Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

November 25, 2010

Potato spring dan budaya "pak ikut"

"Bagaikan sepasang absorber kereta yang dilumuri minyak pelincir, itulah apa yang aku faham mengenai 'Potato Spring'.." - Susu Sejat

Pernahkah anda melihat potato spring di pasar-pasar malam, atau di kaki-kaki lima berdekatan rumah anda? Ketika cuti Aidiladha yang lalu, aku berkesempatan pulang ke Taiping untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Pada suatu ketika, aku mengajak adik-adik aku berkunjung ke pasar malam Changkat Jering untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan sajian makan malam.

Aku berasa aneh apabila melihat terdapat banyak gerai yang menjual selingkaran kentang yang digoreng membentuk seakan-akan sebuah absorber kereta atau motosikal. Maka aku bertanya kepada adik-adik aku akan makanan yang seolah-olah berasal dari 'outer space' tu.

"Dik, apa mende tu?" aku bertanya.

"Itu lah 'Potato Spring'. Dia macam kentang rasanya (padahal memang kentang pun)," balas salah seorang adik aku.

"Sedap ke?"

"Sedap, aku dengan akak selalu beli. Hang try la rasa"

"Berminyak.."

Oleh kerana aku belum pernah merasa makanan ini, aku pun cubalah beli secucuk. Terdapat beberapa saiz, jika yang kecil harganya dalam RM1, dan yang besar sedikit berharga RM2. Aku ambil yang RM2.

Sudah menjadi lumrah, sebelum aku menjamah sesuatu makanan, aku akan memicit terlebih dahulu makanan tersebut untuk mengenal pasti tahap "minyak yang diserap" oleh makanan tersebut setelah digoreng. Ternyata sangkaan aku tepat, terlalu banyak minyak yang diserap oleh potato spring!


Apa tu Potato spring?

Potato spring merupakan kentang yang telah dipotong melingkar dengan mesin khas, lalu di cucuk dengan sebatang lidi yang tebal ditengahnya (membentuk seakan-akan spring absorber). Potato spring akan digoreng sehingga garing, dan diletakkan mayonis dan sos cili di atasnya sebelum dijual kepada pembeli.

Pada masa kini terdapat pelbagai syarikat tempatan yang menghasilkan pakej-pakej potato spring ini, dan kesemuanya tumbuh seakan-akan kulat selepas hujan. Setiap syarikat juga berlumba-lumba untuk mempromosikan pakej potato spring masing-masing yang hadir dalam pelbagai perisa. Ada yang B.B.Q, Cheese, Tom yam, dan banyak lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan pakej potato spring ini? Teruskan bacaan anda.


Potato spring bakal menjadi makanan tradisi kita 100 tahun lagi

Apabila terdapat banyak syarikat yang wujud untuk satu-satu kumpulan produk, maka itu akan disusuli pula dengan kewujudan 'orang tengah' yang menghubungkannya di antara pengguna dan pengeluar, iaitu peniaga/pembekal. Itulah sebabnya aku dapat melihat sekurang-kurangnya 4 gerai yang menjual potato spring HANYA dalam sebuah pasar malam, seperti yang aku ceritakan awal-awal tadi.

Kemudian persoalan kedua mula timbul, kenapa begitu banyak syarikat yang menawarkan pakej potato spring ini (menawarkan peluang perniagaan kepada peniaga/pembekal tadi)? Jawapannya terletak pada permintaan pasaran. Atau dalam bahasa mudahnya "Rakyat Malaysia Suka/Mula Menyukai Makan Potato Spring".

Mungkin sesetengah pihak berpendapat gelombang potato spring yang tiba-tiba meningkat naik ini hanyalah bermusim. Mungkin selepas ini masyarakat akan berasa jemu dan jelak melantak snek yang sama berulang kali. Namun aku berasa sebaliknya. Mengapa aku berkata demikian?

Ambil contoh beberapa lagi makanan ringan yang sudah bertapak di Malaysia. Kentang goreng, nugget, dan bebebola ikan/ketam yang suatu ketika dahulu muncul secara tiba-tiba, dan popularitinya mula mendapat tempat di hati masyarakat sehinggalah ke hari ini. Maka potato spring juga akan mengikuti jejak langkah yang sama. Mungkin kesan kewujudannya yang mendadak itu akan berkurangan saban hari, namun percayalah, potato spring tidak akan pupus di Malaysia selagi rakyat suka menikmatinya.


Bila seorang nak jual potato spring, semua pun nak jual

Aku juga tidak berapa suka dengan sikap masyarakat kita, terutamanya Melayu, yang suka "mengikut" dalam segala hal. Seorang nak jual produk ini, semua pun nak jual produk yang sama. Seorang nak jual pil kurus, yang tu pun nak jual pil kurus (nama sahaja tukar, formula mungkin lebih kurang sama). Seorang nak jual nasi lemak, nah, tak sampai 100 meter seorang lagi tengah menjual nasi lemak. Apa kes ni? Alasannya, pengguna suka, ada market. Nak wujudkan banyak pilihan buat pengguna? Untung kepada si pengguna, bukan kepada si penjual. Si penjual yang tak dapat bersaing akan mengalami kerugian.

Bukan aku tak menggalakkan orang melayu berniaga, tetapi nak berniaga biarlah berstrategi. Jika dalam satu pasar malam terdapat sampai 4-5 orang menjual potato spring, aku jamin separuh daripada penjual tu tak akan kekal lama di tapak pasar malam yang sama. Gulung tikar lah jawabnya pak cik Me'on!

Situasi yang sama juga merujuk kepada mereka yang menjual pil/produk untuk menguruskan badan. Kalau dalam satu page (facebook) pun semua berlumba-lumba menumpang jual produk yang lebih kurang sama, maka anda (sekelompok peniaga produk) akan kelihatan "menjengkelkan". Mereka (pembeli berpotensi) akan hanya ada 2 impresi sahaja terhadap produk anda, sama ada dibeli atau dicaci. Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri, masuklah mana-mana page facebook yang bertemakan "Aku nak kurus", "Aku nak slim", "Kecantikan", dan berbagai lagi.

Manusia ni tak suka benda yang menjengkelkan, apatah lagi jika anda memegang status sebagai peniaga. Contoh paling mudah, jika anda masuk ke supermarket dan secara tiba-tiba terdapat 3-4 orang promoter produk yang berbeza bersaing mengelilingi anda secara gopoh dan gelabah, anda pasti tidak akan berasa selesa bukan? Bukan diri anda sebagai penjual sahaja yang mendapat bad impression sebagai peniaga "gelabah", tetapi produk anda sendiri mendapat tempias yang sama.

Lagi satu ciri-ciri peniaga yang menjengkelkan ialah, 'suka cakap besar'. Jangan sesekali terlalu yakin yang hasil kerja anda akan mendapat kejayaan yang tak masuk dek akal (box office RM40 juta, contohnya lah kan), meskipun niat anda untuk menghasilkan persekitaran dan minda yang positif. Jangan sesekali buat macam tu. Kerana apa? Kerana manusia tidak suka perkara yang menjengkelkan!

P/S: Nak berniaga, kena pandai cari peluang, kena pandai cari Nic yang sesuai, tak perlu ikut jejak orang, sebaliknya, biarlah orang yang mengikut jejak kita. Be a pioneer, not an imitator. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Potato spring? Jangan diambil selalu, merasa untuk pertama kali boleh. Kuasa terletak di tangan anda sebagai pengguna. Fikir-fikirkanlah.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

November 23, 2010

Ke arah negara berpenyakit! Syabas rakyat Malaysia!

We are all proud of your body, Hot Mama's!

Statistik terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan bahawa 16.8 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan (berat badan berlebihan dan obesiti) - separuh daripada jumlah itu pula mengalami masalah obesiti. Apakah maksudnya semua ini?

Keratan akhbar Kosmo! bertarikh 16 November 2010 (Rabu). Klik pada gambar untuk besarkan.

Bagi aku, hanya ada tiga faktor penyebab kepada masalah ini - pemakanan (diet), budaya malas bersenam, dan gaya hidup itu sendiri. Tiga komponen ini, jika dijaga sejak dari awal, aku yakin 100% risiko untuk 'membesar' sekaligus mengidap penyakit-penyakit kronik dapat dielakkan. Itulah sebabnya 3 komponen ini dijadikan slogan utama blog ini untuk ketika ini - "Diet, Senaman, Gaya Hidup".

1 - Diet (Pemakanan)
Mungkinkah rakyat Malaysia cukup 'malang' kerana dilahirkan dalam keadaan budaya yang kaya dengan makanan yang berbagai jenis? Makanan-makanan ini juga telah 'diubahsuai' supaya kelihatan lebih menarik dan lazat. Fikir kembali mana datangnya gula yang berkati-kati diguna pakai dalam sambal tumis. Fikir kembali kari ayam yang kita masak kelmarin yang mengandungi minyak setebal 2 jari diatas permukaan kuah. Fikir kembali berapa tin susu pekat manis yang digunakan untuk membancuh air dalam sebulan. Fikir kembali berapa kerap anda membeli minuman ringan sepanjang minggu ini.

2 - Senaman
Hakikatnya "ORANG KITA MALAS BERSENAM". Maaf jika ada yang tersinggung dengan ungkapan aku ni. Tak percaya? Tanyalah orang di sekitar anda berapa kali mereka bersenam dalam seminggu. Tak kurang juga ada yang desperate untuk kurus, tetapi bila disuruh bersenam, sangat liat dan malas. Apa kes ni cik Kak??

Kerana kurangnya kesedaran untuk bersenamlah punca kegemukan itu mudah terjadi. Bukan kerana senaman itu membakar lebihan-lebihan makanan/kalori yang diambil, tetapi kerana senaman itu sendiri merupakan katalis untuk mengekalkan/meningkatkan kadar metabolisma. Bila kurang senaman, fisiologi badan menjadi kurang lancar, metabolisma akan merudum jatuh, sekaligus lemak badan mudah naik dan anda terdedah kepada penyakit 3 serangkai (kencing manis, sakit jantung, dan darah tinggi). Ada orang baru berumur 25 tahun, tetapi kadar metabolik macam orang dah berumur 40 tahun. Sebab apa? Sebab anda MALAS BERSENAM!

3 - Gaya Hidup
Diet dan senaman mungkin boleh diletakkan di bawah subjek ini, tetapi gaya hidup di sini mewakili cara anda menjalani kehidupan secara total. Berapa orang yang sanggup berjalan kaki ke kedai yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah? Berapa orangkah yang gemar membawa ahli keluarganya keluar bersiar-siar ketika cuti hujung minggu? Berapa orangkah yang kerja sehariannya hanya menghadap komputer di pejabat 24/7? Berapa orangkah yang gemar membeli snek-snek rencah seperti keropok-keropok dan air manis di Tesco/Giant/Jaya Jusco berbanding makanan sebenar yang lebih berkualiti?

Pengabaian 3 faktor ini, apabila digabungkan, maka tidak mustahil untuk anda menjadi seperti Balagi (rujuk artikel di bawah). Berhentilah menyalahkan genetik, kerana itu semua hanyalah ALASAN! Dalam dunia ini tiada apa yang mustahil. Sejarah sukan sudah membuktikan jaguh-jaguh ahli bina badan yang dahulunya berbadan kurus keding seperti Saiful Apek mampu memiliki badan yang besar dan sasa seperti Arnold Susah-nak-eja atau John Cenna (ahli gusti WWE). Tidak mustahil juga untuk perkara sebaliknya berlaku.

Keratan akhbar Kosmo! bertarikh 16 November 2010. Klik pada gambar untuk besarkan.


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

November 15, 2010

5 sebab logik kenapa tidak makan nasi..

Nasi adalah sumber karbohidrat yang PALING murah di Malaysia (berdasarkan gram per sen). Mengapa aku berkata begitu? Kerana dengan membayar RM1 sahaja, anda boleh mendapat nasi putih "tanpa had" daripada peniaga-peniaga makanan. Mana nak dapat kawan, nasi meladung macam bukit larut tingginya tu dengan hanya RM1? Mana nak dapat kawan dialog sebegini, "Mamak, tambah lagi nasi.. lagi sikit haa.. sikit lagi"?

Mengikut tafsiran aku, rakyat Malaysia yang normal akan menikmati nasi sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Namun terdapat situasi-situasi di mana segelintir rakyat Malaysia tidak menikmati nasi.

1 - Menetap di Afrika
Mungkin anda tidak menikmati nasi jika anda menetap di Somalia untuk menyelami dan merasai sendiri hidup sebagai anak jati Somalia. Selalunya orang begini ingin merasakan sendiri penderitaan apabila berdepan situasi-situasi "kekurangan bekalan makanan". Tujuannya? Mungkin sekadar suka-suka (kepuasan sendiri) atau untuk mencari publisiti murahan seperti ditaja oleh sebuah stesen TV untuk dijadikan siri realiti TV.

Orang Somalia susah betul nak cari nasi, kita di Malaysia yang melimpah-limpah nasi ni pun tak sangka ada orang yang tak makan nasi. Untuk mereka yang tak nak makan nasi, nak tak tukar tempat dengan rakyat Somalia? Kalau nak, nanti kita buat program "pertukaran" rakyat ya (macam program pertukaran pelajar tu). Tak payah lama-lama, sebulan pun cukup.

2 - Menghidap penyakit "Nasiphobia"
Istilah ini masih baru, dan anda tidak akan jumpa istilah ini di mana-mana kerana orang barat masih belum melakukan kajian untuk mengkaji penyakit psikologi ini (nasi kan bukan makanan ruji mereka).

Nasiphobia ini dipengaruhi faktor sekeliling dan berkembang selari dengan persepsi individu berkenaan terhadap nasi. Bagi aku, Nasiphobia ini ada beberapa peringkat, dan peringkat yang paling dahsyat ialah apabila nasi tersebut dimuntahkan semula setiap kali ia melepasi zon tekak. Tindakan refleks ini berlaku kerana individu tersebut pernah memuntahkan nasi yang beliau makan, semata-mata kerana tidak mahu badan naik gemuk atau konon-kononnya berdiet. Mereka yang menghidap penyakit ini dinasihati berjumpa pakar psikologi, atau pakar berkenaan "Neuro Linguistic Programming" (NLP).

3 - Mengikut telunjuk rakan
Apabila kawan yang seorang tu cakap jangan makan nasi untuk kurus, semua pun percaya dan ikut. Apabila seorang selebriti tu cakap dia turun berat berpuluh-puluh kilogram dalam masa 6 bulan kerana tak makan nasi, semua pun percaya dan ikut. Tapi apabila aku cakap aku masih makan nasi 2 kali sehari dan turun lebih 40kg berat badan hanya dalam masa 10 bulan, ada siapa yang percaya dan nak ikut?

"Follow me now... are you dare enough?"

4 - Culture-shocked (kejutan budaya)
Nasi tak mahu dimakannya, tempoyak dan belacan pula dikatakan busuk, yang nak dimakan hanyalah roti, pasta, "chicken chop" dan "beef steak". Konon-kononnya nak jadi "American", nak jadi "British", nak jadi "Italian", dan nak jadi seperti "Aussie". Penampar nak?

