July 15, 2010

Rebah sampai nampak bontot..

Entri istimewa kali ini merupakan entri 'duet' antara dua orang blogger, Joy Kalonas (sususejat.com) dan Fadhli Hamdan (contengconteng.com). Mungkin yang pertama seumpamanya dalam arena blogosphere di Malaysia, isi kandungan entri ini mungkin sudah tidak asing lagi buat pembaca setia cerpen 'Siri Joy'. Hayatilah ia, kerana ianya bukan sekadar komik.

(Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada rakan facebook kita di page Susu Sejat, Puan Puteri Maszam. Entri ini aku hadiahkan buat kamu.. pembaca setia itu)

Penulis: Joy Kalonas
Pelukis: Fadhli Hamdan

Aku sering mendapat perhatian dan 'pujian' sejak di bangku sekolah lagi. Kenapa?


Kerana akulah figura yang memalukan itu, yang rebah tersungkur di atas padang.


Situasi masih tidak berubah meskipun hidupku sudah beranjak ke alam universiti. Acap kali aku diajak rakan untuk beriadah, namun hampir kesemuanya aku tolak mentah-mentah.


Makan pula tak berapa jaga, kuantitinya? Fuhh.. mengalahkan puaka.

Namun, sampai bila harus aku begini? Sampai aku membujang hingga ke tua? Sampai hospital itu menjadi rumahku yang kedua? Sampai aku mengenal apa itu kencing manis dan darah tinggi? Atau sampai aku memahami apa itu mati? Tuhan tidak akan mengubah nasib dan diri seseorang, melainkan insan itu sendiri yang mengubahnya. Aku sedar, sampai suatu masa aku harus juga mencorak hala tuju takdir hidupku.



Selamat tinggal... Obesiti.


*******
Fadhli Hamdan merupakan penulis/pelukis blog contengconteng.com. Sejak mengenali beliau 6 tahun yang lalu, beliau merupakan seorang yang kreatif dan berfikiran terbuka dalam menyampaikan karya dan idea. Beliau juga telah banyak membantu aku dari segi moral dan fizikal, dahulu dan kini. Pernah dengar nama "Pjoe" dalam cerpen "Joy, jom main bola?"? Itulah dia, sahabat blogger kita yang seorang ini. Berbakat dalam bermain gitar dan penghasilan lagu, beliau kini mula aktif berblogging menerusi blog kreatif beliau contengconteng.com. Jika anda sukakan sesuatu yang unik, kartun yang kaya dengan mesej dan pengajaran, sila klik sini untuk lawati blog beliau.

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

7 comments:

semut lelabah said...

oooowhhh.. ini rupanya... sempoi..

kadamg-kadang yang ringkas mamcam ni sennag orang nak faham

aqmar said...

btol2..lgi jnis gmbr kartun gini..
(^_~)

Joy Kalonas said...

Hapiz, aqmar.. tq =')

Justiffa said...

I've been trying to get my eldest to lose weight for a looooong time now tp selagi yang empunya diri tidak terpanggil untuk benar2 berubah, nothing will change. perubahan yang sebenar must come deep from within..aunty hanya mampu berdoa.

Sadly change usually occurs when something bad happens.

Congrats joy.. you made the transition, skrg aunty tgk macam bebudak skola la pulak heheheh ;p

Joy Kalonas said...

Aunty Justiffa, I believe you should show this post to your eldest, who knows? He/she could be inspired by reading this piece. Kan?

Thanks aunty.. and "budak skolah"? Oh, the first two frames portray my alma mater years.. ;)

Justiffa said...

He's 25 and struggling with motivational issues. aunty kata mmg everyone gets bogged down with work tp kena la usaha LEBIH kan..and yes akan aunty sarankan ur blog :D

The 'budak skola' thing is for the last pic la joy lol.

Joy Kalonas said...

Owh, he's about my age then.. yup, I think I should focus more entries regarding lifestyle after this. Cause people (I mean the Malaysians) always use 'the 24-7 busy life' as an excuse to ignore the importance of diet and fitness. To achieve that, doesn't mean we have to sign up as a member at a gym. Me myself never go to our local gym (the last time was when I still studying in the States) cause they are pretty coastly. In fact, the real exercise exist within our lifestyle, and what we do everyday.

Ok, nnti aunty bgtau dia ek. Oh, that picture. Yeah, some of them said that I'm now 10 years younger than the way I was. and it sounds funny =D

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails