May 16, 2010

Adakah kamu rakyat Malaysia itu?

"Typical Unhealthy Malaysians"

Tiba-tiba ungkapan di atas hadir dalam kepala otak aku pada petang Ahad yang tenang ni.

Aku pernah membincangkan hal ini bersama 2 orang rakan, Izar dan Zulsyazwan@ Hare. Izar ni seorang perajurit negara, seorang kapten, pegawai muda, fitness memang tahap letup (menurut kata beliau 5km dalam masa 15 minit memang tader hal la), masuk hutan bagai Rentap si pahlawan Iban, respek. Memang punyai pakej lengkap seorang hero sesebuah cerita. Hare pula seorang pemain hoki, anak cikgu Khushairi (siapa tak kenal jurulatih olahraga daerah larut matang dan selama (LMS) ni). Hare ni pernah mewakili SERATAS hingga peringkat negeri, dan juga mewakili UMP untuk beberapa kejohanan hoki peringkat universiti tempatan. Hahaha, mesti kembang semacam hidung kawan-kawan aku ni kan, dipuji bagai nak rak...

Berikut adalah antara isi perbualan aku bersama mereka, beberapa bulan yang lalu, diolah kembali dengan gaya bahasa aku yang tak seberapa. Adakah kamu rakyat Malaysia itu?

1 - Tu dia, bangun awal-awal pagi, perkara pertama yang dilakukan ialah angkat tudung saji, tengok sarapan apa yang ada pada pagi tu. Aik, takkan roti jer? Bagi mereka yang bujang dan bekerjaya, pada setiap pagi, tidak salahnya jika singgah sebentar gerai tepi jalan wak aji (ketika dalam perjalanan ke tempat kerja) untuk membeli sebungkus nasi lemak bersama telur goreng, ayam rendang, sambal sotong, ikan bilis dan kacang goreng. Tak cukup dengan tu, kuih karipap di tambah seketul dua sebagai pencuci mulut.

2 - Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, dan tiba masanya sesi 'minum pagi kedua' bersama teman-teman sekerja. Dalam ramai-ramai tu, kalau salah seorang tak order teh tarik memang tak sah.

3 - Seboleh-boleh akan parking kereta sedekat yang mungkin dengan pintu masuk Tesco, Giant atau pasaraya-pasaraya yang lain. Kadang-kadang kalau habiskan masa sampai setengah jam, dan habiskan satu takuk minyak kereta pun tak mengapa, asalkan spot parking tu tak lebih 10 meter dari pintu masuk.

4 - Setiap kali di stesen LRT, semua berpusu-pusu nak guna escalator, seakan-akan escalator itu adalah 'rollercoaster ride' yang tak harus dilepaskan begitu sahaja.

5 - Bila makan tengahari, nasi yang diambil tu lebih besar dari kawah (harga nasi sepinggan ni dah tetap, rugi kalau ambil seciput). Lauk tu mungkin kadang-kadang ciput sahaja (konon nak jimat), tapi kuah dia mak aih, sampai meleleh nak terkeluaq (terkeluar) pinggan. Ada juga yang ambil lauk macam raja nak makan. Ada telur goreng, ayam goreng, ada daging rendang sedondon, dan.. eh, chop, mana sayurnya? tak nampak setangkai pun?

6 - Sudah menjadi trend kedai-kedai makan di Malaysia, makan tengahari adalah mengikut cara buffet (pilih sahaja lauk mana yang anda suka), manakala sebelah malam tiada pilihan lain selain makanan bergoreng, seperti mee goreng, kuey teow goreng, nasi goreng dan mee hoon goreng. Silap hari bulan, kalau ada roti pun diorang nak goreng sekali.. roti ronggeng goreng! Pengguna pula tiada pilihan lain, tetapi terpaksa menurut sahaja menu yang ada. Bak kata pelayan kedai makan Indon kat sebuah kedai makan di KL, "Lain-lain tak ADE (cuba mengikut slang KL), goreng-goreng je ada dik!".

7 - Merasakan masuk gym itu adalah sesuatu perkara yang luar biasa, seolah-olah gym hanya disediakan untuk golongan elit, artis, model, dan golongan 'orang sukan'.

8 - Sibuk menceritakan betapa pentingnya menjaga kesihatan, bersukan dan sebagainya. Tetapi pada akhir perbualan tersebut mengeluarkan sekotak rokok, dan..

9 - Mengutuk mereka yang cuba sedaya upaya untuk menguruskan badan seperti, "Tu dia, si gemok kedempol tu tengah bersenam, hahaha". Padahal, pada perutnya terdapat sebiji 'anak bantal' bulat yang suatu hari nanti akan bertukar menjadi 'bapak buntal bantal', sungguh empuk dibuat tidur!

10 - Ingin menyimpan azam untuk berjogging di taman setiap hujung minggu BERSAMA rakan-rakan. Tetapi apabila berada di sana, hanya berjalan lenggang-lenggang kangkung (kangkung tepi telaga) sahaja, sambil berborak-borak kosong. Tak sampai 1 jam, sesi ditamatkan dan tiba masanya untuk menikmati roti canai atau nasi lemak bersama secawan teh tarik di kedai makan yang berhampiran.. "Mai Sechawan!" (kata mamat salleh kat iklan kopi Radix).

Adakah anda salah seorang daripada golongan di atas?

Harap-harapnya tidak, jika bukan sekarang, biarlah di masa akan datang. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan SEMPADAN...

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

10 comments:

HaRE said...

omg ejoy. its UMP. UniMaP kt perlis le. nyahahaha hinss hunsss... kembang kempis hidung

Joy Kalonas said...

tq2.. aku dah betulkan.. ngehehe, jaga2 kembang jgn smpai terkoyak..

HaRE said...

kt lake garden tu... 10 out of 50 ppl je yg serius joggers. yg lain tu dtg jogging dgn awek, lepak2 dgn mmber, bwk anak kluar main kt padang tu. so, cant blame them. this is malaysia.

Joy Kalonas said...

walaupun ramai yang tak bersungguh-sungguh utk bersenam/jog, tp itu lebih baik daripada mereka yang langsung tak menanam cita-cita utk jd sihat (hanya duduk goyang kaki di rumah dan tidak jaga makan).

Unknown said...

betul betul enjoy reading your post. so so true. me being one of the guilty one too...though i run, but takde lah jaga cara pemakanan....your post knocked some senses into me. Thankz!

Thanks for visiting my blog.. keep in touch.

Joy Kalonas said...

hye cheryl, thanks for visiting mine too.. sure we can always keep in touch + share some thoughts regarding health & fitness ;)

Wahida Jumaat said...

penulisan kamu semakin baik..hehehhe
waaaa...baru sekarang dapat baca blog sususejat kamu niy....cuti xda wat pape kn...
btw,ape yang kamu ckp tu betul..but im not in da list...hehehehe...
skrg tgh aim nk naikkn berat bdn..n pagi2 minum susu...usaha2....
^.^

Joy Kalonas said...

tq wahida.. hope u like my new blog.. dan semoga dapat ambil manfaat..

seronok betul gi jalan2 Terengganu, mesti shopping sakan di sana kan? Hehehe..

miss ziziey said...

wah,bgusla info tu,i tkdela joging bagai nk giler kaw2 nye,brisk walking,squats dlm 2jam hri2,then blah la,ok kn?then mase i exercise tue,ade pulak pakcik yg tgh ngeteh kt tepi kedai park tu blh ckp kt i,dik da berapa kg trun,hr2 pakcik tgk ko senam??(sambil hembus asap rokok ngn perut boroi)i rasa mcm nk bahasa je...hmmm...(

ps:blog i tk semegah ok,tp i silent reader yg rjin bce blog org ..u rjin2 la post ok:))

Joy Kalonas said...

miss ziziey: yours is okay.. tapi sy selalunya akan pastikan setiap sesi senaman saya tak lebih 1 jam.. it's not the quantity that we look for, but the quality.. hehe. anyway, selamat menjalani kehidupan yang sehat, dan ya, saya akan terus post di blog ni selagi termampu ;) tq for being my reader..

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails