November 2, 2010

Benarkah perempuan suka makan "buntut ayam"?

Di barat, ia dikenali sebagai "Chicken Tail", "Pope's Nose" atau "Bishop's Nose". Dalam Sains Anatomi, ia dikenali sebagai "Pygostyle". Itu antara istilah-istilah yang jika aku sebut secara spontan dan rawak, mungkin tidak ramai yang mampu membayangkannya apatah lagi menterjemahkan maksudnya. Namun apa yang pasti, 2 istilah ini, jika aku sebut secara spontan, pasti akan mengukir semanis senyuman dan sebaris gigi pada wajah yang mendengar.

"Buntut Ayam" atau "Tongkeng Ayam"



Sekali mendengarnya sudah pasti tidak lekang imej tahi yang berjejeran keluar daripada salah satu lubang duburnya. Namun mungkin tidak ramai yang mengetahui lubang dubur ayam terletak sedikit ke bawah, dan yang pasti sudah dibuang dan dibersihkan. Apa yang dijual untuk makan adalah bahagian yang sedikit muncung (seperti hidung), atau lebih suka aku menggunakan istilah "puncak buntut" tempat bulu ekor ayam tersebut tumbuh.

Wah.. wah.. wah.. banyaknya bontot!

Sebelum aku terfikir untuk menulis entri berkenaan buntut ayam ini, terlebih dahulu aku telah membuat tinjauan rambang di kalangan para pembaca susu sejat yang berkisar kepada soalan ini: Kenapa ramai orang perempuan suka makan "Buntut Ayam"?

Berikut adalah analisa Susu Sejat berdasarkan komen daripada para pembaca wanita sehingga entri ini ditulis (2 November 2010):

Pernah dan suka makan: 10 orang

Pernah makan, tetapi dah insaf: 2 orang

Tak pernah makan dan takkan pernah makan: 9 orang

Pelbagai andaian juga dibuat berkenaan buntut ayam ni, dan rata-rata bersetuju bahawa buntut ayam ini bagus untuk melicinkan kulit. Andaian ini disampaikan secara turun temurun oleh nenek moyang mereka meskipun tiada kajian saintifik yang menyokong andaian tersebut setakat ini. Mungkin atas faktor inilah kaum perempuan semakin ghairah menikmati buntut ayam - kerana ingin kelihatan cantik dan gebu.

Antara faktor lain mengapa buntut ayam ini menjadi kegilaan perempuan ialah (ini berdasarkan kata-kata seorang kawan aku ketika masih menuntut dahulu),

"Joy, perempuan ni suka makan bontot ayam sebab mereka nak mencantikkan b*%#&t mereka".

Mari kita baca pula beberapa respon terpilih daripada para pembaca SS di Facebook berkenaan topik ini:

Ternyata cik Nurazura Shafie begitu teruja dan berminat dengan topik berkenaan buntut ayam ini. Adakah beliau akan terpedaya lalu menjamah buntut ayam suatu hari nanti? Tepuk dada, tanya selera ya cik Nurazura.

Bak kata Farhan, "It's so juicy!". Pernah dengar perkataan "juicy" sebelum ini? Cuba teka dari entri yang mana satu.

Dua-dua kenyataan ni memang tak boleh dipakai. Kedua-duanya tak betul, terutamanya dari saudari Ima Syah. Adakah patut dia kata SS sedang berdating dengan tongkeng ayam. Tak patut, memang tak patut.


Apa Komen SS?

Buntut ayam mencantikkan kulit? Bagi aku, menebalkan kulit lagi adalah. Jika anda inginkan kulit yang cantik tak susah, cuma perlu banyakkan sayur-sayuran dalam diet terutamanya yang berpigmen kerana disitu terkandungnya vitamin C, seperti Tomato. Pada buntut ayam terdapat vitamin C ke? Cuba google sikit dan lihat.

Setiap negara mempunyai budaya dan cara pemakanan mereka sendiri. Budaya menikmati buntut ayam sebenarnya popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi di beberapa negara Asia yang lain. Orang kita sebenarnya sangat kreatif dalam menterjemahkan konsep jimat dalam gaya hidup, dan oleh yang demikian, boleh dikatakan semua bahagian ayam dinikmati oleh orang-orang kita. Sebut sahaja balung ayam, kaki ayam, usus ayam, bedal ayam, dan termasuklah buntut ayam, semua itu jarang sekali dijumpa apatah lagi dijamah di negara-negara atas angin seperti di Amerika. Itu yang membuatkan negara kita unik - masyarakat barat memandang buntut ayam sebagai sesuatu yang ekzotik dan jarang sekali ditemui di mana-mana (untuk tujuan makan).

Walaubagaimanapun, agak-agaklah kan ketika berjimat. Buntut ayam tu kan majoritinya terdiri daripada lemak. Suka makan lemak ye Senah? Patutlah badan ko makin berisi bagai dipam-pam!

"Bye bye my little friends"


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

10 comments:

taufiq said...

hehe rumet aku dulu penah menjadikan ini makanan feveret nya, kami panggi 'segi tiga'!
Selepas isu ini ditimbulkan pada suatu masa dahulu (2004), yakni segi tiga ini menjadi makanan kegemaran wanita, beliau tidak makan bahagian tersebut lagi

awien said...

ada satu tempat kat kedah ni panggil cinonot ayam..lagi sedap bunyinya...haha

Puteri Iqa Izyan said...

geli!! eeuww..

wannurfazrini said...

chicken asshole . hahahaha sedappp ! hahaha

Azfa said...

joy, kalo pgi belah pantai timur depa ada jual usus buat mcm ayam percik!!

myoliza said...

1st time makan cucuk bontot ayam tu,masa pi sabah.

betul tu,peniaga ayam ni kreatif kan,..fully utilized.
azfa: percik perut ayam best jugak, makan ngan nasi kerabu.

sumber ayam ni, semua jadi kan,..tahi ayam pun leh buat baja, tapi tahi ayam x leh dimakan, TAIK ITIK boleh, hanya di kelate,hehe ;D

mas said...

cinonot ayam? wakakakakak

aku makan kalo terlalu-kat tepi gerai jual ayam goreng- kat pasar malam-lepas tu kawan singgah beli ayam rangka-

kiranya kalo kawan aku tak singgah beli ayam rangka aku tak makan bontot ayam ni psl tak beli..:P

Anonymous said...

geliiii ! xtau pulak konon2 mencantikkan kulit tu. huhu. tapi tak penah makan dan x penah rasa nak try pun. tp disekeliling sy, laki yg suka makan. huhu

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

i penah makan.
cedap gak.
tapiiiiiii
mak selalu cakap tak bagus.
so dah lama tak makan.
i makan sebab sedap.
tak tau pulak ada khasiat untuk mencantikkan kulit la hape la.
grrrr

Dill said...

ingat lagu jalil hamid
"makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam"
tul ke?

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails