Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

November 21, 2010

"Karot Susu" rendah kalori, tinggi protein

Ramai rakyat Malaysia yang suka minum "Karot Susu", tetapi karot susu yang kebiasaannya dijual di kedai-kedai makan luar sana hanyalah diperkaya dengan krimer dan gula, yang mana kedua-duanya datang daripada susu pekat manis. Tambahan, hampas karot ini telah ditapis dan dibuang, agar si peminum menikmati kenikmatan 100% ketika meminumnya.

Pada entri kali ini, aku ingin berkongsi resepi "karot susu" aku yang sudah diolah agar kelihatan lebih sihat dan menyegarkan. Penyediaan karot susu ini tidaklah sesulit yang disangka, maka jika anda kepingin hendak meminum karot susu, tidak perlulah bersusah payah berlari ke luar dan memesannya di kedai makan, tetapi cubalah menyediakannya di rumah.

Ini karot susu cara Mr. Susu Sejat. Tanpa membuang masa, mari kita terjah dapur si bujang ini?

1) Bahan-bahan utama yang anda perlukan ialah lobak merah, susu skim, dan pengisar buah-buahan. Pengisar serbaguna seperti ini boleh dibeli di kedai-kedai eletrik atau pasar malam dengan harga serendah RM50.

2) Pertama sekali, basuh lobak merah dengan air paip supaya bahan-bahan kimia yang tidak elok untuk badan dapat disingkirkan.

3) Kemudian, kikis 'kulit' lobak merah tersebut dengan peeler atau pisau. Jangan terlalu tebal ya! (Tu dia, tangan lelaki bujang buat kerja dapur).

4) Siap, 3 lobak merah seperti ini mampu menghasilkan 2 gelas karot susu.

5) Kemudian, potong kecil-kecil (dipotong dadu pun boleh) lobak merah tersebut supaya proses mengisar kelak menjadi lebih mudah.

6) Beginilah hasil lobak merah yang telah dipotong. Mungkin kelihatan tak berapa kemas. Biasalah, hasil tangan lelaki bujang. Hehehe..

7) Masukkan lobak merah yang telah dipotong kedalam pengisar, dalam 1/3 penuh sahaja.

8) Masukkan juga sedikit air masak, dan..

9) ...kisar!

10) Tuangkan hasil kisaran tadi (bersama hampasnya sekali) ke dalam gelas yang bersih. Tak sukakan hampas? Janganlah begitu, kerana sumber fiber dan lebih 50% nutrien-nutrien termasuk Beta-carotene dan Vitamin A dalam lobak merah ini wujud dalam hampas-hampas ini. Jika anda buang hampas-hampas ini, maka anda rugi.

11) Kemudian, masukkan 3-4 sudu besar susu skim ke dalam hasil kisaran tadi. Buat jejaka-jejaka maskulin di luar sana yang inginkan sedikit "protein boost" dalam diet, bolehlah memasukkan satu scoop whey protein perisa vanilla. Dan jika anda inginkan 'sedikit' rasa manis, bolehlah juga memasukkan 1 sudu teh gula. Aku? Aku tak akan letakkan gula kerana bagi aku lobak tu sendiri sudah berasa manis.

12) Baki kisaran yang tidak diperlukan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sebagai "stok". Lepas ni tak perlulah bersusah payah nak kisar lagi kan. Stok dah ada, apa yang tinggal hanyalah "bancuh dan minum". Stok kisaran lobak merah yang disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 3 hari lamanya (sebelum bertukar menjadi masam).

13) Untuk lebih rasa nyaman, simpanlah terlebih dahulu karot susu ini dalam peti sejuk. Bak kata mat rock-mat rock di luar sana, "Lebih layan!".

Itulah dia resepi karot susu cara Mr. Susu Sejat. Mana nak dapat kan, karot susu yang rendah lemak, rendah gula, rendah kalori, tetapi tinggi protein seperti ini? Nak dapatkannya di kedai-kedai mamak? Jangan haraplah!

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

August 3, 2010

Snek kekacang campuran (mixed nuts)

Sumber kekacang seperti gajus, kuaci, walnut, kacang tanah dan kacang almond adalah snek yang bagus. Biarpun mengandungi lemak yang tinggi, para pembaca tidak perlu risau kerana lemak yang terkandung dalam sumber kekacang sebegini adalah dari jenis lemak tidak tepu (mono-unsaturated), yang terdiri daripada asid lemak sihat Omega 3.

Malah aku sendiri sudah menyenaraikan Walnut sebagai salah satu superfood pilihan hati Susu Sejat. Cuma bila aku dah berkata begini, tak bermaksud anda boleh 'snacking' kekacang ini sesuka hati, kerana kalori tetap kalori, dan jika makan sesuatu secara berlebihan, tidak kiralah makanan apa pun, akan menggemukkan juga.

Buat mereka yang dalam proses menaikkan berat badan, menambah beberapa hidangan sumber kekacang sihat ke dalam diet adalah sangat membantu dalam memastikan pengambilan jumlah kalori dalam sehari adalah lebih daripada DCR yang sepatutnya.

Tanpa mengira tujuan sama ada untuk menaikkan, menurunkan, atau mengekalkan berat badan, pengambilan segenggam kekacang campuran (mixed nuts) dalam sehari adalah sangat digalakkan, malah mampu membekalkan kita nutrien, zat dan lemak sihat yang tidak terkandung dalam makanan-makanan lain.

Tahukan anda?: Beberapa kajian di barat sudah membuktikan bahawa asid lemak Omega 3 amat membantu dalam mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Maka dengan itu, aku ingin mengajak para pembaca ke dapur untuk mempelajari cara menyediakan kekacang campuran dengan cara yang sihat.

Mesti ada yang tertanya-tanya, mengapa kita perlu menyediakan snek kekacang kita sendiri? Mengapa tidak dibeli sahaja yang sudah siap untuk dimakan, seperti yang dijual di pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, Carrefour, mahupun Giant? Jawapan aku mudah, dan semuanya berkaitan dengan apa yang aku tulis semalam. Kekacang yang sudah siap untuk dimakan (yang sudah diproses) mengandungi kalori tersembunyi, atau "hidden calorie". Ini kerana, kekacang seperti itu rata-ratanya digoreng dengan minyak sawit (palm olein), selain mengandungi garam yang berlebihan.

Tanpa membuang masa lagi, ayuh kita ke dapur untuk mempelajari bagaimana caranya untuk menyediakan snek kekacang di rumah.

1) Bahan-bahan yang diperlukan untuk 'resepi' ini hanyalah beberapa bungkus kekacang mentah. Sebagai contoh, untuk entri ini cukuplah aku menggunakan 2 jenis sumber kekacang, iaitu kacang gajus dan kuaci.

2) Tuangkan sebungkus kuaci mentah ke dalam sebuah dulang yang kering dan bersih. Pastikan kuaci tersebut diratakan supaya sebati, dan sama rata.

3) Ulangi langkah (2) untuk kacang gajus pula.

4) Panaskan oven pembakar, dan pastikan julat suhu berada pada sekitar 150-200 darjah Celsius. Tidak lebih, dan tidak kurang.

5) Masukkan dulang-dulang berisi kekacang tadi ke dalam ketuhar pembakar yang sudah panas. Bakar kekacang tersebut selama 8 hingga 10 minit.

Kiri: Sebelum dibakar; Kanan: Selepas dibakar



6) Biarkan kekacang tersebut untuk sejuk (cool down) selama 30 minit. Pastikan keadaan sekeliling adalah kering.

7) Apabila sudah sejuk, anda boleh simpan kekacang tadi di dalam bekas simpanan kedap udara yang kering. Anda boleh mencampurkannya, atau menyimpannya secara berasingan. Dalam kes ini, aku pilih untuk simpan secara berasingan agar memudahkan proses pengiraan kalori kelak.

8) Siap sudah snek kekacang, sedia untuk di makan pada bila-bila masa. Rendah kalori, Tanpa Sodium (garam), dan Tanpa Pengawet. Mana lagi boleh dapat snek sebegini, kan? Selamat Mencuba!

P/S: Adik-adik, akak-akak, abang-abang, blogger-blogger, sesiapa sahaja, yang mempunyai resepi menu sihat untuk dikongsi, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar emel ke sususejat[at]gmail.com. Hadiah misteri mungkin menjadi milik anda. Sharing is caring guys..

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

July 6, 2010

Snek ketika di pejabat..

Sibuk ketika di pejabat? Tiada masa untuk menikmati sarapan pagi, snek, mahupun makan tengahari? Jom pelajari 'snek tengahari' yang En. Susu selalu makan di pejabat, yang kaya dengan sumber fiber, tinggi protein dan juga lemak yang sihat, Sandwich Tuna.

1) Bahan-bahan yang diperlukan ialah satu tin tuna (Ayam Brand), roti gandum penuh (Gardenia), Sos Salad Thousand Island (Ladies choice), beberapa hiris tomato (siap dipotong di rumah), dan sedikit air masak (eh, nampak macam sebotol je air tu En. Susu?).

2) Untuk resepi ini, aku menggunakan 'Ayam Brand Tuna in Olive Oil' (minyak zaitun), yang kaya dengan lemak sihat, monounsaturated fat.

3) Untuk dressing, aku menggunakan jenama 'Ladies Choice' (pilihan gadis-gadis), yang mengandungi asid lemak omega 3. Omega 3 bagus untuk apa? Betul, pandai para pembaca semua. Ini yang buat Susu Sejat makin sayang kat korang.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, mengapa tuna dan dressing yang aku pakai ni seolah-olah berlemak? Sebab utamanya ialah En. Susu kita ni sedang dalam proses menaikkan berat badan. Buat mereka yang ber'diet' untuk kurus, boleh cuba alternatif lain yang lebih rendah kalori (seperti Ayam Brand Tuna in Mineral Water dan reduced-fat mayonnaise). Sebab yang lain? Kita memang perlukan lemak dalam diet kita, kuantiti berpatutan, seperti yang termaktub dalam piramid makanan.

4) Langkah pertama, asingkan Tuna daripada air dan minyak yang berlebihan. Basuh dengan sedikit air jika perlu.

5) Hancurkan cebisan Tuna tadi dengan garpu.

6) Tuangkan kira-kira 2 sudu teh Thousand Island Dressing (kira-kira 62kcal), dan gaul bersama Tuna tadi hingga sebati.

7) Sapukan inti tadi di atas permukaan roti, dan jangan lupa sumber alkaline anda, tomato, harus juga disusun cantik-cantik, sebelum tutup 'inti' tadi dengan kepingan roti kedua (bahagian atas).

8) Sementara masih panas, sila lah makan ye! (macam la ko goreng tuna tu En. Susu oi)

9) Tak habis? Tak pe. Simpan baki selebihnya untuk waktu snek yang seterusnya. Makan sikit-sikit tapi kerap tu kan elok, tingkatkan metabolisma. Siapa yang cakap? En. Susu Sejat yang cakap. Selamat mencuba!

P/S: Sesiapa yang mempunyai resepi menu sihat untuk dikongsi, boleh berbuat demikian dengan menghantar emel ke sususejat[at]gmail.com. Sharing is caring..

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
Related Posts with Thumbnails