May 4, 2010

Tip 1: Yang mana satu susu pilihan hati?

Bercakap soal nak tinggi, satu benda yang pasti tiba2 muncul dlm kepala otak ni, tak lain tak bukan ialah Calcium: elemen ke 20 dlm jadual berkala moden. Calcium ni merupakan micro-nutrient yg penting sbb ia membantu memperkuatkan tulang, dan juga utk pertumbuhan tulang pada peringkat awal manusia.

Kalau diperhatikan graf tumbesaran manusia, semakin tua manusia tu, maka semakin byk calcium yg perlu di ambil dalam sehari, untuk mengelak dari mendapat penyakit tulang reput/ ostreoporosis (btl ke salah aku eja ni, hantam sajalah, malas nk buka wiki). Terdapat beberapa cara nak mengadaptasi calcium dlm diet seharian kita, antaranya makan ikan2 kecil (ikan bilis, sardin, sbb ikan2 ni kita mkn dgn tulang2 dia skali), dan juga minum susu.

Cakap soal susu pulak, semenjak aku pulang dari RIT, aku memilih susu tepung Nesvita Omega Plus, atas beberapa faktor. Antaranya, ia mengandungi Acticol yg membantu merendahkan tahap kolestrol dlm darah, ia rendah kandungan lemak (2.9g fat per serving), tinggi calcium dan juga protein (8.4g per serving). Rata2 susu yang aku usha kat Tesco dan Giant, rata-ratanya susu tepung seperti Dutch Lady, Fern Leaf dan Everyday mempunyai kandungan Fat yg lebih tggi dari Protein (alaa, Full Cream la katakan, perghhhh). Dan semalam, aku turun ke kedai mini kat depan taman aku, ingat2 nak restock la Nesvita Omega plus ni, siap aku tengok dapat percuma sudu lagi, tp alih2 bila aku refer kat maklumat nutrisi dia, aku perasan yg Nestle ni dh merendahkan kandungan Protein (or maybe dh update mengenai kandungan protein sebenar dlm dia) dari 8.4g kepada 6g, but jumlah Fat, Carbs, dan yang lain2 masih sama. Then aku browse lak jenama2 yang lain, sekali aku terkesima bila aku tgk Anlene Nano-Calcium yang bukan saja diturun kan harga, tetapi siap dpt ekstra 200g compared to Nesvita Omega tadi (and both packs have an equal price). So, here it goes, Anlene Nano-CAlcium, with 6g of Protein and 0.9g of Fat in each serving! Mungkin aku akan bersama Anlene buat sementara waktu, sehinggalah aku jumpa produk yg lebih baik kelak (will let u guys know, insyA).

Aku gak baru tau, Nesvita dah punya produk baru rupanya, Nesvita Calci-plus, a counterpart of Anlene Nano-Calcium since both has about the same amount of protein and fat. Mungkin sebab itu jugakah Nestle dah merombak kandungan Nesvita Omega Plus?


Adakah mereka juga peminat Nesvita seperti aku?
(Gambar sekadar hiasan semata-mata)

(Entri ini telah pertama kali ditulis di EsTOM, sebelum kewujudan 'Sususejat.com'. Untuk membaca komen-komen terdahulu, klik di sini)


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails