Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

November 9, 2010

Susu Skim Cecair Pertama di Malaysia!

Nampak gayanya gelombang kehadiran susu skim semakin lama semakin bertambah pengaruhnya di negara tercinta kita, Malaysia. Aku ingat lagi ketika aku mengenali istilah "susu skim" pada awal tahun 2010. Ketika itu aku terlalu bergantung kepada susu rendah lemak seperti Anlene dan Nesvita Omega Plus yang sedikit mahal (mahal kerana jenamanya). Aku sama sekali tidak menyangka yang susu skim memang wujud di Malaysia pada ketika itu.

Pada mulanya hanya ada satu jenama susu skim sahaja yang wujud di Malaysia, iaitu Sunlac (susu tepung). Namun tak semua kedai runcit (kecuali sekitar Pulau Pinang, kerana ia dikilangkan di sini) dan pasaraya yang menjual susu ni, dan itu yang membuatkan susu ini susah untuk dicari sekali gus ekzotik di mata masyarakat Malaysia.

Hanya sekitar Jun/Julai 2010 barulah wujud susu skim di bawah jenama Tesco Light Choice (juga susu tepung), dan sejak dari itu juga susu skim boleh didapati dengan mudah di semua pasaraya Tesco di seluruh Malaysia. Sunlac juga semakin hari semakin bertambah peniaga yang menjualnya.

Dan kini, muncul pula satu lagi jenama susu skim, namun dengan sedikit kelainan. Memegang status sebagai susu skim dalam bentuk cecair (siap untuk diminum) yang pertama dihasilkan di Malaysia, aku dengan suka citanya ingin mempersembahkan produk ini kepada para pembaca yang budiman.

Susu Skim F&N Magnolia - RM6.10 sekotak (1L) di Jaya Jusco

Maklumat pemakanan

Jangan sesekali beri susu ini pada bayi anda ye!

P/S: Hari demi hari, susu skim mula mendapat perhatian, sedangkan suatu ketika dahulu ia agak kurang popular - tak ramai yang mengetahuinya. Mungkinkah kesedaran terhadap susu skim ini hadir selari dengan kewujudan susu sejat dot kom? Ya lah, kerap sangat promot tentang susu skim lah katakan. Mungkinkah? Tak mungkin, tak mungkin...


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

October 24, 2010

Tandoori oh Tandoori.. (Bahagian 2)

Entri ini merupakan entri sambungan "Tandoori oh Tandoori.. (Bahagian 1)"

Roti ditempek di atas seketul batu. Sama juga seperti roti canai, bukan calang-calang orang yang boleh membikin roti naan dan ayam tandoori. Perlukan skill tu kawan..


Sesi panas-memanas oleh pakcik tandoori ke atas ayam tandoori dan roti naan.


Cara menikmati ayam tandoori dengan cara yang sihat

1 - Pastikan ayam tandoori tersebut dipesan berserta dengan sumber karbohidrat, iaitu roti naan biasa (Plain Naan Bread). Jangan nak menggatal pilih yang cheese, garlic buttered, dan sebagainya. Selain menyihatkan (rendah kalori daripada lemak), roti naan biasa juga jauh lebih murah berbanding jenis-jenis roti naan yang lain.

Contoh harga, Roti Naan Biasa = RM1.50, Roti Naan Garlic = RM2.50, Roti Naan Cheese = RM3.00. Lihatlah dunia betapa besar perbezaannya?

2 - Limau yang disajikan bersama ayam tersebut bukanlah perhiasan hidangan, atau untuk anda bawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan daripada mamak. Perahkan limau yang diberikan ke atas ayam tandoori tersebut, terutama pada bahagian yang kelihatan berkilat-kilat (lemak sapi).

3 - Sama seperti limau tadi, bawang dan timun yang disertakan bersama ayam tandoori ini bukanlah bertujuan untuk mencantikkan sajian tersebut (ingat, ini bukan rancangan Iron Chef, mereka, yakni tukang masak ayam tandoori, tiada masa untuk itu). Ini sumber alkaline anda untuk ayam tandoori dan roti naan yang bersifat acidic. Sila makan dan habiskan bawang dan timun ini dengan segala hormatnya.

4 - Jangan memilih untuk cicah roti naan dan ayam tandoori tu dengan kuah dhal sahaja. Ini tabiat budak-budak kecil. Kuah yoghurt masam (berwarna kehijau-hijauan) tu juga bukannya hiasan semata-mata. Ini juga sumber alkaline anda. Maka sila habiskannya ya, tetapi tidak perlulah sehingga menjilat dulang tersebut sehingga licin. Ini juga merupakan sikap kebudak-budakan anak-anak kecil.

5 - Pilih Air kosong, dan bukannya teh tarik atau milo ais. Jangan sesekali membunuh tip-tip makan ayam tandoori secara sihat ini dengan minuman yang manis-manis. Sia-sia sahaja mengamalkan tip 1 hingga 4, hanya kerana kehadiran air yang manis ni. Terlalu *sangap nakkan yang manis-manis? Pesan sahaja yang kurang manis, tetapi minum tak lebih daripada separuh, bersama dengan segelas air kosong.


Ayam Tandoori Pilihan Hati Susu Sejat

Ayam tandoori (dan roti naan) yang dihidangkan di Kayu Nasi Kandar (secara spesifik di Ampang, atau di Lot 10) adalah pilihan paling busuk dan terakhir aku setakat ini memandangkan harganya yang bukan sahaja mahal, tetapi rasanya yang kurang sedap. Roti Naannya juga nipis dan garing-garing keras, manakala kuah dhalnya juga terlalu berminyak. Jika anda peminat roti naan yang sejati, sila fikir dua kali sebelum memesan roti naan dan ayam tandoori di sini.

Buat masa ni, aku sangat suka roti naan yang dihidangkan di Restoran Al-Sarifa yang terletak di kawasan Pandan Jaya. Ayam tandoorinya cukup sempurna dengan adunan rempah, garing diluar, tetapi juicy di dalam. Begitu juga dengan roti naannya, cukup garing di luar, tetapi sangat lembut di dalam. Ditambah pula dengan aroma raginya yang cukup kuat berkobar-kobar di udara, hidangan ini sangat enak dimakan ketika masih panas.

Jika set ayam tandoori dan naan yang dihidangkan di Kayu berharga sekitar RM11, manakala di Restoran Al-Sarifa pula berharga RM7, bagaimana pula dengan pilihan ayam tandoori yang termurah pada hemat Susu Sejat? Jawapannya ialah ayam tandoori yang dijual di kedai makan bertentangan dengan Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAMS), UKM. Harganya, untuk satu set ayam tandoori dan roti naan biasa? Baru RM6, dan saiz ayamnya juga boleh tahan besar. Besar punya!

Made by Al-Sarifa, Pandan Jaya

Al-Sarifa's Plain Naan Bread

Nota Kaki: Bukan calang-calang orang yang boleh buat ayam tandoori dengan roti naan ni. Buktinya? Sampai sekarang ni, sebuah restoran mamak berhampiran tempat tinggal aku belum mampu menjalankan operasi "ayam tandoori" kerana ketiadaan tukang masaknya. Mana pergi tukang masak yang sebelumnya? Dia sudah berpindah ke sebuah lagi restoran mamak yang terletak di seberang jalan, mungkin majikan barunya membayarnya dengan harga yang lebih tinggi (dah macam jalan cerita Lagi-lagi Senario lah pulak).

Moral daripada kisah ini, sila pertimbangkan untuk mengikuti kursus memasak ayam tandoori dan roti naan di masa-masa akan datang.

*Sangap = ketagih

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

October 20, 2010

Tandoori oh Tandoori.. (Bahagian 1)

Bayangkan. Bayangkan anda sedang menapak menuju ke sebuah restoran mamak yang terletak berhampiran rumah anda. Anda memasuki premis mamak berkenaan dan mendapati di penjurunya terdapat seorang lelaki berwajah ala-ala pelakon hindustan sedang menempek adunan doh roti pada seketul batu lalu meletakkannya ke dalam sebuah ketuhar tradisional. Disamping itu, anda terlihat juga beberapa bahagian ayam berwarna merah tergantung berdekatan beliau. Tetapi tahukah anda apa yang bergantungan itu? Apa yang ditempek oleh lelaki berwajah pelakon hindustan itu?



Apa itu ayam tandoori?

Ayam Tandoori ialah sejenis ayam yang dipanggang/dibakar dengan menggunakan suhu yang tinggi dalam tandoor (bermaksud oven tanah liat), namun terlebih dahulu telah diperap dengan yogurt dan rempah Tandoori Masala (terdiri daripada campuran rempah "garam masala", bawang putih, halia, jintan, cili cayenne, perahan limau, dan beberapa rempah yang lain).

Kalau di negara-negara barat seperti di US, cara memasak ayam tandoori oleh restoran-restoran masakan India atau Pakistan pula adalah sedikit moden iaitu dengan menggunakan oven bertingkat yang moden (namun masih mengekalkan rempah dan resepi yang sama).

Kebiasaannya ayam tandoori akan disajikan berserta dengan Roti Naan, kerana sejarah menunjukkan ayam tandoori ini dicipta di India oleh seorang rakyat tempatan yang cuba memasak ayam berempah, menggunakan tandoor yang sama digunakan untuk membakar roti naan.

Dari ayam tandoori ini juga, wujudlah beberapa resepi-resepi masakan India yang lain seperti Ayam Tikka Masala.

Garam masala, antara rempah utama ayam tandoori..

Cili Cayenne.. juga antara ramuan penting ayam tandoori.


Konsep Pemakanan Ayurveda

Aku percaya yang dalam ayam tandoori itu sendiri telah diterapkan dengan konsep pemakanan Ayurveda. Terlebih dahulu, tahukah anda semua apa itu Ayurveda?

Ayurveda ialah sains penjagaan kesihatan yang tertua di dunia. Ayurveda berasal daripada perkataan sanskrit yang membawa maksud " sains kehidupan" ("Ayu" bermakna kehidupan, manakala "veda" pula bermaksud ilmu pengetahuan). Muncul di India lebih kurang 5000 tahun dahulu, konsep Ayurveda ini unik kerana:

1 - Perubatannya adalah berbeza kepada setiap individu dalam aspek pemakanan dan gaya hidup yang harus diikuti untuk kecergasan yang maksimum.
2 - Semua aspek dalam Ayurveda dilakukan melalui proses pemerhatian, ujian dan pengetahuan mengikut kaedah tradisi.
3 - Ayurveda mengatakan bahawa terdapat 3 sumber yang mengawal tenaga manusia iaitu "Tridoshas" - Vata (Tenaga Pergerakan), Pitta (Tenaga Pencernaan dan Metabolisme) dan Kapha (Tenaga Pembentukan Struktur). Punca penyakit mengikut Ayurveda adalah kerana ketidakberkesanan 3 tenaga tersebut.
4 - Ayurveda mempunyai pengetahuan yang menyeluruh mengenai hubungan badan dan minda.

Dalam Ayurveda, diet dan pemakanan itu sendiri merupakan "ubat" kepada penyakit yang bakal dihadapi - lebih kepada konsep mencegah lebih bagus daripada merawat. Setiap individu harus mengikut garis panduan diet yang telah ditetapkan mengikut ciri fizikal masing-masing (Vata, Pitta, dan Kapha).

Mereka yang tergolong sebagai "Vata" (dikurniakan dengan minda yang cerdas, kreatif dan fleksibel, berbadan kecil, suka bergerak pantas serta sangat aktif, namun mereka mudah untuk letih), misalannya, harus makan sesuatu yang kaya dengan protein, tetapi panas, dan pedas. Ciri-ciri makanan seperti ini wujud dalam ayam tandoori - ia kaya dengan protein (ayam = protein), panas (anda pasti perasan mengapa tukang masak tu akan panaskan balik ayam tandoori tu sebelum dihidangkan), dan pedas (kerana rempah masala nya).

Kebanyakkan orang kita juga selalu merungut dan pelik, mengapa majoriti orang India ni nampak kurus dan sihat sedangkan makanan mereka kelihatan seperti berkalori tinggi? Dan rahsia kehebatan metabolisma mereka sebenarnya terletak pada konsep Ayurveda ini.



Konsep Alkaline versus Acidity

Konsep Alkaline dalam diet amat penting untuk meneutralkan kembali makanan-makanan berasid yang diambil. Secara asasnya, lebih 50% makanan yang kita ambil setiap hari adalah berasid - karbohidrat (nasi) itu berasid, dan protein (ayam, ikan, daging, telur, susu) juga berasid. Oleh yang demikian, mana terletaknya sumber alkaline tersebut? Itu akan aku huraikan dalam entri yang mendatang, namun buat masa ini, kita fokus dahulu kepada ayam tandoori.

Mesti ramai yang tak tahu dan perasan mengapa seringkali kali ayam tandoori dan roti naan bukan sahaja dihidangkan dengan kuah dhal, tetapi juga bersama dengan beberapa hirisan bawang besar, timun, limau nipis atau limau purut, dan sejenis pencicah berwarna hijau yang masam rasanya (aku percaya ini juga diperbuat daripada limau). Ini kerana kesemua elemen yang aku sebut sebentar tadi adalah sumber ALKALINE kepada ayam tandoori dan roti naan yang bersifat asid. Namun aku perhatikan tak ramai juga yang makan bawang, timun, dan memanfaatkan hirisan limau yang dibekalkan - mereka hanya makan ayam dan kuah dhal itu sahaja semata-mata.

Sayang seribu kali sayang. Kenapa aku berkata begitu? Kerana ramai orang yang suka makan ayam tandoori, tetapi tidak tahu akan cara yang betul menikmatinya. Oh ya, mungkin ramai juga yang tidak tahu fungsi limau yang disertakan juga bukan sekadar sumber alkaline semata-mata, tetapi juga sebagai "fat emulsifier" - pencair lemak, supaya sifat lemak pada permukaan ayam tandoori tu tak berapa wujud, sekaligus berpeluang menyingkirkan kalori yang datang daripada lemak sapi.

Mengapa hidangan ayam tandoori ini menjadi pilihan hati Susu Sejat? Benarkah ayam tandoori ini hidangan yang menyihatkan jika dimakan dengan cara yang betul? Dalam Bahagian 2 "Tandoori oh Tandoori" nanti, aku akan kongsikan pula sedikit tips bagaimana untuk menikmati ayam tandoori dengan cara yang betul dan sihat, di samping sedikit review berkenaan ayam tandoori yang lazat-lazat yang pernah aku cuba di sekitar lembah kelang. "Lazat? Lazat?" (gaya cakap Tuan Sadiq Sigaraga kepada 2 menantu bahalulnya dalam filem "3 Abdul". Eh, bukan dalam babak tu deme "mencium" bau roti naan juge ke?)

Sumber rujukan: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azlan.html (Konsep Ayurveda)

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

October 3, 2010

Mampukah Kellogg's K Special Baru menurunkan berat badan?

Mesti anda menyedari kehadiran iklan baru Kellogg's K yang ditayangkan di kaca TV sejak akhir-akhir ini, berkenaan seorang wanita yang sukar untuk mengancing seluarnya kerana saiz pinggang yang bertambah, dan konon-kononnya dengan mengambil Kellogg's K ini untuk beberapa minggu, barulah beliau boleh mengancing butang seluar tersebut.

Maaf kerana aku tak dapat sertakan video iklan tersebut di sini. Aku cuba untuk search iklan tersebut di Youtube, namun sayangnya tidak ketemu. Harap anda semua ada menonton iklan tersebut di TV supaya apa yang aku bakal ceritakan ini mudah difahami. (Harap juga sesiapa yang ada terjumpa/simpan video tersebut supaya dapat kongsikannya di ruangan komen entri ini).

Berbalik pada tajuk entri ini, mampukah Kellogg's K Special Baru menurunkan berat badan mereka yang mengambilnya? Sebelum aku memberikan jawapan, sila fahami dulu situasi ini.

Info pemakanan ini dicedok di sini.

Secawan Kellogg's K Special (31g) mempunyai nilai kalori kira-kira 110kcal. Segelas susu rendah lemak, sebagai contoh Susu Nesvita Omega Plus pula mempunyai nilai kalori kira-kira 122kcal. Apabila digabungkan kedua-dua ini, terbentuklah suatu hidangan Kellogg's K (kira-kira semangkuk) yang nilai kalorinya ialah 110kcal + 122kcal = 232kcal.

Katakan Wan Halimah Jongang (nak kurus) cuba berdiet dengan menidakkan nasi dan hanya mengambil kira-kira 4 hidangan Kellogg's K Special ini: Sebelah pagi, tengahari, petang, dan malam. Maka jumlah pengambilan kalori harian Wan Halimah Jongang ini ialah 4 x 232kcal = 928kcal, yakni jauh lebih rendah daripada kuota kalori harian beliau (DCR) yang mungkin sekitar 1500kcal.

Dengan defisit kalori sebanyak 500kcal sehari, dalam masa seminggu, Wan Halimah Jongang telah membakar lemak badannya sebanyak 3500kcal dan ini bersamaan kira-kira 0.5kg - dalam erti kata lain, berat badan Wan Halimah Jongang akan turun paling kurang sebanyak 2kg sebulan!

Namun, sekiranya Wan Halimah Jongang melantak seperti puaka dan dalam masa yang sama mengambil beberapa hidangan Kellogg's K Special, agak-agak beliau akan mengalami penurunan berat badan kah? Jawapannya tentulah tidak!

Kesimpulannya di sini, kalori adalah kalori, tidak kiralah apa jenis makanan yang anda ambil sekalipun, ia tetap wujud di mana-mana. Asalkan anda mampu mengawal pengambilan kalori harian (untuk mencapai matlamat berat badan), anda pasti berjaya. Ingat, bukan perkataan 'K' yang tertera pada kotak Kellogg's K Special yang menentukan anda turun berat badan atau tidak, tetapi perkataan 'K' pada pangkal perkataan keramat ini yang akan menjawab kepada segala permasalahan berat banda anda: KALORI.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

September 21, 2010

Tip 9: Keju yang mana pilihan hati?

Ada sesiapa di sini peggemar tegar keju selain aku? Keju, atau dalam bahasa Inggerisnya "Cheese" (bukan "cis!") merupakan makanan tradisi yang berasal dari Eropah dan menjadi penyedap makanan yang wajib di beberapa negara barat yang lain. Keju dihasilkan daripada susu menerusi proses pengentalan protein casein yang terkandung dalam susu (coagulation) dengan menggunakan asid.

Memandangkan keju dihasilkan daripada susu, maka ia secara umumnya mengandungi nutrien yang juga terdapat dalam susu (susu segar), antaranya Kalsium dan Vitamin D. Tidak keterlaluan jika aku menyebut keju merupakan 'susu versi pepejal', selain daripada rasanya yang sedikit masin. Namun kita semua mengetahui keju yang asal mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi berbanding protein (kecuali cottage cheese, yang akan aku review suatu hari nanti), dan kurang sesuai diambil kerap jika anda berniat untuk menurunkan berat badan.

Oleh yang demikian, beberapa bulan yang lalu aku telah membuat tinjauan di pasaraya Tesco dan Giant, dan produk keju rendah lemak ini telah menarik perhatian aku.


"Kraft Singles Hi-Calcium 60% Less Fat" nama diberi. Ia mengandungi hanya 1.7g lemak untuk setiap keping keju, sekaligus menyelamatkan hampir 30-40kcal kuota kalori (jika dibandingkan dengan sekeping keju yang biasa). Mungkin 30-40kcal ini dilihat sebagai jumlah yang kecil, namun bagaimana jika anda makan 2-3 keping keju sehari untuk 5 hari berturut-turut? Bukankah dah boleh jimat lebih 300kcal?


Namun, dari segi harga "Kraft Singles Hi-Calcium 60% Less Fat" yang berharga kira-kira RM10 sepaket (12 keping) ni mungkin mahal sedikit berbanding "Kraft Singles Hi-Calcium" yang biasa. Keju juga tidak sesuai untuk mereka yang senang mendapat hypertension (darah tinggi) kerana kandungan sodiumnya agak tinggi: sekeping keju "Kraft Singles Hi-Calcium 60% Less Fat" mengandungi 240mg sodium.

Nota Kaki: Semasa aku menetap di US dahulu, aku berkesempatan berkenalan dengan pasangan emas dari Malaysia yang sudah menetap di sana lebih 20 tahun, sejak mereka menuntut lagi sekitar tahun 1970an. Dalam masih menuntut mereka telah berkahwin lalu dikurniakan 2 putera lelaki, dan percaya atau tidak, anak-anak mereka kini jauh lebih tinggi dan sasa berbanding mereka ketika muda; berwajah melayu, tetapi fizikal dan cara percakapan tak tumpah seperti American. Rahsia mereka? Mereka dididik untuk makan keju sejak mereka kecil lagi. Ini membuktikan ketinggian tidak semestinya dipengaruhi oleh genetik. Aku fikir, kalaulah orang Asia, seperti kita ni diajar makan keju sejak kecil lagi, mesti ramai orang-orang kita yang tinggi-tinggi kan?

