December 2, 2010

Kisah 2 Askar: "Strive for a better body and health..."


Battalion O.T.O.T (Protagonist / Hero)

Jeneral: Wahai battalion O.T.O.T sekalian! "Dunia" kini sudah tidak selamat lagi. Saban hari, askar-askar musuh kian ramai. Puak Visceral dan puak Subcutaneous kini bekerjasama untuk mengusai "dunia", dan ini tidak boleh dibiarkan!

Kapten: Kata Tuan ada benarnya. Populasi askar-askar musuh sememangnya bertambah ramai dan jika dibiarkan, "dunia" kita akan "hancur" dalam masa tidak sampai separuh abad, meskipun "dunia" kita masih muda usianya. Kehancuran ini bakal berpusat daripada tindak-tanduk puak Visceral yang bakal mengganggu jantung kepada "dunia" ini daripada bekerja.

Leftenen: Kalau begitu, apa yang harus kami lakukan Tuan?

Jeneral: Adakan mesyuarat tergempar pihak atasan dengan seberapa segera. Kita mesti merancang suatu plan drastik agar askar musuh tidak mara dengan lebih jauh.


Gerilla F.A.T, Puak Visceral (Antagonist / Musuh)

Panglima Agung 1: Syabas askar-askar ku! Hari demi hari pengikut kita bertambah ramai nampaknya. Ini kalau buka Facebook Fan Page confirm dapat 100 juta "like", Lady Gaga pun boleh kalah, hehe!

Panglima Agung 2: Betul tu Tuan. Nanti bolehlah kita berdua jadi admin untuk Page tu, ye tak? Apa-apa pun kita kena ucapkan terima kasih kepada "penjaga dunia" ini, kerana dia lah, puak kita semakin ramai.

Laksamana: Mana tidaknya, hari-hari dah diberi duit kopi, terpedaya lah dia. Cakap sahaja, Teh Tarik? Sirap? Air manis-manis? Potato Spring? Kudapan? Kek Lapis? Asalkan ada semua ni, tak menjadi masalah, small matter lah!

Panglima Agung 2: Puak Subcutaneous pun tidak kurang hebatnya, mereka berjaya memanipulasikan "penjaga dunia" ini supaya menjadi malas (untuk bersenam). Dan lebih menggembirakan, mereka sedia bekerjasama dengan puak kita untuk menguasai "dunia" ini.

Panglima Agung 1: Suka benar aku mendengar khabar ini, hahahahahaha...!!!

Persoalannya di sini, berjayakah Battalion O.T.O.T menyelamatkan "dunia" daripada kehancuran? Mampukah mereka menyekat kemaraan Gerilla-gerilla F.A.T daripada mengusai sekaligus melakukan onar di "dunia" ini? Adakah kejayaan berada di pihak yang benar suatu hari nanti, andaikata Battalion O.T.O.T tidak mendapat sokongan "penjaga dunia" itu sendiri? Apakah cara paling berkesan untuk memastikan kedua-dua puak yang dibenci ini pupus/hampir pupus daripada "dunia" ini?

Strive for a better body and health. Frasa ini jika kita terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu akan berbunyi, "Sedaya upaya untuk (mendapatkan) tubuh dan kesihatan yang lebih sempurna". Tetapi berapa ramai yang benar-benar faham akan maksud ini, andaikata misi untuk "kurus" telah mengaburi suatu misi yang lebih utama, iaitu untuk "sihat"?

Secara matematik, proses penurunan berat badan tidak memerlukan senaman, asalkan kuantiti pengambilan makanan dalam sehari (kalori) adalah rendah daripada kalori yang diperlukan badan. Tetapi penurunan berat lemak (body fat) mungkin tidak turun secara total dan anda mungkin masih memiliki banyak Subcutaneous Fat! Persoalan timbul sekali lagi, berapa ramai yang benar-benar nampak akan hal ini?

Diet + Senaman = Penurunan berat lemak secara total + SIHAT


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

5 comments:

norazziah said...

suke dekat print screen tu. ada nama aku. heee...

atie said...

masa xada..pagi dh siap2 pi kerja..xrela berkorban bgn kul 6 untuk berlari..ptg baru balik..mlm dah penat..

marinee said...

kih3

siti nor said...

salam..kalau kita rajin sauna Subcutaneous Fat ke visceral fat yg decrease?
dan nk tanya lagi sauna bleh replace excercise tak?hehe

Joy Kalonas said...

siti nor: Definitely not. Sauna bagus untuk kesihatan kerana menerusi sauna kita berpeluh (toksin dibuang), dan melancarkan peredaran darah buat seketika.. tapi untuk membakar lemak, itu semua kurang tepat dan ramai salah anggap akan hal ni, semuanya kerana mempercayai mitos dan tahyul, "kalau kita berpeluh, itu bererti kita sedang membakar lemak". Lagi satu, sauna tak sepatutnya dibuat secara kerap kerana itu akan memberi kesan kepada kulit.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails