May 6, 2010

Mi Segera Tidak Mendatangkan Kanser?

Salam Sususejat,

Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, aku terdengar satu topik hangat berkenaan penafian Mi Segera boleh mendatangkan kanser oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di radio Hot FM. Banyak betul responden yang menelefon dan bercerita pengalaman masing-masing, kebanyakannya pengalaman masa tinggal di asrama dulu. Aku pun secara perlahan-lahan teringat pula kenangan ketika makan megi yang sering di pow oleh rakan-rakan masa di Seratas dahulu. Tak kurang juga ada loker yang dipecah ceroboh oleh sekumpulan beruk yang sangap nak makan mi segera ni.

Tapi topik aku kali ni bukan nak bercerita pengalaman aku atau kenangan di sekolah, tapi lebih kepada komen peribadi aku terhadap dakwaan mi segera ni tidak mendatangkan kanser kepada mereka yang menikmatinya. Hmm, topik panas juga ni, tak pa, akan aku kupas satu persatu.

Kronologi Isu

Isu bermula apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa mi segera ini harus dijauhi kerana boleh menyebabkan kanser (21 April 2010). Antara hujah-hujah CAP antara lain:

1 - Kajian ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium (garam) melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari.

2 - Mee segera mengandungi liputan lilin yang merbahaya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang - liputan lilin dalam satu bungkus mee segera memerlukan masa lebih dari dua hari untuk dinyahkan dari sistem tubuh badan oleh tubuh manusia.

3 - Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan ‘Monosodium Glutamate’ (MSG), selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian.

Walaubagaimanapun, petikan Kosmo! Online hari ini antara lain menyebut:

“Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser. Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.”

Ringkas. Itu lah antara isi terpenting yang berjaya aku cungkil dari artikel 3-perenggan-kerat Kosmo! Online.

Indo Mi - Antara mi goreng segera terawal di Malaysia.

Respon Si Susu Sejat

Berikut adalah pendapat aku berkenaan semua dakwaan-dakwaan di atas (ikut susunan).

1 - Kandungan Natrium yang tinggi. Ini adalah benar dan tidak perlu disangkal lagi. Kalau ikutkan maksimum 2400mg itu adalah cukup tinggi, kerana UK Recommended Nutritional Intake (RNI) mencadangkan pengambilan natrium melebihi 1,600 mg sehari adalah tidak sihat. Ingat, kita dalam sehari bukan makan sepaket me segera tu saja, belum campur natrium dari makanan-makanan yang lain. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

2 – Tiada sebarang kajian saintifik yang mengesahkan hal berkenaan liputan lilin (Wax build up) mendatangkan penyakit mahu pun memudaratkan kesihatan. Buat mereka yang tidak tahu kenapa lilin disaluti pada mi segera, ia adalah bertujuan supaya mi segera tersebut tidak akan melekat ketika dimasak. Fungsinya sama seperti minyak yang menyaluti mee kuning dan kuey teow (macam kat pasar tu), dan tepung yang menyaluti mee wantan. Sedangkan kalau kita masak spaghetti sekalipun memerlukan minyak ketika spaghetti itu direbus supaya spaghetti tu nanti tidak melekat bila sejuk. TAPI, dalam Sains, apa sahaja elemen yang badan kita tidak perlukan akan disebut sebagai toksin. Mungkin dalam jangka masa pendek, toksin (wax) itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan tetapi bagaimana pula dengan jangka masa panjang? Kita harus berwaspada, tiada kajian saintifik sekarang tidak bermaksud ianya 'tak apa'. Siapa tahu, dalam tempoh beberapa tahun akan datang, saintis berjaya menemui kesan sampingan (jangka masa panjang) wax tersebut. Waktu tu, kalau dah menyesal, tidak berguna.

3 – Yang ni, aku kena senaraikan dulu fakta pemakanan (nilai sebenar) dari setiap satu paket jenama mi terkemuka di Malaysia;

Daripada maklumat, dapat aku simpulkan bahawa:
a) A mengandungi lebih 50kcal berbanding B
b) B mengandungi lebih protein dari A
c) Walaupun B tidak menyatakan jumlah sodium yang digunakan, tapi percayalah, ikut pengalaman aku, kandungan sodium dalam B tak jauh beza dengan kandungan sodium dalam A.
d) Kesimpulannya, dua-dua mi segera di atas kurang sihat dan perlu dijauhkan. Asasnya? Ok, ni meh aku share satu tip pemilihan makanan yang tepat, Hukum Diet Ejoy yang Pertama. Apa sahaja, bagi aku, jika kandungan lemak di dalamnya adalah sama atau lebih tinggi dari protein, maka makanan itu adalah tidak sehat dan perlu dijauhi, KECUALI ikan laut dan kekacang asli. Kenapa? Kerana kedua-dua makanan tersebut kaya dengan minyak sihat (essential oil) iaitu omega 3 fatty acid, yang memang sudah ada kajian saintifik mampu mengelakkan penyakit kronik seperti Lemah Jantung dan Diabetes.

Mi Sedap Goreng Asli - mengandungi 17g lemak (bersamaan 1 1/4 sudu besar minyak sawit!)

Respon aku terhadap laporan Kosmo! Online pula – Mereka cuma tulis “mi segera bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser”, tapi mereka tak tulis pun “mulai sekarang, mi segera amat selamat untuk dimakan hari-hari sebagai sajian pengganti untuk nasi, pasta dan roti”. Mudah bukan? Kesimpulan aku, kalau nak makan mi segera ni sekali sekala boleh, seminggu/sebulan sekali ke, kalau tak sentuh langsung lagi bagus. Tengok juga maklumat pemakanan dalam memilih mi segera, dan bukannya berdasarkan perisa atau jenama. Pesanan buat adik-adik yang masih lagi belajar di asrama, atau buat mereka yang tengah kekeringan wang untuk beli makanan, daripada melaburkan wang RM3 untuk beli 5 paket megi, lebih baik korang beli roti Gardenia famili saiz, harganya lebih kurang sama, tapi jauh lebih sihat dan mengenyangkan. Tengok, tak susah kan nak jadi sihat?

P/S: "Masa zaman gelap aku dulu, aku pernah menghabiskan 1 kotak Indo-mie goreng (30 bungkus) tak sampai seminggu (dalam masa 5 hari), sungguh aku tidak berbohong. Aku bersyukur kerana Tuhan kini telah menyedarkan aku, Alhamdulillah."



Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

7 comments:

ejatidiaz said...

bgus usaha..
ni wat research sndri ke??
truskan usaha..

Joy Kalonas said...

tq rozaidi.. yup, ni memang research sendiri.. berdasarkan pengalaman dan ilmu yg ada..

Mas said...

i like.keep up the good work..ececeh..speaking london lak..:P

Joy Kalonas said...

Tq Mas...

Unknown said...

dengar cerita di Indonesia, mee segera ni sampai harganya murah. sangat biasa jika mrk makan sewaktu sarapan pagi..
btw, Joy, mcmana nak subscribe comment feed kat blog ni?

Joy Kalonas said...

kak toffee, betul ke? ada dalam 10sen sebungkus? untuk subscribe comment tu, kena ada google account. rujuk link ni http://www.google.com/support/blogger/bin/answer.py?hl=en&answer=79117

Unknown said...

x taulah pulak tang harga tu, nanti tanya bibik dulu.haha
btw thanks

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts with Thumbnails