July 20, 2010

Teknik menyingkirkan 'Double Chin'

Pernah terfikir untuk membuang ...

... ini

... dan ini (alahai, terlindung pula), supaya mendapat hasil seperti ...

... ini?!

Inilah yang dikenali sebagai 'double chin' atau jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, 'dagu berganda' (namun lebih mudah difahami dengan istilah 'dagu berlapis'). Apakah yang menyebabkan wujudnya double chin ini? Double chin wujud kerana kehadiran subcutaneous fat (lemak bawah kulit) yang mengelilingi ruang bawah kepala di antara dagu dan leher, dan terkumpul.

Ramai yang tidak suka akan kewujudan double chin kerana ia membawa maksud seseorang itu obese (atau bakal obese). Bagi perempuan yang mengenakan tudung/skaf, kewujudan double chin pasti akan menjadi semakin ketara kerana tudung/skaf akan 'mencekak' dan menolak kulit di bahagian yang berkenaan ke hadapan, membuatkan mereka seolah-olah memiliki 'dua dagu' .

Cukup bercerita berkenaan apa itu double chin, kerana aku pasti satu-satunya perkara yang ingin anda ketahui sekarang ialah, bagaimana hendak menyingkirkan double chin. Secara umum, teknik yang harus diguna pakai adalah sama seperti hendak menurunkan Body Fat %. Namun adalah lebih baik jika aku menulis kembali langkah-langkah tersebut secara spesifik, dan 4 langkah-langkah berikut pernah aku amalkan untuk menyingkirkan double chin yang pernah aku miliki. Kalian juga boleh mencubanya.


1 - Kawal pengambilan kalori (defisit kalori)
Untuk menurunkan subcutaneous fat, kita kena pastikan yang subcutaneous fat itu digunakan sebagai sumber tenaga alternatif. Dan untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga alternatif, kita kena pastikan yang bekalan tenaga (DCR) kurang dari yang sepatutnya. Hanya semudah itu.

2 - Kardio, bersukan, bersenam
Apabila badan kekurangan sumber tenaga yang sepatutnya (Muscle glycogen, liver glycogen, BBA), badan akan mula menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga alternatif. Sumber tenaga ini (lemak) tidak terhad diambil dari satu-satu bahagian sahaja. Boleh jadi ia adalah lemak dari bahagian tangan, kaki, dada dan bawah dagu. Perut (bagi lelaki) dan punggung (perempuan) adalah 2 tempat terakhir (paling liat) di mana badan akan 'mengorek' lemak badan. Maka, anda masih mempunyai peluang untuk menyingkirkan lemak di bawah dagu (double chin) dengan sedikit mudah.

"En. Susu, kalau berjoget macam ini pun kira kardio ke?"

3 - Gula-gula getah
Otot muka perlu dilatih untuk menjadi 'kuat' agar boleh membakar kalori secara teratur. Salah satu daripadanya ialah dengan mengunyah gula-gula getah (pilih yang sugarfree). Ubah mentaliti kanak-kanak bahawa mengunyah gula-gula getah adalah kerana manisnya. Jika boleh, sebiji gula-gula getah hendaklah dikunyah berjam-jam lamanya, sehingga muka menjadi kebas (baru berhenti). Namun janganlah disalah anggap kerana ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka sebenarnya TIDAK MEMBAKAR LEMAK, tetapi hanya membakar kalori. Lemak badan hanya dibakar dengan banyak menerusi kardio.

4 - Senaman muka
Berdiri di hadapan cermin dan sebut A - E - I - O - U, gerakan secara perlahan, namun cuba cekangkan otot muka (platysma) ketika menyebutnya. Kemudian masamkan muka untuk beberapa saat, seperti pada gambarajah di sebelah kanan, sambil diselang selikan dengan senyum (rujuk gambarajah di akhir entri ini). Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali, setiap pagi, selepas menggosok gigi.


5 - Cara BONUS
Ini aku cuma nak kongsikan sahaja, dan aku sangat tak galakkan sebab ianya berisiko dan merbahaya. Iaitu mengunyah gula-gula getah ketika berkardio/bersukan. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa ini adalah sesuatu yang mustahil kerana mengunyah gula-gula getah ketika berlari adalah sesuatu yang sukar dilakukan, malah memenatkan! Namun, siapa sangka dengan teknik ini, aku bukan sahaja mengstimulasikan otot muka untuk lebih membakar lemak ketika berlari, malah meningkatkan stamina berlipat-lipat kali ganda. Ianya merupakan teknik latihan pernafasan paling sempurna pernah aku lalui. Namun sekali lagi, jangan buat, melainkan kalian benar-benar mahir mengawal pernafasan, dan lakukannya atas risiko sendiri. Nanti kalau tercekik, jangan salahkan Susu Sejat pula.

Komen Susu Sejat: Dalam banyak-banyak kes, hilangnya double chin adalah berkadar langsung dengan penurunan berat badan. Namun bagi mereka yang tidak obese tetapi memiliki double chin, atau pipi chubby (atas faktor genetik), 4 langkah-langkah yang aku nyatakan tadi mungkin berguna buat kalian. Selamat mencuba!

"Smokey!!"


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

4 comments:

Justiffa said...

Hah this post would be good for my 2nd boy. he's 22, can be considered as slim tapi ada slight double chin.. n almost hari2 bersungut psl benda tu.

So bole dikatakan semua masalah bole diusahakan betul tak mr.SS? melainkan ketentuan Illahi la of course :)

Keep up the good work joy!

Joy Kalonas said...

Thanks! Betul tu aunty Justiffa. Sesungguhnya dalam dunia ini, semua perkara ada penawar dan penyelesaiannya, kecuali mati. Selalunya dalam kes genetik, mereka yang berkemampuan akan buat liposuction, tapi saya tak galakkan sama sekali liposuction sebab rekod menunjukkan pesakit yang menjalani liposuction ramai yang maut. Kita ada cara yang lebih sihat, why not kan?

Satu lagi, saya juga ada terbaca posture ketika duduk juga penting (prevention untuk double chin). jangan terlalu 'menunduk' sangat kepala tu kerana itu akan menggalakkan lemak terkumpul bawah dagu. kepala kena sentiasa lurus memandang kehadapan..

Azah said...

sangat suka kan blog kesihatan... :)

Joy Kalonas said...

Thanks Azah Darkstar, sy pun suka blog anda. kreatif! =)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails