May 28, 2010

Kalori: Kisah si dua penimbang.. (Bahagian 8)

Dalam proses untuk naik mahupun turun berat badan, kita tidak dapat lari dari istilah 'menyukat' - terdapat 2 perkara yang perlu kita sukat, iaitu input dan output. Input dalam konteks perbincangan kita ini tidak lain dan tidak bukan ialah pegambilan kalori itu sendiri (makanan), manakala output merupakan kemajuan (progress).

Pada perbincangan kali ini, aku akan menitikberatkan 2 perkara crucial ini dalam memastikan kita mendapat gol/subgol yang kita mahu dalam masa yang dikehendaki, dan semua ini dipanjangkan dalam 'kisah si dua penimbang' yang berbeza.


Kisah penimbang pertama: Timbang makanan

Tahukah korang berapa banyaknya jumlah 170g Nasi Putih itu? Tahukah korang berapa besarnya 60g Kuih Karipap itu? Di atas kertas kita tahu dalam 170g Mee Goreng Mamak itu terdapat 281kcal, tetapi rasa-rasanya kita tahu ke berapa berat satu bungkus Mee Goreng Mamak tu? Aku jamin ramai yang salah anggap dan berkata,

"Oh, kalau ejoy dah meletakkan standard 170g dalam entrinya, dan juga dalam ebook senarai kalorinya kelak, maknanya saiz satu hidangan Mee Goreng Mamak yang standard tu adalah 170g la kan, dan satu bungkus (polistren putih) Mee Goreng Mamak tu mengandungi 281kcal la kan? Kalau aku melantak 2 bungkus Mee Goreng Mamak baru 562kcal, banyak kuota kalori aku lagi kan?!"

Dik, timbang dulu berat satu bungkus Mee Goreng Mamak tu dulu sebelum berkata apa-apa, sebab abang tak pernah cakap satu bungkus Mee Goreng Mamak tu beratnya 170g, ok? Abang cuma cakap SATU HIDANGAN Mee Goreng Mamak itu ialah 170g, dan bukannya SEBUNGKUS. Kes ini sama seperti label kalori 'OREO Thin Crisps' yang mempunyai saiz hidangan sebanyak 23g, tetapi tidak bermaksud satu pek/kotak 'OREO Thin Crisps' tu beratnya 23g. Karang bila berat tak turun (atau terlebih naik) mulalah bising, kata kaedah kalori ni tak betul la, penipu la, itu dan ini. Timbang dahulu makanan sebelum makan.. ok?

Penimbang yang bagaimana ye nak pakai? Korang tahu tak penimbang yang mak korang selalu pakai untuk buat kuih, biskut mahupun kek masa nak dekat raya tu? Itulah namanya kitchen scale atau cooking scale. Sila jadikan cooking scale ni teman akrab korang mulai saat ini untuk mengetahui berapa berat makanan yang nak diambil, boleh kan?


Jangan malu mahupun segan, apabila terdapat insan tertentu yang menegur "Uishhh, awat la hang pi timbang karipap tu? Makan saja lah!" Ingat, yang nak kurus (atau naik berat) tu ialah kita, bukan orang yang tegur tu, kan? Tambahan ini cuma buat permulaan sahaja, mungkin makan masa 2-3 bulan juga. Selepas kita dah 'betul-betul kenal' bagaimana rupanya banyak 170g Nasi Putih, berapa besarnya 60g Karipap, senang cerita dah familiar dengan makanan-makanan yang kita selalu ambil, kita dah tak perlu nak timbang makanan-makanan tersebut, malah kita dah boleh agak (bajet) sendiri berat makanan tersebut. Ini juga merupakan satu skil, sebab tak semua orang tahu bagaimana rupanya banyak 170g Nasi Putih tu!

(Segenggam Nasi Putih pada aku ialah 85g. Tetapi saiz tapak tangan kita adalah berbeza-beza. Berapa berat Nasi Putih pada segenggam korang?)

Satu lagi soalan lazim, perlu ke kita mengheret penimbang tu ke merata saja, ke kenduri, ke warung-warung mamak, mahupun ke rumah sanak saudara ketika hari perayaan? Bunyinya memang kelakar kan? Ya, memang kelakar pun. Tak perlu la sampai macam tu sekali cik Kiah oi! Itulah pentingnya untuk kita mempelajari teknik membajet berat sesuatu makanan. Untuk permulaan ni eloklah kita masak dan makan sahaja di rumah. Kalau kita malas masak sekalipun, boleh sahaja beli makanan di luar, tetapi jika kita masih 'belum mahir' untuk membajet berat makanan ni, eloklah kita beli bungkus dan makan di rumah (supaya boleh timbang makanan tersebut di rumah).


Kisah penimbang kedua: Timbang berat anda

Selain dari 'penimbang dapur', terdapat satu lagi penimbang yang wajib ada di rumah korang jika korang betul-betul komited untuk naik mahupun turun berat badan. Ia tidak lain dan tidak bukan ialah bathroom scale atau penimbang berat badan. Sila laburkan sedikit wang untuk membeli penimbang jenis ini kerana ianya PENTING untuk menentukan tahap kemajuan (progress) korang dalam proses naik (mahupun turun) berat badan.

Terdapat 2 jenis penimbang jenis ini yang boleh dibeli di pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, mahupun di farmasi-farmasi berhampiran seperti Guardian, iaitu Penimbang Analog (harga sekitar RM20++) dan Penimbang Digital/Elektronik (harga sekitar RM70++). Apakah perbezaan di antara kedua-duanya? Tak jauh beza sebenarnya, mungkin Penimbang Digital itu lebih jitu bacaannya berbanding Penimbang Analog (sehingga satu tempat perpuluhan), dan lebih mudah untuk mengambil bacaan berbanding Penimbang Analog. Ini terpulang kepada bajet dan cara masing-masing. Pokoknya cuma satu, sila beli sebuah penimbang berat badan ini.


Untuk mendapatkan bacaan yang konsisten dan tepat, aku sarankan korang ambil bacaan berat badan korang setiap kali selepas bangun tidur. Korang juga dinasihatkan tidak mengambil bacaan berat badan setiap kali selepas bersenam mahupun selepas makan, kerana mungkin terdapat perbezaan berat yang significant hanya disebabkan oleh jumlah makanan dan air yang baru sahaja diambil. Mungkin terdapat perbezaan berat yang ketara atau berubah-ubah antara hari-hari ketika bacaan berat korang diambil, sebagai contoh:

(Turun Berat)

Isnin, 17 Mei : 105.5 kg
Selasa, 18 Mei : 104.5 kg
Rabu, 19 Mei : 103.8 kg
Khamis, 20 Mei : 104.5 kg
Jumaat, 21 Mei : 104.0 kg
Sabtu, 22 Mei : 103.8 kg
Ahad, 23 Mei : 103.6 kg

Perhatikan dengan teliti turutan berat badan di atas (Ini adalah rekod sebenar kepunyaan seorang teman yang sedang mengamalkan kaedah kalori ni, weight loss phase). Korang mesti pelikkan kenapa berat badan beliau tiba-tiba naik pada hari Khamis? Usah bimbang, kerana ini adalah gejala yang biasa, hanya disebabkan oleh isipadu air yang berbeza-beza di dalam badan korang dari hari ke sehari (Ingat, 1L air = 1Kg). Oleh yang demikian, pastikan korang pantau berat korang hanya sekali setiap minggu, dan bukannya setiap hari. Dan catat juga berat korang setiap minggu tu dalam 'food log' korang. Dalam kes teman kita di atas, beliau telah turun kira-kira 2kg dalam tempoh 17 Mei - 23 Mei 2010 (105.5kg-103.6kg = 1.9kg).

Itulah sahaja kisah si dua penimbang yang patut korang ketahui. Pastikan mulai saat ini, korang mula dapatkan 2 penimbang ini, dan jadikan mereka sebagai pendamping setia dalam misi korang, sama ada untuk naik berat badan, mahupun turun berat badan, OK? Selamat mencuba!


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

8 comments:

NikShah said...

Thanks En. Ejoy (betul ke nama ni..)

Because dengan pengiraan kalori, sy berjaya mengerakkan angka penimbang itu.. yuhuuu... And hopefully dapat achieve subgoal yang pertama... can't wait...lalala

Joy Kalonas said...

ye ke? tahniah ShaEyna!! I also can't wait to hear more fantastic result from you. Teruskan berusaha..

Btw, pandai cik ShaEyna eja nama 'nick' saya. 10 markah bonus.. ;)

NikShah said...

Terima kasih... hahaha... will update you the result...

Joy Kalonas said...

will be waiting ;)

Unknown said...

thanks cik ejoy!!!

Joy Kalonas said...

Sama-sama zydaayu..

Mohamad Zamri Kamis said...

bro ejoy, saya baru mulakan program menurun berat badan, +/- 2 minggu, dalam 2 minggu ni memang maintain negative calori defisit (1000/hari), tapi berat atas penimbang asyik fluctuate je, tak nampak steady turun, bila sepatutnya dia mula akan turun steadily ya?

wan said...

mantap la korang.......
aku baru start 2 bulan lepas diet.....and baru hari nie member aku suruh aku bukak blog nie....
setakat nie aku turun dah 6 kilo...aku harap bila ikut susu sejat nih akan melancarkan lagi proses penurunan berat badan aku nie....

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails