpt kurus..sy pon be'mission' nk kurus..tp elwayz mission fail!!!..huhu;(.... sy yg gurl pon susa nk motivate diri nk kurus mcmni, mcmne SS buat ek??
"peristiwa silam dan perempuan" maksudnya;).. ops! ter"busy body" plak...
Anonymous (entah yang keberapa dah, huhu), kan saya dah cakap dalam entri tu, masa zaman sekolah dulu perempuan selalu pandang rendah kat saya.. lelaki ni dia ada ego sikit, dan bila perempuan selalu buat macam tu, ego lelaki tu akan buatkan dia rasa 'marah'.. perempuan selalu pandang dan admire lelaki yang hensem, badan ala2 model.. gemuk? sorry to say, saya tak pernah dengar lagi perempuan tergila-gilakan pelakon/penyanyi yang montel2.. saya, yang pernah merasai pengalaman hidup sebagai insan yang gemuk sangat memahami apa yang orang2 gemuk ni rasa.. mereka seringkali disisihkan dan dipandang serong.. mungkin tak semua yang pandang serong, tapi memang kesannya dirasa dan yang pasti memang adala yang pandang serong.. awak tanyalah pada mana2 orang yang gemuk, adakah mereka suka dengan keadaan diri mereka yang gemok? mereka sendiri pun tak suka, inikan pula orang lain yang memandang.. tipulah kalau orang yang gemk tu cakap, "actually I tak kisah pun diri I gemuk, I suka macam ni".. itu satu penipuan, tiada siapa yang sukakan kegemukan..
perghhhh... kental gila SS..
sekarang ni tengah planning nak gi gym yang ada tariner kat area tempat study ni..
bila baca ni lagi membara semangat..
jap ea nak tanya..
kan orang pompuan kdg2 bdn kurus tapi peha besar,
kalao pegi gym mampu ke ek nak kecik kan peha tu..
badan pon of cos la nk kurus lg..hehe..
info tmbahan.. saya org taiping..hehhe
devoted lily, boleh, dgn syarat plan tu kena betul.. but the concept is still fundemental.. if you body want to burn some fat, it will burn the fat all over places in your body. Basically there is no spot reduction mcm "ok, aku nak burn fat kat peha saja, tempat lain tak boleh burn".. no, body kita tak fikir mcm tu. Dia nak bakar lemak, dia akan amik dari semua tempat, perut, ketiak, peha, etc. Usually, kalau orang nak cantikkan satu2 bahagian, let say lengan, diorang akan fokus work out/weight training on lengan saja.. berbanding other body parts.. tapi like i said, strategi kena betul..
Taiping? ohohoho, nanti kalau terserempak saya jgn la takut utk tegur ok? :)
bro,, ko nye trenfomasi mmg terbaikkk.. respek, salute! ahaaa..
aku nk ikut langkah nko,, dulu bmi aku 41, skang 28 tp masih ada ckit flabby,, nti aku nk folo cr nko buat kardio.. hehe,, tenkiu 4 da tips!
i like the old you better!
hooyeay ,
sy sgt teruja bace kiesah tranformasi ni .
tahniah SS !
Sdg mengikuti kelas kalori & mempraktikkan nye .
Penulisan kamu wat sy teruja !
tenkiu SS !
sangat terinspired. insyaAllah sudah mule berubah plean-pelan. baby steps.
thank you. kalau tak jumpe website ni tadi saye dah rase lemah semangat mungkin dah pergi bukak peti ais melantak eskrim dah tadi.
:)
mummy setuju,dan sokong you selamanya.Teruskan usaha anda.:)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.