Semalam aku dah bercerita serba sedikit mengenai Kalori, dan mengapa setiap individu mempunyai had pengambilan kalori yang berbeza setiap hari. So far macam mana? Dapat tak kira DCR korang, atau masih lagi.....
Buat mereka yang dah berjaya kira tu, tahniah sangat-sangat, dan boleh bebenor la untuk masuk ke bab yang seterusnya yang teman nak bercerite hari ni.. idak la susahnye haaa, kome dah bersedie ke?
Mengapa berat badan kita naik dan turun?
Mereka yang sentiasa mengambil makanan mengikut jumlah DCR yang ditetapkan tidak akan mengalami naik atau turunnya berat badan. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka makan MELEBIHI had DCR yang ditetapkan, maka kalori yang terlebih itu akan disimpan sebagai lemak, lalu mengakibatkan NAIK nya berat badan. Sama juga, sekiranya mereka makan KURANG daripada had DCR yang ditetapkan, maka kalori yang tidak mencukupi itu (short) akan diambil dari lemak (atau otot), supaya persamaan itu dapat diseimbangkan, lalu mengakibatkan TURUN nya berat badan.
Untuk memudahkan pemahaman, aku ambil satu contoh. Anggaplah DCR itu ialah jumlah perbelanjaan korang dalam sebulan (bil telefon, sewa rumah, internet, bil elektrik), dan korang adalah seorang peniaga kedai runcit (pendapatan tak tetap, bergantung pada jualan). Sekiranya pendapatan korang pada bulan tersebut bagus, korang akan dapat duit lebih, lebih daripada perbelanjaan bulanan, maka korang boleh SIMPAN duit yang lebih tu dalam bank (naik berat badan). Andaikata pada bulan-bulan berikutnya perniagaan korang mula mengalami kerugian, pendapatan kurang daripada perbelanjaan, maka korang terpaksa KELUAR kan balik duit yang korang simpan dahulu di bank, semata-mata untuk menampung perbelanjaan korang pada bulan tu, dan secara tak langsung duit dalam bank juga menyusut (turun berat badan).
Berapa banyakkah kenaikan dan penurunan itu?
Untuk NAIK 1lb (0.45kg), kena makan 3500kcal LEBIH dari DCR sepatutnya, manakala untuk TURUN 1lb, kena makan 3500kcal KURANG dari DCR sepatutnya. 3500kcal? Kenapa, banyak sangat ke? Tak bermaksud korang kena naik atau turun 1lb berat badan dalam masa sehari, kerana itu sangat MERBAHAYA untuk kesihatan. Sekiranya korang makan juga 3500kcal melebihi DCR, maka 99% daripada kenaikan berat badan itu adalah terdiri daripada lemak. Untuk makan 3500kcal kurang daripada DCR juga adalah agak mustahil kerana nilai DCR kita secara purata adalah di antara 1500kcal - 2500kcal. Jadi, apa strategi yang kita kena buat?
Strategi yang sihat: Bersederhanalah kamu..
Nasihat aku, jangan gopoh-gapah seolah-olah esok berlakunya kiamat. Setiap perkara di dunia ini harus dilakukan secara perlahan-lahan dan konsisten untuk memastikan keputusan yang stabil dan berpanjangan. Syarikat yang stabil ialah syarikat yang 'naik' secara perlahan tetapi konsisten dan ada kemajuan. Pulangan untungnya juga bukannya hadir dalam sehari dua, tetapi memakan masa sehingga bertahun-tahun lamanya. Hendak menuntut ilmu juga bukannya boleh dihabiskan dalam satu dua hari. Malah untuk mendapatkan segulung ijazah pun memakan masa selama 4 tahun kan?
Aku nak korang fikir yang NAIK berat badan dan TURUN berat badan ni dari perspektif yang sama. Dan aku nak korang tanya diri korang satu soalan mudah, terutama buat mereka yang selalu sangat berfikir untuk mendapatkan keputusan yang SEGERA, PANTAS..
"Aku ni jadi gemuk sejak bila? Adakah sejak semalam? Minggu lepas?"
"Aku ni berbadan kurus sejak bila?"
Aku berani jamin, korang pasti setuju, semua tu makan masa berbulan-bulan, bahkan mungkin bertahun-tahun lamanya. Cuba fikir balik, korang ni naik berat badan sebanyak 10kg dalam masa 2 tahun, tapi nak turun 20kg dalam masa 1 bulan. Wah, wah, wah.. Realistik sungguh sasaran tu. Logik ke?
Logik memang logik, dengan syarat korang bermati-matian menahan kelaparan (mencapai defisit kalori setinggi yang mungkin), kemudian dengan sakit gastriknya, dan lebih ekstrem, melakukan rawatan liposuction (sedut lemak) dan minum berbagai-bagai jenis teh pelangsing dan pil-pil kimia yang kita belum tahu kesan jangka masa panjangnya. Malah, semua itu hanya membazirkan wang ringgit.
Sesetengah produk pelangsingan badan (aku tak mahu sebut nama) turut mengesyorkan pengguna untuk mengamalkan diet yang seimbang beserta senaman yang berterusan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Aik, kalau dah suruh bersenam segala, baik tak payah jual produk. Bagi aku, syarikat-syarikat sebegini sengaja untuk mengaut 'untung atas angin' dengan mengambil kesempatan ke atas pengguna yang majoritinya putus asa dengan usaha mereka untuk turun berat badan sebelum ini. Aku berharap korang fikirlah masak-masak, kerana aku menasihati ini berdasarkan pengalaman, bukan omong kosong semata-mata.
Berbalik pada soal tadi, bagaimana nak merencanakan strategi untuk naik/turun berat badan dengan cara yang betul dan sihat? Tentang 3500kcal tadi macam mana? Ikuti sambungan kelas kalori yang seterusnya pada entri yang akan datang. Aku akan mengupas lebih lanjut bagaimana caranya untuk 'menguruskan' pengambilan kalori korang, sama ada untuk turun mahupun naik berat badan; TIADA YANG MUSTAHIL! Tunggu..
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
May 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
next info....
saya naik 4kg dalam masa kurang sebulan!! dlm 2-3 minggu camtu...huhu.. T.T
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.