Lelaki ni kalau kita campak sekawah nasi depan dia pun dia boleh habiskan. Orang macam ni jangan diajak pergi kenduri atau diajak makan, kalau tak merana, hahaha. Ooppss! SS bergurau saja :D
Aku tahu ramai benar orang-orang yang bertubuh gemuk di luar sana cemburu dengan rakan-rakan mereka yang bertubuh kurus, namun melantak macam puaka. Mari kita singkap beberapa situasi di bawah:
Situasi 1
"Mak aihh Rokiah, biar betul ko makan banyak tu! Ko bela jin ke apa ni?"
Situasi 2
Seorang pak cik yang bertubuh kurus memesan nasi putih di mamak.
Pelayan: Nasi bos?
Pakcik: Ya, nasik, nasik putih ye..
Pelayan: (sambil menceduk sepinggan nasi) cukup?
Pakcik: Hmm.. tambah lagi sikit la..
Pelayan: (sambil menceduk lagi nasi) ok?
Pakcik: Sikit lagilah.. sikit lagi..
Pelayan: (sambil menceduk lagi nasi, kali ni dia tak bersuara dah)
Pakcik: Ok, dah!
Ambik kau, dah macam Bukit Larut rupanya nasi atas pinggan tu!
Situasi 3
Seorang sahabat yang kurus sedang memesan chicken grill burger dengan semangkuk kentang goreng (french fries). Lalu dia pergi ke kaunter seterusnya untuk mengambil sos dan mayonis, sesuatu untuk digunakan sebagai pencicah. Diambilnya beberapa scoop mayonis lalu disapukan dengan banyaknya ke dalam burger tersebut (tidak termasuk mayonis yang bakal diguna untuk cicah french fries). Melihatkan keadaan itu, seorang mat salleh yang berada di situ terkejut lalu menegur,
"Hey! Do you wanna die early? That's f*cking a lot!"
(Nota: Ketiga-tiga situasi di atas adalah berdasarkan kisah benar berdasarkan pengalaman/pemerhatian aku sendiri)
Beritahu aku sekarang, siapa (yang gemuk) yang tak cemburu dengan ketiga-tiga situasi di atas? Tipulah kalau tiada yang cemburu kan? Tidak kurang juga yang akan berkata, "Untungnya kau Rokiah, aku harap sangat dilahirkan dengan 'gene' macam kau ni, bolehlah aku melantak apa je yang aku nak".
Tunggu! apa saja yang kamu nak? Salah tu.
Sesiapa yang pernah berkata seperti sahabat si Rokiah ni ternyata salah. Memang dari segi metabolisma, individu-individu sebegini kelihatan untung kerana mereka boleh makan apa sahaja yang mereka mahu tanpa perlu risau untuk mengalami kenaikkan berat badan. Tetapi ada satu kelemahan individu sebegini yang tak semua tahu, dan dalam entri ini, aku akan bongkarkan apa kelemahan itu.
Silent Killer 1: Penyakit
Ini bukan silent killer macam kentut busuk tak berbau tu. Tapi ia lebih kepada apa yang aku kenali sebagai 'sensor'. Orang-orang yang cepat naik berat badan ni, atau dalam sains dikenali sebagai "Endomorph", sepatutnya bersyukur kerana mereka memiliki 'sensor' ni. Apabila golongan "Endomorph" ni tak berapa jaga makan, mereka akan menyedari hal ini setelah mendapati berat badan mereka naik mendadak. Maka dengan itu, mereka akan cuba untuk bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang supaya mereka kembali kepada bentuk yang asal.
Namun sayangnya, orang-orang yang metabolisma tinggi ini, atau juga dikenali sebagai "Ectomorph", tak nampak semua tu; mereka tidak memiliki 'sensor' ini. Mereka akan makan dan terus makan, tanpa menghiraukan apa jenis makanan yang diambil. Nisbah karbohidrat, protein, lemak, serta sumber serat langsung tidak diendahkan, kerana mereka tahu, sebanyak mana pun yang mereka makan, 'sensor' mereka tidak akan berbunyi. Ini amatlah berbahaya kerana suatu hari nanti, jika mereka tidak menjaga apa yang mereka makan, kelak penyakit-penyakit lain pasti akan menyusul. Jangan tak tahu, ramai golongan "Ectomorph" ni, walaupun bertubuh kurus, tetapi masih mempunyai paras kolesterol dalam darah yang tinggi. Visceral fat? Tak perlu nak cerita.
Silent Killer 2: Parasit
Terdapat pelbagai jenis normal flora (hidupan) yang tinggal dalam badan kita, dan itu termasuklah bakteria dan cacing. Kehadiran normal flora ini penting untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa stabil dan sihat. Namun, kehadiran terlalu banyak cacing dalam badan, terutamanya dalam perut (seperti dalam video di bawah) juga tidak berapa elok. Tidakkah anda berasa pelik apabila melihat seseorang yang kurus makan dengan banyak, tetapi badan mereka tidak pernah naik. Lalu persoalan mula timbul, kemana perginya kesemua lebihan-lebihan kalori yang dimakan?
Awas! Hanya lihat video di bawah ini jika anda seorang yang berani,tidak cepat muntah dan geli.
Nota Kaki: Hari ini Susu Sejat dah perkenalkan 2 lagi istilah baru; "Ectomorph" dan "Endomorph". Terdapat satu lagi golongan, iaitu dikenali sebagai "Mesomorph". Tapi apa maksud sebenarnya ketiga-tiga jenis tubuh badan ni? Siapa nak tahu, sila
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..
8 comments:
ok ejoy. apa rahsia utk si skinny naikkan berat badan in a healthy way? dah makan banyak x naik2 jgk nih. haihh
itu lah pasal.. siok tengok dia orang melantak belambak2, kadang jealous pun ada.. cam saya ni dah tak berani nak makan banyak, sebab memang badan sedang naik.. mungkin ada baiknya sensor yang di anugerah oleh tuhan ni... :)
ecah, tak susah.. really easy.. but before that, baca dulu 3 entri ni.. apa yg penting, u kena disiplin je lepas tu.. follow one by one..
10 tips how to gain weight
Bagaimana untuk naikkan 1kg berat seminggu
Super gainer @ Mamak
Anonymous, betul tu.. :)
betollllll
memang penah terfikir cmtu gak
jeles gile kot dorg leh mkn byk2 tnpa gemok
kite ni mkn skit pon berat naik
grrrrrrrrrrrrr
cutebabygirl, tapi sekarang tak perlu risau lagi.. beruntunglah sebab orang yang cepat naik berat badan ni sebenarnya ada 'sensor' semulajadi :)
ahah... akak ni kira ectomorph time muda2 dulu, .. eeee, takut jugak baca entri nih .. ( gulp!) tapi kalau visceral fat diparas normal masih kira selamat kan joy?
betul tu kak toffee :)
salam en ejoy..
sy pnah bace juge (xingat katne) yg sesape yg underweight mmg senang nk dpt penyakit.sy kot slh sorangnye..BMI 16, DM type 1 sjak 6 taun lepas.dr ckp slh 1 sbb kene penyakit ni sbb makan tak seimbang..dulu sy tak mkn sayur.skang ni, peria pn dh boleh mkn mentah.hmm syg nye dh terlambat, penyakit dah de..harap2 org lain tak jadi mcm sy..
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.