5 - Pengikut tegar Diet Atkins (fasa induksi)
Pengamal Diet Atkins yang benar-benar tegar akan menidakkan pengambilan nasi (juga sumber karbohidrat yang lain) kerana itu merupakan kunci kejayaan diet mereka secara total. Aku tahu ada segelintir pembaca aku yang mengamalkan diet Atkins, maka aku mengambil langkah untuk tidak membicarakan hal ini dengan panjang melebar. Faham-faham sendirilah ya?


Kenapa kau kecoh-kecoh suruh orang makan nasi ni, Susu Sejat?

Aku sebenarnya kecewa dengan mentaliti masyarakat yang mudah terpedaya dan senang mengikut telunjuk orang lain TANPA USUL PERIKSA. Jika betul anda tidak mahu makan nasi atas alasan berdiet, cubalah cabar sedikit minda tu dengan soalan, "Kenapa kalau aku tak makan nasi, berat aku boleh turun?". Jangan asyik nak mengharapkan orang untuk menyuapkan ilmu tu kepada kita, ilmu harus dicari, bukan dinanti. Kalau dinanti, akibatnya jahillah diri.

Kempen aku supaya masyarakat jangan takut nasi ini berasas.

Pertama, dengan nasi, pengambilan makanan kita pasti seimbang. Katakan kalau kita berdiet tanpa nasi, cuba rujuk balik apa yang akan di makan. Mungkin diet anda akan terdiri daripada makanan seperti berikut - Biskut, roti, Milo, cekedis, kerepek, dan berbagai lagi makanan rencah. Namun cuba tanya diri anda kembali, mana sumber protein dalam diet tersebut? Mana sumber Alkaline? Tiada!

Aku tak kisah kalau tak mahu makan nasi dan digantikan dengan sumber karbohidrat yang lain. Persoalannya mampukah anda menambah sumber protein ke dalam diet tersebut jika anda ingin menggantikan nasi dengan roti dan biskut-biskut? Bagaimana pula dengan sumber Alkaline (sayur-sayuran)? Mesti ada yang akan cakap, "Alah, lecehnya. Nak berdiet tapi kena tahu pula apa itu protein dan Alkaline". Cukup-cukuplah memberi alasan, kerana aku sudah naik jelak mendengar alasan.

Nenek aku di kampung sejak dari dulu pun tak pernah belajar sains, tapi disebabkan beliau sentiasa makan nasi dan tak makan makanan rencah, maka dia kekal sihat dan cergas walaupun umur hampir mencecah seabad. Cukuplah dengan hanya makan nasi, beliau mendapat sumber karbohidrat (nasi), sumber protein (lauk), dan sumber alkaline (sayur-sayuran) yang mencukupi.

Apa yang ada dalam biskut-biskut dan pelbagai lagi makanan selain nasi? Semua itu rata-ratanya adalah makanan yang telah diproses dan mengandungi bahan-bahan kimia dan pengawet yang berbagai. Itu belum diambil kira kandungan sodiumnya lagi. Benar, semua makanan-makanan tersebut tinggi kandungan sodiumnya dan tidak boleh diambil terlalu kerap, apatah lagi dijadikan diet harian yang tetap. Kalau hari-hari diambil benda yang sama, kelak apabila usia meningkat, kurus dapat, darah tinggi pun dapat. Nak ke jadi macam tu? Nak kurus pun berpada-padalah, fikir juga kesan jangka masa panjang, jangan fikir nak kurus sampai memudaratkan kesihatan. Lebihkan makan makanan yang dimasak (dari reban dan ladang, makanan mentah), dan kurangkan makanan yang diproses!

Kedua, nasi merupakan makanan rasmi rakyat Malaysia. Ada yang berpendapat kita tidak semestinya terikat untuk makan nasi dalam berdiet kerana ia boleh digantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti roti, pasta, oat, atau kentang putar. Benar, tetapi nasi kan sumber karbohidrat termurah di Malaysia, kenapa perlu membazir membeli sepaket pasta kering yang berharga hampir sama dengan sekampit beras (5kg)? Nasi itu sumber karbohidrat termurah di Malaysia, kerana ia merupakan makanan ruji kita!

Kita sibuk berkempen tentang konsep 1Malaysia, tapi tahukah anda konsep 1Malaysia itu sudah pun wujud dalam budaya pemakanan kita. Orang Melayu makan nasi, orang cina makan nasi, orang India makan nasi, orang Asli makan nasi, orang Iban makan nasi, orang Bidayuh makan nasi, orang Kadazan makan nasi, pendek kata semua orang di Malaysia tanpa mengira kaum makan nasi. Itu barulah identiti kita, dan jangan sesekali dicemari identiti tersebut.

Dan jangan sesekali kita lupa, ambillah nasi dan lauk secara berpada, kerana segenggam nasi (bagi lelaki) itu merangkumi 1/20 kalori yang kita perlukan dalam sehari. Takkan nak makan sampai 20 genggam kot kawan?!

Siapa yang selama ini menyedari gambar "tangan memilih makanan" seperti di atas adalah trademark aku?


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

November 14, 2010

Kenapa Takut Nasi?! (Bahagian 2)

Entri ini merupakan sambungan entri Kenapa Takut Nasi?! (Bahagian 1).

Saya TAK makan nasi, TAK kira kalori - cerita di sebalik status Facebook

(untuk lebih feeling, sila bayangkan intonasi seorang mak nyah yang sedang bercakap)

Minggu 1: Hai U'ols. Hari ni merupakan hari permulaan akak nak berdiet. Kenapa berdiet ye dek Non? Mestilah sebab berat dah naik, apa punya bahalol soalan tu kan. Guess what? No nasiiiiiii... No, no, noooo... (berlagu sikit).. Haaa sweet gitu.

Minggu 2: Hai U'ols!!! Akak hepi sangat hari ni. Hepi sebab berat akak dah turun 2 kg. Tengok, siapa cakap nak kurus tu susah? Pandai pandai je kan, tak baik tau buat statement macam tu. Sekali lagi akak dengar, siap! Akak saman tau! Ok la, akak nak gi masak ni. Apa? Masak nasi? No, no, nooooo....!! Kalau makan nasi nanti gemuk siapa yang salah? Aaaakkaakkkk jugakkk...

Minggu 3: U'ols!!! Oh my goat, oh my goat, akakk hepi sangat-sangat hari ni. Berat akak dah turun 5 kg!! Dah terkeluar air mata ni tau.. Haa. Ni akak nak share lah dengan dek Non dek Non semua yang mengomen status FB akak minggu lepas. Sorrryyyy laaa, lambat reply, akak busy layan 'client' tau, bukan akak suke-suke tak nak reply. Ok ok ok.. ni dietnya, salin tauuuu.. haaa, pandai gitu.. hihihi.

Pagi: Biskut Meri 5 keping cicah Mailo (Milo)
Tengahari: Ikan siakap masak "3 rasa" (No nasiiii... No, no, noooo...)
Petang: Buah pisang, buah durian, segala macam buah pun boleh, buah 'akak' je tak boleh tau!
Malam: Biskut Jacob 5 keping cicah Mailo

Selamat berdiet U'ols!!

Minggu 4: U'ols!! Akak baru balik dari Jusco. Bukan apa, penimbang kat rumah akak ni macam dah rosak la. Dah tak mau turun-turun pulak jarumnya. Semoga penimbang yang baru ni tahan lebih lama, mahal tau akak beli, Made In USA gitu.. jangan jelesssss! Aja Aja Fighting!! <-- baru lepas tengok drama Korea "Boys Over Flowers" tau U'olsssss...

