Mereka tak makan Nasi!
Situasi 1..
Pelayan (Mamak): Nasi bos? Nasi.. mau nasi ka?
Pian Lembah Keramat: Tak mau la macha.. aku dah gemuk ni.
Pelayan (Mamak): Saya nasi pun ada makan, badan ok juga.
Pian Lembah Keramat: Ko lain la chaa.. kerja hari-hari teruk macam separuh mampus. Ketiak pun dah busuk hangit pasal makan bawang banyak sangat.
Pelayan (Mamak): Tapi saya makan nasi pun ada banyak apa, ini macam punya banyak (buat isyarat meladung seperti bukit)
Pian Lembah Keramat: Dah dah, bagi aku teh tarik, dengan roti telur, kuah BANJIR. Nasi tak mau, nak DIET.
Susu Sejat: Aku amat berharap orang seperti Pian Lembah Keramat dapat baca blog aku. Bagi insaf sikit. Kesian, masih diperbodohkan oleh mitos.
Situasi 2..
Noriah: Weh, ko makan ubat apa ni Chinta? Akak tengok makin slim la ko.
Chinta: Chinta tak main la ubat-ubat ni Kak Noriah. Senang je nak kurus ni, Chinta tak makan nasi.
Noriah: Habis tu, kalau ko tak makan nasi, apa yang ko makan hari-hari?
Chinta: Breakfast saya makan biskut cicah milo. Malam-malam makan sup sayur jer.
Noriah: Iye? Memang nasi tu punca kegemukan lah ye. Akak pun nak cuba la DIET ni!
Susu Sejat: Ini lagi satu situasi normal yang terdapat di Malaysia. Suka sangat MENGIKUT kata-kata orang tanpa usul periksa. Kerja nak mengikut aje. Kalau orang suruh makan tahi lembu untuk kurus, nak ke ikut?
Situasi 3..
Senah: Mak Ngah, awat tak mo makan nasi ni?
Mak Ngah Gelap: Tak mo lah Senah, Mak Ngah nak diet. Nak makan lauk-lauk jaa...
Senah: Laa, tua-tua pun nak diet lagi? Hehehe..
Mak Ngah Gelap: Amboi-amboi, mulut hang. Kuajaq betui noo dok kata aku tua.. tua hanya kat luaq tau, dalam muda lagi.. macam Lisa Surimadu.
Senah: Ye la ye la.. tapi malam sat gi takkan Mak Ngah nak makan hak tu gak?
Mak Ngah Gelap: Malam nanti Mak Ngah tak makan.. DIET!
Senah: Tapi kan Mak Ngah, bukankah Nabi pernah berpesan, mereka yang tak makan malam dirinya akan DI MAMAH USIA?
Mak Ngah Gelap: Mulut hang!!!
Susu Sejat: Marah ye Mak Ngah bila orang sebut bab-bab "Tua" atau "Usia"? Bawa-bawalah bertaubat ye Mak Ngah.
Testimoni Pengguna No. 1
"Hai, nama saya Farhan. Sejak mengamalkan diet tanpa nasi, berat saya turun berkilo-kilo. Syukurlah, saya dah sedar, rupa-rupanya nasi ni la yang membuatkan diri saya gemuk selama ini. Terkadang tu rasa kesian juga tengok kawan-kawan yang masih makan nasi ni. Sebab apa, nasi ni banyak kanji. Kanjilah yang buat kita gemuk. Tapi nak buat macam mana kan, dah mereka dididik dari kecik untuk makan nasi. Ok lah, bye!"
Farhan Selebet, 32 tahun
Testimoni Pengguna No. 2
"Assalamualaikum, nama saya Murni. Asal daripada Tanjung Malim, tapi sekarang dah duduk di UK. Saya perhatikan kawan-kawan baru saya di UK (orang putih la, mana main kawan-kawan dengan rakyat Malaysia di sini), semua selim selim, badan macam model. Rahsia? Mereka mana makan nasi. Say No to Nasi!"
Seri Murni, 25 tahun
Testimoni Pengguna No. 3
"Salam 1 Malaysia. Saya Johnny, boleh panggil John, tapi kawan-kawan panggil saya Christiano Ronaldo. Mungkin sebab muka saya macam pemain bola sepak tu, walaupun badan saya ni tak lah berketul atau seksi mana pun. Saya bukan apa, diet tak makan nasi ni terbukti berkesan. Hari-hari saya cuma makan roti Gardenia putih, dimakan bersama telur dadar. Memang betul nasi ni menggemukkan. Ada orang cakap sebab kanji dia tu, betullah kot. Tapi apa-apahal pun, yang penting berat saya dah turun. Terima kasih 'Diet tanpa nasi'!"