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

September 2, 2010

Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati? (Bahagian 3)

Sanggup turun Watsons petang tadi, walaupun tengah berpuasa.. :D

Setelah memahami apa yang dimaksudkan dengan Vitamin, Minerals, dan Multivitamin (MV): masing-masing diceritakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2, kini tiba masanya pula kita mempelajari tip-tip dalam memilih produk MV yang sesuai untuk keperluan kita. Untuk itu, apa kata kita ikut Susu Sejat ke Watsons untuk mempelajari tip-tip berkenaan:

1 - Kategori anda
Adakah anda tergolong dalam kelompok kanak-kanak? Remaja? Dewasa, atau Veteren? Setiap golongan ini memerlukan jumlah micronutrient yang berbeza, dan kebiasaanya keperluan (jumlah sukatan) vitamin-vitamin ini bertambah mengikut umur. Individu yang berumur 60 tahun memerlukan lebih Vitamin D berbanding individu berumur 20 tahun memandangkan kadar penyerapan nutrient yang menurun ketika usia semakin meningkat. Produk-produk multivitamin telah direka unik, dan khas untuk satu-satu golongan.

Perbezaan di antara 2 produk Appeton Essentials. Perhatikan bahawa MsTeen mengandungi lebih kandungan iron nya berbanding Teengrow. Produk Appeton Essentials MsTeen diformulakan khas untuk gadis remaja yang banyak kehilangan zat besi (iron) menerusi haid.

2 - Jenis MV (pil/caplet/tablet/capsul/liquid)
Terdapat pelbagai jenis/bentuk multivitamin. Ada yang berbentuk pil, caplet, tablet, capsul dan liquid (cecair, selalunya untuk kanak-kanak). Antara banyak-banyak jenis ini, aku rasa yang paling menyenangkan dan mudah dibawa kemana sahaja ialah MV berbentuk pil, caplet, atau tablet. Berbanding dengan bentuk cecair, anda memerlukan sudu untuk setiap ambilan, dan amat melecehkan jika dibawa untuk tujuan bercuti atau bekerja luar. Buat yang muslim, capsul mungkin bukan pilihan terbaik kerana selaputnya diperbuat daripada gelatin, yang mana proses pembuatannya mungkin meragukan terutama jika MV (capsul) itu diimpot dari negara bukan Islam.

Caplet Centrum MV (kiri) dan caplet Appeton Essentials MV21 (kanan), kedua-duanya mudah dibawa kemana sahaja, dan yang lebih penting, bebas gelatin.

3 - Bekas penyimpanan
Bekas penyimpanan juga memainkan peranan yang penting, terutamanya jika anda ingin membeli stok MV untuk tempoh lebih daripada sebulan. Kebiasaannya MV adalah dalam bentuk botol, namun ini bukanlah cara penyimpanan yang baik untuk jangka masa panjang. Memandangkan kita kerap membuka penutup botol, ada kemungkinan pil-pil MV didalamnya akan teroksida. Jika boleh, pilih MV yang pilnya dipekkan sebiji-sebiji, atau asing (seperti Appeton Essentials MV21) kerana pek seperti ini akan memastikan pil-pil yang lain tidak terdedah kepada udara, sekaligus menurangkan risiko untuk teroksida. Selain itu, pek seperti ini juga kedap cahaya (Ingat, MV juga mudah 'rosak' jika terdedah kepada cahaya untuk tempoh yang terlalu lama!).

Setiap caplet Appeton Essentials MV21 dipek secara berasingan, dan cara ini memastikan bahawa caplet yang belum digunakan bebas daripada pendedahan udara dan cahaya. Berbeza dengan Centrum, yang dipekkan secara botol.

4 - Harga
Harga sesebuah produk MV bergantung kepada 3 faktor, iaitu tempat/negara ia dikeluarkan, kandungan nutrien, dan jumlah pil yang dibekalkan. Sila hayati fakta-fakta berikut:

i) MV yang diimpot, kemudian dipekkan semula dinegara kita (seperti Appeton Essentials MV21) adalah lebih murah harganya berbanding yang diimpot sepenuhnya (seperti Redoxon).
ii) Centrum Silver (30 tablets) harganya lebih mahal berbanding Centrum 'biasa' (30 tablets). Ini kerana kandungan beberapa nutrien dalam Centrum Silver adalah sedikit tinggi berbanding Centrum yang 'biasa', memandangkan Centrum Silver ini diformulakan khas untuk golongan veteran (tahap penyerapan nutrien rendah).
iii) Secara purata, harga sebiji "Blackmores MV (60 tablets)" adalah lebih murah berbanding sebiji "Blackmores MV (30 tablets)".

Berikut adalah harga-harga MV yang dipantau di Watson Pharmacy pada tarikh 2 Sept 2010:

*Seven Seas (30 capsules) RM21.90 (discount RM17.20)
Appeton Essentials MV21 (30 caplets) RM22.50 (discount RM18 @ Guardian)
Supradyn (Bayer) (30 tablets) RM27.88
Centrum (30 tablets) RM31.90
Blackmores MV (30 tablets) RM33.00 (discount RM26.40)
Pharmaton (30 tablets) RM35.80
Centrum Silver (30 tablets) RM36.80
Bion 3 (Merck) + 3 Probiotics (30 tablets) RM45.50
Redoxon (Bayer) (30 tablets) RM49.90
Blackmores MV (60 tablets) RM60.00 (discount RM48)

*Capsules Seven Seas MV mungkin diperbuat daripada unsur gelatin memandangkan ia rasa kenyal.


5 - Pilih yang ada %DV (Daily Value)/ % US RDA
Terdapat juga produk MV yang tidak menyertakan maklumat %DV ini. Berbeza dengan maklumat pemakanan untuk kalori, di mana %DV mungkin tidak berapa penting, produk MV harus ada info ini untuk memastikan pengguna tidak tertipu. Sila teliti label dan pastikan vitamin-vitamin berikut nilai %DV nya adalah 100: thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), vitamins B-6, B-12, D, E, dan folic acid (semua ni vitamin penting untuk metabolisma).

Appeton Essentials MV21 hampir menepati ciri-ciri ke-5 ini.

6 - Pastikan MV tersebut mengandungi minerals
Kebanyakan produk MV masa kini disertakan dengan minerals, namun terdapat juga produk yang hanya membekalkan Vitamin semata-mata, sedangkan harganya lebih kurang sama. Pastikan pilih produk MV yang disertakan dengan mineral agar anda boleh mengoptimumkan pembelanjaan wang anda. Sila teliti label dan pastikan MV tersebut mengandungi mineral-mineral penting ini: chromium, copper, magnesium, zinc, dan iron.

Sama ada ini...

...atau ini...

...kedua-duanya Susu Sejat pernah cuba. Walaubagaimanapun, yang menjadi pilihan hati Susu Sejat hanyalah satu. Rasa-rasanya yang mana satu ya? Cuba anda teka.


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

September 1, 2010

Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati? (Bahagian 2)

Rasa-rasanya, entri semalam tidak berapa mendapat sambutan pembaca: tak ramai yang komen (di Blogspot, Facebook), mahupun yang recommend. Apa, tak ramai yang baca? Tak juga, kerana 'page loads' dan 'unique visitors' masih konsisten, bererti entri tersebut memang ada pembacanya. Namun aku fikir, hanya terdapat satu sahaja sebab mengapa entri tersebut tidak mendapat sambutan:

Terlalu Banyak Fakta!

Persepsi sedemikian sudah menjadi lumrah, dan manusia, secara azalinya inginkan sesuatu yang 'mudah' dan menyenangkan. Perlukah setiap kali kita bertanya diri kita, "Untuk menjaga penglihatan, aku kena pastikan aku mengambil Vitamin A, dan untuk itu aku harus makan lobak merah..." atau "oh, aku kena makan tiram hari ini kerana aku memerlukan mineral zinc.." ("oh, kenapa aku sangat skema?") Terlalu banyak fakta, manusia tak suka ini!

Oleh yang demikian, wujudlah apa yang dikenali sebagai supplemen Multivitamin. Multivitamin adalah penyelesaian kepada masalah-masalah di atas. Sebiji pil multivitamin dah cukup untuk membekalkan lebih 20 jenis micronutrient yang diperlukan! Hakikatnya, ia bukan sahaja untuk mereka yang ingin menguruskan badan, malah perlu untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira matlamat berat badan, daripada yang kecil hinggalah yang veteren.

10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari
?

1 - Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Dalam entri bahagian 1, aku berulangkali menyebut istilah 'metabolik' (metabolisma) dan 'kuning telur'. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan 'multivitamin' yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!

Pernah dengar ungkapan ini, "ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..". Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.

2 - Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.


3 - Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4 - Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5 - Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak 'dimanjakan' dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6 - Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.

7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.


8 - Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9 - Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

10 - Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah "Shaklee").


Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!

Mereka yang belum pernah membeli Multivitamin ini, pasti akan bertanya soalan-soalan lazim ini:

Terdapat banyak produk-produk multivitamin yang terdapat di pasaran, namun bagaimana untuk memilih produk yang sesuai untuk kita?

Faktor harga dan kualiti? Macam mana nak tahu?

Jenis pil, cair, atau kapsul? Yang kotak atau yang dibotolkan? Status Halal sesebuah pil multivitamin?

Semua itu akan aku ceritakan dalam bahagian 3, bahagian yang penghabisan "Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati?".

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

August 31, 2010

Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati? (Bahagian 1)

"Apakah kegunaan supplemen ini?? Appeton Multivitamin & Mineral? boleh x ijoy tlg jelaskan peranannya dlm menurunkan berat badan? TQ"

Soalan di atas pernah diajukan oleh seorang pembaca di page facebook Susu Sejat beberapa minggu yang lalu. Namun, sebelum aku menghuraikan dengan lebih lanjut apa itu supplemen multivitamin, dan peranannya ketika menurunkan/menaikkan berat badan, adalah lebih baik kita kenal terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan multivitamin, vitamin dan mineral.


Definisi

Vitamin - merupakan sebatian organik yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil (surih), juga dikenali sebagai 'micronutrien'. Micronutrien ini berbeza dengan 'macronutrien' (Karbohidrat, Lemak dan Protein) yang bertanggungjawab kepada distribusi kalori. Benar, Micronutrien tidak membantu dalam distribusi kalori, atau bahasa mudahnya 'kosong kalori'. Vitamin terbahagi kepada 2 jenis, iaitu vitamin larut lemak, dan vitamin larut air.

Mineral (Diet) - merupakan elemen kimia selain karbon, hidrogen, nitrogen dan oksigen yang terdapat dalam jadual berkala (Periodic Table) dan diperlukan oleh organisma hidup seperti manusia untuk terus hidup. Mineral, sama juga seperti vitamin, adalah merupakan kelompok elemen surih atau 'micronutrien', dan diperlukan oleh tubuh badan dalam kuantiti yang sangat kecil.

Micronutrien - Vitamin dan mineral (seperti yang disebutkan di atas)

Multivitamin - merupakan istilah yang merujuk kepada supplemen diet yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin), dan mineral-mineral penting (calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).

Meskipun sodium merupakan sebahagian daripada elemen mineral yang penting dalam diet, ia tidak disertakan sekali dalam pakej multivitamin ini memandangkan sodium mudah didapati di dalam makanan, terutamanya dalam garam yang digunakan untuk memasak (terlebih sodium dalam diet boleh menyebabkan penyakit hypertension atau bahasa melayunya, Darah Tinggi).

Setelah memahami definisi-definisi di atas, apa kata kita selami pula jenis-jenis vitamin dan mineral, fungsinya serta sumber yang mengandunginya. Walaubagaimanapun, aku tidak akan menyentuh dengan mendalam berapa banyak (milligram) setiap micronutrien itu diperlukan memandangkan sukatan sebenarnya bergantung kepada umur, jantina, dan berat badan. Ini akan aku cerita dengan lebih lanjut dalam bahagian 2 kelak.

Berikut adalah vitamin-vitamin yang penting dalam membantu proses metabolik supaya berjalan lancar, mengawal fungsi sel, dan mengelak penyakit-penyakit malnutrisi seperti scurvy dan rickets.

1 - Vitamin Larut Lemak

Vitamin A (juga *perkusornya, iaitu Beta Carotene)
Diperlukan untuk: pertumbuhan normal, integriti kulit, penglihatan, dan perkembangan tulang.
Sumber: Lepa susu, kuning telur, buah-buahan tertentu (prunes, nanas, oranges, limau, and cantaloupe), tumbuhan berdaun hijau, dan lobak merah.

*bermaksud Beta Carotene akan ditukarkan kepada Vitamin A bila berada dalam badan manusia.

Vitamin D
Diperlukan untuk: Pertumbuhan tulang dan gigi, membantu penyerapan Calcium ke dalam tulang
Sumber: Cahaya matahari (kulit akan menghasilkan Vitamin D), susu, minyak ikan kod, salmon, kuning telur, mentega

Vitamin E
Diperlukan untuk: antioxidant, melindungi dinding sel, dan pembaikan luka
Sumber: Hampir dalam semua buah-buahan, sayur-sayuran dan minyak sayuran

Vitamin K
Diperlukan untuk: Pembekuan darah
Sumber: Lemak, oat, gandum, rye, alfalfa, juga dihasilkan oleh bakteria di usus


2 - Vitamin Larut Air

Vitamin B1 (thiamine)
Diperlukan untuk: pertumbuhan, selera makan, dan metabolisma karbohidrat (pembebasan tenaga).
Sumber: Gandum penuh, kekacang, kuning telur, buah-buahan, kebanyakan sayur-sayuran

Vitamin B2 (riboflavin)
Diperlukan untuk: pertumbuhan dan metabolisma sel (pembebasan tenaga).
Sumber: Hati, daging, ayam, telur, susu, dan sayuran hijau

Vitamin B3 (niacin)
Diperlukan untuk: fungsi neurological (saraf), sistem pencernaan, kesihatan kulit
Sumber: Hati, daging, ayam, sayuran hijau

Vitamin B6 (pyridoxine)
Diperlukan untuk: metabolisma protein, penghasilan sel darah merah
Sumber: Daging, ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan

Vitamin B12 (cobalamin)
Diperlukan untuk: fungsi neurological (saraf), pembentukan DNA dan sel baru, serta pencegahan anemia
Sumber: Sayuran hijau, makanan organ binatang, daging, dan makanan laut. Tidak terdapat dalam tumbuhan.

Vitamin C (ascorbic acid)
Diperlukan untuk: pembentukan tisu penghubung antara sel, mengekalkan protein untuk kestabilan sel kepada membran, mencegah skurvi atau rickets dikalangan kanak-kanak
Sumber: Kobis mentah, lobak merah, jus oren, betik, lettuce, celery, bawang besar, tomato, dan kebanyakan buah-buahan citrus.

Folic Acid
Diperlukan untuk: pembentukan DNA dan sel baru, terutamanya sel darah merah
Sumber: Sayuran hijau, legum, biji (kuaci, labu), jus oren, hati.
Pantothenic Acid
Diperlukan untuk: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan

Biotin
Diperlukan untuk: Metabolisma tenaga
Sumber: Wujud dalam hampir setiap makanan, juga dihasilkan oleh bakteria di usus.


3 - Minerals

Chromium
Diperlukan untuk: mengekalkan paras normal gula dalam darah
Sumber: Daging, makanan belum proses, lemak, dan minyak sayuran

Copper
Diperlukan untuk: pembentukan sel darah merah dan tisu-tisu penghubung
Sumber: Daging, makanan laut, kekacang

Fluorine
Diperlukan untuk: Struktur gigi
Sumber: Air paip (dikawasan tertentu), makanan laut, buah pinggang, hati, dan daging

Manganese
Diperlukan untuk: Sintesis DNA, RNA dan protein
Sumber: Bijirin, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran

Selenium
Diperlukan untuk: melindungi lipid pada membran sel, protein, dan asid nukleik dalam mencegah proses oksidasi
Sumber: Brokoli, ayam, timun, kuning telur, bawang putih, hati, susu, cendawan, bawang besar, makanan laut, dan tuna

Zinc
Diperlukan untuk: Sintesis protein, DNA dan RNA
Sumber: Daging, tiram, makanan laut yang lain, susu, dan kuning telur

Mungkin senarai vitamin dan mineral di atas terlalu panjang, dan leceh untuk dihafal. Hakikatnya, tiada siapa yang sanggup untuk memantau setiap pengambilan micronutrien tersebut, maka oleh yang demikian, supplemen seperti Multivitamin amat membantu dalam memastikan kita mendapat setiap micronutrien penting yang diperlukan.

Jika diperhatikan betul-betul, kebanyakan micronutrien di atas berfungsi dalam meningkatkan lagi metabolisma tubuh badan. Dan seperti yang SS cerita sebelum ini, meningkatkan metabolisma tubuh badan bererti 'mempercepatkan lagi hasil penurunan berat badan'.

Namun mungkin ada segelintir yang bertanya, jika benar micronutrien seperti yang dinyatakan wujud dalam makanan-makanan di atas, mengapa kita masih memerlukan supplemen? Juga, produk supplemen multivitamin manakah yang bagus untuk diambil? Tips untuk membeli supplemen Multivitamin? Semua kemusykilan itu akan dijawab dalam bahagian 2 "Tip 8: Supplemen Multivitamin yang mana pilihan hati?".

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

August 6, 2010

Tip 7: Kacang panggang yang mana pilihan hati?

Hari-hari pergi Tesco, atau pergi Tesco hari-hari? Eh, dari dahulu sampailah entri yang ke 90 ni, tak habis-habis berbicara tentang Tesco kan? Tesco ni dah macam sinonim pula dengan blog ni. Nampak gayanya, suatu hari nanti Susu Sejat kena minta sponsorship daripada Tesco, barulah Susu Sejat dapat mengulas lebih banyak produk-produk yang sihat, takkah begitu? Doa-doakanlah ye..

Seperti biasa, pada hujung minggu yang sudah aku berkunjung ke pasaraya Tesco untuk melihat jika terdapat produk-produk baru (yang pastinya berbaloi-baloi untuk wang, juga kesihatan) yang boleh diulas di blog Susu Sejat ni. Tapi agak hampa juga kerana keadaan di Tesco ketika itu terlalu sesak, sehingga menyukarkan aktiviti 'browsing'.

Namun aku harus juga mencari sesuatu untuk dibuat ulasan. Aku capai 2 buku roti buat sarapan dan snek untuk beberapa hari yang akan datang, beberapa biji tomato, setin Tuna in Mineral Water, dan...

Terdapat 2 jenis 'Kacang Panggang' (Baked Beans) yang diperkenalkan oleh Ayam Brand di Tesco kali ini, "Kacang Panggang Light (60% Less Sugar)" dan "Kacang Panggang Keju (dengan Kalsium)". Namun, yang mana satukah bakal menjadi pilihan hati Susu Sejat?


Berikut adalah ulasan Susu Sejat secara ringkas dan padat:

1 - Light mengandungi lebih kurang sama sahaja kalorinya dengan Keju untuk setiap hidangan. (Light, 115g = 95kcal; Keju, 115g = 91kcal)

2 - Keju mengandungi lebih kandungan lemak, protein dan kalsium berbanding Light. Tahu kan, mana datangnya lemak, protein dan kalsium yang extra ini? (pembayangnya, lihat pada nama produk)

3 - Light mengandungi lebih kandungan karbohidrat berbanding Keju, meskipun Light mendakwa mengandungi 60% kurang gula berbanding Kacang Panggang Ayam Brand yang biasa.

(Klik untuk besar)

Buat pertama kalinya, segmen "Food Review Pilihan Hati Susu Sejat" mengisyhtiharkan bahawa kedua-dua produk ini terikat seri. Kedua-duanya, bagi Susu Sejat adalah OK untuk diambil berbanding Kacang Panggan Ayam Brand biasa, yang mempunyai 106kcal bagi setiap hidangan 115g. Kesimpulannya, terpulanglah kepada citarasa masing-masing untuk memilih (antara keduanya) yang MANA SATU PILIHAN HATI!

*******

Eh, nanti dulu. Entri belum habis lagi, jom kita terjah En. Susu apa yang beliau beli di Tesco tempoh hari. Manalah tahu, kalau-kalau beliau ada 'curi-curi' membeli coklat Cadbury, atau Mister Potato ke..

"Isk.. korang ni. Mana ada tipu-tipu.. tak baik menuduh"

"Ok lah. Dah nak bayar ni. Karang mak cik yang belakang ni potong barisan aku pulak. Barang dia dah la banyak, huhu. Jumpa lagi dalam entri seterusnya, dan selamat bercuti hujung minggu!"


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

August 5, 2010

Mengelak penurunan berat badan ketika Ramadhan?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang aku kini sedang dalam proses untuk menaikkan berat badan. Pelik bukan? Setelah sekian lama menurunkan berat badan daripada 110kg kepada 68kg, tiba-tiba nak menaikkan kembali berat badan, biar betul si Ejoy ni kan?

Aku ada alasan sendiri untuk menaikkan kembali berat badan aku. Salah satunya ialah, ibu aku pernah memberitahu yang aku terlalu 'skinny', dah rupa macam orang hisap dadah katanya. Aku teliti tubuh aku di cermin, memang terdapat beberapa bahagian tubuh yang aku lihat terlalu 'skinny'. Aku semak paras Body Fat % aku, dan ternyata masih kurang memuaskan (sekitar 17) meskipun aku mempunyai BMI 23.

Maka aku mengambil keputusan untuk menaikkan kembali berat badan aku kepada beberapa angka, dengan harapan berat otot yang akan ditambah bakal membakar lebih banyak lemak ketika bersenam kelak. Dan Alhamdulillah, berat aku pada saat aku menaip entri ini ialah sekitar 75kg - 76kg, setelah berusaha kerasa selama 5 bulan lamanya.

Namun, memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang, satu perasaan gelisah telah muncul di sudut hati aku beberapa minggu yang sudah: aku bakal mengalami penurunan berat badan. Memang sesuatu mengerikan, setelah bersusah payah selama berbulan-bulan lamanya untuk menaikkan berat badan, tiba-tiba semua berat yang telah ditambah bakal hilang.

Maka tanpa membuang masa, minggu lalu aku menghubungi Egonutrition.Com di laman facebook, dan bertanyakan jika mereka mempunyai tips/ stok protein yang mampu membekalkan protein sehingga 12 jam lamanya.

(Klik untuk besarkan)

Itulah jawapan yang aku cari selama ini, Probolic SR. Dan aku bakal mengambil supplemen Probolic SR sebelum tidur dan sebelum waktu imsak, sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Apa yang istimewanya dengan Probolic SR? Probolic SR adalah campuran pelbagai jenis protein, daripada fast acting protein (pantas diserap kedalam darah), hinggalah kepada slow acting protein (lambat diserap kedalam darah). Ditambah pula dengan formula-formula tertentu, maka Probolic SR adalah jauh lebih istimewa berbanding protein-protein yang lain kerana ia mampu membekalkan otot dengan Amino Acid sehingga 12 jam lamanya secara berterusan, sesuatu yang sangat diperlukan apabila kita berada pada fasa puasa.


Selain itu, Probolic SR juga dilengkapi dengan BCAA dan Glutamine, iaitu 2 faktor penting yang mencegah muscle catabolism (penghuraian otot sebagai sumber tenaga).

Dipendekkan cerita, dengan mengambil Probolic SR sebagai supplemen ketika Ramadhan, adalah lebih menguntungkan berbanding mengambil Casein Protein, Glutamine dan BCAA secara berasingan, dan menjimatkan wang sehingga beberapa peratus. Aku amat mengesyorkan kepada mereka yang bercadang untuk mengekalkan berat badan agar mengambil supplemen ini.

P/S: Sila jaga juga pengambilan kalori agar tidak terlalu kurang berbanding DCR. Okeyh?

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

July 30, 2010

5 Superfood pilihan Susu Sejat

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Superfood. Adakah ia merupakan makanan yang hebat, sehebat Superman? Atau ia sekadar jenama produk untuk makanan-makanan tertentu?

Istilah Superfood telah mula timbul di barat sejak awal 1900 lagi. Superfood diklasifikasikan sebagai makanan yang paling berkhasiat di antara makanan-makanan yang lain, atau dalam bahasa yang mudah difahami, "best among the best" (Paling hebat di antara yang terhebat).

Untuk diiktiraf sebagai Superfood, sesebuah makanan itu harus mematuhi syarat-syarat berikut:

1 - Mampu mencegah penyakit-penyakit kronik
2 - Mempertingkatkan tahap kesihatan dan kecergasan kepada satu peringkat
3 - Tidak menggemukkan (peningkatan berat lemak)
4 - Kaya dengan phytonutrien, antioxidants dan mineral
5 - Terbukti dan disahkan khasiatnya menerusi kajian-kajian saintifik

Kalau para pembaca rajin, bolehlah google sendiri beberapa Superfood yang diceritakan di internet, tetapi sukacita dimaklumkan bahawa Susu Sejat ingin berkongsi 5 makanan, yang pada hemat Susu Sejat, layak dilabel sebagai Superfood. Apakah makanan-makanan tersebut? Jom kita terjah.

1 - Walnut


Kalori per gram: 6.54kcal/g

Khasiat: Selain mengandungi protein, walnut kaya dengan sterol tumbuhan yang mampu menurunkan paras kolestrol dalam darah, disamping kandungan asid lemak omega 3 nya yang tinggi, antara yang tertinggi berbanding sumber kekacang yang lain. Walnut juga mengandungi serat, Vitamin B Kompleks, magnesium dan antioxidants seperti Vitamin E.

Cara Penyediaan: Ambil segenggam walnut yang sudah dimasak (dengan oven), cincangkannya dan masukkan ke dalam makanan/masakan kegemaran anda.


2 - Brokoli (Broccoli)


Kalori per gram: 0.34kcal/g

Khasiat: Mengandungi beberapa antioxidants, termasuklah Vitamin C, dan juga lutein yang mampu melambatkan risiko untuk mendapat penyakit "Age-related macular degeneration, (AM) iaitu penyakit berkaitan penglihatan. Brokoli juga mengandungi folate (folic acid) yang dipercayai mampu mencegah penyakit berkaitan jantung, dan sejenis phytochemical yang dikenali sebagai sulphoraphane yang mempunyai sifat anti-kanser.

Cara Penyediaan: Ambil beberapa tangkai brokoli, sama ada yang mentah atau separuh masuk, potong dan masukkan kedalam masakan kegemaran anda seperti tom yam, sup sayur, dan sebagainya.

Nota tambahan: Sayur-sayuran berwarna hijau gelap yang lain juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti brokoli.


3 - Buah Delima (Pomegranate)


Kalori per gram: 0.68kcal/g

Khasiat: Mengandungi antioxidants yang berguna seperti polyphenols, tannins dan anthocyanins; dan kandungan antioxidants ini adalah lebih tinggi daripada antioxidant yang terkandung dalam teh. Kajian awal menunjukkan buah delima berupaya menurunkan paras kolestrol (LDL kolestrol) dalam darah dan menurunkan tekanan systolic darah.

Cara Penyediaan: Kupas 1-2 biji buah delima, kumpulkan isinya (yang berbiji-biji) dan kisarkan dengan alat pengisar untuk dibuat jus minuman.


4 - Ikan Salmon


Kalori per gram: 1.82kcal/g

Khasiat: Selain tinggi kandungan protein, vitamin dan mineral, ikan salmon juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang terbukti mampu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Cara Penyediaan: Sepotong daging ikan salmon boleh dimasak secara kukus, atau dimasak secara grilled.


5 - Roti Gandum Penuh


Kalori per gram: 2.50kcal/g

Khasiat: Selain rendah G.I, yang mampu memanjangkan lagi tempoh kenyang, mencegah penyakit berkaitan jantung dan mengawal berat badan, roti gandum penuh juga kaya dengan serat yang mampu memperbaiki cara sistem pelawasan bekerja. Bintil-bintil pada roti gandum penuh juga mengandungi asid lemak yang sihat.

Cara Penyediaan: Beberapa potong roti gandum penuh boleh dimakan bersama sumber protein yang lain.


Itulah dia 5 Superfood pilihan hati Susu Sejat. Apabila digabungkan kelima-lima Superfood tersebut, maka...

Beberapa potong roti gandum penuh dimakan bersama ikan salmon masak kukus (yang ditaburkan bersama beberapa biji Walnut dan beberapa potong brokoli). Tidak lengkap rasanya jika hidangan ini tidak dilengkapi dengan segelas jus buah delima. Inilah yang dinamakan hidangan Superfood cara Susu Sejat!

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

July 21, 2010

Tip 6: Jus yang mana pilihan hati?

Hari ini, Susu Sejat hendak memberitahu para pembaca perkara yang harus diketahui untuk menjadi pengguna yang bijak: mengetahui tidak semua yang tertera pada label itu bagus seperti yang didakwa. No Sugar Added? Reduced-Fat? Low-Sodium? Pernah dengar istilah-istilah sebegini di televisyen? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Pilihan yang pertama (kiri), atau pilihan yang kedua (kanan)?


Pilihan 1: Marigold Peel Fresh: Mixed Carrot Fruits

  • Diperkaya dengan Vitamin A, C, dan E, iaitu merupakan kelompok antioxidants yang mampu untuk meneutralkan kembali zarah bebas (free radicals). Free radicals adalah antara faktor penuaan sel.
  • 38mg Vitamin C didalam setiap hidangan 250ml (sekotak) adalah lebih 100% daripada yang dicadangkan/diperlukan oleh seseorang dalam sehari.
  • Juga mengandungi Beta-carotene, perkusor untuk Vitamin A (iaitu Vitamin A yang belum diaktifkan lagi, dan hanya diaktifkan dalam badan). Tahukah anda, istilah Beta-carotene diambil daripada istilah Lobak/carrot dalam bahasa latin (Carotene).
  • Rendah kandungan gula. Sekotak Marigold Peel Fresh (Mixed Carrot Fruits) mengandungi tidak sampai 1 sudu teh gula!
  • Rendah kandungan sodium (garam). Sekotak cuma mempunyai 45mg sodium.

Bagaimana pula dengan rasa Marigold Peel Fresh yang pertama ni? Disebabkan carrot telah dicampurkan dengan buah-buahan citrus seperti buah oren, maka rasa minuman ini bagi aku adalah sedikit pelik. Pelik bagaimana tu? Itu subjektif dan rahsia, kamu kena beli dan rasa sendiri untuk tahu. Tapi percayalah, rasanya masih manis dan sedap, namun tidaklah semanis minuman jus yang lain. Susu Sejat beri 4 daripada 5 bintang untuk minuman ini.

Maklumat pemakanan untuk Marigold Peel Fresh (Mixed Carrot Fruits)


Pilihan 2: Marigold Peel Fresh: Anggur dan buah delima (pomegranate)

  • Percaya atau tidak, meskipun produk ini ditulis "No Sugar Added" (tiada penambahan gula), namun rasanya jauh lebih manis daripada jus yang pertama tadi. Mana tidaknya, setiap hidangan 250ml (sekotak) mengandungi 26.3g gula, iaitu kira-kira bersamaan dengan 6 sudu teh gula!
  • Kandungan Vitamin C juga adalah sama seperti yang pertama tadi, namun tidak mengandungi Vitamin A, E dan beta-carotene.
  • Tinggi sedikit kandungan sodium (garam) berbanding yang pertama tadi. Sekotak mengandungi 70mg sodium.
  • Susu Sejat beri 2 bintang sahaja untuk produk ini.

Maklumat pemakanan untuk Marigold Peel Fresh: Anggur dan Buah Delima

Walaubagaimanapun, kedua-dua produk di atas masih mempunyai jumlah karbohidrat dan kalori yang hampir sama. Mungkin ada sesetengah individu yang hanya sekali pandang merujuk kepada ruangan nilai kalori, dan tanpa berfikir panjang pasti membeli pilihan no. 2 (atas faktor label "no sugar added" tadi). Pilihan no. 2 itu tidaklah teruk jika diambil pada awal pagi atau ketika berbuka puasa, namun jika anda bercadang untuk minum jus sebelum masuk tidur, memilih pilihan no. 2 adalah kesilapan yang paling besar telah anda lakukan.

Gula adalah karbohidrat yang mempunyai nilai G.I (Glycemix Index) yang tinggi, dan mengambilnya ketika anda berada dalam fasa tidak aktif, seperti tidur, akan mengakibatkan sebahagian daripadanya disimpan sebagai lemak. Pilihan no.1? Sekotak (250ml) boleh diambil pada bila-bila masa kerana bagi Susu Sejat ia adalah jus yang kurang manis dan ringan.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

July 14, 2010

Munchy's Oat Krunch: Review

Entri kali ini aku tujukan khas buat ibubapa yang 'mati akal' untuk menggalakkan anak-anak mereka menikmati santapan oat. Ye la, ramai sebenarnya yang tak suka dengan rasa oat, ada yang kata 'keras' lah, rasa 'berbintil' lah, 'loya' lah. Kalau dah macam tu bunyinya, macam mana nak pupuk anak-anak yang masih kecil supaya berjinak-jinak dengan oat? Hmmm.. mungkin Munchy's Oat Krunch ada jawapannya.

Chipsmore versi oat. Itulah dia Munchy's Oat Krunch Dark Chocolate. Meskipun kandungan oat dan tepung gandum penuhnya tidaklah begitu tinggi (melalui pengalaman aku sendiri dalam bab merasa makanan), sekurang-kurangnya ini mampu menggalakkan kanak-kanak untuk berjinak-jinak menikmati oat. Percayalah, kanak-kanak pasti menyukainya!


Signifikankah label Organic Hazelnut ini?

Seratus peratus dibakar dengan oven, kandungan karbohidrat utama Oat Krunch ini masih lagi tepung gandum biasa (refined carbohydrate atau karbohidrat ringkas), di samping tepung gandum penuh dan kepingan oat. Ini membuatkan snek/biskut ini tinggi serat berbanding biskut-biskut yang lain (mengandungi 2g serat untuk satu hidangan/satu pek/3 keping). Satu hidangan Oat krunch ini juga mengandungi kira-kira 2 sudu teh gula, dan angka ini tidaklah terlalu membahayakan jika di ambil satu pek sehari.


Seperti biskut Chipsmore bukan? Nampak apa yang berbintil-bintil putih pada permukaannya? Itulah kepingan oat.

Oat Krunch juga kaya dengan kalsium dan zat besi, yang mana membantu pertumbuhan tulang dan sel, selain bebas dari sebarang pemanis atau pengawet tiruan.

Selain perisa 'Dark Chocolate', Oat Krunch juga menawarkan dua perisa lain iaitu "Strawberry & Blackcurrant" dan "Chunky Organic Hazelnut". Bagaimana pula dengan harga? Untuk pek 180g (7 pek) harganya cuma sekitar RM3.80, manakala untuk pek 500g (18 pek) pula berharga sekitar RM7.90.


Ramuan: tepung gandum, bijian coklat, gula, tepung gandum penuh, lelemak sayuran (minyak kelapa sawit), kepingan oat, sirap glukosa, serbuk koko, kacang hazel, kalsium karbonat, garam, bahan penaik (sodium bikarbonat/ E500 (ii), Ammonium bikarbonat/ E503 (ii)), pengemulsi-Lesitin (E322) dan perisa.

Allergy Advice: wheat, milk, soybeans, nuts.

Maklumat Pemakanan: Oat Krunch Dark Chocolate (30g, 3 keping)
Kalori: 145
Karbohidrat: 20g (Serat 2g, Gula 8g)
Lemak: 6g (Lemak Tepu 3g)
Protein: 2g
Sodium: 86mg
Kolesterol: 0mg

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
Related Posts with Thumbnails