June 1, 2010

Kardio - Katalis kepada 'Fat Burn'

Apa itu kardio (eng. cardio)?
Cardio ialah suatu bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensity tertentu.

Apakah contoh-contoh kardio?
Secara umumnya, apa sahaja jenis senaman yang mampu membuat jantung anda berdegup lebih laju berbanding biasa, dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Ini termasuklah jogging, berlari, bermain futsal, berenang, skipping dan berbasikal.

Adakah kardio boleh membakar lemak/ 'Burn Fat'?
Kardio yang dilakukan melebihi 20 minit (setiap satu sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.

Adakah ini bermaksud saya kena berlari/jogging melebihi 20 minit tanpa henti?
Secara praktikalnya, YA. Anda perlu berlari selama 20 minit tanpa henti untuk memastikan badan anda MULA menggunakan lemak badan sebagai sumber alternatif.


Lemak badan sebagai sumber alternatif? Boleh huraikan dengan lebih lanjut?

Secara teorinya, badan kita akan menggunakan sumber tenaga berikut (The Hierarchy Scale of Energy), mengikut turutan:

1. MUSCLE GLYCOGEN - glycogen dalam otot, bersedia utk dipakai.

2. LIVER GLYCOGEN - ni sumber glycogen 'kecemasan', dipakai apabila 'Muscle Glycogen' menjadi rendah.

3. BBA (BLOOD BORNE AMINO ACIDS) - Branched Chain Amino Acids dari protein.

4. FAT - Ini yang kita nak buang.

Badan kita menggunakan sumber-sumber tenaga di atas mengikut turutan, mulai dari 1, sampai lah yang ke-4. Untuk 20 minit pertama, badan akan menggunakan sumber tenaga 1 sehingga 3. Selepas 20 minit, barulah badan mula menggunakan sumber yang ke-4, yakni lemak. Maka secara teorinya, kardio (seperti jogging) yang dilakukan melebihi 20 minit akan menggalakkan pembakaran lemak badan (dengan syarat tanpa mengambil sumber karbohidrat 4-5 jam sebelum kardio, kerana ini akan melambatkan lagi tempoh untuk badan menggunakan sumber yang ke-4).

Setiap petang, kawasan rumah saya akan dilanda hujan. Bolehkah saya menggantikan jogging dengan kardio yang lain? Adakah konsepnya (pembakaran lemak tadi) masih sama?
Ya, anda boleh lakukan kardio yang lain mengikut kesesuaian anda, dan konsep penggunaan sumber tenaganya masih sama, dengan syarat intensitinya adalah selari dengan contoh tadi iaitu jogging. Contoh-contoh kardio yang aku nyatakan tadi secara amnya mempunyai intensiti yang hampir sama dengan jogging.


Katakan saya betul-betul menyampah dengan jogging. Saya tak suka berlari la senang cerita, saya tak reti berenang dan bermain skipping; nak bermain futsal pula tiada 'kaki' nak join. En. Susu Sejat ada idea lain?
Cadangan aku? Kita kena bijak ambil kesempatan dan peluang tentang bagaimana badan kita bekerja disamping sumber tenaga yang digunakan (The Hierarchy Scale of Energy). Cara yang paling biasa kita dengar dari PT bertauliah di luar sana, lakukan weight training untuk 20 minit yang pertama, diikuti dengan 10-15 minit kardio. Untuk 20 minit yang pertama, menerusi weight training, otot kita akan bekerja sedaya upaya untuk 'menghabiskan' 3 sumber tenaga yang pertama dalam The Hierarchy Scale of Energy, dan apabila kita mulakan kardio selepas itu, pastinya badan kita sudah tiada pilihan sumber tenaga lain melainkan lemak (fat). Dan oleh yang demikian, dengan hanya berlari selama 10-15 minit sudah boleh membakar lemak dengan banyak.

Tapi buat mereka yang betul-betul ingin menjaga stamina, nak atau tak nak, berjogginglah, atau lakukan kedua-duanya, selang-seli pada hari yang berbeza.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

14 comments:

Fiza Amran said...

interaktif infomenarik.. tq2

Joy Kalonas said...

terima kasih kembali cik Pearl :)

Nina Nurziana said...

huhu...good luck on fat burn

Joy Kalonas said...

you too Nina, GL!

Mas said...

salam en joy

sy dapati info2 kat blog ni memang menarik dan tertarik. sy sbg instructor swimming selalu jugak kekadang nak menekankan aktiviti renang sebagai cardio dll. tp agak busy dan terpaksa tumpukan kepada stroke2 renang dulu, sebelum pegi ke info yg lebih advanced mcm tindakbalas badan terhadap aktiviti senaman yg kita buat.

jadi minta jika en joy boleh buat ulasan mengenai renang sebagai aktiviti cardio yg baik selain jogging.

kedua, nak mintak sharing info ni di website kami, (dgn link www.sususejat.com dikekalkan)

tima kasih n keep up the good work :))

Joy Kalonas said...

salam kembali Mas, terima kasih atas jemputan tersebut. InsyaAllah dalam minggu ini saya akan cuba siapkan ulasan tersebut, dan rasanya inilah 'Aquadolf' yang add saya di facebook kan? Apabila saya dah siapkan entri tu nanti, saya akan inform di facebook, atau boleh cek kembali di Susu Sejat. =)

LisaEdora said...

Wow! Menariknya entry ni ..

Joy Kalonas said...

LisaEdora, tq ;)

ameer said...

yeah that right... ni la yg aku buat 1 thun yg lps.

norazziah said...

kalau berlari tanpa henti selama 15 minit. rahat 10 minit dan sambung lg 15 minit lari. boleh ke?

Joy Kalonas said...

ameer: Science never bluff us :)

norazziah: bukan tak boleh, tetapi tak digalakkan. Dalam fat burning exercise, kita tak boleh panjangkan waktu rehat, sbb itu akan effect blood circulation. bila rehat lama2 sgt, nnti u akan berada pada normal state balik, pada ketika ni darah tak mengalir laju macam u buat mula2 td. Maka dengan tu, u akan rasa lebih letih sebab lack of glycogen dalam muscle.

Anonymous said...

hai susu sejat.saya pembaca baru dalam susu sejat ni.mmg banyak giler info yg saya dapat dari awak.thanks.
di sini saya ingin bertanya,dalam seminggu saya pergi gym dalam 5 kali,apa yg saya lakukan ialah,berbasikal dalam lebih kurang 40 minit,dan terus sambung ke cross ramp dalam 30 minit.selepas itu baru lah saya lakukan senaman lain seperti push up dan sebagai nya yg berkaitan dgn perut.adakah itu memadai?berat saya sekarang ialah 87kg dari dan tinggi 189cm umur 30thn.

Anonymous said...

saya juga work out dari pukul 4.30pm hingga 6.30pm.ada kah pembakaran lemak yg berlaku sama dgn waktu lain?saya juga ada ikut cik susu sejat,jgn makan 4 - 5 jam sebelum workout.

larradanish said...

susu sejat info yg sgt berguna.terima kasih.sy nk ty.macam saya selalu ambil susu anlene sebelum kardio..sesuai tak?.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails