Saya TAK makan nasi, TAK kira kalori - cerita di sebalik status Facebook
(untuk lebih feeling, sila bayangkan intonasi seorang mak nyah yang sedang bercakap)
Minggu 1: Hai U'ols. Hari ni merupakan hari permulaan akak nak berdiet. Kenapa berdiet ye dek Non? Mestilah sebab berat dah naik, apa punya bahalol soalan tu kan. Guess what? No nasiiiiiii... No, no, noooo... (berlagu sikit).. Haaa sweet gitu.
Minggu 2: Hai U'ols!!! Akak hepi sangat hari ni. Hepi sebab berat akak dah turun 2 kg. Tengok, siapa cakap nak kurus tu susah? Pandai pandai je kan, tak baik tau buat statement macam tu. Sekali lagi akak dengar, siap! Akak saman tau! Ok la, akak nak gi masak ni. Apa? Masak nasi? No, no, nooooo....!! Kalau makan nasi nanti gemuk siapa yang salah? Aaaakkaakkkk jugakkk...
Minggu 3: U'ols!!! Oh my goat, oh my goat, akakk hepi sangat-sangat hari ni. Berat akak dah turun 5 kg!! Dah terkeluar air mata ni tau.. Haa. Ni akak nak share lah dengan dek Non dek Non semua yang mengomen status FB akak minggu lepas. Sorrryyyy laaa, lambat reply, akak busy layan 'client' tau, bukan akak suke-suke tak nak reply. Ok ok ok.. ni dietnya, salin tauuuu.. haaa, pandai gitu.. hihihi.
Pagi: Biskut Meri 5 keping cicah Mailo (Milo)
Tengahari: Ikan siakap masak "3 rasa" (No nasiiii... No, no, noooo...)
Petang: Buah pisang, buah durian, segala macam buah pun boleh, buah 'akak' je tak boleh tau!
Malam: Biskut Jacob 5 keping cicah Mailo
Selamat berdiet U'ols!!
Minggu 4: U'ols!! Akak baru balik dari Jusco. Bukan apa, penimbang kat rumah akak ni macam dah rosak la. Dah tak mau turun-turun pulak jarumnya. Semoga penimbang yang baru ni tahan lebih lama, mahal tau akak beli, Made In USA gitu.. jangan jelesssss! Aja Aja Fighting!! <-- baru lepas tengok drama Korea "Boys Over Flowers" tau U'olsssss...
Minggu 5: (No status update)
Minggu 6: Dek non semua, korang rindu kat akak yea.... soryyyy akak sibukkkkk, terlalu sibukkkk..... akak rindu U'olsss semua... haaaaa gituuuu
Minggu 7: Salam sayang U'olsss.....dah lama akak tak ber FB.... busy haaa gituuuu....
Minggu 8: (No status update)
Minggu 9: (No status update)
Minggu 10: "At the Chicken Rice Shop with Nina Korlina.. berdua je kot" [via Celcom SMS]
Hampir 90% diet tanpa nasi (berlapar) dan tanpa mengira kalori tidak akan ke mana hasilnya. Situasi di atas merupakan contoh terbaik dalam mendefinasikan apa itu Yo-yo effect atau Boomerang effect dalam apa yang orang-orang kita panggil sebagai "diet".
Saya makan nasi, saya kira kalori - cerita di sebalik status Facebook
(sila baca dengan gaya seperti seorang jurulatih kesihatan)
Minggu 1: Hari ini merupakan hari pertama aku memulakan hidup aku yang baru - welcome to my new life, Calorie!
Minggu 2: Masih tiada tanda-tanda yang menunjukkan berat aku telah turun, namun aku tetap bersabar menanti keputusan yang menggembirakan. Aku makan makanan seperti biasa, cuma aku hadkan kuantitinya bersesuaian dengan kalori. Ya, aku memang timbang nasi yang aku nak makan supaya lepas ini aku biasa dengan sukatan nasi yang diperlukan, tolong jangan gelak ya!
Minggu 3: Oh yeah! Berat sudah turun 1kg.. I like to move it, move it... I like to move it, move it...
Minggu 4: Buat mereka yang tertanya-tanya macam mana nak kira kalori, sila rujuk link ini ya! Good Info from abang SS!
Minggu 5: Oh yeah! 1 kg lagi sudah turun..
Minggu 6: In heaven... (today is my 'cheat day')
Minggu 7: This is amazing, turun 2kg tu! This what I like... You like?? I LIKE!
Minggu 8: Berjaya menghabiskan 3 laps jogging di taman.. dah bakar sekurang-kurangnya 400kcal.
Minggu 9: Turun lagi 2 kg, berat pun makin senang turun sebab metabolism dah meningkat. Syukur. Hari ni nak balik rumah mak, dah lama tak rasa masakan mak. Apa, Nasi? Tengah berdiet? Memang lah aku jaga pemakanan seharian, tapi aku masih makan nasi. Malah aku makan macam-macam, supaya aku pasti diet aku betul-betul ber KUALITI, dapat semua nutrien daripada semua makanan. Apa yang aku buat untuk turun berat badan secara konsisten adalah kawal pengambilan dari segi KUANTITI makanan-makanan tersebut. Macam mana nak tahu kuantiti tu dah cukup atau terlebih? Semua tu korang akan tahu kalau korang faham apa itu KALORI dan bagaimana untuk KIRA dan KAWAL jumlah KALORI yang diambil.
Minggu 10: "At the Chicken Rice Shop with Nina Korlina dan my friend yang tengah craving nak makan nasi, Jola Julie Kornia!" [via Celcom SMS]
*******
Nenek: Jui, irak mu ma'an sungkoi? (Jui, nak ke kamu makan nasi?)
Joy: Irak, yung.. aku suka ma'an sungkoi be siok. Nyicah dengan sambal sabik ichuk. Aku pun suka lagi ma'an siok pansuh dengan *Isam. (Nak nenek.. saya suka makan nasi dengan ayam, dicicah pula dengan sedikit sambal cili. Saya juga suka makan ayam pansuh dengan Isam)
Nenek: Paguh, paguh. Ma'an sungkoi, pajin gagah, baru adeh turang ngundah kreja. Ma'an boh.. (Bagus, bagus. Kena makan nasi tau, baru kuat, baru ada tenaga nak buat kerja. Makan la ye..)
Satu-satunya nenek aku yang masih tinggal sehingga kini. Gambar yang dirakamkan tahun sudah ini menunjukkan beliau sedang membakar *Isam, sejenis masakan kaum bidayuh yang mana ayam dimasak bersama NASI dalam buluh - ala-ala Nasi Ayam versi bidayuh lah juga. Beliau kini berumur 84 tahun dan mempunyai beberapa orang cicit, dan yang paling tua bakal menempuh SPM tahun hadapan. Namun beliau masih aktif melakukan kerja-kerja rumah. Rahsianya?
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
4 comments:
makan nasi..
status fb Jola Julie Kornia tu aku bace gaya 'kak bee' dalam suria fm tu. haha..! lawak gile
betul la ijoy.. i've tried the protein diet only.. dan mmg cepat turun.. tapi ada effect kat kulit.. jadi kering dan kusam.. hunger pangs pun ada sbb xde complex carbs yg melmbtkn rasa lapar.. bila hunger pangs ada, mood swing pun swing giler2 la.. pastu bila berhenti je, memang naik mencanak-canak angkanya.. nak turun bukan main susah la jugak.. bila naiknya senang je.. skrg ni kira calories.. tu pun ada ngelat2 juga.. tp alhamdulillah keep on loosing weight.. walaupun dalam keadaan yg slow but steady.. dan yg penting, xde la lapar..
yep , btul tu .
member ak pn dh x makan nasi dalam setahun lebih .
mase mule2 die x makan nasi ,
mmg berat die trun gile2 : 107 - 80 kg
dlm masa 7 bulan or 8 bulan lbih la .
tp yg pelik nye , lpas tu berat die dh xleh turun2 dh .
Kenapa cmtu ek ?
Die masih x makan nasi smpai skang .
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.