Minggu 5: (No status update)

Minggu 6: Dek non semua, korang rindu kat akak yea.... soryyyy akak sibukkkkk, terlalu sibukkkk..... akak rindu U'olsss semua... haaaaa gituuuu

Minggu 7: Salam sayang U'olsss.....dah lama akak tak ber FB.... busy haaa gituuuu....

Minggu 8: (No status update)

Minggu 9: (No status update)

Minggu 10: "At the Chicken Rice Shop with Nina Korlina.. berdua je kot" [via Celcom SMS]

Hampir 90% diet tanpa nasi (berlapar) dan tanpa mengira kalori tidak akan ke mana hasilnya. Situasi di atas merupakan contoh terbaik dalam mendefinasikan apa itu Yo-yo effect atau Boomerang effect dalam apa yang orang-orang kita panggil sebagai "diet".


Saya makan nasi, saya kira kalori - cerita di sebalik status Facebook

(sila baca dengan gaya seperti seorang jurulatih kesihatan)

Minggu 1: Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan hidup aku yang baru - welcome to my new life, Calorie!

Minggu 2: Masih tiada tanda-tanda yang menunjukkan berat aku telah turun, namun aku tetap bersabar menanti keputusan yang menggembirakan. Aku makan makanan seperti biasa, cuma aku hadkan kuantitinya bersesuaian dengan kalori. Ya, aku memang timbang nasi yang aku nak makan supaya lepas ini aku biasa dengan sukatan nasi yang diperlukan, tolong jangan gelak ya!

Minggu 3: Oh yeah! Berat sudah turun 1kg.. I like to move it, move it... I like to move it, move it...

Minggu 4: Buat mereka yang tertanya-tanya macam mana nak kira kalori, sila rujuk link ini ya! Good Info from abang SS!

Minggu 5: Oh yeah! 1 kg lagi sudah turun..

Minggu 6: In heaven... (today is my 'cheat day')

Minggu 7: This is amazing, turun 2kg tu! This what I like... You like?? I LIKE!

Minggu 8: Berjaya menghabiskan 3 laps jogging di taman.. dah bakar sekurang-kurangnya 400kcal.

Minggu 9: Turun lagi 2 kg, berat pun makin senang turun sebab metabolism dah meningkat. Syukur. Hari ni nak balik rumah mak, dah lama tak rasa masakan mak. Apa, Nasi? Tengah berdiet? Memang lah aku jaga pemakanan seharian, tapi aku masih makan nasi. Malah aku makan macam-macam, supaya aku pasti diet aku betul-betul ber KUALITI, dapat semua nutrien daripada semua makanan. Apa yang aku buat untuk turun berat badan secara konsisten adalah kawal pengambilan dari segi KUANTITI makanan-makanan tersebut. Macam mana nak tahu kuantiti tu dah cukup atau terlebih? Semua tu korang akan tahu kalau korang faham apa itu KALORI dan bagaimana untuk KIRA dan KAWAL jumlah KALORI yang diambil.

Minggu 10: "At the Chicken Rice Shop with Nina Korlina dan my friend yang tengah craving nak makan nasi, Jola Julie Kornia!" [via Celcom SMS]


*******

Nenek: Jui, irak mu ma'an sungkoi? (Jui, nak ke kamu makan nasi?)

Joy: Irak, yung.. aku suka ma'an sungkoi be siok. Nyicah dengan sambal sabik ichuk. Aku pun suka lagi ma'an siok pansuh dengan *Isam. (Nak nenek.. saya suka makan nasi dengan ayam, dicicah pula dengan sedikit sambal cili. Saya juga suka makan ayam pansuh dengan Isam)

Nenek: Paguh, paguh. Ma'an sungkoi, pajin gagah, baru adeh turang ngundah kreja. Ma'an boh.. (Bagus, bagus. Kena makan nasi tau, baru kuat, baru ada tenaga nak buat kerja. Makan la ye..)

Satu-satunya nenek aku yang masih tinggal sehingga kini. Gambar yang dirakamkan tahun sudah ini menunjukkan beliau sedang membakar *Isam, sejenis masakan kaum bidayuh yang mana ayam dimasak bersama NASI dalam buluh - ala-ala Nasi Ayam versi bidayuh lah juga. Beliau kini berumur 84 tahun dan mempunyai beberapa orang cicit, dan yang paling tua bakal menempuh SPM tahun hadapan. Namun beliau masih aktif melakukan kerja-kerja rumah. Rahsianya?

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

November 11, 2010

Kenapa Takut Nasi?! (Bahagian 1)


Mereka tak makan Nasi!

Situasi 1..

Pelayan (Mamak): Nasi bos? Nasi.. mau nasi ka?
Pian Lembah Keramat: Tak mau la macha.. aku dah gemuk ni.
Pelayan (Mamak): Saya nasi pun ada makan, badan ok juga.
Pian Lembah Keramat: Ko lain la chaa.. kerja hari-hari teruk macam separuh mampus. Ketiak pun dah busuk hangit pasal makan bawang banyak sangat.
Pelayan (Mamak): Tapi saya makan nasi pun ada banyak apa, ini macam punya banyak (buat isyarat meladung seperti bukit)
Pian Lembah Keramat: Dah dah, bagi aku teh tarik, dengan roti telur, kuah BANJIR. Nasi tak mau, nak DIET.

Susu Sejat: Aku amat berharap orang seperti Pian Lembah Keramat dapat baca blog aku. Bagi insaf sikit. Kesian, masih diperbodohkan oleh mitos.


Situasi 2..

Noriah: Weh, ko makan ubat apa ni Chinta? Akak tengok makin slim la ko.
Chinta: Chinta tak main la ubat-ubat ni Kak Noriah. Senang je nak kurus ni, Chinta tak makan nasi.
Noriah: Habis tu, kalau ko tak makan nasi, apa yang ko makan hari-hari?
Chinta: Breakfast saya makan biskut cicah milo. Malam-malam makan sup sayur jer.
Noriah: Iye? Memang nasi tu punca kegemukan lah ye. Akak pun nak cuba la DIET ni!

Susu Sejat: Ini lagi satu situasi normal yang terdapat di Malaysia. Suka sangat MENGIKUT kata-kata orang tanpa usul periksa. Kerja nak mengikut aje. Kalau orang suruh makan tahi lembu untuk kurus, nak ke ikut?


Situasi 3..

Senah: Mak Ngah, awat tak mo makan nasi ni?
Mak Ngah Gelap: Tak mo lah Senah, Mak Ngah nak diet. Nak makan lauk-lauk jaa...
Senah: Laa, tua-tua pun nak diet lagi? Hehehe..
Mak Ngah Gelap: Amboi-amboi, mulut hang. Kuajaq betui noo dok kata aku tua.. tua hanya kat luaq tau, dalam muda lagi.. macam Lisa Surimadu.
Senah: Ye la ye la.. tapi malam sat gi takkan Mak Ngah nak makan hak tu gak?
Mak Ngah Gelap: Malam nanti Mak Ngah tak makan.. DIET!
Senah: Tapi kan Mak Ngah, bukankah Nabi pernah berpesan, mereka yang tak makan malam dirinya akan DI MAMAH USIA?
Mak Ngah Gelap: Mulut hang!!!

Susu Sejat: Marah ye Mak Ngah bila orang sebut bab-bab "Tua" atau "Usia"? Bawa-bawalah bertaubat ye Mak Ngah.


Testimoni Pengguna No. 1

"Hai, nama saya Farhan. Sejak mengamalkan diet tanpa nasi, berat saya turun berkilo-kilo. Syukurlah, saya dah sedar, rupa-rupanya nasi ni la yang membuatkan diri saya gemuk selama ini. Terkadang tu rasa kesian juga tengok kawan-kawan yang masih makan nasi ni. Sebab apa, nasi ni banyak kanji. Kanjilah yang buat kita gemuk. Tapi nak buat macam mana kan, dah mereka dididik dari kecik untuk makan nasi. Ok lah, bye!"

Farhan Selebet, 32 tahun


Testimoni Pengguna No. 2

"Assalamualaikum, nama saya Murni. Asal daripada Tanjung Malim, tapi sekarang dah duduk di UK. Saya perhatikan kawan-kawan baru saya di UK (orang putih la, mana main kawan-kawan dengan rakyat Malaysia di sini), semua selim selim, badan macam model. Rahsia? Mereka mana makan nasi. Say No to Nasi!"

Seri Murni, 25 tahun


Testimoni Pengguna No. 3

"Salam 1 Malaysia. Saya Johnny, boleh panggil John, tapi kawan-kawan panggil saya Christiano Ronaldo. Mungkin sebab muka saya macam pemain bola sepak tu, walaupun badan saya ni tak lah berketul atau seksi mana pun. Saya bukan apa, diet tak makan nasi ni terbukti berkesan. Hari-hari saya cuma makan roti Gardenia putih, dimakan bersama telur dadar. Memang betul nasi ni menggemukkan. Ada orang cakap sebab kanji dia tu, betullah kot. Tapi apa-apahal pun, yang penting berat saya dah turun. Terima kasih 'Diet tanpa nasi'!"

Muhammad Islam, 24 tahun


Testimoni Pengguna No. 4

"Nasi? Dengar perkataan tu pun saya nak muntah! Bukan apa, itulah satu-satunya karbohidrat di dunia ni yang banyak kanji. Saya pun tak faham, kenapalah orang kita ni taksub sangat dengan nasi. Kawan-kawan saya yang tak makan nasi pun semua turun berat. Tak percaya, tengok lah si Pian Buncit tu. Dulu pakai saiz XXXXXXL, sekarang pakai saiz M! Jadi saya rasa ni bukan benda yang perlu diragu-ragukan lagi, memang nasi tu punca kegemukan, tu yang orang Malaysia ni pendek-pendek, tapi badan melebar! Eh, bro, apa yang saya cakap ni nanti jangan masuk dalam blog tau. Saya tak suka la publisiti-publisiti murahan ni."

Anonymous


Testimoni Pengguna No. 5

"Salam semua, Kak Piqah dah 5 bulan tak makan nasi. Dulu berat akak 104kg, tapi sekarang dah 84kg. Alhamdulillah syukur nikmat, berkat disiplin, istiqamah dan tawakkal akak tak makan nasi selama ni, berat akak turun juga sebanyak 20kg. Memanglah terseksa sikit sebab tengok suami dengan anak-anak dapat makan nasi, tapi akak akan kuatkan juga azam dan iltizam ini supaya matlamat berat badan idaman tercapai. InsyaAllah.. lepas ni akak nak terus berusaha lagi untuk turun sampai 60kg, biar nampak ramping macam kerengga. Jangan jeles! Hihihihihihi.."

Syafiqah Rejab, 42 tahun


Mereka makan Nasi!

Ini antara kawan-kawan Susu Sejat yang percaya nasi bukanlah penyebab kegemukan, tetapi kalori berlebihan adalah punca kegemukan. Hasilnya, mereka berjaya.

Ada orang yang percaya genetik mereka membuatkan diri mereka senang untuk naik berat badan, dan ini bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar kerana hal ini memang wujud dalam Sains. Namun Norazwan membuktikan bahawa nasi bukanlah penyebab kegemukan, meskipun beliau mengalami masalah "carb sensitive".

Cuba tengok corak pola "like" komen-komen di atas. kagum bila tengok saudara Ideal Jutawan dapat 7 'like'! Komen-komen di bawah juga bersependapat dengan Susu Sejat, bahawa nasi bukanlah penyebab kegemukan.



Dunia ni ada macam-macam ragam manusia rupanya!

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

November 10, 2010

Kenapa kurang Protein? Kenapa mesti takut nasi?!

Dah lama aku pendam perasaan ini. Kecewa. Nampak gayanya masih ramai yang takut pada nasi dan protein. Dua istilah ini memang sinonim dengan diri aku, mereka BFF aku, tapi aku sangat kecewa mereka disisihkan dalam diet mereka yang ingin menurunkan berat badan, dan ini termasuklah segelintir pembaca-pembaca SS sendiri. Bagi aku, mereka yang menyisihkan nasi dan protein daripada diet mereka samalah seperti mereka menyisihkan aku. Ingat, mereka adalah BFF aku, dan menjadi tanggungjawab untuk aku mempertahankan kawan-kawan aku.

Ada satu ketika, aku menyebut, "Cik, tambahlah lagi protein dalam diet tu", ada pula yang beranggapan aku ini mengajar Atkins diet, walhal, akulah penentang Atkins nombor satu dalam arena maya. Hakikatnya, diet itu sendiri kurang protein. Pernah terfikir kenapa diet-diet anda gagal, meskipun makan dalam jumlah yang sedikit? Ini kerana kadar metabolisma anda merosot dek kerana diet yang kurang berkualiti.

Sila lihat setiap hidangan (seperti sarapan pagi, makan tengahari) dalam diet-diet yang aku ambil dari Facebook Susu Sejat, dan sepatutnya ada banyak lagi, tetapi ini aku hanya ambil sebahagian daripadanya sahaja.


Sila beritahu aku sekarang di mana sumber protein dalam contoh diet yang pertama? TIADA!


Protein - ulang kaji balik

Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah aku dedahkan sedikit 'rahsia' protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It's a basic Science.

1 - Pertumbuhan
16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain.

Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi?

2 - Metabolisma (otot)
Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang "mati" terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian "sebahagian kecil" sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari "sebahagian kecil" tadi akan berubah menjadi "sebahagian besar".

Penurunan berat badan melalui "kehilangan otot" adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.

3 - Metabolisma (pencernaan)
Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.

Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins diet. Karbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).

Dalam masa yang sama, mereka juga menjaga jumlah kalori yang harus diambil, seperti yang aku ajar di ruangan Kelas Kalori. Kenapa aku sering menjadikan bodybuilder sebagai contoh dalam teknik dieting di SS? Kerana mereka, yakni bodybuilder, mempunyai matlamat untuk menurunkan berat badan yang lebih spesifik, iaitu "menurunkan lemak dalam badan". Bukankah kita juga ingin membuang lemak dalam badan? Maka contohilah mereka (namun tidak semestinya harus menjadi besar dan gagah seperti mereka, itu terpulang kepada masing-masing).

4 - Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin
Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.


Protein - berapa yang kita perlukan?

Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Bagi aku, pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.

Namun usah bimbang dengan nilai ini, kerana berdasarkan pengalaman aku, asalkan kita jaga pengambilan kalori dan makan secara seimbang, yakni setiap hidangan harus mengikut nisbah yang termaktub dalam piramid makanan (harus ada karbohidrat, protein, dan lemak), maka pengambilan protein harian anda sudah mencukupi.

"Senah, cuba baca betul-betul apa yang ditulis di bawah sekali tu, merangkap komponen yang harus di makan dengan lebih nisbahnya. R...I...C...E... ko tahu ke apa tu senah? Atau saja-saja buat tak tahu?! Ke ko tak belajar Inggeris Senah..."

Nasi

Aku rasa dah cukup panjang aku bercerita soal protein, mungkin adalah lebih baik jika aku simpan topik berkenaan nasi ini untuk entri yang seterusnya. Namun aku ingin tinggalkan para pembaca yang aku sayang dengan soalan yang sering disuarakan oleh masyarakat sekeliling.

Benarkah nasi menggemukkan?

Aku, penulis rasmi blog Susu Sejat dot kom, kini berdiri dengan lantang dan mencabar sesiapa yang mengatakan "Ya" untuk soalan tersebut untuk bersemuka dengan aku sekarang dan tunjukkan satu bukti berupa research paper, thesis atau kajian penyelidikan daripada mana-mana universiti di dunia ini yang mengatakan "nasi itu menggemukkan". Ada sesiapa berani? Tunjuklah!

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

November 7, 2010

Sehari di Fitness First

Beberapa minggu yang sudah, aku berkesempatan mengunjungi sebuah gym yang agak terkenal di Malaysia, iaitu Fitness First (FF). Popular? Kenapa aku berkata begitu? Kerana Fitness First ni merupakan penaja utama untuk program realiti yang sedang hangat-hangat di kaca televisyen Astro menerusi saluran Diva Universal (Asia) iaitu The Biggest Loser Asia.

Mesti semua terpinga-pinga bagaimana mamat yang kurang berduit seperti aku ni boleh tersesat masuk ke dalam gym tersebut. Rahsianya terletak pada Visitor pass yang dimiliki oleh kawan aku yang seorang ni, saudari Noraziah Embran. Ceritanya begini, Aziah ni sedang dalam fasa untuk menurunkan berat badan. Sikap mengambil air manis sejak menuntut di Universiti Malaya dahulu menyebabkan berat badannya bertambah bagai dipam-pam gas Nitrogen bertekanan tinggi.

Dua minggu sebelum mengenali Susu Sejat, dia sudah pun mendaftar di Fitness First dan dibekalkan dengan 2 Visitor pass, yakni pas yang membenarkannya membawa mana-mana 2 individu yang dia suka masuk ke FF secara percuma. Walaubagaimanapun, usahanya selama 2 minggu tersebut agak kurang berhasil (aku menjadi saksi episod "tiada pengurangan" berat badannya ketika menimbang berat badan di penimbang awam cap 20 sen The Curve, Damansara). Maka dengan itu, aku diminta untuk mengajar dia asas-asas berkenaan kiraan kalori, dan juga asas-asas berkenaan weight training.

Berbakikan Visitor pass yang hanya tinggal satu ketika itu, maka aku menghabiskan masa seharian di FF mengajar dia dari "A hingga Z" asas-asas senaman untuk weight loss, dan juga teknik pengurusan pengambilan kalori dalam sehari. Agak sayang juga kerana dia sudah pun menggunakan satu lagi Visitor pass kepada kawan yang seorang lagi, kan bagus kalau kedua-duanya pun diberikan kepada aku, boleh aku gunakan Visitor pass yang kedua tu untuk mencuba lagi mesin-mesin weight training dengan berat yang tak mungkin mampu dicapai dumbell aku di rumah, kan? (ayat tamak)


Fitness First: Apa yang ada di dalam?

Dari luar The Curve Damansara, aku lihat FF ni agak besar dan gah promosinya. Poster sebesar-besar alam. Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke gym sejak pulang dari US kira-kira setahun setengah yang lalu. Lama memang lama, alasan mengapa aku tidak memilih gym sebagai tempat untuk bersenam ialah kerana yurannya yang mahal, terutamanya untuk insan yang kurang berduit seperti aku.

Selesai mendaftar dan meninggalkan kad pengenalan di kaunter pendaftaran, aku mengekori Aziah ke tingkat 2 kerana di sanalah terletaknya bilik persalinan (locker room). Kedengaran bunyi yang agak hingar dan sedikit bersemangat dari bilik studio yang berdekatan, dan menurut Aziah sesi senaman aerobik secara berkumpulan (Group Exercise) sedang dijalankan. Dia menambah lagi yang setiap ahli berdaftar FF dibenarkan untuk mengikuti sesi Group Exercise ini sebanyak mana yang mereka suka (Aziah pilih 2 kali seminggu).

Studio di mana sesi Group Exercise dijalankan

Kami berpecah dipersimpangan, dan akan berjumpa kembali selepas selesai menukar pakaian masing-masing. Etika berpakaian di gym untuk tujuan bersenam harus menepati syarat-syarat ini:

1 - Mestilah berbaju (tak boleh tak berbaju sesuka hati selain ketika di locker room, meskipun anda memiliki "six-pack")
2 - Mestilah memakai seluar yang sesuai (jangan pakai seluar seperti nak berjalan lenggang-lenggang kangkung bersama kekasih di KLCC)
3 - Berkasut (tak boleh pakai selipar Crocs mahupun selipar silang, selipar Jepun jauh sekali)
4 - Harus membawa tuala sepanjang masa untuk tujuan mengesat peluh (selalunya dibekalkan oleh pihak gym)

Apa yang ada di bilik persalinan tu? Mungkin gambar-gambar berikut mampu menjelaskan segala-galanya.

Ruang persalinan

Loker kayu lambang kemewahan

Kiri: Ruangan untuk grooming. Jangan tak tahu, pengering rambut juga disediakan.
Kanan: Sinki paip air yang menampakkan ciri-ciri mewah, seolah-olah berada di hotel.

Kiri: Ruangan mandi
Kanan: Setiap ruangan mandi disediakan shampu rambut dan sabun mandi, maka tak perlu bersusah payah memberatkan beg anda dengan membawa shampu atau sabun dari rumah.

Kiri: Bilik Sauna
Kanan: Bilik Steam


Sesi senaman bermula

Kami berkumpul di tingkat bawah kerana di situlah terletaknya ruang mesin-mesin kardio. Sesi bermula dengan beberapa senaman regangan dari kepala hingga ke kaki, sebelum dilanjutkan dengan sesi memanaskan badan (light jog) di treadmill untuk tempoh 5 ke 7 minit. Kemudian, kami terus ke tingkat 2, yakni ke ruangan untuk weight training (di mana terletaknya free weights seperti dumbell dan barbell).

Sambil berkardio, sambil tonton TV

Menurut Aziah, dia segan sebenarnya untuk ke ruangan ini kerana kebiasaannya hanya lelaki sahaja yang akan bermain dengan dumbell dan barbell ni - masalah ini mungkin dihadapi oleh kaum hawa yang lain, dan aku fikir dengan budaya kita sekarang itu adalah sesuatu yang normal.

Aku mengajar Aziah beberapa senaman asas menggunakan free weights seperti incline bench press, lateral/front raise, bicep curls, tricep extension, squat, dumbell deadlift, dan lunges. Mesti ramai yang tak faham istilah-istilah yang aku sebutkan tadi kan? Cuba cari di Google atau Youtube untuk mengetahui maksud senaman-senaman tersebut. Aku juga menekankan agar senaman-senaman tersebut haruslah dilakukan dalam form yang betul agar senaman yang berkualiti dapat diperolehi. Cuba teka berapa berat dumbell yang dia gunakan sepanjang sesi tersebut?

Sebetulnya sesi senaman untuk fat loss harus diteruskan dengan kardio di treadmill atau cycling machine untuk tempoh 20 ke 30 minit, namun memandangkan ini merupakan sekadar sesi mengajar, maka sesi seterusnya diteruskan dengan perbincangan berkenaan diet dan teknik menguruskan kalori dengan betul. Agak-agaknya nak berbincang di mana tu? Nak tahu, sila teruskan membaca.

Ruangan Weight Training

Pastikan anda membersihkan dahulu mana-mana alat sebelum menggunakannya, juga selepas menggunakannya. Sekali lagi, ini etika di gym.


