November 29, 2010

Perubahan Teknikal Blog Susu Sejat Fasa 1

Untuk pengetahuan semua pembaca Susu Sejat dot com, blog ini akan mengalami 'transformasi' fizikal dari masa ke semasa. Perubahan fizikal ini selaras dengan hala tuju Susu Sejat dot com untuk menjadi sebuah weblog yang berdaya saing di masa akan datang.

Untuk permulaan, aku telah pun mengambil langkah yang sangat drastik dengan membuang fungsi "Follower" (Google Friend Connect) dalam blog ini memandangkan fungsi ini hanya praktikal untuk platform "Blogger" (Blogspot).

Tiada lagi gadget "Follower" untuk blog ini (sila klik untuk besarkan)

Patah tumbuh hilang berganti. Gadget "Follower" ini telah aku gantikan dengan gadget yang lebih kurang sama, namun lebih bersifat dinamik dan universal yakni boleh digunakan kembali andaikata blog Susu Sejat tidak lagi kekal di platform "Blogger".

Buat mereka yang mempunyai account blogger atau google yang sudah "Follow" blog ini sebelum ini, anda boleh melakukannya kembali dengan klik "Join this site" pada panel sebelah kanan. Fungsinya lebih kurang sama dengan "Follower" sebelum ini, segala update post di blog ini akan sampai kepada anda jika anda berbuat demikian.

Susu Sejat bakal berwajah baru? Aku simpan dahulu jawapan itu, teruskan bersama Susu Sejat untuk lebih info dan update tentang fasa transformasi blog Susu Sejat dot com. Apa yang pasti, aku akan cuba memberikan yang terbaik agar pembaca aku sentiasa mendapat yang terbaik.


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

5 comments:

Unknown said...

macam mana buat widget baru ni? ajar sikit.. email kat aku bleh? ikhwan.joke@gmail.com

Azfa said...

i folo.....

norazziah said...

i will follow u... hehe..

Panduan Buah Pinggang Sihat said...

Blog kita ni sama-sama membicarakan tentang kesihatan.Kita tukar link nak tak?Berminat tak?

Bolehlah...aku merayu ni,hehehe.Tak malu giker aku ni kan.

Joy Kalonas said...

panduan buah pinggang, anda ada email? sila nyatakan email anda, nanti kita boleh adakan perbincangan lanjut.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails