Namun buat sementara ini tidak perlulah kita risau akan kehadiran perayaan-perayaan tersebut, yang perlu kita risau kini ialah keadaan kita sekarang. Rata-rata jika ditanya pasti bersetuju yang mereka telah mengalami kenaikan berat badan sejak seminggu yang lalu. Tidak kurang juga yang mengalami pertambahan berat badan sejak Ramadhan lagi, dan kenaikan sebegitu tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan oleh lemak. Ada semak Body Fat % anda sebelum Ramadhan dan selepas raya?
Aku sedar ramai yang panik dengan masalah ini, mungkin ada juga yang menyalahkan Ramadhan itu sendiri kerana Ramadhan dan puasa itu telah mematikan perjalanan diet dan latihan (weight training). Jangan.. jangan sesekali menyalahkan Ramadhan. Dan ingat, masalah ini bukanlah masalah besar pun. Ia boleh diatasi dengan mudah, dan anda boleh kembali kepada diri anda yang sebelumnya jika anda mengikuti 3 langkah mudah ini.
1 - Setkan matlamat untuk tingkatkan kadar metabolisma
Kadar metabolisma yang jatuh ketika Ramadhan itu harus ditingkatkan kembali. Antara cara-caranya ialah makan dengan lebih kerap (rujuk entri SS sebelumnya), lakukan senaman rintangan dengan lebih kerap, dalam 3-4 kali seminggu (seperti weight training, push up, sit up), dan makan 1-2 biji telur setiap hari (makan dengan telur kuningnya sekali). Anda juga boleh merujuk kepada topik berkenaan metabolisma untuk lebih tips berkenaan cara-cara untuk meningkatkan metabolisma. Rujuk ruangan soalan-soalan lazim di sebelah kiri blog.
2 - Kalori defisit dan diet
Naik berat badan sebanyak 2kg? Tidak menjadi masalah. Cuba wujudkan defisit kalori sebanyak kira-kira 500-600kcal, dan daripada situ anda akan mengetahui kuota kalori yang anda perlukan untuk turun berat badan (rujuk ruangan 'kelas kalori' untuk lebih lanjut).
Diet, yakni cara pemakanan anda juga penting. Jangan sesekali tinggalkan nasi. Aku tak faham kenapa begitu ramai yang takut kepada nasi. Rasanya dah berbuih mulut ini menegur, nasi tu bukan penyebab kegemukan. Kita perlukan carbs untuk turunkan lemak. Anda tak makan carbs, dan tanpa senaman weight training, maka anda akan turun kedua-duanya (otot dan lemak) dan itu akan membawa kepada rupa skinny fat. Juga paling penting, jangan abaikan protein. Ada sesetengah personal trainer akan menasihatkan anak muridnya agar makan lebih protein berbanding carbs. Namun bagi aku, jika jumlah carbs dan protein itu sama jumlahnya sekali pun tidak menjadi masalah. Pokoknya, jangan sesekali abaikan protein.
3 - Jadi lebih aktif
Anda pasif ketika Ramadhan? Maka selepas Ramadhan ini, anda perlu menukar sifat itu kepada AKTIF. Banyakkan bergerak, tunjukkan yang diri anda bertenaga. Kalau anda dah cuba tetapi tak bertenaga juga, itu bererti badan anda kekurangan nutrien dan anda perlukan supplemen Multivitamin. Jangan jadi seperti sesetengah individu yang mencari kopi dan minuman tenaga berkafein (seperti... anda tahu jenama-jenama itu kan), kerana kesan kafein ini hanya sementara dan ia lebih mendatangkan keburukan sebenarnya. Banyak kesan sampingan.
Rasa-rasa anda boleh ikut 3 langkah ini? SS jamin 200% anda akan berada pada diri anda sebelum berpuasa (dari segi rupa dan stamina) dalam masa tidak sampai 1 bulan. Cubalah.
Ni anak menakan che.. dok Kuola Perlis nun. Nama dia 'mika mika'. Mak dia suruh aku blog tentang diet kanak-kanak pula lepas ni... Alahai.
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
5 comments:
lepas raya ni da gemok..tak suka la.. =(
biasa la tu.. mari2 train sama2 :)
bestnye.mmg tgh mencari2 diet yg berkesan ni.pas raya byk jeans xmuat.wuwuwuuu~
Tq sususejat atas tips2 dan info menarik dalam blog ni..
alhamdulillah, tip2 dalam blog ni mmg saya praktikkan dan dah turun lbh kurng 16 kilo dlm 5 bulan ni..tapi skrg ni ada kemusykilan ckit dgn rutin senaman saya dan nak minta pndapat susu sejat
1. cmne nak build muscle dan buang lemak dalam ms yg sama?..sbb untuk bina otot memerlukan lebihan kalori manakala buang lemak memerlukan defisit kalori.adakah dgn melakukan latihan kardio sahaja dulu sehingga mencapai berat ideal dan kemudian baru melakukan weight training?atau mngurangkan weight training dan melebihkan kardio.untuk info sususejat BMI sy ialah 27 dan rutin senaman sy, 2/3 hari weight training dan 3/4 hari kardio dlm seminggu..
2.Adakah melakukan senaman kardio yg sama setiap kali boleh melambatkan penurunan berat badan?senaman kardio sy hanya melibatkan berlari, jog, brisk walking dan kadang2 bermain futsal..mmg nak lakukan kardio lain seperti berbasikal dan berenang tetapi bg saya itu sahja alternatif terbaik buat masa skrg
raihani.. welcome to the club, goodluck! ;)
Anonymous.. thank you sebab mengemukakan 2 soalan yg cukup bernas. saya akan jawab dalam entri saya yang berikutnya.. tunggu ya.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.