Musim cuti sekolah semakin hampir, dan itu membawa maksud anda bakal/sudahpun menerima longgokkan kad jemputan kahwin dari rakan-rakan, saudara mara, mahupun dari jiran tetangga.
Sebagai seorang yang berhati kudus, kita seharusnya menghadirkan diri ke majlis-majlis sebegini untuk mengucapkan tahniah kepada si mempelai bertuah. Namun, aku yakin, musim kenduri sebegini merupakan musim 'malang' buat mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan. Ada yang sanggup mencari seribu alasan untuk mengelakkan diri dari menghadiri kenduri. Tidak kurang juga yang alpa lalu membaham semua makanan yang ada tanpa menghiraukan tetamu yang lain.
Kini, masalah sedemikian tidak lagi menghantui anda, kerana di sini aku senaraikan 10 langkah mudah yang boleh dipatuhi agar kita dapat mengurangkan 'impak kenduri' ke atas berat badan kita:
1 - Alas perut
Jangan tinggalkan rumah anda (ke kenduri) dalam keadaan perut kosong. Alas perut anda dengan makanan yang ringan (bukan ringan dari segi zat seperti keropok atau pun jajan, tetapi ringan dari segi kalori), seperti segelas susu rendah lemak dan 1-2 keping roti gandum penuh (whole-grain).
2 - Berjalanlah kaki, sebelum dan selepas
Dalam situasi majlis ketika terlalu ramai tetamu, adalah suatu kesilapan yang besar jika anda meletakkan kenderaan anda berhampiran dengan lokasi majlis, kerana ada kemungkinan anda bakal menemui kesulitan ketika pulang kelak. Oleh itu, letakkan kenderaan anda sedikit jauh (kira-kira 50-100meter). Rasionalnya? Anda akan menggunakan lebih kalori untuk berjalan ke lokasi majlis. Namun jangan meletakkan kenderaan anda terlalu 'jauh' dari pandangan manusia, khuatir perkara sebaliknya berlaku. Jika kenduri itu diadakan di dalam kawasan perumahan anda, adalah lebih baik anda berjalan kaki terus dari rumah anda ke lokasi majlis. Berjalan kaki, pergi dan balik (dalam 10 minit) menggunakan kira-kira 28kcal.
3 - Putih atau Kuning?
Kebanyakan kenduri akan menyediakan beberapa jenis nasi buat pilihan para tetamu. Tetapi ramai yang masih ragu, yang mana satukah patut diambil (masih ada ke yang ragu?). Aku syorkan, jika tuan rumah kenduri tersebut ada menghidangkan nasi putih, sila ambil nasi putih. Kalori Nasi putih (1 cup) adalah kira-kira 222kcal, Nasi Minyak (1 cup) adalah kira-kira 291kcal, dan Nasi Briyani (1 cup) adalah kira-kira 299kcal. Nampak perbezaan, yang mana lebih tinggi kalorinya? Anda mungkin boleh mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 77kcal! Dan berapa banyakkah 1 cup tu? 1 cup adalah bersamaan dengan satu genggam penumbuk anda.
4 - Seimbangkan lauk pauk
Jangan fokus pada satu-satu lauk sahaja, tetapi cuba pelbagaikan. Aku syorkan bahagikan pinggan tersebut kepada 4 bahagian, 2 daripadanya haruslah terdiri dari nasi (karbohidrat), dan selebihnya terdiri daripada ayam/daging/ikan (protein) dan sayur-sayuran (walaupun aku sedar, tak semua kenduri ada menghidangkan sayur hijau). Jangan sesekali mencampur-adukkan sumber protein darat dan laut dalam satu hidangan, yakni pilihlah sama ada hendak memilih ayam/daging ataupun ikan.
5 - Kuah minyak-minyak? 'Say NO!'
Apabila mengambil lauk, cuba kurangkan pengambilan kuah, dan jika mampu, tidak perlu ambil kuah langsung. Satu senduk kuah masak lemak sahaja mengandungi kira-kira 60kcal, dan semua kalori tersebut datangnya dari santan, minyak dan gula (bergantung pada resepi).
6 - Sky-juice itu lebih baik
Memang tidak sah jika minuman-minuman kenduri ini (kebanyakannya sirap merah) kurang manis, melainkan tuan rumah kenduri tersebut sedar akan bahaya gula, ataupun sedang berjimat cermat, ataupun kerana berlakunya kekurangan bekalan gula ketika ini. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat pilihan untuk air kosong (sejuk atau panas, tidak mengapa), ambil pilihan untuk minum air kosong. Segelas air sirap (mengandungi 3-5 sudu teh gula) mengandungi kira-kira 65kcal.
7 - Makan secara terhormat
Makan secara perlahan, malah Nabi ada berpesan agar kunyah makanan dalam 40 kali terlebih dahulu sebelum telan, untuk memastikan makanan tersebut betul-betul hancur dan sebati dengan amilase liur (air liur). Ini akan membawa kepada proses pencernaan yang lebih teratur. Malah, otak juga mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mentafsir sama ada anda sudah kenyang atau pun sebaliknya. Ingat, sekiranya anda menghabiskan 1 hidangan makanan kurang dari 10 minit, itu bererti anda seorang yang gelojoh.
8 - Berpada-pada ketika merasa
Memang selalunya ketika kenduri kahwin ni, akan terdapat pelbagai jenis makanan sampingan yang ditawarkan seperti sate dan kuih-muih. Namun, tidak bererti anda perlu melantak kesemuanya hingga kenyang. Andaikan diri anda sebagai 'pengkritik makanan' yang cuma perlu menentukan sama ada makanan tersebut sedap atau tidak. Satu cucuk sate sudah memadai, seketul kuih juga sudah memadai. Ingat, 'merasa makanan' itu perkara yang mulia, namun 'makan kesemuanya' adalah sesuatu yang cela!
9 - Berpegang pada niat yang asal
Buang mentaliti lapuk seperti "Wah! kenduri kendara, makan free lagi la aku weekend ni, yes! yes!", tetapi gantikan dengan sesuatu seperti "Wah! kawan aku Nurul Ain nak kahwin, lama tak jumpa dia ni, kena datang ni!"
10 - Jangan terus pulang
"Ewah-ewah Senah.. dah kenyang perut ko, terus nak balik yea, banyak cantek muke!" Sebelum pulang, habiskan masa kira-kira sejam dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersembang-sosial dengan rakan-rakan lama (ataupun kenalan-kenalan baru), atau ber camwhoring bersama pengantin. Sekurang-kurangnya ada juga sesuatu yang anda boleh upload atau ceritakan di Facebook kelak, kan? (Hint: Anda menggunakan sekurang-kurangnya 50kcal untuk aktiviti sebegini selama setengah jam)
Okay, mari kita buat kira-kira sedikit: Jumlah kalori yang berjaya diselamatkan menerusi tips di atas ialah 28kcal + 77kcal + 60kcal + 65kcal + 50kcal = 280kcal!!!
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
June 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
cute la.. hehhe ;)
cute? hehe, tq Nina ;p
cheq suka no 7 & 10...tpi dh mmg pesyen mkan cepat arhh, less than 10 mins tu slalu je...huhuhu
~cekod0k~
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.