Pada entri kali ini, aku ingin berkongsi resepi "karot susu" aku yang sudah diolah agar kelihatan lebih sihat dan menyegarkan. Penyediaan karot susu ini tidaklah sesulit yang disangka, maka jika anda kepingin hendak meminum karot susu, tidak perlulah bersusah payah berlari ke luar dan memesannya di kedai makan, tetapi cubalah menyediakannya di rumah.
Ini karot susu cara Mr. Susu Sejat. Tanpa membuang masa, mari kita terjah dapur si bujang ini?
1) Bahan-bahan utama yang anda perlukan ialah lobak merah, susu skim, dan pengisar buah-buahan. Pengisar serbaguna seperti ini boleh dibeli di kedai-kedai eletrik atau pasar malam dengan harga serendah RM50.
2) Pertama sekali, basuh lobak merah dengan air paip supaya bahan-bahan kimia yang tidak elok untuk badan dapat disingkirkan.
3) Kemudian, kikis 'kulit' lobak merah tersebut dengan peeler atau pisau. Jangan terlalu tebal ya! (Tu dia, tangan lelaki bujang buat kerja dapur).
5) Kemudian, potong kecil-kecil (dipotong dadu pun boleh) lobak merah tersebut supaya proses mengisar kelak menjadi lebih mudah.
6) Beginilah hasil lobak merah yang telah dipotong. Mungkin kelihatan tak berapa kemas. Biasalah, hasil tangan lelaki bujang. Hehehe..
10) Tuangkan hasil kisaran tadi (bersama hampasnya sekali) ke dalam gelas yang bersih. Tak sukakan hampas? Janganlah begitu, kerana sumber fiber dan lebih 50% nutrien-nutrien termasuk Beta-carotene dan Vitamin A dalam lobak merah ini wujud dalam hampas-hampas ini. Jika anda buang hampas-hampas ini, maka anda rugi.
11) Kemudian, masukkan 3-4 sudu besar susu skim ke dalam hasil kisaran tadi. Buat jejaka-jejaka maskulin di luar sana yang inginkan sedikit "protein boost" dalam diet, bolehlah memasukkan satu scoop whey protein perisa vanilla. Dan jika anda inginkan 'sedikit' rasa manis, bolehlah juga memasukkan 1 sudu teh gula. Aku? Aku tak akan letakkan gula kerana bagi aku lobak tu sendiri sudah berasa manis.
12) Baki kisaran yang tidak diperlukan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sebagai "stok". Lepas ni tak perlulah bersusah payah nak kisar lagi kan. Stok dah ada, apa yang tinggal hanyalah "bancuh dan minum". Stok kisaran lobak merah yang disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 3 hari lamanya (sebelum bertukar menjadi masam).
13) Untuk lebih rasa nyaman, simpanlah terlebih dahulu karot susu ini dalam peti sejuk. Bak kata mat rock-mat rock di luar sana, "Lebih layan!".
Itulah dia resepi karot susu cara Mr. Susu Sejat. Mana nak dapat kan, karot susu yang rendah lemak, rendah gula, rendah kalori, tetapi tinggi protein seperti ini? Nak dapatkannya di kedai-kedai mamak? Jangan haraplah!
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
7 comments:
en susu,
nak lebih nyaman, time blend tu masukkan beberapa ketul ais,and susu sekali..nyum3
salu buat kat umah. suke gile karot susu ni. tapi dulu la time tak jaga kalori. susu pn... haaa... tu dia. pekat dan manis. bole la balik nanti nak cuba resepi SS ni =D
nape tak masuk skali susu masa blender?hmm....apa2 pon mmg best...layannn...
hai susu sejat, ive been reading all through your entries and they helped a lot so thank you!
i have a question ive been wondering for so long. about tempeh. haha yaaa sounds random kan tapi i wanna ask, is tempeh calorifically high since its made up of kekacang and whatnot right? so ingin meminta budi n jasa baik susu kacang for an entry on tempeh, is it good or bad or yeah like you always did on previous food review. and oh ya since im a student, i take tempeh daily sebab org cakap its good fr your brain. betul ka hah? tlg eh encik susu sejat! thanks! god bless u :D
BEST !
iza: sebab nak buat pati carrot tu banyak-banyak. kadang-kadang saya lebih suka minum 'raw' macam tu, kadang-kadang letak susu.
anonymous: tempeh memang berkalori tinggi sebab ia caloric-dense (kan diperbuat daripada kacang soya).. nanti kalau berkesempatan saya buat entri pasal tempeh tu yea..
yang lain, thanks for the comments :)
Info yang menarik.Boleh cubalah lepas ni.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.