5 - Wanita dan Weight Training (Work-out)
Tersurat: "Eeee! tak mau la I angkat besi-besi ni! Nanti tak pasal-pasal badan I yang ramping ni jadi ketol-ketol macam Arnold Susah-nak-eja! Lagipun angkat-angkat besi ni senaman orang laki, kenapa perempuan yang nak kena angkat pulak!" Kata Bedah Ronggeng kepada En. Salman Khopps.
Tersirat: Wah, wah wah.. semangat betul si Bedah ni nak jaga pinggang dia yang ramping tu. Nak jadi Mariah Kari ke Bedah? Kelebihan weight training ni ialah ia menguatkan otot dan tulang (belakang). Angkat besi (dumbell) dan nanti akan jadi seperti Arnold? Mitos je semua tu Bedah, apatah lagi untuk orang perempuan. Untuk jadi bulky macam Arnold tu bukan setakat perlukan senaman keras, tapi perlukan apa yang kita panggil sebagai Steroid Hormone.
Testosterone (Steroid Hormone) ada (abundant) pada orang lelaki. Perempuan pun ada Testosterone, tapi tak setinggi orang laki-laki. Tambahan, nak jadi macam Arnold juga kena ikut High Protein Diet (1-1.5g protein per pound berat badan dalam diet seharian). Tapi orang cakap steroid tu dadah? Jadi dalam badan kita ni ada dadah la? Tidak, steroid ni akan jadi dadah kalau kita ambil berlebihan (extra injection). Steroid yang ada dalam badan kita ni dah cukup untuk kita membesar dan mengekalkan kemandirian tubuh.
6 - Sit-up/crunches
Tersurat: Tahun lepas, pernah sekali aku menonton rancangan bercorak wanita di TV3, dan seorang artis muda wanita ni (nama dirahsiakan) berkata, "Rahsia saya mengekalkan kelangsingan perut ialah saya buat senaman sit-up setiap pagi, selepas bangun tidur". Uish.. terkejut semua peminat-peminat dia dengar, esok pagi tu semua pakat-pakat buat sit-up, dengan harapan perut akan langsing dan six-pack akan muncul. Fuhh..
Tersirat: Kita tidak boleh menentukan spesifik bahagian badan yang kita nak bakar lemak. Titik. Tiada tapi, tiada pengecualian. Kalaulah ada SATU senaman khas yang boleh tentukan sendiri tempat lemak dibuang, contoh "aku nak kurangkan lemak kat perut, tapi bahagian lain kekal", sudah pasti anda dapat melihat ramai orang-orang kita kat tepi pantai port dickson yang tak berbaju dan mempunyai six-pack!
Secara semulajadi, badan akan menyimpan lemak terlebih dahulu di perut (Lelaki) dan punggung (Wanita). Tempat yang paling akhir untuk lemak disimpan (konon kalau kapasiti perut tu dah maksimum) ialah lengan dan betis. Jadi bagaimana cara yang betul untuk bakar lemak? Sila baca mitos yang berikutnya..iaitu..
7 - Peluh
7 - Peluh
Tersurat:
(i) Mak aku pernah cakap, kalau kita buat kerja sampai peluh-peluh ni tandanya kita bakar lemak.
(ii) Masa aku kecil, pernah sekali aku sertai senaman aerobik kat taman. Jurulatih aerobik tu sambil bersenam dia berkata, "satu.. dua.. tiga.. teruskan mengira.. lima.. enam.. tujuh.. ok, tukar side pula, satu.. dua.. tiga... tengok peluh-peluh, kita sedang membakar lemak!"
(iii) Suatu petang, Borhan mengajak adiknya yang gemuk itu ke Kumar's Sauna. Dia berkata, "Oi gemok! Jom pergi sauna sekarang, bakar sikit lemak yang berlipat kat perut ko tu! Dasar gemok pemalas, hahahaha".
Tersirat: Semua perkara di atas adalah mitos! Mungkin orang zaman dahulu beranggapan sedemikian, tapi selaras dengan perkembangan sains pemakanan dan kesihatan, semua tips dan teori di atas tidak lagi relevan.
Peluh adalah satu proses tindak-balas semulajadi untuk menyejukkan badan, sambil membuang elemen-elemen yang tidak diperlukan oleh badan (perkumuhan). Jadi apa yang membuatkan kita membakar lemak kat bawah kulit kita? Badan kita akan mula membakar lemak apabila kandungan sumber tenaga asas, iaitu glycogen, menjadi sangat rendah dalam darah. Pada ketika inilah badan kita akan mencari sumber tenaga alternatif, samada menguraikan otot (catabolism) atau menggunakan lemak badan.
Jadi macam mana kita nak tahu yang kita sedang membakar lemak? Mudah, iaitu dengan mewujudkan defisit kalori negatif (Kalori Makan kurang daripada Kalori Pakai). Tapi berdasarkan pengalaman, apabila kita mengosongkan perut selama 4-5 jam, kemudian kita jogging selama sekurang-kurangnya 30 minit pun dah boleh bakar lemak.
Senaman seperti ini hanya mampu membakar lemak
jika dilakukan pada masa dan cara yang betul sahaja.
jika dilakukan pada masa dan cara yang betul sahaja.
Ingin mengetahui lebih mitos? Nanti atuk cerita lagi ok, atuk nak pergi
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.