September 30, 2010

Awas! Bahaya menanti si 'skinny'..

Lelaki ni kalau kita campak sekawah nasi depan dia pun dia boleh habiskan. Orang macam ni jangan diajak pergi kenduri atau diajak makan, kalau tak merana, hahaha. Ooppss! SS bergurau saja :D

Aku tahu ramai benar orang-orang yang bertubuh gemuk di luar sana cemburu dengan rakan-rakan mereka yang bertubuh kurus, namun melantak macam puaka. Mari kita singkap beberapa situasi di bawah:

Situasi 1

"Mak aihh Rokiah, biar betul ko makan banyak tu! Ko bela jin ke apa ni?"


Situasi 2

Seorang pak cik yang bertubuh kurus memesan nasi putih di mamak.

Pelayan: Nasi bos?
Pakcik: Ya, nasik, nasik putih ye..
Pelayan: (sambil menceduk sepinggan nasi) cukup?
Pakcik: Hmm.. tambah lagi sikit la..
Pelayan: (sambil menceduk lagi nasi) ok?
Pakcik: Sikit lagilah.. sikit lagi..
Pelayan: (sambil menceduk lagi nasi, kali ni dia tak bersuara dah)
Pakcik: Ok, dah!

Ambik kau, dah macam Bukit Larut rupanya nasi atas pinggan tu!


Situasi 3

Seorang sahabat yang kurus sedang memesan chicken grill burger dengan semangkuk kentang goreng (french fries). Lalu dia pergi ke kaunter seterusnya untuk mengambil sos dan mayonis, sesuatu untuk digunakan sebagai pencicah. Diambilnya beberapa scoop mayonis lalu disapukan dengan banyaknya ke dalam burger tersebut (tidak termasuk mayonis yang bakal diguna untuk cicah french fries). Melihatkan keadaan itu, seorang mat salleh yang berada di situ terkejut lalu menegur,

"Hey! Do you wanna die early? That's f*cking a lot!"

(Nota: Ketiga-tiga situasi di atas adalah berdasarkan kisah benar berdasarkan pengalaman/pemerhatian aku sendiri)

Beritahu aku sekarang, siapa (yang gemuk) yang tak cemburu dengan ketiga-tiga situasi di atas? Tipulah kalau tiada yang cemburu kan? Tidak kurang juga yang akan berkata, "Untungnya kau Rokiah, aku harap sangat dilahirkan dengan 'gene' macam kau ni, bolehlah aku melantak apa je yang aku nak".

Tunggu! apa saja yang kamu nak? Salah tu.

Sesiapa yang pernah berkata seperti sahabat si Rokiah ni ternyata salah. Memang dari segi metabolisma, individu-individu sebegini kelihatan untung kerana mereka boleh makan apa sahaja yang mereka mahu tanpa perlu risau untuk mengalami kenaikkan berat badan. Tetapi ada satu kelemahan individu sebegini yang tak semua tahu, dan dalam entri ini, aku akan bongkarkan apa kelemahan itu.

Silent Killer 1: Penyakit
Ini bukan silent killer macam kentut busuk tak berbau tu. Tapi ia lebih kepada apa yang aku kenali sebagai 'sensor'. Orang-orang yang cepat naik berat badan ni, atau dalam sains dikenali sebagai "Endomorph", sepatutnya bersyukur kerana mereka memiliki 'sensor' ni. Apabila golongan "Endomorph" ni tak berapa jaga makan, mereka akan menyedari hal ini setelah mendapati berat badan mereka naik mendadak. Maka dengan itu, mereka akan cuba untuk bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang supaya mereka kembali kepada bentuk yang asal.

Namun sayangnya, orang-orang yang metabolisma tinggi ini, atau juga dikenali sebagai "Ectomorph", tak nampak semua tu; mereka tidak memiliki 'sensor' ini. Mereka akan makan dan terus makan, tanpa menghiraukan apa jenis makanan yang diambil. Nisbah karbohidrat, protein, lemak, serta sumber serat langsung tidak diendahkan, kerana mereka tahu, sebanyak mana pun yang mereka makan, 'sensor' mereka tidak akan berbunyi. Ini amatlah berbahaya kerana suatu hari nanti, jika mereka tidak menjaga apa yang mereka makan, kelak penyakit-penyakit lain pasti akan menyusul. Jangan tak tahu, ramai golongan "Ectomorph" ni, walaupun bertubuh kurus, tetapi masih mempunyai paras kolesterol dalam darah yang tinggi. Visceral fat? Tak perlu nak cerita.

Silent Killer 2: Parasit
Terdapat pelbagai jenis normal flora (hidupan) yang tinggal dalam badan kita, dan itu termasuklah bakteria dan cacing. Kehadiran normal flora ini penting untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa stabil dan sihat. Namun, kehadiran terlalu banyak cacing dalam badan, terutamanya dalam perut (seperti dalam video di bawah) juga tidak berapa elok. Tidakkah anda berasa pelik apabila melihat seseorang yang kurus makan dengan banyak, tetapi badan mereka tidak pernah naik. Lalu persoalan mula timbul, kemana perginya kesemua lebihan-lebihan kalori yang dimakan?

Awas! Hanya lihat video di bawah ini jika anda seorang yang berani,tidak cepat muntah dan geli.



Nota Kaki: Hari ini Susu Sejat dah perkenalkan 2 lagi istilah baru; "Ectomorph" dan "Endomorph". Terdapat satu lagi golongan, iaitu dikenali sebagai "Mesomorph". Tapi apa maksud sebenarnya ketiga-tiga jenis tubuh badan ni? Siapa nak tahu, sila angkat tangan 'like' entri ini!


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

September 28, 2010

"Super Mass Gainer" meal @ Mamak

Tempoh hari aku ada kongsikan dengan para pembaca akan tips untuk menambah berat badan buat mereka yang kurus. Setelah difikir-fikir kembali, aku rasa tidak lengkap jika aku tidak kongsikan dengan para pembaca bagaimana rupanya hidangan makan tengahari untuk mereka yang ingin menaikkan berat badan. Tidak perlu bersusah payah untuk membeli Appeton Weight gain atau produk-produk yang lain, kerana produk-produk sedemikian memang tidak dinafikan membantu, namun jika pengambilan kalori harian masih rendah, jangan haraplah berat badan tu akan naik, tidak kira berapa jenis supplemen yang anda ambil.

Tengahari tadi aku singgah di sebuah kedai mamak - ya, aku memang suka kedai mamak kerana:

1 - Majoritinya memberikan layanan yang bagus - di saat anda melabuhkan punggung di atas kerusi, datanglah sebentuk lembaga lalu bersuara, "minum apa bos?"

2 - Suka tengok gelagat pelayan-pelayannya - disamping mempunyai masalah komunikasi yang tidak berapa kronik, aku suka tengok gelagat dan cara percakapan mereka. Pernah sekali kawan aku pesan ayam goreng drumstick, pelayan tu cakap "ok, drumstick ada". Aku sengaja follow belakang dia, tengok dia tengah tercari-cari, terbelek-belek selonggok ayam goreng sambil menyanyi "drumstick.. drumstick..", padahal dah berapa kali dia belek drumstick. Sambil menahan gelak, aku panggil kawan aku tu, "weh, baik ko datang sini. Dia tak tahu mana satu drumstick" :D

3 - Sangat dekat di hati rakyat Malaysia - Aku pernah duduk (belajar) di US yang kaya dengan budaya "makan luar" (eat out), maka oleh itu US ni kaya dengan restoran-restoran makanan segera (Fast Food Outlet). Apa yang ada di Malaysia seperti KFC, McD, Subway, Papa John, Chilli's, hanyalah secebis daripada koloni-koloni fast food yang ada di US. Dan mamak di Malaysia ini, bagi aku adalah analogi kepada fast food yang ada di US - ini tempat melepak wajib bagi orang Malaysia.

Berbalik kepada cerita makanan tengahari, inilah makanan tengahari aku sejak minggu lepas ketika di Mamak.

"Super Mass Gainer" meal @ Mamak, pandangan serong 20 darjah.

"Super Mass Gainer" meal @ Mamak, pandangan atas.

Aku namakan hidangan ini sebagai "Super Mass Gainer" meal @ Mamak - nilai kalori hidangan ini adalah sekurang-kurangnya 700kcal.

Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam hidangan ini? Mari kita lihat satu persatu:

1 - Nasi putih, 3 genggam lelaki seperti aku (dalam 200g) yang memberikan anda 63.9g karbohidrat. Ini sumber tenaga utama anda.

2 - Seketul ayam madu (tanpa kuah) bahagian dada (isi putih) yang memberikan anda 27g protein, sumber penting untuk pertumbuhan otot.

3 - Sebiji telur rebus, yang memberikan anda 6.3g protein untuk pertumbuhan otot. Selain itu, telur kuning juga kaya dengan lemak tepu (saturated fat) dan kolestrol - kedua-dua ini adalah ramuan utama untuk hormon steroid (untuk pertumbuhan) seperti testosteron. Lagi sekali, ini membantu kepada pertumbuhan otot.

4 - Sedikit kuah dhal bercampur kentang, memberikan anda kira-kira 10g karbohidrat (juga 3g protein) disamping karbohidrat utama iaitu nasi.

5 - Semangkuk sayur bayam goreng, ini sumber fiber/serat anda, juga memberikan anda 10g karbohidrat dan 7g protein.

6 - Oh ya, bagaimana pula dengan lemak? Setelah diambil kira dari semua kelima-lima hidangan di atas, lemak dalam hidangan ini ialah kira-kira 20g.

Berikut adalah rumusan daripada maklumat-maklumat di atas: Karbohidrat 84g, Protein 43g, Lemak 20g - nisbah nilai ini adalah sama seperti yang tertulis dalam kebanyakan makanan tambahan (weight gainers) iaitu Karbohidrat = 2x Protein, dan Protein = 2x Lemak. Setel, hidangan ini adalah contoh makanan seimbang untuk menaikkan berat badan.

Harganya? Hanya RM6 sahaja, sebab aku minum air kosong. Yang lain pun aku harap minumlah air kosong juga yea, because sugary drinks is not good even for weight gaining purposes. Kita kalau nak naik berat, biarlah yang banyak naik tu otot, bukannya lemak, ok?

Untung restoran mamak ni, dapat free promotion dari Susu Sejat. Agak-agak anda tahu tak mana lokasi kedai mamak ni? :p


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
Related Posts with Thumbnails