August 16, 2010

Rokok yang 'melazatkan'


Mungkin ramai yang dah tahu akan kewujudan video ni menerusi laman Youtube, mahupun Facebook. Video yang mula dimuat naik di internet sejak penghujung tahun 2007 ini menceritakan sebuah uji kaji bebas yang dijalankan terhadap kandungan tar yang terdapat dalam 2 karton rokok (selalunya perokok tegar mampu menghabiskan 2 karton rokok ini tidak sampai 2 minggu).

Memandangkan setiap karton mengandungi 10 pek kecil kotak rokok, dan setiap pek mengandungi 20 batang rokok, maka jumlah rokok yang digunakan dalam eksperimen ini ialah

20 x 10 x 2 = 400 batang rokok

Kemudian, setiap batang rokok tersebut dinyalakan, dan asap yang terhasil disedut dan ditapis dengan sebekas air. Secara teorinya, tar dan bahan kimia yang lain akan larut dan terkumpul bersama air yang bertindak sebagai penapis ini.

Apabila hampir kesemua 400 batang rokok digunakan, air yang pada asalnya jernih telah bertukar menjadi kehitaman seperti air kopi. Air tersebut kemudiannya dididihkan sehingga kering, dan siapa sangka, saki baki yang tinggal itu merupakan... (tonton video berikut untuk lebih lanjut)


Sebatang rokok mengandungi 18mg tar, maka 2 karton rokok (400 batang rokok) mengandungi kira-kira 400 x 18mg = 7200mg = 7.2g tar! Lazat bukan rokok-rokok ni?

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

August 15, 2010

'Berat badan' atau 'berat lemak'?

Ramai yang kurang peka akan perbezaan di antara turun berat badan dan turun berat lemak, walhal kedua-duanya adalah jauh berbeza, memerlukan strategi yang berbeza, dan membawa kepada hasil yang berbeza. Secara am, maksud menurunkan berat badan adalah lebih umum, manakala menurunkan berat lemak (badan) adalah lebih spesifik.

1 - Komposisi
Menurunkan berat badan bererti menurunkan kedua-dua berat otot dan lemak, manakala menurunkan berat lemak hanya fokus kepada penurunan lemak badan sahaja (otot akan cuba dikekalkan sehabis boleh).

2 - Strategi
Menurunkan berat badan hanya memerlukan individu menjaga pengambilan kalori seperti yang dibincangkan dalam ruangan kelas kalori (di sini, apa yang anda makan tidak menjadi masalah, asalkan jumlah kalori yang diambil adalah rendah daripada yang diperlukan). Namun menurunkan berat lemak bukan sahaja memerlukan anda fokus kepada pengambilan kalori, tetapi juga jenis makanan yang diambil. Ini termasuklah pengambilan protein yang mencukupi, jenis karbohidrat yang diambil (G.I rendah), dan jenis lemak yang diambil dalam diet.

3 - Senaman
Menurunkan berat badan tidak memerlukan senaman, asalkan pengambilan kalori adalah rendah daripada yang diperlukan. Senaman bagaimanapun membantu dalam mencipta lebih kalori defisit terutamanya jika metabolisma anda membuatkan progres anda menjadi sangat liat. Menurunkan berat lemak pula memerlukan (wajib) kombinasi kedua-dua senaman pemberat (weight training) dan teknik kardio yang betul, agar otot lebih banyak dipelihara dan tidak turun dengan banyak sepanjang proses penurunan.

4 - Progress (kemajuan)
Penurunan berat badan diukur dengan menggunakan penimbang berat badan, manakala penurunan berat lemak disukat menggunakan kedua-dua penimbang berat badan dan penyukat Body Fat %.

5 - Hasil
Penurunan berat badan akan menjurus kepada rupa 'skinny-fat' (maksudnya, meskipun tampak kurus, namun peratusan lemak badan (Body Fat %) adalah masih tinggi. Penurunan berat lemak pula menjurus kepada rupa 'ripped' bagi lelaki atau 'toned' untuk wanita (rujuk foto di bawah).

Skinny-Fat.. Kurus, namun masih mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi.


Datuk Nicole Ann David adalah antara contoh wanita di negara kita yang mempunyai rupa 'toned'.


Rain adalah antara selebriti yang memiliki rupa 'ripped' sempena penampilannya dalam filem 'Ninja Assasin'.


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
Related Posts with Thumbnails