Aku jamin, entri kali ni adalah yang terpendek. Sebab apa? Sebabnya, antara banyak-banyak topik berkenaan kalori, topik inilah yang paling senang dan mudah difahami. Secara praktikalnya, terdapat beberapa cara untuk menentukan nilai kalori dalam sesuatu makanan:
Cara 1: Menerusi Label
Adakah korang perasan akan kewujudan 'maklumat pemakanan' (nutritional fact) pada label sesebuah produk makanan? Mungkin sebelum ni ramai yang tak endah dan tak nak ambil tahu mengenai 'maklumat pemakanan' ni. Tapi harapan aku, lepas korang dah baca entri ni, korang akan peka dengan kewujudannya.
A - Serving Size (Saiz Hidangan) - Memberitahu kita berapakah saiz hidangan yang digunakan untuk merujuk pada 'maklumat pemakanan' makanan ini. Dalam contoh ini, 23g 'OREO Thin Crisps' ni bersamaan dengan 100kcal, dan mempunyai macronutrien-macronutrien seperti yang dinyatakan.
B - Serving per container (Jumlah Hidangan dalam satu pek) - Memberitahu kita berapa banyak hidangan yang ada dalam satu pek produk ini. Dalam contoh di atas, jumlah hidangannya ialah 6; dan jika korang 'melantak' satu pek 'OREO Thin Crisps' ni sekali gus, maka jumlah kalori yang diambil adalah bersamaan 100kcal x 6 = 600kcal!!!
C - Calories - Yang ni, korang faham-faham sendiri la yea..
D - % Daily Value - Berdasarkan ambilan purata 2000kcal/day. Secara teknikal, korang boleh abaikan saja nilai ni kerana setiap orang mempunyai DCR yang berbeza.
E - Senarai macronutrien - merujuk pada 3 macronutrien iaitu Fat (lemak), Carbohydrate (karbohidrat), dan Protein. Maklumat untuk cholestrol dan sodium mungkin membantu mereka yang berjaga-jaga ketika mengambil makanan, terutama pengidap penyakit tertentu (seperti darah tinggi).
F - Senarai Micronutrien - Maklumat ini tidak mempengaruhi nilai kalori, seperti Karbohidrat, lemak atau protein. Sekadar memberitahu pengguna akan kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam sesebuah makanan itu.
Cara 2: Carian menerusi internet
Antara website yang boleh digunakan ialah CalorieCount.com dan beberapa laman web lain (cuba google).
Cara 3: Beli sebuah buku berkenaan kalori (memang akan dilampirkan dalam tu). Tetapi, buku sebegini memang mahal harganya, dalam RM50++.
Cara 4: Food Calorie List, ebook senarai kalori yang diedarkan secara percuma oleh Susu Sejat kepada para pembaca setianya. Boleh muat turun ebook ini secara percuma di sini (sila muat turun versi yang terkini untuk memastikan anda tidak ketinggalan).
(Bersambung ke Bahagian 8... )
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
May 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
hmm, eb0ok tgh diupgrade erk?? ptot x bleh upl0ad...;p, will wait for that...theehehehe
~cekod0k~
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.