June 14, 2010

Yang Tersurat dan yang Tersirat (Bahagian 5)

Lagi berkenaan gaya pemakanan dan diet..

14 - Makan Malam

Tersurat: "Senah!! Awat la hang pi makan malam? Hang kata nak diet? Hang tau tak, makan selepas pukoi (pukul) 9 malam ni tak elok.. ni.. ni.. lemak-lemak celah ketiak, lengan, peghut (perut).. betui la hang ni ketegaq (degil), payah sungguh nak dengaq (dengar) kata.." celoteh Mak Ngah Gelap kepada anak buahnya.

Tersirat: Tiada kajian yang menunjukkan makan lewat malam boleh menyebabkan kegemukan, melainkan jika pengambilan kalori oleh individu tersebut melebihi dari apa yang sepatutnya. Sepanjang proses saya menurunkan berat badan, saya tak pernah mengabaikan makan malam ataupun supper. Malah, saya masih boleh turun berat sehingga 2 hingga 4kg sebulan walaupun saya mengamalkan supper sebelum tidur (saya berani bersumpah dengan kenyataan saya ini, berani kerana benar). Ingatlah, gemuk atau kurus, semuanya kerana KALORI, dan bukannya kerana waktu pengambilan makan atau sebagainya. Sila delete mitos ini dalam kamus pemikiran anda, ok?


15 - Lagi berkenaan Atkins diet

Tersurat: "Senaahhhh!!!! Oh my goat, oh my goat.. (pandai Mak Ngah speaking English?) Hang ni betoi (betul) la tak dengaq kata.. kalaulah hang anak aku, dah lama aku tibai (pukul) hang sungguh-sungguh. Hang kata Atkins Diet ni tak baguih, sapa cakap, sapa?? Susu Sejat? Yang hang pi percaya mamat kat Susu Sejat tu pasai apa.. dia apa tau? Dia bukan Doktor, dia bukan Nutritionist, ntah mamat tak ketahuan mana la hang percaya ni.. Atkins Diet ni baguih hang tau dak? Anak menakan (anak saudara) Mak Long Pia hang tu, dari besaq (besar) macam gajah sarkis teghuih (terus) jadi kiut (comel) macam Diana Amir. Tu la hang, ada internet tak mau search.." Mak Ngah Gelap berceloteh lagi kepada anak buahnya.

Tersirat: Garangnya Mak Ngah, sampai dengan Susu Sejat di'hentam'nya teruk-teruk. Ni mesti sebab Mitos Zaman Moden ke-13 yang saya karang 3 minggu lalu kan? Apa yang Mak Ngah cakap tu benar, memang saya bukan seorang Doktor ataupun seorang Nutritionist. Tapi saya masih orang Sains Mak Ngah, saya ada asas bidang Biologi yang kukuh. Dan saya juga rajin buat bacaan dan kajian saya sendiri. Mak Ngah jangan marah-marah dulu yea, dengar dulu apa yang saya nak cerita.

Atkins diet bukanlah perancangan makanan yang seimbang dan sihat. Saya ada terdengar, pengamal Atkins-diet ni boleh makan apa sahaja, tiada batasan kalori, asalkan tidak mengambil karbohidrat melebihi 20g sehari dalam diet mereka, sebagai contoh ayam goreng, telur rebus atau berbagai jenis lagi produk yang 'low carb'. Malah si pengamal juga mesti rajin membaca label maklumat pemakanan, namun hanya fokus kepada jumlah kandungan karbohidrat sahaja, dan bukannya nilai kalori.

Tanpa karbohidrat, dan hanya bersandarkan protein dan lemak semata-mata, kita mungkin akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol, dan kita kan dah tahu kesan jangka masa panjang lemak dan kolestrol ni. Tambahan, makanan berkarbohidrat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan gandum penuh ni mengandungi tinggi serabut (fibre), yang berfungsi untuk melancarkan proses membuang air besar. Selain itu, antara kesan-kesan lain Atkins diet ialah nauseous, lemah, dan keletihan tubuh badan, dek kerana kekurangan pelbagai jenis Vitamin yang selalunya terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makan kurang 130g karbohidrat sehari, untuk jangka masa panjang, boleh membawa kepada penghasilan ketones (lemak separa pakai/cerna) didalam darah, sekali gus membawa kepada proses ketosis, yang boleh membawa kepada penghasilan uric acid yang tinggi oleh badan. Bahaya sangat ke Uric acid ni? Kalau Mak Ngah nak tahu, itulah antara penyebab penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi) dan batu karang. Untuk mengetahui SEBAB MUDAH mengapa Atkins diet berhasil dalam menurunkan berat badan dalam jangka masa yang singkat, sila rujuk entri ini.


16 - Low-calorie diet

Tersurat: "Ni Senah, hang baca ni.. baca! Depa (mereka) dok kata kira-kira Kalori ni baguih.. sapa cakap baguih? Tengok apa sughat habaq (surat khabar) ni tulih (tulis), 'Low calorie can cause gallstones development in Kidney'. Kan aku dah habaq, mamat tu bukan doktor.. Susu Sejat konon." siapa lagi kalau bukan Mak Ngah Gelap.

Tersirat: Eh, Mak Ngah baca surat khabar NST? Sama la kita yea Mak Ngah, saya pun baca NST. Tapi apa yang Mak Ngah rujuk tadi tu ialah "Very Low Calorie Diet" (VLCD). Orang yang mengamalkan VLCD ni tak semuanya mengira kalori seperti yang saya ajar, sesetengah tu mungkin secara 'tidak sedar' mengambil jumlah kalori yang terlalu rendah dalam sehari.

Buat mereka yang kurang pasti apa itu Gallstones, dalam bahasa melayu mudahnya, penyakit Batu Karang. Memang benar, terdapat satu kajian yang mengesahkan pengamal VLCD ni mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit Batu Karang. Tetapi sebelum membuat andaian lebih jauh, mari kita huraikan dulu apa itu VLCD.

Mereka yang mengamalkan VLCD ni cuma mengambil 800kcal atau kurang daripada nilai tu dalam sehari. Saya tak pernah ajar semua tu Mak Ngah. Yang saya ajar selama ini ialah, turun berat badan secara perlahan tetapi konsisten. Kalaulah DCR kita 2000kcal sekali pun, kalau ditolak 600kcal, masih lagi pada tahap yang selamat (1400kcal). Selagi jumlah kalori yang diambil dalam sehari tidak kurang dari nilai BMR, dan jumlah air yang diambil dalam sehari mencukupi, insyaAllah, semuanya akan berjalan lancar.


Mak Ngah Gelap: Saipul, oo Saipul.. hang nampak Senah tak? Dah lama mak tak nampak dia..
Saiful: Kak Senah masuk hospital mak, dengaq cerita, gastrik..
Mak Ngah Gelap: Gastrik?? Oh my GOAT!!

"Hey! Who took my leftover pizza??"


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

10 comments:

linda said...

salam,
setuju pasal diet atkins. Saya pernah try diet atkins bile bca kawan2 yg dah berjaya dengan diet nih. Tapi tak bertahan lama sebab % lemak saya naik.. huhuhu.. dari 32% naik 40% .. then tanye nutrionist dia kate " mn u nak? nak turunkan berat ke atau nak turunkan lemak".. lepas dari tu dah tak ikut mana2 program diet lagi, cume jg makan dan makan makanan dalam gizi piramid!! hehe

Joy Kalonas said...

salam kembali linda,

terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman berkenaan atkins diet. dan saya juga suka mendengar quotation daripada nutritionist anda, "mn u nak? nak turunkan berat ke atau nak turunkan lemak".. InsyaAllah saya akan cuba huraikan kata-kata tersebut dalam entri saya yang akan-akan datang, untuk tatapan bersama para pembaca Susu Sejat (banyak dah entri dlm waiting list ni, hehe). Jika cik linda ada banyak lagi pengalaman tentang diet yang ingin dikongsi, sila PM saya ok.. ;)

Justiffa said...

Hi joy. good post about busting diet myths :D

Tapi pasal makan malam ni, aunty terpaksa disagree thru my own experience (but of course its personal & not backed by any facts or figures).. bila aunty kerap makan lewat malam (melayan uncle yg suke sgt supper2 ni lol) berat bdn aunty mesti naik. maybe bcos it has something to do with going to sleep immediately after kot, dunno, tapi aunty cam sgt. its also the reason why i never seem to lose weight in ramadhan, walaupun i still workout as usual.

Joy Kalonas said...

Hi aunty Justiffa,

Thanks for sharing your experience with us, and it does sounds interesting esp. the part when you mentioned about gaining weight while having supper, since we even burn calories while sleeping. It's okay to share your opinion aunty, since there is no right or wrong in one's opinion. but let me explain what just happened thru my point of view, may I? =)

Sleeping for about 7-8 hours will allow us to burn about 440kcal, depending on our BMR (weight, gender, age). Let say if you have been eating a glass of milo and 2 slices of bread with a peanut butter spread (total about 440kcal) prior to sleep, it is assumed that the amount of calorie you consume will be used entirely throughout your sleep, and therefore the net amount of the equation will be zero (calorie in = calorie out), resulting no weight gain.

But this assumption applies if and only if your daily calorie intake doesn't exceed the amount that you should take. Let say your DCR is about 1500kcal, but you had already spent more than third quarter of it (about 1200kcal) throughout your breakfast, lunch until dinner, that means you only have about 300kcal left to spend for your supper. However, drinking a glass of milo and 2 slices of bread will bring your calorie intake up to another 440kcal, that means you have just created a calorie surplus (440-300 = 140kcal), which cannot be burned entirely throughout your sleep. The extra calorie that was not being used will later be converted as fat and muscle (if the combination of weight training + protein presence).

140kcal perday, and if you practice the same diet almost everyday, in a month, 140kcal x 30 days = 4200kcal. That means, you will be gaining almost one and a half pound (almost 0.75kg) in just one month if you practice the same diet as mentioned in the example.

Aunty, why don't you try to keep track on your calorie intake while having supper with your husband, and see if there is any changes.. ok aunty? Those are just my 2 cents. and you are still my healthy aunty in my point of view =)

encikpundak said...

joy. sape makcik senah tu?

p/s. ako perlukan flat belly. bantulah sahabat sekatil a1-1 mu ini. hahaha

Joy Kalonas said...

encikpundak,

makcik senah tu hanya watak mitos sahaja dalam siri 'mitos zaman moden' ni, hehe..

The key to have a beautiful abs is always the same as weight loss program, but must go with more cardio/perweek, eat well (focus),and SOMETIMES (yes, i do mean sometimes, not everyday) do train your abs muscle (sit up).

Untuk cardio, Ada byk, futsal, swimming, berjalan2 dengan awek, tu semua cardio. Tp teknik cardio paling mudah, 'jogging' atau 'running'. Sebelum aku story lebih lanjut, berikut adalah jenis sumber tenaga yang ada dalam badan kita:

1. MUSCLE GLYCOGEN - glycogen dalam muscle, bersedia utk dipakai.

2. LIVER GLYCOGEN - ni stok glycogen 'emergency'.

3. BBA (BLOOD BORNE AMINO ACIDS) - Branched Chain Amino Acids dari protein.

4. FAT

Kita gunakan sumber2 tenaga tu ikut turutan, mula dari 1, sampai lah yang ke-4. Berapa lama masa yang diperlukan utk smpai yg ke-4, ialaih kira2 20-30 minit. Ini bermaksud, kita kena jogging 'atleast' 20-30minit, tanpa ambil sebarang carbohidrat (sebelum tu), utk memastikan kita betul2 burn fat. Rujuk entri ini untuk tahu lebih lanjut apa itu kardio.

Tu secara asas how to burn fat. Balik pada soal sixpack td, kita nk pastikan yg kita burn fat (lapisan lemak kat perut tu), dan bukannya BCAA (muscle), so apa kita nak buat? There comes my number 2, eat well.

Carbohirat:protein ratio mesti 2:1, get enough protein, atleast 1.5g perpound of your bodyweight. supplement seperti whey protein amat membantu, walaupun a bit costly. tp kalau rasa tak mampu, guna saja cara klasik, makan protein dari sumber lain seperti susu, kekacang, ikan, ayam dsbgainya.

Dan finally no 3, comes toning. by this time, 6-pack tu mungkin dah kelihatan, tapi tak berapa menonjol. we need to tone/train that abs muscle, so it will 'menonjol' kat perut.. alright bro? Ofcourse this takes time, even those athletes and body builder do train hard for YEARS to have that wonderful abs.. ;)

P/S: Aku sekarang tengah dalam weight-gain phase, bulking up myself with couple pounds of muscle mass (and of course gaining some fat too) untuk masa terdekat ni, aku tak berapa fokus untuk dapatkan six-pack, hehe..

Justiffa said...

Joy..

makes a lot of sense when you put it that way :D

mmg xtra calories la tu. sbb sleeping late means extending the hours we're awake, which creates more opportunities to eat, which increases more calories than usual, which results in putting on weight. so kalau tak kuat willpower better tidur awal la heheh ;p

Apapun, lets all become happier & healthier thru a balanced diet, active lifestyle & spiritual contentment :D

Joy Kalonas said...

Thank you aunty, you are right.. let's go to the park this weekend ;)

Nani said...

Salam, en. joy..
menarik betul citer mitos awak ye..
boleh dipraktikkan..
nak tanye ni..
berat bdn saya 57KG(naik lepas raya..huhu)
tinggi 157cm...
tengok BMI 23.1..
target nak ke 50KG(dlm BMI 20)
berapa kalorie sehari yg diperlukan???
sorry , saye tak tauuu.sbb tu tanye

Joy Kalonas said...

salam Nani,

berapa banyak kalori yang diperlukan bergantung pada jantina, umur, tinggi, berat, dan berapa kali u bersenam dalam seminggu.. boleh rujuk entri ini untuk formula dan cara2 pengiraan

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails