Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

July 17, 2010

Buying 'beauty foods' the Malaysians' way

Location: Pasar Simpang, Taiping, Perak
Camera: Motorola V3 Razr
Date Taken: 10 July 2010

Ever wonder why our country is so unique? Take a look at these few snapshots.






In Malaysia, in order to get these 'beauty foods', doesn't mean you have to drive yourself to hypermarket like Tesco, Carrefour, and Giant. Unlike here, Western countries don't have what so called 'wet market', where you can hear bargains between the seller and the customer. Quality food, with a decent price. Where else you can have this kind of situation?

Proud to be a Malaysian.


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

June 6, 2010

Kenduri oh Kenduri: Cerita Santai..

Entri ini merupakan maklum-balas kepada "Tips 'mengatasi' kenduri" yang aku karang 2 hari lepas. Semalam, bersamaan Sabtu, 5 Jun 2010, aku bersama 2 orang rakan sekolah rendah iaitu Min (kemeja puteh) dan Aman (baju-T biru) telah bertolak ke Teluk Intan untuk menghadiri majlis persandingan seorang lagi rakan sekolah rendah, Dama. Perjalanan Kuala Lumpur-Shah Alam-Teluk Intan itu mengambil masa kira-kira 4 jam.

Dua orang rakan ini sedang mengatur strategi pemakanan. Didalam kepala mereka tiada perkara lain, melainkan pengiraan kalori.

Setelah ayam goreng berempah di 'top-up' tanpa membuang masa mereka mula mengatur langkah.

Menu kenduri selepas jam 3 petang (Inilah akibatnya jika bertolak lambat), dari kiri: Kari Daging, Ayam Goreng Berempah, Rebung Masak Lemak.

Ini yang aku maksudkan dengan tip No.4 pada entri yang lepas; bahagikan pinggan kepada 4 bahagian, 2 daripadanya terdiri dari nasi (karbohidrat utama), dan selebihnya terdiri daripada ayam/daging/ikan (1 bahagian) dan sayur-sayuran (1 bahagian). Tip No.5 juga dipraktikkan di sini.

Tip no 10, camwhoring bersama pengantin.

Lagi mengenai tip no 10. Selepas menghadiri majlis, kami tidak terus pulang ke K.L. Kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi pekan bersejarah Telok Anson.

Penulis bersama rakan..

Di jendela menara..

Sedikit info berkenaan Menara Jam Condong Teluk Intan. Ia dibina pada tahun 1885, bertujuan sebagai tempat simpanan air (tangki air). Namun, atas faktor permukaan tanah yang lembut, dan beban air yang terpaksa ditampung, maka menara ini menjadi condong sedikit demi sedikit, hingga kepada apa yang dapat kita lihat hari ini.

Tip bonus: Menari tarian Gipsy di hadapan menara condong di bawah sinaran terik matahari boleh membakar lebih kalori. Anda sanggup? Saya tak sanggup.. ;)

Disclaimer: Gambar-gambar diambil menggunakan iPhone milik Aman. Tiada sebarang editing dilakukan ke atas gambar-gambar tersebut.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
Related Posts with Thumbnails