July 21, 2010

Tip 6: Jus yang mana pilihan hati?

Hari ini, Susu Sejat hendak memberitahu para pembaca perkara yang harus diketahui untuk menjadi pengguna yang bijak: mengetahui tidak semua yang tertera pada label itu bagus seperti yang didakwa. No Sugar Added? Reduced-Fat? Low-Sodium? Pernah dengar istilah-istilah sebegini di televisyen? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Pilihan yang pertama (kiri), atau pilihan yang kedua (kanan)?


Pilihan 1: Marigold Peel Fresh: Mixed Carrot Fruits

  • Diperkaya dengan Vitamin A, C, dan E, iaitu merupakan kelompok antioxidants yang mampu untuk meneutralkan kembali zarah bebas (free radicals). Free radicals adalah antara faktor penuaan sel.
  • 38mg Vitamin C didalam setiap hidangan 250ml (sekotak) adalah lebih 100% daripada yang dicadangkan/diperlukan oleh seseorang dalam sehari.
  • Juga mengandungi Beta-carotene, perkusor untuk Vitamin A (iaitu Vitamin A yang belum diaktifkan lagi, dan hanya diaktifkan dalam badan). Tahukah anda, istilah Beta-carotene diambil daripada istilah Lobak/carrot dalam bahasa latin (Carotene).
  • Rendah kandungan gula. Sekotak Marigold Peel Fresh (Mixed Carrot Fruits) mengandungi tidak sampai 1 sudu teh gula!
  • Rendah kandungan sodium (garam). Sekotak cuma mempunyai 45mg sodium.

Bagaimana pula dengan rasa Marigold Peel Fresh yang pertama ni? Disebabkan carrot telah dicampurkan dengan buah-buahan citrus seperti buah oren, maka rasa minuman ini bagi aku adalah sedikit pelik. Pelik bagaimana tu? Itu subjektif dan rahsia, kamu kena beli dan rasa sendiri untuk tahu. Tapi percayalah, rasanya masih manis dan sedap, namun tidaklah semanis minuman jus yang lain. Susu Sejat beri 4 daripada 5 bintang untuk minuman ini.

Maklumat pemakanan untuk Marigold Peel Fresh (Mixed Carrot Fruits)


Pilihan 2: Marigold Peel Fresh: Anggur dan buah delima (pomegranate)

  • Percaya atau tidak, meskipun produk ini ditulis "No Sugar Added" (tiada penambahan gula), namun rasanya jauh lebih manis daripada jus yang pertama tadi. Mana tidaknya, setiap hidangan 250ml (sekotak) mengandungi 26.3g gula, iaitu kira-kira bersamaan dengan 6 sudu teh gula!
  • Kandungan Vitamin C juga adalah sama seperti yang pertama tadi, namun tidak mengandungi Vitamin A, E dan beta-carotene.
  • Tinggi sedikit kandungan sodium (garam) berbanding yang pertama tadi. Sekotak mengandungi 70mg sodium.
  • Susu Sejat beri 2 bintang sahaja untuk produk ini.

Maklumat pemakanan untuk Marigold Peel Fresh: Anggur dan Buah Delima

Walaubagaimanapun, kedua-dua produk di atas masih mempunyai jumlah karbohidrat dan kalori yang hampir sama. Mungkin ada sesetengah individu yang hanya sekali pandang merujuk kepada ruangan nilai kalori, dan tanpa berfikir panjang pasti membeli pilihan no. 2 (atas faktor label "no sugar added" tadi). Pilihan no. 2 itu tidaklah teruk jika diambil pada awal pagi atau ketika berbuka puasa, namun jika anda bercadang untuk minum jus sebelum masuk tidur, memilih pilihan no. 2 adalah kesilapan yang paling besar telah anda lakukan.

Gula adalah karbohidrat yang mempunyai nilai G.I (Glycemix Index) yang tinggi, dan mengambilnya ketika anda berada dalam fasa tidak aktif, seperti tidur, akan mengakibatkan sebahagian daripadanya disimpan sebagai lemak. Pilihan no.1? Sekotak (250ml) boleh diambil pada bila-bila masa kerana bagi Susu Sejat ia adalah jus yang kurang manis dan ringan.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

5 comments:

Anonymous said...

yang tropicana (jus oren) tue tak bagus ke?
wa suka minum benda tue pagi2...bajet org putih..breakfast minum fresh orange...tapi pasal manis sangat..dah tak amalkan

Joy Kalonas said...

Sir Marcello, fresh oren yg org puteh minum dan fresh oren yang dijual di Malaysia ni jauh beza. Di Malaysia, semua produk fresh oren diperkaya dengan gula. Nak minum fresh oren setiap pagi atau sebelah malam boleh, tapi buat fresh oren sendiri guna blender. Jangan bubuh gula, sebab gula yang ada dalam oren tu dah cukup untuk apa yang kita perlukan..

A.A said...

nice info
slame ni main beli je jus
haha
tp tropicana tu mmg kurang ske sbb manis sgt

Joy Kalonas said...

yup, manis sangat. In fact, kewujudan 'Vitamin C' dalam jus Tropicana Twister pun sekadar untuk mengaburi mata pembeli.

niza said...

biasanya ramai yg anggap no sugar added maksudnya xde lgsg gula yg diletakkan..tp kalu nilai '0' diletakkan pada maklumat pemakanan pada bugkusan minuman tersebut,itu bermakna masih ada kandungan gula..tambah2 lagi minuman buah2an seperti ini..ramai yang keliru..terutama pesakit diabetes..dengan mengambil minuman yang mengandungi gula ringkas seperti ini..lebih cepatlah penyerapan gula ke dalam aliran darah..i2 yg kurang baiknya..sy lebih suka kalu kt buat sendiri jus buah tanpa meletakkkan gula..i2 lbh baik..atau makan je buah2an tersebut..disamping i2 kt bole dapat serat yg baik utk sistem penghadaman kita..^_^

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails