Dua orang rakan ini sedang mengatur strategi pemakanan. Didalam kepala mereka tiada perkara lain, melainkan pengiraan kalori.
Menu kenduri selepas jam 3 petang (Inilah akibatnya jika bertolak lambat), dari kiri: Kari Daging, Ayam Goreng Berempah, Rebung Masak Lemak.
Ini yang aku maksudkan dengan tip No.4 pada entri yang lepas; bahagikan pinggan kepada 4 bahagian, 2 daripadanya terdiri dari nasi (karbohidrat utama), dan selebihnya terdiri daripada ayam/daging/ikan (1 bahagian) dan sayur-sayuran (1 bahagian). Tip No.5 juga dipraktikkan di sini.
Lagi mengenai tip no 10. Selepas menghadiri majlis, kami tidak terus pulang ke K.L. Kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi pekan bersejarah Telok Anson.
Sedikit info berkenaan Menara Jam Condong Teluk Intan. Ia dibina pada tahun 1885, bertujuan sebagai tempat simpanan air (tangki air). Namun, atas faktor permukaan tanah yang lembut, dan beban air yang terpaksa ditampung, maka menara ini menjadi condong sedikit demi sedikit, hingga kepada apa yang dapat kita lihat hari ini.Tip bonus: Menari tarian Gipsy di hadapan menara condong di bawah sinaran terik matahari boleh membakar lebih kalori. Anda sanggup? Saya tak sanggup.. ;)
Disclaimer: Gambar-gambar diambil menggunakan iPhone milik Aman. Tiada sebarang editing dilakukan ke atas gambar-gambar tersebut.
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
2 comments:
I like tip no 4.
again ayat last ditekankan....editing tiada digunakan...ehehehe
~cek0dok~
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.