Ruang Santai

Tak perlu berjalan-jalan jauh untuk mencari tempat berehat atau 'melepak seketika' kerana FF juga menyediakan ruangan untuk berehat di tingkat bawah premisnya. Ini merupakan sesuatu yang bagus. Namun, hanya satu sahaja yang aku ingin luahkan dan komen - ruangan ini menyediakan minuman 100 Plus, Coffee dan Tea kepada para pengunjungnya.

Pada pendapat aku, ini langsung tidak membantu mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan kerana ini bukan contoh minuman pengembali tenaga selepas bersenam yang bagus - tiada sumber protein dan hanya gula semata-mata. Mereka seharusnya menyediakan minuman yang lebih berkualiti namun tak semestinya harus menyediakan minuman whey protein bersama glukosa, cukuplah dengan susu segar atau susu rendah lemak. Susu juga kaya dengan nutrien-nutrien (Karbohidrat, Lemak, protein pada nisbah yang bersesuaian) yang diperlukan badan selepas keletihan bersenam.

Agak-agaknya kenapa mereka tidak menyediakan minuman seperti susu, sebaliknya hanya minuman yang manis-manis belaka? Jawapannya terletak pada faktor keuntungan (1kg gula jauh lebih murah berbanding 1L susu) dan juga faktor psikologi manusia yang gemarkan minuman manis-manis. Tanpa ilmu di dada yang mencukupi, mungkin ramai yang tidak menyedari akan hal ini.

Kiri: Ruangan air soda
Kanan: Ruangan minuman panas seperti kopi dan teh

Ruangan untuk bersantai dan berehat seketika yang cukup selesa. Surat khabar juga dibekalkan di sini untuk bacaan para pelanggan.

Komputer berserta akses internet juga disediakan. Bolehlah melayari Facebook ketika berehat ya?


Pendapat SS berkenaan yang lain

Selain daripada isu berkenaan 100 Plus tadi, aku rasa pemilihan loker yang diperbuat daripada kayu oleh pihak FF di The Curve ini juga bukanlah suatu langkah yang bijak kerana loker sebegini tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Bayangkan kali pertama aku membuka salah satu pintu loker, bau pertama yang aku hidu adalah bau peluh yang berbaur-baur hancing. Maka terpaksalah aku mencari loker-loker lain yang kurang berbau. Loker yang terdapat di sekolah berasrama yang diperbuat daripada besi adalah jauh lebih baik sistem pengudaraannya daripada yang terdapat di FF ini, meskipun yang di FF ini tampak lebih mewah.

Selain daripada isu-isu tersebut, aku rasa perkhidmatan yang ditawarkan FF ini setimpal dengan harga yuran yang diminta. Mesin-mesin kardio seperti treadmill dan cycling machine sememangnya lebih dari mencukupi. Yuran bulanan yang dibayar juga meliputi perkhidmatan kelas aerobik, Yoga, Sauna, Bilik Steam, dan beberapa perkhidmatan yang lain.

Keselesaan di FF memang yang terbaiklah di Malaysia yang aku jumpa setakat ini, juga pekerja-pekerja mereka, bak kata Aziah, sememangnya mesra alam. Prinsip Customers are always right memang diterapkan dalam setiap aspek layanan dan aku betul-betul tabik dengan prinsip tersebut, terutama apabila ia melibatkan sesuatu hal yang professional. Kesimpulannya, jika anda mampu untuk mengunjungi gym sebegini, apa salahnya? Tepuk seluar, tanyalah dompet.

Personal Trainer: Aziah, who's that guy with you just now? Is he your new trainer? I saw him teaching you with that free weights.
Aziah: Nah, he's not my trainer. He's a BLOGGER.

Sebelum aku menyiarkan entri ni, aku telah minta izin dari dia untuk meletakkan sekeping gambar dia di sini. Dia pesan supaya aku letakkan gambar dia yang paling comel. Aku jadi rambang mata, tak tahu nak letak gambar yang mana satu, sebab semua gambar pun comel-comel belaka. Ya, dia memang comel. Maka aku letakkan 2 gambar ni, senang, tak perlu serabut-serabutkan kepala lagi.


Semoga misinya untuk mendapat berat badan ideal tercapai..


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

November 2, 2010

Benarkah perempuan suka makan "buntut ayam"?

Di barat, ia dikenali sebagai "Chicken Tail", "Pope's Nose" atau "Bishop's Nose". Dalam Sains Anatomi, ia dikenali sebagai "Pygostyle". Itu antara istilah-istilah yang jika aku sebut secara spontan dan rawak, mungkin tidak ramai yang mampu membayangkannya apatah lagi menterjemahkan maksudnya. Namun apa yang pasti, 2 istilah ini, jika aku sebut secara spontan, pasti akan mengukir semanis senyuman dan sebaris gigi pada wajah yang mendengar.

"Buntut Ayam" atau "Tongkeng Ayam"



Sekali mendengarnya sudah pasti tidak lekang imej tahi yang berjejeran keluar daripada salah satu lubang duburnya. Namun mungkin tidak ramai yang mengetahui lubang dubur ayam terletak sedikit ke bawah, dan yang pasti sudah dibuang dan dibersihkan. Apa yang dijual untuk makan adalah bahagian yang sedikit muncung (seperti hidung), atau lebih suka aku menggunakan istilah "puncak buntut" tempat bulu ekor ayam tersebut tumbuh.

Wah.. wah.. wah.. banyaknya bontot!

Sebelum aku terfikir untuk menulis entri berkenaan buntut ayam ini, terlebih dahulu aku telah membuat tinjauan rambang di kalangan para pembaca susu sejat yang berkisar kepada soalan ini: Kenapa ramai orang perempuan suka makan "Buntut Ayam"?

Berikut adalah analisa Susu Sejat berdasarkan komen daripada para pembaca wanita sehingga entri ini ditulis (2 November 2010):

Pernah dan suka makan: 10 orang

Pernah makan, tetapi dah insaf: 2 orang

Tak pernah makan dan takkan pernah makan: 9 orang

Pelbagai andaian juga dibuat berkenaan buntut ayam ni, dan rata-rata bersetuju bahawa buntut ayam ini bagus untuk melicinkan kulit. Andaian ini disampaikan secara turun temurun oleh nenek moyang mereka meskipun tiada kajian saintifik yang menyokong andaian tersebut setakat ini. Mungkin atas faktor inilah kaum perempuan semakin ghairah menikmati buntut ayam - kerana ingin kelihatan cantik dan gebu.

Antara faktor lain mengapa buntut ayam ini menjadi kegilaan perempuan ialah (ini berdasarkan kata-kata seorang kawan aku ketika masih menuntut dahulu),

"Joy, perempuan ni suka makan bontot ayam sebab mereka nak mencantikkan b*%#&t mereka".

Mari kita baca pula beberapa respon terpilih daripada para pembaca SS di Facebook berkenaan topik ini:

Ternyata cik Nurazura Shafie begitu teruja dan berminat dengan topik berkenaan buntut ayam ini. Adakah beliau akan terpedaya lalu menjamah buntut ayam suatu hari nanti? Tepuk dada, tanya selera ya cik Nurazura.

Bak kata Farhan, "It's so juicy!". Pernah dengar perkataan "juicy" sebelum ini? Cuba teka dari entri yang mana satu.

Dua-dua kenyataan ni memang tak boleh dipakai. Kedua-duanya tak betul, terutamanya dari saudari Ima Syah. Adakah patut dia kata SS sedang berdating dengan tongkeng ayam. Tak patut, memang tak patut.


Apa Komen SS?

Buntut ayam mencantikkan kulit? Bagi aku, menebalkan kulit lagi adalah. Jika anda inginkan kulit yang cantik tak susah, cuma perlu banyakkan sayur-sayuran dalam diet terutamanya yang berpigmen kerana disitu terkandungnya vitamin C, seperti Tomato. Pada buntut ayam terdapat vitamin C ke? Cuba google sikit dan lihat.

Setiap negara mempunyai budaya dan cara pemakanan mereka sendiri. Budaya menikmati buntut ayam sebenarnya popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi di beberapa negara Asia yang lain. Orang kita sebenarnya sangat kreatif dalam menterjemahkan konsep jimat dalam gaya hidup, dan oleh yang demikian, boleh dikatakan semua bahagian ayam dinikmati oleh orang-orang kita. Sebut sahaja balung ayam, kaki ayam, usus ayam, bedal ayam, dan termasuklah buntut ayam, semua itu jarang sekali dijumpa apatah lagi dijamah di negara-negara atas angin seperti di Amerika. Itu yang membuatkan negara kita unik - masyarakat barat memandang buntut ayam sebagai sesuatu yang ekzotik dan jarang sekali ditemui di mana-mana (untuk tujuan makan).

Walaubagaimanapun, agak-agaklah kan ketika berjimat. Buntut ayam tu kan majoritinya terdiri daripada lemak. Suka makan lemak ye Senah? Patutlah badan ko makin berisi bagai dipam-pam!

"Bye bye my little friends"


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

November 1, 2010

Tanda-tanda peningkatan kadar metabolisma

Selalu kita mendengar dan belajar di sekolah atau di pusat kesihatan akan tajuk-tajuk seperti "Tanda-tanda akil baligh", "Ciri-ciri manusia beriman", "Tanda-tanda seseorang sedang hamil" dan berbagai-bagai lagi. Namun jarang sekali kita didedahkan di sekolah mahupun di mana-mana akan tanda-tanda meningkatnya kadar metabolisma dalam diri seseorang.

Memandangkan metabolisma ini merupakan sesuatu yang subjektif, maka tiada sukatan atau skala sebenar dalam menentukan tahap metabolisma seseorang, maka oleh sebab itu ramai yang tidak menyedari jika diri mereka sedang mengalami peningkatan metabolisma atau pun sebaliknya. Cuba tanya diri anda sekarang, adakah kadar metabolisma anda sekarang sama seperti kadar metabolisma anda 7 hari yang lepas? Adakah sedang berkurang atau sebaliknya? Mungkin soalan ini anda boleh jawab selepas anda mengikuti 7 ciri-ciri berikut yang aku garapkan berdasarkan bacaan dan pengalaman aku sendiri.

1 - Lebih bertenaga
Lebih bertenaga bermaksud badan anda mampu memaksimumkan sehabis mungkin karbohidrat yang diambil untuk tujuan penghasilan tenaga, atau lemak-lemak dibadan sebagai sumber tenaga alternatif. Jika anda berasa letih, maka terdapat kecacatan dalam diet dan program mengawal berat badan yang anda sedang amalkan. Tahap efisyen ini membawa maksud peningkatan metabolisma; badan bekerja lebih lancar dan pantas berbanding biasa.

2 - Kerap berpeluh
Ini merupakan kesan sampingan kepada situasi di (1). Lebih bertenaga juga membawa maksud badan melakukan kerja dengan lebih pantas berbanding biasa, dan itu semua menghasilkan lebih banyak haba berbanding biasa. Terlalu banyak haba dalam badan akan menghasilkan respon yang seterusnya, yakni sistem penyejukan semulajadi yang dikenali sebagai "peluh". Bayangkan badan kita seperti laptop. Apabila laptop tersebut terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, laptop akan menjadi panas, sekaligus kipas akan berpusing lebih pantas berbanding biasa secara automatik (boleh dengar bunyi kipas berpusing dengan laju) untuk tujuan penyejukan.

3 - Kurang rasa sejuk suhu luaran, badan lebih suam
Ini juga bersangkut paut dengan apa yang tertulis di (2).

4 - Rasa lebih ghairah (lelaki)
Ok, yang ni memang aku rujuk di internet bulat-bulat, dan tiada kena mengena dengan pengalaman peribadi kerana aku masih belum berkahwin. Konsep di sebaliknya ialah regulasi hormon. Sebagai contoh, senaman weight training meningkatkan kadar metabolisma memandangkan badan memerlukan "lebih kalori" berbanding biasa untuk membaiki kembali otot-otot yang terkoyak hasil daripada senaman tersebut. Lelaki yang melakukan weight training akan mengalami peningkatan hormon testosterone dalam badan untuk tujuan pertumbuhan (membaiki kembali otot-otot yang "terkoyak"). Antara kesan-kesan peningkatan hormon testosterone ni ialah lelaki akan menjadi lebih gagah, pantas (seperti pemangsa), lebih berkeyakinan, dan peningkatan keinginan seks terhadap pasangan perempuan (libido).

5 - Degupan jantung dan nafas menjadi lebih pantas
Mungkin situasi ini sering dialami oleh mereka yang kurang stamina dan jarang bersenam. Namun itu bukanlah maksud aku untuk ciri yang ke-5 ini. Jika anda seorang yang aktif dan rajin bersenam hampir setiap hari, termasuklah melakukan kardio dan weight training, anda akan mengalami situasi ini pada keesokan pagi selepas bangun dari tidur. Ini merupakan kesan sampingan kepada proses pembaikpulihan otot seperti yang aku nyatakan dalam (4) sebentar tadi.

6 - Cepat berasa lapar walaupun baru sahaja selesai menikmati juadah utama
Ini berbeza dengan nafsu makan, dan aku maksudkan lapar yang lebih difahami sebagai "perut sudah kosong dan perlu diisi". Perbezaannya sangat ketara, dimana aku pernah menikmati makan tengahari berupa sepinggan nasi berserta lauk pauknya yang cukup sifat, tetapi kekenyangan aku hanya bertahan selama 2 jam sahaja. Kecepatan rasa lapar ini berlaku kerana perut merembeskan lebih banyak enzim pencernaan berbanding biasa, sekaligus mengambil masa yang singkat untuk mencernakan kesemua makanan yang diambil.

7 - Sentiasa mahu terkencing
Pernah terfikir mengapa anda sentiasa terasa nak terkucil acap kali ketika berada di dalam bilik berhawa dingin? Ini kerana, peralihan badan daripada suhu biasa (suhu bilik) kepada suhu hawa dingin akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak haba untuk memanaskan badan yang kesejukan, dan ini bersamaan dengan peningkatan metabolisma. Kesan daripada peningkatan metabolisma ini ialah fungsi badan akan bekerja lebih "pantas" berbanding biasa, ini termasuklah proses yang melibatkan bagaimana ginjal kita bekerja (menyingkirkan bahan kumuhan melalui air kencing). Walaubagaimanapun, tidak mustahil jika anda kencing lebih kerap berbanding hari-hari sebelumnya walaupun anda tidak berada di dalam bilik berhawa dingin, dan itu menunjukkan kadar metabolisma anda sedang meningkat (andaian ini menganggap anda tidak menghidapi Urinary Tract Infection).

Pakcik SS yang kelihatan cukup selekeh dalam gambar versi kandid. Sila fokus pada hidangan tengahari yang terletak dihadapannya.

P/S: Tidak tahu apa itu metabolisma? Sila rujuk pada ruangan "Soalan-soalan Lazim" untuk mengenali dengan lebih lanjut apa itu metabolisma.


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
Related Posts with Thumbnails