June 9, 2010

Tip 2: Produk yang mana pilihan hati?


Jumaat (4 Jun 2010) yang lalu, aku mendapat mesej Facebook dari seorang 'murid', berbunyi:

"hehehe...ok ejoy...aku skang tgh cari mkanan yg low fat high protein yang 'sedap'....kira leh cover gak la keinginan aku utk mkn ns lemak tu...ejoy..aku nk request utk sususejat listkan makanan n jenama sekali yang bagus utk dimakan samada utk loss or gain weight...sure ramai org nak nye ejoy....skang yg aku nampak Gardeni Wholegrain ngan Sunlac ja..pasti sususejat punya byk pengalaman...hehe. td nk dekat sejam gak aku dok survey mkanan kt giant..best gak tgk nutritional info...yg tinggi lemak, kolestrol cepat2 aku letak...hahaha.."

Bagi aku, permintaan dari follower Susu Sejat yang seorang ini harus dituruti. Ianya sebuah kesulitan yang harus dirungkai, agar dapat membantu mereka yang bukan sahaja benar-benar serius untuk turun berat badan, tetapi juga buat mereka yang cuba mengamalkan diet yang sihat.

1) Roti Gandum Penuh (Whole-Grain)

Kita semua tahu yang roti gandum penuh merupakan contoh karbohidrat yang baik. Ia bersifat komplex, bermaksud roti gandum penuh ini dicerna lebih 'perlahan' tetapi berterusan, berbanding roti putih biasa dan nasi yang tergolong dalam kumpulan 'simple carbohydrate'. Namun, tahukah anda, jenama roti mana yang patut dibeli untuk memastikan kita untung dari segi zat dan wang?

Perhatikan jadual di atas, terutamanya dari segi nilai kalori dan kandungan karbohidrat. Aku cadangkan agar kalian mencuba "Gardenia Whole-Grain Fibremeal". Di samping harganya yang serendah RM3, ia juga mengandungi nilai kalori yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Buat mereka yang berkemampuan (berduit) dan sangat menjaga pengambilan kalori, anda boleh mencuba "Gardenia Breakthru" (RM4.50), yang ternyata mengandungi kandungan karbohidrat yang lebih rendah, sekaligus mempunyai nilai kalori yang terendah. "High 5 High Grain" juga berharga RM3, tetapi kalau dilihat dari segi kandungan protein, ianya lebih rendah berbanding "Gardenia Whole-Grain Fibremeal"; tambahan nilai kalorinya juga lebih tinggi.

2) Susu Skim

Susu skim memanglah susu yang terbaik antara semua jenis susu yang terdapat di pasaran (Sila rujuk entri ini untuk mempelajari jenis-jenis susu). Namun antara produk-produk susu skim yang terdapat di pasaran, aku cadangkan agar anda semua memilih Sunlac. Selain rendah kalori, rendah karbohidrat dan tinggi kandungan protein, harganya juga lebih rendah berbanding produk susu skim yang lain seperti Anlene Nano-Kalsium.


3) Susu Kacang Soya

Susu kacang soya Soyfresh adalah antara produk susu kacang soya yang rendah kalori. Antara 2 produknya termasuklah Soyfresh Low Sugar dan Soyfresh Calcium Added. Namun antara kedua-dua ini, aku syorkan pilihlah Soyfresh Low Sugar. Selain rendah kalori, ia juga mengandungi kandungan sodium yang jauh lebih rendah berbanding Soyfresh Calcium Added. Jangan tertipu dengan nama 'calcium added' pada Soyfresh Calcium Added kerana Soyfresh Low Sugar juga mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, cuma tidak setinggi si Soyfresh Calcium Added ni.


4) Yoghurt

Kedua-dua produk yoghurt di atas mempunyai hampir sifar kandungan lemak. Namun tidak bererti kedua-duanya sama bagus, sama hebat, dan sama sihat. Nestle Fat Free Yoghurt ternyata lebih rendah kandungan kalori, dan kandungan gulanya (karbohidrat) juga sedikit rendah berbanding Marigold 0% Fat Yoghurt, iaitu kira-kira satu sudu teh gula untuk satu hidangan (sikit apa, banyak juga tu bezanya!).


5) Bun (Roti)

Untuk kedua-dua bun di atas, kita dapat lihat keseimbangan dari segi kandungan macronutrien. Meskipun nilai kalori dan kandungan Karbohidrat High 5 Sardine Bun lebih tinggi dari Bun Kaya, namun ia mempunyai kandungan protein 2X lebih tinggi berbanding Bun Kaya. Buat mereka yang dalam usaha untuk menaikkan berat badan, anda tahu Bun yang mana harus dipilih bukan?


6) Bijirin Oat

Jika dibandingkan antara kedua-dua produk oat di atas, secara jelas Nesvita Oat mempunyai lebih rendah kalori, dan lebih rendah segala-galanya (Protein, Karbohidrat, Lemak) berbanding Quaker Instant Oatmeal, untuk satu hidangan (5 sudu besar). Namun adakah ia bererti Nesvita Oat itu lebih bagus? Tidak semestinya.

Kalau dari segi penjimatan, aku rasa Quaker Instant Oatmeal lebih berbaloi. Kenapa aku berkata demikian? Sebenarnya info di atas memberitahu kita bahawa satu hidangan Quaker Instant Oatmeal ini adalah lebih 'berat' dan oleh yang demikian, kita hanya perlu menggunakan tidak sampai 5 sudu besar (1 hidangan penuh) untuk mencapai 119kcal (dan jumlah macronutrien yang setara), berbanding Nesvita Oatmeal yang memerlukan 5 sudu besar untuk mencapai 'nilai' kalori tersebut. Selain itu, Quaker Instant Oatmeal juga jauh lebih rendah sodium berbanding Nesvita Oat.


7) Tuna

Perlukah aku menerangkan dengan lebih lanjut untuk perbezaan antara kedua-dua produk ini? Tengok nama pun dah tahu mana yang lebih berbaloi, kan?

Rasa-rasa cukup tak 7 perbandingan produk yang aku buat di atas? Kalau nak buat senarai penuh perbandingan, rasa-rasanya sampai esok pun aku tak berhenti menaip. Tambahan, aku mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan entri, memandangkan proses pengumpulan data harus dilakukan secara terus di pasaraya Tesco.

Secara asas, semua perbandingan di atas menggunakan prinsip yang sama, iaitu:
1) Cari yang rendah kalori
2) Cari yang tinggi Protein
3) Cari yang rendah lemak
4) Untuk karbohidrat, fokus kepada kandungan gula (simple carbohydrate) yang rendah sahaja
5) Rendah kandungan sodium
6) Harga per hidangan (faktor penjimatan)

Semua produk yang aku nyatakan di atas mengandungi rendah kandungan kolestrol. Untuk mereka yang mengawal pengambilan sodium (garam) dalam diet mereka, produk yang aku syorkan di sini mungkin tidak sesuai untuk anda. Sila rujuk terlebih dahulu kandungan sodium pada label sebelum membeli.

Jika terdapat pembetulan info, sila nyatakan pada ruangan komen, kerana pengeluar produk mungkin telah mengemaskini/memfornulasikan produk mereka dari masa ke semasa. Jika anda mempunyai tips pemilihan produk yang ingin dikongsi, anda juga dialu-alukan berbuat demikian pada ruangan komen.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

12 comments:

ardinihumaira said...

dni suka oat ^__^

Joy Kalonas said...

saya pon suka oat dni, Nestum juga.. ;)

Ibu Ammar said...

bagusnya entry nih. hehe. saya lak suka kacang soya n yogurt. benda wajib beli tuh lalau 'outing'. =)

Joy Kalonas said...

terima kasih nursarah, memang banyak jenama susu kacang soya dan yoghurt yang boleh dipilih, tapi produk2 seperti ini selalunya kaya dengan gula, bererti kaya dengan kalori. Pastikan pilih produk yang bertepatan dengan diet anda ok? =)

Eijam said...

gud job ejoy! pasni harap ada lebih byk entri berkaitan pemilihan makanan ni..terutama makanan yg dikategori sbg lazat2...tp sehat utk dimkn..pasti ada kan? sbg contoh sosej yg low fat ka, mayonis yg low fat ka....skang ni aku tgk trend mknan pun dh byk yg utk kesihatan..cuma perlu masa utk survey dan terus survey..

Joy Kalonas said...

Thanks Eijam, InsyaAllah kalau jumpa makanan/produk yang menyihatkan dan lazat, aku akan siarkan dan review kat blog ni. Berdasarkan pengalaman aku, makanan yang sihat tetapi lazat ni dah popular di barat, seperti US. Produk seperti 'Healthy Choice', 'Boca Burger', 'Substitute meat' dan sebagainya memang dah dikormesilkan bukan sahaja untuk gologan vegeterian, tetapi berguna juga buat mereka yang begitu menjaga pengambilan kalori dalam diet sehari. Makanan-makanan seperti ni mempunyai rasa yang hampir sama seperti daging betul, cuma dibuat dari sumber kekacang/sayur, dan pastinya rendah KALORI.

Anonymous said...

suka sgt mkn oat n biskut jacobs. bleh x en ejoy suggest dlm byk2 jenis bskut jacobs, y mane 1 y pling low in calories n fat n purata brape keping sehari y bleh d mkn? cz dlm shari2 sy jz mkn bskut n oat

Unknown said...

great post! Thanks. my problem is to get my kids to like things like wholemeal bread and oatmeal....

Joy Kalonas said...

Anonymous: Nak saya buat perbandingan antara biskut Jacobs sahaja ke, atau antara jenama2 biskut yang lain? Apa2 pun, saya akan ambil perhatian akan permintaam cik ni, mungkin saya akan siarkan di blog ni, paling awal mungkin minggu hadapan, ok? (nak kena survey produk dulu, plus banyak sangat benda nak cerita ni, hehe)

Cheryl: Thanks Cheryl.. there are few ways to encourage your kids to love those food (I'm not a children psychologist, but I believe this single trick might help..)

I've been observing that most kid's food products like Koko-crunch are loaded with sugar (kids do love to consume sweet stuffs). Maybe what you can do is, try to use sweet/creamy spreads that they love like 'Nutella' in wholemeal breads (by the way Gardenia whole-grain breads are really soft compared to average whole-grain bread). Do they love burgers? Use this bread (instead of bun) with the chicken patties..

you need to keep experimenting which combination that suits their appetite. And the idea here is to encourage them to like the whole meal bread. once they get used to the taste, you can try other combination that much healthier, i.e putting cheese in their bread meals. Same approach goes to oat-meal, who knows, maybe they might like oatmeal biscuits, or cakes..

Unknown said...

Thank you so much Joy for the suggestions. Infact, this morning, I bought a loaf of wholegrain fibermeal and i fried some eggs to go with it, and spreading mayo over. They seemed fine with it. Ya, the bread is soft and nice.

Thanks for sharing. Will use some of your ideas too.

Joy Kalonas said...

Not a problem at all Cheryl ;) you are welcome..

d said...

suka entri ni.kena baca byk kali.manusia cepat lupa !

ss, nuttela tu ok ke ? berapa sudu boleh mkn dalam 1 hari ?

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails