May 25, 2010

Kalori: Bahagikan ia kepada 5 sajian.. (Bahagian 6)

Minggu lalu aku dah bercerita tentang apa itu kalori, bagaimana untuk menentukan pengambilan kalori dalam sehari (DCR), bagaimana untuk mengubah suai DCR untuk naik atau turun berat badan, dan bagaimana untuk mengatasi plataeu. Semua itu juga aku ceritakan dalam rangkuman strategi (Bahagian 5).

Kali ni aku nak sentuh pula bagaimana cara untuk mengawal pengambilan kalori dalam sehari supaya tidak melebihi had, mahupun terlalu rendah daripada had. Untuk itu, aku dengan sukacitanya ingin memperkenalkan model kembar kita pada hari ini, Maria Suratkhabar (nak gemuk) dan Marsha Milah Londeh (nak kurus), selaku model contoh untuk pembelajaran hari ini.



Agihkan kalori dalam sehari itu seadil-adilnya

Katakan DCR Maria dan Marsha masing-masing ialah 2000kcal (sehari).

Maria kata beliau nak gemuk, maka beliau perlu ambil 2500kcal sehari, dan Marsha pula katanya nak kurus, maka perlu ambil 1500kcal sehari (masing-masing +500kcal dan -500kcal).

Dalam sehari, kita perlu agih pengambilan kalori (makan) dalam 5-6 sajian untuk memastikan kita sentiasa sihat dan bertenaga. Untuk menyenangkan pembelajaran kali ini, aku cadangkan agar korang agihkan pengambilan kalori itu kepada 5 sajian: Breakfast, Lunch, Snacks (minum petang), Dinner, dan Supper. Mungkin ada yang berkata, biar betul nak kena ambil supper untuk turun berat badan? Ada orang kata kalau makan lepas waktu maghrib boleh menggemukkan? Hari ini aku nak berdiri lantang dan sekeras-kerasnya menegaskan itu adalah MITOS. (Rujuk entri ini berkenaan mitos makan malam menggemukkan).

Berbalik pada Maria dan Marsha. Maria ingin mengagihkan 2500kcal tadi kepada 5 sajian dalam sehari, ini bermaksud Maria perlu makan kira-kira 2500kcal/5 = 500kcal dalam satu sajian. Apa yang beliau perlu makan untuk cukupkan 500kcal? Secara asasnya, apa sahaja, dari Nasi Lemak, Mee Goreng, Roti Canai, hinggalah kepada Roti, Bijirin, Milo, Oat, dan sebagainya. Tapi perlu diingat, pastikan setiap sajian tidak melebihi atau kurang dari 500kcal.

Marsha juga perlu menerapkan kaedah yang sama. Beliau perlu makan kira-kira 1500kcal/5 = 300kcal dalam satu sajian. Apa yang beliau perlu makan untuk cukupkan 300kcal itu? Juga secara asasnya, APA SAHAJA, dari Nasi Lemak, Mee Goreng, hinggalah kepada Roti, Bijirin, Oat, dan sebagainya.


Bagaimana pula kalau terlebih ambil, atau terkurang ambil?

Seimbangkan. Itu sahaja jawapannya. Ada orang yang seimbangkannya dengan cara senaman (contohnya, mesin treadmill moden sekarang dah boleh beritahu korang berapa kalori yang korang dah bakar/buang), tetapi ini memerlukan pengiraan lanjut. Dan untuk memudahkan korang, aku sarankan ikut cara kedua ini, iaitu ubah balik agihan kalori untuk hari tersebut. Sebagai contoh, katakan Marsha secara tiba-tiba 'melantak' sebungkus Nasi Lemak dan secawan Teh Tarik untuk Breakfast:

1 hidangan Nasi Lemak (170g nasi, berserta setengah telur rebus, ikan bilis goreng, dan satu sudu sambal) = 378kcal
Secawan Teh Tarik = 100kcal
JUMLAH = 478kcal

Berdasarkan pengambilan sarapan Marsha di atas, beliau sudah terlebih ambil 178kcal dari 300kcal yang sepatutnya. Apa yang patut beliau lakukan? Beliau kena sesuaikan Lunch dan Snacks beliau pada hari tersebut supaya dapat menyeimbangkan kembali pengambilan kalori, iaitu dengan kurangkan/tolak 89kcal dari setiap Lunch dan Snacks. Ini bermaksud beliau kena ambil 300kcal-89kcal = 211kcal untuk setiap Lunch dan Snacks. Dengan cara ini, beliau dapat 'menutup' kembali apa yang terlebih (ambil) pada pagi tersebut.

Secara alternatif, Marsha juga boleh mengelak perkara di atas daripada berlaku dengan strategi bersederhana, seperti berikut:

1/2 hidangan Nasi lemak (85g nasi, berserta suku telur rebus, ikan bilis goreng, dan satu sudu sambal) = 189kcal
1/2 cawan Teh Tarik = 50kcal
JUMLAH = 239kcal

Baru 239kcal? Masih ada baki 61kcal untuk cukupkan 300kcal, dan beliau boleh makan 1/2 biji karipap lagi untuk cukupkan 300kcal tersebut (1 biji karipap = 120kcal). Jadi siapa cakap kalau nak kuruskan badan kita kena 'haramkan' karipap dan nasi lemak?

Diharapkan korang serba sedikit memahami bagaimana caranya untuk mengurus 'kuota kalori' dan aku sarankan agar korang catit apa yang korang makan di atas sekeping kertas (atau beli sebuah buku khas untuk 'Food Log'), berserta dengan nilai kalori masing-masing. Susah ke? Tak susah. Pada awalnya aku juga berkata hal yang sama, tetapi alah bisa tegal biasa. Kini aku langsung tiada masalah untuk mencatit apa yang aku makan, tidak kira bila-bila masa sahaja. Ingatlah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - "orang berjaya akan sedaya upaya mencari seribu jalan, manakala orang yang gagal akan mencari seribu alasan". Selamat Berjaya!

(Nantikan sambungan topik ini, berkenaan cara untuk menentukan nilai kalori dalam satu-satu makanan, pada bahagian ke-6 kelak..)

Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

9 comments:

Oong-ong said...

huhuhuhu...slalu aku main makan je..asal kenyang..tq 4 the info

Anonymous said...

waahh!! baguslah blog nih... suke baca.. saya tgh diet n da ada buku log sendiri.. memula tu cam malas, tapi gagahkan jua.. bile da catit ape yg kite makan tu , nak makan banyak pun takut huhuhu..

tasyanadia said...

so kalo nk kurus
dlm sehari kene amek brape kalori
1500 jek ker

honey amour said...

hurmm bagus blog nih..bole la aku terjah selalu..tgah diet nih..hehehehe

Joy Kalonas said...

nuRuLain_zAiNi: Boleh makan apa saja yang kita mahu, tapi dengan konsep kalori ini, kita akan 'nampak' berapa jumlah yang patut kita makan untuk setiap meal, supaya dapat mengelak obesity. Thanks for commenting =)

lynd23: You are so true cik lynd23. dengan adanya 'food log' kita akan lebih 'berhati-hati' ketika makan, basically kita bleh mkn apa saja yg kita mahu, cuma kita kena tahu berapa banyak yang perlu diambil, dan konsep kalori amat membantu kita untuk 'sukat' berapa byk makanan yang perlu diambil dalam sehari. Teruskan usaha, jangan mengalah selagi belum sampai sasaran, and thanks for visiting ;)

tasyanadia: Itu bergantung pada DCR seseorang, yang saya berikan dalam post tu cuma contoh, yakni 2000kcal. DCR saya sendiri ialah 2200kcal, maka saya perlu makan 1700kcal (dan bukannya 1500kcal) untuk pastikan saya turun berat dengan cara yang betul dan sihat (increase fat loss instead of muscle loss). Untuk mengetahui DCR tasyanadia, sila rujuk Kelas kalori (Bahagian 1), kira DCR kamu dahulu, dari situ baru tolak 500kcal. Ok? selamat berjaya =)

honey amour: Semoga kita sama-sama dapat ilmu dan manfaat daripada blog Susu Sejat ni. Ramai orang yang nak kurus (or naik berat), tapi diorang cari 'benda' yang tak sepatutnya, dan hanya membazirkan wang. Diorang cari pil2 kurus, jus diet la, yang kita sendiri tak tahu apa kesan jangka masa panjangnya. Kita sebenarnya tak perlukan benda2 tu pun utk turunkan berat, sebab secara logiknya kita naik berat pun tanpa makan pil atau benda kimia lain kan? Apa yang kita perlukan cuma satu, iaitu ILMU. Know our food is the key of success, and even, it's a LONG TERM success. Because once we learn, we will apply it for the rest of our lives. Thanks for reading, teruskan bersama Susu Sejat ye honey amour =)

tasyanadia said...

salam.
cmner nk kire dcr tu
xphm la
hehehehehe
kene gune berat ek
80 kg. 160 cm

Joy Kalonas said...

Rasanya ni tasya yang E-mail saya td kan? Ok2. Check inbox ok.. ;)

myoliza said...

yup,..betul laah,..kita lah apa yg kita makan kan,..

Anonymous said...

Bagusnya ada class calory ni... Ilmu yg sgt bermanfaat.. Semalam da baca dr bhgn. 1-5.. Akan saya praktikkan.. Sblm ni mmg catat apa yg saya makan dan senaman apa yg saya buat.. Skang saya akan upgrade buku log tu.. Terima kasih susu sejat kerana mewujudkan blog ni :)

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails