Pada suatu hari, datanglah seorang rakannya yang bernama Susu Sejat (bukan nama sebenar) kepadanya lalu memberikan suatu tips emas, "Wahai Mohd. Sufian Kesepian, kamu ikutlah 5 prinsip ini, nescaya kamu tidak akan
1 - Minum 1L Susu Lembu Segar (Fresh milk) setiap hari, kerana manusia yang kecil itu (bayi la) juga membesar dengan meminum susu. Pecahkan ia kepada 4 hidangan, 250ml setiap hidangan, satu ketika sebelah pagi, satu ketika tengahari (lepas makan), satu ketika petang, dan satu lagi sebelum tidur.
Sekotak besar susu Dutch Lady Fresh Milk ini adalah bersamaan dengan 1L. Minumlah satu kotak besar susu ini sehari.
2 - Makan 3 genggam kacang campuran (gajus/macadamia/kacang tanah/almond) setiap hari, satu di sebelah pagi, satu di sebelah petang, dan satu lagi di sebelah malam.3 - Bersenamlah kamu seperti Iron Man. Lakukan senaman yang melibatkan dumbell/pemberat, melibatkan bahagian dada, lengan, perut, peha, dan keting, atau sekurang-kurangnya lakukan "push up", "pull up", "sit up", "lunges" atau "squat". Senaman yang melibatkan kekuatan ni penting agar otot-otot kamu sentiasa mendapat signal bekerja untuk beban, sekaligus menggalakkan pertumbuhan otot. Kamu tidak mahu kalori yang terlebih tu hanya 'tersadai' di perut dan punggung kamu bukan?
4 - Buat seperti biasa, maksudnya kamu masih makan dan minum (dari pagi sampai malam) dengan cara dan kuantiti yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Contohnya, jika kamu makan nasi 2 kali sehari, maka ketika mengamalkan 5 prinsip ini, pun harus makan dengan cara yang sama. Jangan tiba-tiba kamu skip satu meal pula. Ingat, makan makanan yang lain seperti biasa!
5 - Rehat, rehat, dan rehat. Rehat kena cukup, maka tidurlah kamu seperti seorang bayi, sekurang-kurangnya 8 jam sehari, secara berterusan (bukan tidur 2 jam, lepas tu terjaga, kemudian tidur balik).
Nota Kaki: Dengan mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya telah mengambil kira-kira 1180kcal lebih daripada apa yang kamu selalu makan (kalori surplus 1180kcal sehari). Sepatutnya, kamu akan mengalami pertambahan berat badan sebanyak 1kg seminggu. Ingatlah, sesudah kamu mencapai berat badan impian kamu, kamu boleh berhenti daripada mengamalkan 5 perkara ini. Amalkanlah, wahai sahabatku yang "skinny"..
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
11 comments:
kalau bukan fresh xpe x???
wawa, either fresh milk atau full cream milk. Tapi saya lebih suka fresh milk sebab tu 'pure' berbanding full cream yang telah di 'modified' sikit.. hehe.
joy. kalau skim milk?
skim milk tak jadi... low saturated fat.. sedangkan saturated fat tu stimulate muscle dgn hormon (testosterone).. tapi kalau nak amik skim milk along dgn 1L fresh milk tu tak jadi masalah.. pastikan tak lebih 1 Gallon susu sehari.. hehe
perlu ke bersenam?itu yg saye paling MALAS...haih~
saya tak boleh minum susu waktu pagi,sebab mesti akan sakit perut.jadi macam mane ye?
kalau nak kurus atau nak maintain macam mana, saya juga minum susu anlene
info yg sgt berguna...
tp mslh sy yg paling besar adalah, sy tak minum susu...uhuk..
tekak sy sgt2 x leh terima kemasukan susu...
kalo milo takpe...
biasenye sy minum susu dutch lady perisa choc...
ape2 yg melibatkan susu, hanya susu choc saje yg boleh diminum...
jadi persoalannya, bolehkah milo menaikkan berat badan?
Anonymous 1: Perlu bersenam, kalau tak nanti dapat bentuk badan seperti buah epal atau pear.. tak nak kan? ;)
Anonymous 2: Lactose intolerant ke? sakit perut? Kalau betul, ambil pil lactase pil..
Aghni: erkkk, yang ni untuk orang nak naik berat.. kalau takut naik berat badan, minum susu low fat atau susu skim. Anlene tak berapa bagus, sebab kandungan protein dah dikurangkan..
Diela Zaimi: Kena minum susu segar jugak, kena biasakan.. untuk permulaan, Diela beli sirap coklat yg ada jual kat supermarket, then campurkan dgn fresh milk, then kacau. Memang rasa macam susu coklat. Pastu kurangkan amount sirap coklat tu dari hari ke hari, sampailah u biasa dgn susu tanpa sirap coklat, ok? Milo tak berapa elok, sebab Milo tak der nutrien (seperti fresh milk) yg buatkan kita besar dengan sempurna, seperti bayi :)
ala kalo y bukan modified xley nk minum..berbau lembu cgt
Bro kalau dutch lady chocolate flavour tu takleh ke? Or kcal dia sikit sgt compared to fresh milk? Btw, nice blog.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.