Muhammad Islam, 24 tahun
Testimoni Pengguna No. 4
"Nasi? Dengar perkataan tu pun saya nak muntah! Bukan apa, itulah satu-satunya karbohidrat di dunia ni yang banyak kanji. Saya pun tak faham, kenapalah orang kita ni taksub sangat dengan nasi. Kawan-kawan saya yang tak makan nasi pun semua turun berat. Tak percaya, tengok lah si Pian Buncit tu. Dulu pakai saiz XXXXXXL, sekarang pakai saiz M! Jadi saya rasa ni bukan benda yang perlu diragu-ragukan lagi, memang nasi tu punca kegemukan, tu yang orang Malaysia ni pendek-pendek, tapi badan melebar! Eh, bro, apa yang saya cakap ni nanti jangan masuk dalam blog tau. Saya tak suka la publisiti-publisiti murahan ni."
Anonymous
Testimoni Pengguna No. 5
"Salam semua, Kak Piqah dah 5 bulan tak makan nasi. Dulu berat akak 104kg, tapi sekarang dah 84kg. Alhamdulillah syukur nikmat, berkat disiplin, istiqamah dan tawakkal akak tak makan nasi selama ni, berat akak turun juga sebanyak 20kg. Memanglah terseksa sikit sebab tengok suami dengan anak-anak dapat makan nasi, tapi akak akan kuatkan juga azam dan iltizam ini supaya matlamat berat badan idaman tercapai. InsyaAllah.. lepas ni akak nak terus berusaha lagi untuk turun sampai 60kg, biar nampak ramping macam kerengga. Jangan jeles! Hihihihihihi.."
Syafiqah Rejab, 42 tahun
Mereka makan Nasi!
Ini antara kawan-kawan Susu Sejat yang percaya nasi bukanlah penyebab kegemukan, tetapi kalori berlebihan adalah punca kegemukan. Hasilnya, mereka berjaya.
Ada orang yang percaya genetik mereka membuatkan diri mereka senang untuk naik berat badan, dan ini bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar kerana hal ini memang wujud dalam Sains. Namun Norazwan membuktikan bahawa nasi bukanlah penyebab kegemukan, meskipun beliau mengalami masalah "carb sensitive".
Cuba tengok corak pola "like" komen-komen di atas. kagum bila tengok saudara Ideal Jutawan dapat 7 'like'! Komen-komen di bawah juga bersependapat dengan Susu Sejat, bahawa nasi bukanlah penyebab kegemukan.
Dunia ni ada macam-macam ragam manusia rupanya!
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
8 comments:
Baby: memang berat turun, tapi end up badan u akan jadi lemah sebab kekurangan carb.. ambil carb, jaga kalori, turun dengan cara sihat ;)
sy dh bjaya turunkan 20kg and makanan wajib saya adalah nasi tp portion nasi tu je kena control
HAHAHAHA pg takleh blah SAY NO TO NASI , kesian nasi . huhuuu
betul2..kita selalu salahkan nasik.tak ambik nasik konon nak diet.gwa dulu sebelum jumpa susu pun buat perangai buduhh cmtu gak..la ni senang.kira kalori je hari2..ambik nasik dlm jumlah terkawal dan senaman.alhamdullilah..jiwa tenang..dan happy dlm berdiet dan happy senam jugak..tenkiu susu..membawa gwa kembali kepangkal jalan..hahha
sy suka blog susu sejat. mengubah cara pemikiran sy dan rakyat malaysia..
tambah situasi
W: jiran
Y: anak
W: semalam bukak posa apa?
mak: hari ni beli je bihun sup sorang sebungkus tak sempat nak balik masak
W: wahh kurus aa Y kan? x makan nasik
Y: heh
mak: tak makan nasik tak semestinya kurus
W: tu anak makcik tu tak makan nasik sebulan makan sayur je.diet.kuruuussss dah la ni. Y try la.
mak: sementara boleh makan nasi, makan ja la....bebila sakit nnt tak boleh makan nasik, baru tau!
agree!
x leh idop tanpa nasik tau..sbb ari2 sy kena mkn nasi..tp berat maintain je..x penah gemok pon..meaning NASI bkn faktor gemok...yg penting amk berpada2...bkn berlebih-lebihan...wasatiah k...:-)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.